Showing posts with label Bahan kuliah. Show all posts
Showing posts with label Bahan kuliah. Show all posts

Wednesday, October 3, 2018

Kehebatan Takwim Hijriy

S

uatu ketika di zaman Khalifah Umar bin Khattab RA (13-23 H/634-644 M), baginda  pernah menerima surat daripada gabernurnya di Basra, Abu Musa al-Asy’ari yang menyebutkan pada awal suratnya berbunyi: “……menjawab surat tuan yang tidak bertarikh…..”. Kenyataan  ini telah menarik perhatian Khalifah Umar RA, tentang perlunya umat Islam mempunyai tarikh tersendiri yang jelas dan khusus. Akhirnya khalifah memanggil satu mesyuarat  khas untuk menentukan bilakah awal tahun baru bagi umat  Islam.


Dalam mesyuarat yang dianggotai oleh tokoh-tokoh terkemuka daripada kalangan sahabat itu, telah dikemukakan beberapa cadangan untuk menentukan bilakah sepatutnya dimulai tahun baru Islam. Di antara cadangan yang dikemukakan ialah dengan:
  • .     Mengambilkira peristiwa penyerangan Abrahah terhadap Ka’bah, yang dikenal dengan sebutan “Amul Fiil” (tahun Gajah), dan ini sudah biasa digunakan.
  • .    Bermula tarikh turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW, di mana waktu itu baginda SAW secara rasmi dilantik oleh Allah SWT sebagai Nabi dan Rasul untuk seluruh umat.
  •  .    Mengambil tarikh kewafatan Rasulullah SAW, dengan alasan pada waktu itu diturunkan wahyu terakhir yang menegaskan bahwa Islam sebagai agama yang sempurna.
Kesemua cadangan di atas ditolak kerana tidak menggambarkan signifikan terhadap Islam sebagai agama dan negara. Akhirnya Sayyidina Ali K.W.  mencadangkan tarikh Hijrah, kerana ia membawa suatu ma`na yang amat besar bagi Islam. Permulaan detik pembentukan negara dan kekuasaan yang begitu agung. Hijrah juga merupakan peralihan kehidupan baru bagi  Rasulullah SAW dan umatnya daripada dunia serba tertindas, tertekan menuju dunia baru yang penuh peradaban. Dan cadangan ini dipersetujui.

Apa yang menariknya, meskipun awal bulan Muharram merupakan awal tahun bagi tahun Hijriy, tetapi Muharram bukan awal permulaan hijrah Nabi SAW. kerana hijrah Baginda SAW  sebenarnya pada permulaan bulan Rabi`ul Awwal tahun ke-13 kenabian (14 September 622 M), bukan pada awal Muharram. Sedangkan antara permulaan hijrah Nabi SAW dan permulaan kalendar Islam (Muharram) sesungguhnya terdapat jarak sekitar dua bulan lebih (62-64 hari), dan di antara keduanya terdapat bulan Safar.

Mengikut kajian sejarawan Islam, penetapan bulan Muharram sebagai awal tahun baru dalam kalendar Hijriy (hijriyah) adalah berdasarkan kesepakatan (hijrah) yang muncul pada saat itu, adalah pada bulan Muharram, dengan pertimbangan bahwa pada bulan itu telah dimulakan oleh Rasulullah SAW untuk membenarkan para sahabat berhijrah ke Madinah selepas Bai’atul Aqabah yang kedua.

Dengan hijrah, Islam menjadi satu agama yang bebas merdeka dalam bentuk individu, masyarakat dan negara. Di mana setelah itu Nabi SAW mengganti nama “Yathrib”  yang bermaksud mengecam atau mencela, menjadi “Madinah” iaitu Kota Peradaban
Paling penting apabila kita berbicara mengenai takwim hijriy, ianya  mengikut peredaran bulan (qamariyyah), di samping itu juga takwim ini diiktiraf oleh Allah SWT dalam al-Quran, lihat firman Allah:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus. (QS. Al Taubah: 36).

Dijelaskan bulannya sebanyak dua belas bulan, yang tidak boleh ditambah atau dikurangi. Ketetapan ini diisytiharkan sejak dahulu di waktu Dia (Allah) pertama kali menciptakan langit dan bumi.  Dalam dua belas bulan itu terdapat empat bulan tertentu yang disebut sebagai bulam haram. Maksudnya ialah: bulan Zulka’edah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab yang diharamkan melakukan perkara-perkara yang tidak baik, terutama penumpahan darah. Apatah lagi bulan-bulan tersebut merupakan bulan-bulan ibadat lagi agung di sisi Allah. Sehingga beribadat  padanya akan mendapat pahala yang amat besar (Tafsir al-Misbah).

Dalam hadis yang diriwayatkan dari sahabat Abu Bakrah r.a, Rasulullah SAW menjelaskan keempat bulan haram yang dimaksud :
إِنَّ الزَّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ  وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى  وَشَعْبَانَ
“Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan di antaranya terdapat empat bulan yang dihormati : 3 bulan berturut-turut; Zulka’edah, Zulhijjah dan Muharram serta satu bulan yang terpisah iaitu Rajab Mudhar, yang terdapat di antara dua  Jumadi  dan Sya’ban.” [ HR. Bukhari (3197) dan Muslim(1679) ]

Al-Marhum Prof. Dr. Hamka (Tafsir al-Azhar 10, hal. 213). menyebut, dua belas bulan dalam setahun, kerana bulan mengelilingi bumi sebanyak dua belas kali dalam masa setahun. Lihat fitrahnya bermula daripada rupanya yang kecil, bulan sabit, membesar sehinggalah purnama dan kembali kepada bulan sabit dan mengecil. Demikianlah perilaku peredaran bulan yang membantu kita mengenali Takwim Hijriy.

Perkara kedua, mengikut kajian al-marhum Ustaz Said Hawwa dalam kitabnya al Islam, perkiraan takwim Hijriy berbeza dengan .takwim Masehi kerana hijriy mengambilkira peredaran bulan (qamariyyah). Sementara Masehi berdasarkan kepada peredaran matahari (syamsiyyah) dan ianya mendahului tahun syamsiyyah sebanyak sepuluh hari setiap tahun, iaitu 355 hari, sedangkan tahun syamsiyyah adalah 365 hari. .Ertinya dalam masa tiga puluh enam tahun mengikut perkiraan qamariyyah, bulan-bulan qamariyyah akan kembali kepada tarikh asalnya. Sesuai dengan ini, maka bagi seorang Islam yang telah berpuasa selama tiga puluh enam tahun, bererti tidak ada hari sepanjang tahun yang tidak dipuasai oleh seorang muslim, sama ada hari pendek, hari panjang, hari panas, hari sejuk dan sebagainya dalam tahun tersebut  (Lihat juga .Tafsir al-Misbah 5).

Perkara ketiga, apabila kita kembali kepada kalendar hijriyyah (qamariyyah), padanya terdapat hari-hari berkaitan dengan peristiwa-peristiwa tertentu dan beribadat padanya dijanjikan  pulangan pahala yang berganda oleh Allah SWT. Di antaranya:
  • Bulan Muharam, Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah RA berkata: “Hari Asyura ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa AS dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat, engkau berpuasalah pada hari Asyura.” 
  • Dalam kenyataan lain, Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata: “Barangsiapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.” Sufyan berkata: “Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya. Dinamakan Asyura kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.”  Disunatkan berpuasa bukan sahaja pada hari `asyura (kesepuluh) malah juga tasu`a (hari kesembilan). 
  • Bulan Rejab, Allah SWT menjadikannya sebagai kemuliaan bagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat ini ke atas umat yang lain.
  • Bulan Sya’ban, Allah SWT melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW ke atas semua Nabi. 
  •  Bulan Ramadan, Allah SWT melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah SWT terhadap semua makhluk. Padanya terdapat Lailatul Qadar yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain. Pertengahannya terdapat 17 Ramadan, hari Nuzul al-Quran dan juga peristiwa Badar al-Kubra. Pada hujungnya pula terdapat  Aidul Fitri sebagai hari pembalasan (penerimaan upah).
  • Bulan Zulhijah, padanya hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah SWT. Hari Arafah, yang dapat menebus dosa dua tahun. Hari Aidul Adha iaitu hari berkorban.
  • Setiap Hari Jumaat pada bulan apa pun disebut sayyidul ayyam, yang termulia dari semua hari.
  • Pada setiap bulan terdapat tiga hari iaitu 13, 14 dan 15, yang disebut ayyamul bayyadh (hari-hari putih), disunatkan berpuasa, selain daripada Isnin  dan Khamis.
 Sekadar menyebut sepintas lalu  sahaja, dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah SWT diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka. Akhirnya ingatlah, Takwim Hijriy bukan secara kebetulan, tetapi ia suatu anugerah Allah. Untuk itu bersyukurlah. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya.


Artikel Penuh...

Apa yang ada pada dua tangan anda

D

ari Umar ibn Abi Salamah radhiyallahu 'anhuma, ketika kanak-kanak pernah makan dengan tangannya - kanan dan kiri. Kemudian diperingatkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam sabda baginda SAW:
يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ
"Hai anakku, panggil nama Allah, dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah apa yang ada di hadapanmu." (HR. Bukhari 5376 & Muslim 2022)
Dari Ibn Umar radhiyallahu 'anhuma, Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ
Apabila anda makan, anda harus makan dengan tangan kanan anda. Jika minum maka hendaklah juga minum dengan tangan kanannya, kerana iblis makan dengan tangan kirinya dan minuman dengan tangan kirinya "(Muslim 2020, Abu Daud 3778 dan lain-lain).


As-Shan’ani menjelaskan hadis Umar bin Abi Salamah,
وفي الحديث دليل على وجوب الأكل باليمين للأمر به أيضا ويزيده تأكيدا أنه صلى الله عليه وسلم أخبر بأن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله وفعل الشيطان يحرم على الإنسان
Dalam hadis di atas terdapat dalil wajibnya makan dengan tangan kanan, kerana ada perintah untuk melakukannya. Hal ini diperkuat lagi, dimana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan bahwa setan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri. Apatah lagi ianya perbuatan setan, sememangnya diharamkan untuk dilakukan oleh manusia. (Subulus Salam, 3/159)
Kenyataan di atas menggambarkan kepada kita tentang peraturan hidup orang Islam yang telah diajar oleh baginda SAW, bukan sahaja dalam kehidupan beraqidah, bersyariat, berakhlak malah dalam tatacara makan sekaligus telah dijelaskan dengan begitu baik sekali.
Mungkin sebahagian daripada kita tertanya-tanya apa pentingnya sunah ini diamalkan?.
Pertama, perlu kita lihat arahan ini datang daripada siapa. Jawabnya daripada baginda Rasul SAW. Kalau daripada baginda Rasul SAW, maka jelas ianya adalah daripada Allah SWT. Kerana baginda SAW tindak bercakap sesuatu melainkan baik-baik belaka. Apa buktinya? Lihat jaminan Allah SWT tentang baginda SAW:
وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ (3 (إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ (4) 
Bahawa baginda SAW tidak akan bercakap berdasarkan kepada hawa nafsu. Apa yang ada adalah berdasarkan kepada wahyu Allah SWT.
Apabila ianya daripada Allah dan Rasul-Nya, jika kita lakukan sudah tentu kita disukai Allah dan Rasul-Nya. Perlakuan ini menjadikan salah satu ibadat, menggambarkan kedekatan dan taqarrub kita kepada Allah.
Kedua, apabila ianya merupakan arahan Allah, dan kita lakukannya dengan ikhlas semata-mata memenuhi tuntutan Allah dan Rasul-Nya, maka disebut sebagai Ibadat.  Maka ianya bersesuaian dengan salah satu daripada tujuan kejadian manusia itu sendri. Di samping itu akan ada ganjarannya iaitu pahala daripada Allah SWT.  Sebaliknya apabila kita menentang dan sengaja melakukan penentangan, maka kita disebut hambanya yang derhaka. Derhaka adalah maksiat dan kita akan mendapat dosa.
Melakukan sesuatu mengikut jalan sunnah Rasul SAW adalah lambang kepatuhan. Paling tidak akan ada keberkatan daripada Allah. Berkat adalah suatu situasi yang boleh memberi keuntungan dalam kehidupan harian kita.
Ketiga, penulis pernah terbaca satu artikel mengenai kajian seorang doktor pakar mengenai perbezaan tangan kiri dengan tangan kanan. Lihat angka yang tertulis pada kedua-dua tapak tangan kita. Kanannya lapan belas dan kiri lapan puluh satu. Bila dicampurkan ia menjadi sembilan puluh sembilan. Ada orang menyebutnya sebagai bilangan nama Allah.
Namun artikel tersebut menyebut, angka lapan belas sebelah kanan menjelaskan jumlah enzim yang dibekalkan pada tangan kanan dan sifatnya lebih kepada menghidupkan. Sementara sebelah kiri berjumlah lapan puluh satu dan sifatnya membunuh, terutama yang ada pada hujung jari manis sebelah kiri. Mungkin juga boleh disebut tangan kanan adalah lambang kepada kehidupan, kesihatan dan  tangan kiri adalah sebaliknya.***(penulis mengharapkan akan ada kajian yang lebih mendalam oleh orang yang lebih pakar).
Sebab itulah di dalam sunnah Nabi SAW, tangan kiri digunakan semasa beristinjak dan lain-lain. Lihat apa yang diceritakan baginda oleh Maimunah r.a. ketika baginda mandi junub. Dalam riwayat Abu Daud, “Kemudian Baginda SAW menuangkan air ke atas kemaluannya, dan membasuh kemaluannya dengan tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Abi Daud, Bukhari dan Muslim).
Syaidatina Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW dengan menggunakan tangan kiri pada perkara-perkara yang mengandungi kotoran. “Adalah tangan kanan Rasulullah SAW untuk bersuci dan makan. Dan tangan kirinya untuk urusan tandas dan apa-apa yang kotor.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Keempat, tangan kanan adalah lambang kemuliaan dan kesantunan. Sebab itu apabila kita berurusan dengan seseorang, adalah lebih manis digunakan tangan kanan. Sebaliknya penggunaan tangan kiri dipandang kurang manis dan kurang adabnya. Masyarakat Melayu juga secara tradisi telah dilatih untuk mengutamakan tangan kanan dalam apa-apa urusan yang mulia. Ini melambangkan ketinggian budi bahasa, sehingga ada slogan menyebut ‘Budi Bahasa Budaya Kita’.
Kontrasnya adalah tangan  kiri yang disebut sebagai perlakuan syaitan, yang menjadi lambang kepada kedegilan yang akhirnya menjadikan kita jauh daripada rahmat Allah SWT. Larangan makan dengan  tangan kiri bukan suatu permainan atau guruan, sebab itulah dalam hadis lain Salamah bin al-Akwa’ bercerita,
أَنَّ رَجُلاً أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِشِمَالِهِ فَقَالَ « كُلْ بِيَمِينِكَ ». قَالَ لاَ أَسْتَطِيعُ قَالَ « لاَ اسْتَطَعْتَ ». مَا مَنَعَهُ إِلاَّ الْكِبْرُ. قَالَ فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ.
Adalah seseorang laki makan di samping Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah bersabda: “Makanlah dengan tangan kananmu!” Dia malah menjawab, ‘Aku tidak berupaya. Baginda SAW bersabda, ‘Benar kamu tidak berupaya?’ Dia menolaknya karena sombong. Setelah itu tangannya tidak boleh diangkat sampai ke mulutnya.” (HR. Muslim 2021).
Daripada beberapa hadis di atas kita dapat mengambil peringatan di antaranya:
1.    Perintah untuk makan dengan tangan kanan.
2.    Kesan daripada memandang remeh terhadap arahan baginda SAW.
3.    Doa buruk karena dia tidak segera melaksanakan perintah kerana sombong.
As-Shan’ani mengatakan,
ولا يدعو صلى الله عليه وسلم إلا على من ترك الواجب وأما كون الدعاء لتكبره فهو محتمل أيضا ولا ينافي أن الدعاء عليه للأمرين معا
Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mungkin mendoakan keburukan kecuali untuk orang yang meninggalkan kewajiban. Jika doa itu karena alasan orang itu bersikap sombong, memang ada kemungkinan demikian. Dan tidak jauh jika kita fahami bahwa doa itu karena kedua alasan tersebut. (Subulus Salam, 3/159).
Pernah diceritakan oleh satu kumpulan ruqyah mengenai seorang wanita penghafal quran yang kerasukan. Persoalannya, bagaimana mungkin setan boleh masuk ke dalam tubuh seorang yang banyak berinteraksi dengan al Quran?
Salah seorang peruqyah bertanya pada jin yang sedang beraksi tersebut. Jin itu menjawab melalui lisan wanita tersebut, ”saya sudah lama menunggu untuk masuk ke dalam tubuhnya, dan peluang ini saya perolehi ketika  dia minum dengan tangan kiri.” (https://www.islampos.com/ini-bahayanya-makan-dan-minum-dengan-tangan).
Berdasarkan kepada beberapa kenyataan di atas, jelas kepada kita bahawa Islam adalah satu agama yang sangat bersesuaian dengan fitrah manusia. Naluri semula jadi kita akan menolak andainya melihat seseorang melakukan perkara yang mulia dengan menggunakan tangan kiri. Sebaliknya naluri akan menyatakan ‘ya’ atau bersetuju dengan kemuliaan yang didahului oleh tangan kanan. Demikianlah Islam agama yang hanif yang sangat bersesuaian dengan fitrah manusia.

Artikel Penuh...