Thursday, February 10, 2011

Surat Anak Muda kepada Tun Mahathir

Anak Muda

Tun Dr M yang dihormati,

Kami adalah golongan muda yang membesar di bawah kepimpinan Tun. Dahulunya kami mengenali Tun sekadar sebagai Dr M. Bahkan pernah pada suatu ketika, Perdana Menteri pada kami, hanyalah Tun sahaja. Sewaktu kami membesar, mungkin Tun lah orang pertama yang memperkenalkan kepada kepada perkataan-perkataan seperti 'mega', 'wawasan', 'visi', 'yang pertama' dan sebagainya. Walaupun kita tidak pernah sampai ke Everest, namun semangat kita pernah bersama-sama menawan puncak dunia. Walaupun kita tidak pernah berlayar mengelilingi dunia, namun semangat kita pernah bersama-sama mengiringi Jalur Gemilang merentas lautan dan benua.

Dari segi umur, Tun boleh dianggap sebagai abang kepada Tok Guru Nik Aziz. Kami pula ialah cucu kepada Tun dan Tok Guru. Usia kita jauh berbeza, pengalaman kita juga tidak setara. Kami mungkin tidak sempat melalui zaman-zaman sejarah lalu yang ditempuh oleh Tun dan Tok Guru, dan seolah-olah tidak layak berhujah dengan Tun. Namun kami merasakan kami perlu bangkit menyatakan pendapat kami selaku golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara daripada Tun dan Tok Guru pada suatu ketika nanti.

Tun seorang yang bijak, lalu Tun suruh rakyat membaca, dan kami pun membaca. Pepatah pun ada mengatakan, banyak membaca, luas pengetahuan. Dan syukur kepada Allah, kami tidak rugi daripada membaca dan mencari kefahaman.

Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Sebagai pihak ketiga, kami keliru pada mulanya apabila Tun mendakwa bahawa Tun menegakkan Islam, dan Tok Guru juga berdakwah memperjuangkan Islam. Namun mengapakah tidak ada titik pertemuan? Ada angin, ada pokoknya. Pastinya ada perbezaan yang nyata yang membezakan Tun dan Tok Guru, dan pasti salah seorang berkata benar kerana mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah hanyalah satu, dan kesemua Nabi dan Rasul termasuk Adam, Ibrahim, Musa dan Isa sebelum baginda membawa mesej Islam yang sama.

Seruan-seruan kepimpinan Tun nampak hebat, tapi kami mendapati ianya tidak lengkap. Kita sudah ada segala macam 'mega', namun sehingga ke hari ini, isu-isu utama seperti perpaduan nasional, rasuah, pemerintahan yang tidak adil dan tidak bersih, kemiskinan rakyat dan jenayah masih belum ada penyelesaiannya. Rumah siap, pahat berbunyi. Kami berpendapat pastinya ada 'missing piece of jigsaw puzzle'.

Rupa-rupanya kami mendapati kehebatan Tok Guru ialah pada politik beliau yang juga merupakan ibadah kepada Allah swt. Tiada pengasingan antara keduanya. Ucapan-ucapan pembangunan dan kesatuan kepada kami sebagai rakyat tidak pernah lari daripada peringatan persiapan akhirat. Tun mencanangkan 'Wawasan 2020', namun Tok Guru mendidik kami lebih daripada itu, iaitu 'Wawasan Akhirat'. Inilah wawasan yang jelas dan lengkap, yang memberikan kami kejayaan dunia dan akhirat. Hari esok belum pasti bagaimana bentuknya bagi kita, namun mati menjadi satu-satunya perkara yang pasti buat kita semua. Sebab itulah setelah memerintah, Tok Guru tidak semakin kaya, bahkan rakyat menjadi lebih kaya daripada beliau.

Tun ada membangkitkan persoalan pengharaman arak di dalam majlis rasmi kerajaan. Kami merasakan tidak perlu Tun selak satu persatu 'kejayaan' nasionalis zaman lalu, cukup sekadar jika Tun menjawab mengapa ada di kalangan pemimpin negara yang masih bergelumang dengan arak pada hari ini? Kami musykil mengapakah masih ada para teknokrat Melayu Muslim yang masih 'setia' dengan arak pada hari ini? Kami keliru mengapakah masih ada teknokrat Melayu Muslim yang tanpa segan silu mengetuai syarikat-syarikat dan perusahaan judi yang masyhur seantero Asia Tenggara? Kita tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja anak-anak Tun dan San Miguel, apa cerita? Katanya 'nilai-nilai Islam', 'negara Islam', 'Islam Hadhari', tapi kami musykil dan keliru kerana bunyinya serba tidak kena.

Jika Tun benar-benar ikhlas kepada seruan persaudaraan sesama Muslim, mengapakah setelah kami, rakyat, mengundi pemimpin secara sah di dalam pilihanraya, secara tiba-tiba dilantik dan 'ditauliahkan' JKKK Persekutuan di negeri-negeri yang tidak diperintah Barisan Nasional? Sewaktu berlakunya Tragedi Sauk pada 2001, mengapakah Tun gagal memimpin semua pihak untuk duduk semeja, berdiskusi bagi memperoleh cara terbaik menangani isu keselamatan nasional pada ketika itu? Sebaliknya beduk perbezaan terus dipalu dan pemimpin parti Islam dituduh bersubahat. Pada ketika Islam dituduh sebagai pengganas di Amerika dan seluruh dunia, Tun menambah api kemarahan masyarakat dunia kepada agama Islam kita. Adakah ini seruan yang wajar daripada pemimpin utama negara? Bahkan Barrack Obama yang usianya separuh daripada usia Tun komited mengajak Democrat dan Republican untuk sama-sama menghadapi cabaran nasional yang lebih besar, namun semangat jiwa besar ini gagal Tun jadikan contoh tauladan kepada pengganti Tun.

Antara 'tragedi' terbesar Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002, yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Kami di luar negara meggunakan medium bahasa Inggeris, namun kami dukacita melihat nasib bahasa kita ini. Analoginya, bahasa Melayu kini ibarat peminta sedekah yang hidup melarat di kampung sendiri. Dato' Najib dan kerajaan hari ini kini acuh tidak acuh dengan mepertahankan keutuhan bahasa kita, kerana sibuk dengan politik dalaman dan mempertahankan kedudukan UMNO yang semakin rapuh. Buktinya jelas nyata daripada iklan-iklan di jalan raya, kaca televisyen, drama-drama tempatan dan sebagainya. Rakyat pula ditanam dengan pemikiran 'dengan bahasa kebangsaan, anda tidak mampu maju'. Bahasalah yang menjadi jiwa bangsa Malaysia. Barangkali Allahyarham Tan Sri Dol Ramli ingin menyuarakan pendapat yang sama, namun lidahnya kelu di hujung usia. Persoalan bahasa Melayu bukan tanda kami ini pro-Melayu atau anti mana-mana kaum, bahkan inilah tanda kami cintakan perpaduan dan mahukan keharmonian negara. Kami mahukan bahasa sepunya yang mampu menjadi menyatukan kami di dalam komunikasi dan percakapan seharian diperkukuh, namun jelas sekali bahasa Melayu semakin rapuh.

Ini berbeza dengan pendekatan Tok Guru yang benar-benar membawa Islam. Walaupun Kelantan bukanlah negeri yang paling kaya, namun negeri Kelantan telah diiktiraf oleh SPRM yang tahap rasuahnya amat kecil. Lain ceritanya dengan barisan kabinet Tun yang sehingga ke hari ini masih dibicarakan dengan tuduhan rasuah. Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah melalui media-media pro-Tun dan rakan-rakan, namun Tok Guru terus menjadi titik penyatuan masyarakat berbilang kaum di Kelantan dan seluruh negara. Serban Tok Guru beliau tidak menambah ketakutan kaum India, Melayu dan Cina, bahkan bertambah kasih dan yakin dengan pemerintahan yang bersih dan cekap yang ditunjukkan Tok Guru. Tun mengilhamkan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah', namun Tok Guru lah yang berjaya merealisasikan slogan ini dalam bentuk praktikal di dalam kepimpinan beliau. Dulunya Tun pernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup dengan harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'.

Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua. Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai.

Kami sayang Tun dan Tok Guru. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam.

Yang benar,

Anak Muda

*Catatan:
Surat ini petikan daripada Harakah Daily dan pernah disiarkan dalam Fikrah Harakah 8 - 10 R' Awwal 1432H/11 - 13 Feb. 2011, hal, F11 - Terima kasih kepada Anak Muda yang menulisnya. Mudah-mudahan ramai lagi anak muda yang mempunyai pemikiran sebagini indah tampil untuk mempastikan risalah kenabian terus tegak di atas muka bumi Allah.

Artikel Penuh...

Wednesday, November 10, 2010

Penawar Bagi Hati 3

Unsur-Unsur (elemen) yang perlu ada:
At Thusi menyebut lima unsur:
1. al Ilmu yang berpandukan aqidah dan syariat yang terkandung dalam al Qur’an dan Sunnah. (Al Hujwiri menyebut ilmu kemanusiaan dan ketuhanan; suatu kualiti yang menyebabkan orang yang bodoh menjadi bijak.....pengetahuan tentang kebenaran (haqiqat) memiliki tiga tiang iaitu; pengetahuan tentang zat dan keesaan Tuhan, sifat-sifat Tuhan dan pengetahuan tentang tindakan-tindakan serta kebijaksanaan Tuhan. Pengetahuan tentang syariat pula memiliki tiga tiang iaitu; al Qur’an, as Sunnah dan Ijma` .. Ali ibn Uthman al Hujwiri, hal. 24 – 25).

2. al Amal, melaksanakan ilmu-ilmu tersebut dengan amalan berpandukan sunnah Rasulullah saw tanpa terkeluar sedikitpun dari batas syariat.

3. at Tahqiq, iaitu beramal dengan ilmu yang disuruh oleh Allah Ta`ala dengan melahirkan sifat yang tegas dan mewujudkan perasaan nikmat terhadap amalan yang dilakukan. Lihat Said Hawwa dalam nawaqidhus Syahadataini.

4. al Wajd, wijdan, iaitu melahirkan perasaan cinta dan sukacita terhadap ketegasan diri dan keteguhan jiwa yang tersemat di celah-celah dinding hati dan jiwa murni. Ada perasaan yang berpunca dari kesedaran kendiri, dalaman. Dilakukan dengan sepenuh jiwa, sepenuh perasaan.

5. al Fana’, iaitu tenggelam di dalam lautan musyahadah dan pengabdian diri kepada Allah tanpa timbul sedikitpun perasaan ragu-ragu dan syak wasangka... Jelas sekali bahawa ilmu tasawwuf merupakan suatu ilmu yang menyempurnakan lagi ilmu feqah dalam aspek kebatinan seperti akhlak dan ilmu tarekat.... sekiranya kedua-dua ilmu ini tidak akan disempurnakan secara bersama, maka akan berlakulah beberapa kesalahan dan penyelewengan dalam kehidupan, kerana kedua-dua ilmu tersebut mempunyai kaitan rapat di antara satu sama lain, tidak boleh dipisahkan sama sekali. Ilmu feqah menyetakan tentang hukum hakam, manakala ilmu tasawwuf pula menyatakan tentang jalan yang praktikal untuk beramal dengan hukum-hukum tersebut (Said Hawwa, Tarbiyyatunar Ruhiyyah 56 -57 dlm. al Batnani, 89).

Berkata Junaid lagi:
وطريقتُنا مشيَّدةٌ بالكتاب والسنة
“Dan jalan kami terikat dengan al Qur’an dan as Sunnah”, berdasarkan kata-kata ini, maka Syeikh Abdul Whab as Sya`rani dalam kitabnya Tanbih al Mughtarrin meletakkan dua asas akhlak utama yang terawal tentang akhlak golongan salaf iaitu:

1. Melazimi al Qur’an dan Sunnah sebagaimana lazimnya bayang bagi zat seseorang.

2. Terhentinya generasi salaf daripada setiap perbuatan atau kalam hingga mereka mengetahui neracanya atas al Qur’an dan Sunnah

Imam As Sayuthi (Miftahul Jannah) menambah:
أصولنا ستةُ أشياءَ التمسُّكُ بكتاب الله, والأقتداءُ بسنة رسول الله, وأكلُ الحلالِ, وكفُّ الأذَى, واجتنابُ الآثامِ, وأداءُ الحقوقِ (نظام 16)

“Usul kami ada enam perkara, iaitu;
• berpegang dengan kitab Allah,
• mengikut sunnah Nabi saw,
• makan benda-benda yang halal,
• menahan diri dari menyakiti orang lain,
• menjauhi dosa dan menunaikan kewajipan (Nidzam, hal. 15 -16).

Perkataan Tasawwuf berasal dari tiga huruf (صوف) shad: sofa’ : صفاء iaitu bersih, wau: wafa’ (وفاء) bererti penyempurnaan dan fa’ merujuk kepada fana’ (فناء) iaitu kemusnahan. Lihat Hasyiah al Amir dalam Jauharatut Tauhid:

بل التصوُّفُ أن تصفو بلا كدَرٍ وتَتْبَعَ الحقَّ والقرآنَ والدِّيناَ
وأن ترى خاشعا لله مُكْتَئِباً على ذنوبك طُولَ الدهرِ محزونا

“Bahkan tasawwuf adalah kamu bersih tanpa kekeruhan, dan kamu mengikut kebenaran al Qur’an dan perintah keagamaan, dan kamu mendapati bahawa kamu khusyuk penuh kesayuan, atas dosa-dosa kamu sepanjang zaman dalam kesedihan” (Nidzam, hal. 8).

Kepentingan Tasawwuf

1. Tasawwuf adalah disiplin ilmu bagi menjaga akhlak zahir dan hati.
2. Tasawwuf berusaha menjaga amal soleh daripada rosak.
3. Tasawwuf berusaha memperkenalkan tipu daya syaitan.
4. Tasawwuf melembutkan hati agar kebenaran lebih mudah diterima, lihat
perbandingan antara kebenaran secara kasar. Betul tapi kasar. Paling penting lihat peranan sahabat mengikut kesesuaian masing-masing (Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Abu Zar dsb).


Barang diingat bahawa ianya bukan:

Pelarian dari masyarakat, tetapi pelarian dari tabiat masyarakat yang tidak baik, bukan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, tetapi menjaga yang haram jangan sampai termakan. Kadangkala daging babi terlalu jaga, tipu dan rasuah biasa. Tak kisah langsung. Sembahyang sampai biru lebam dahi-dahi, tapi buta jama`ah.

Sikap terhadap harta, lihat ayat al Qur’an mengenai harta:

“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia menyangka bahawa hartanya dapat mengekalkannya”.

Dalam ayat lain Allah berfirman yang lebih kurang bermaksud:

“Dan sesungguhnya dia (manusia) amat suka kepada khair (harta)”.

Dua suasana di atas, satu mencela dan satu memuji, kita lihat dari dua aspek iaitu:
• Bagaimana harta itu diperolehi.
• Bagaimana harta itu digunakan, kerana salah satu soalan di hari akhirat ialah وعن ماله من اين إكتسبه وفيما انفقه؟,

Sebab itu dalam satu ungkapan disebut:

محبة المال للإنفاق لا للإمساك

“Kecintaan kepada harta adalah untuk dibelanjakan, bukan untuk disimpan”, lihat juga hadis Nabi saw:
اليد العليا خير من اليد السفلى

• Jadi tasawwuf bukan membenci harta, sampai tak mahu kerja. Menyumpahi harta. Apa yang jelas ialah tiga akhlak mereka iaitu;

o Kesukaan terhadap harta bagi dibelanjakan, bukan disimpan.
o Banyak bersedekah siang dan malam.
o Kegembiraan terhadap kefaqiran dan kesempitan hidup, sebalinya sedih apabila kekayaan dan harta datang kepada mereka.

• Lihat kata-kata hikmat:
عز الدنيا بالمال, وعز الأخرة بصالح الأعمال

“Kehebatan dunia dengan harta, manakala kehebatan akhirat dengan amal soleh” (Nizam, 34 – 38).

Tidak membelakangi huru hara dunia, tidak sepatutnya karam dalam khalwatnya, dalam zawiyyahnya dengan pakaian sufinya, tidak peduli apa-apa, tidak menangkis serangan kerana merasa lazat dengan kesucian tasauf itu... membenci kerajaan, sehingga kemudiannya bala tentera mongol masuk menyerang ke negeri Islam, tidaklah ada senjata yang tajam buat penangkis. Sebenarnya dunia tidak bersalah, dunia adalah makhluk Allah. Celaan al Qur’an dan hadis terhadap dunia berbalik kepada hakikat amalan manusia. Jika manusia jahat, itulah yang dicela. Namun jika manusia baik itulah yang dipuji. Lihat firman Allah:

Kehidupan dunia mengikut al Qur’an (al Hadid 20):

“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan (bawan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanam-tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (yang disediakan bagi golongsn ysng mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”.

Dunia adalah alat, macam kereta, dipandu laju membahayakan bukan salah kereta, tapi salah orang yang memandu.Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hambaNya yang taat, hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. (Nizam, 34 – 38).

Dalam surah an-Nahl:22, dinyatakan bahawa Allah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s hasanah di atas kehidupan dunia. Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah beri kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki.


• Seorang darwisy ditanya mengapa dia mengenakan pakaian warna biru. Dia menjawab, “Rasulullah saw meninggalkan tiga perkara, iaitu kefaqiran, pengetahuan dan pedang. Pedang diambil oleh raja, yang kemudian menyalahgunakannya. Pengetahuan diambil oleh ulama’, yang merasa puas mengajarkannya semata-mata, kefaqiran dipilih oleh darwisy-darwisy yang menjadiknnya sebagai alat untuk memperkayakan diri mereka. Ku pakai warna biru sebagai lambang dukacita bagi penderitaan tiga lapis manusia ini”. (Hujwiri, hal. 60). Ertinya peranan kita mengembalikan semula ketiga-tiganya ke dalam genggaman ummat Islam.

• Junaid al Baghdadi menyebut, ‘Keluar daripada budipekerti yang tercela dan masuk kepada budipekerti yang terpuji’ (Hamka, hal. 5)

Dan dikehendaki dengan segala anggota yang zahir itu tujuh anggota, pertama mata, kedua telinga, dan ketiga lidah, dan keempat perut, dan kelima faraj dan keenam dua tangan, dan ketujuh dua kaki. Dan hendaklah engkau ingat di dalam hati engkau akan bahawasanya Allah Ta`ala telah memberi ni`mat ia akan dikau dengan beberapa ni`mat yang besar-besar, dan iaitu segala anggota engkau, yang wajib atas engkau memeliharanya dan mensyukurkannya. Maka jika tiada memelihara engkau akan dia nescaya selagi jadi saksi semuanya atas engkau pada hari kiamat, seperti firman Allah Ta`ala yang bermaksud:


(Dan pada waktu itu kami metrikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan memberitahu kami (kesalahan masing-masing), dan kami mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan (Ysin 65)

Ertinya: Pada hari kiamat mencap (cop) oleh Allah Ta`ala atas segala mulut mereka itu, ertinya menegah ia akan dia daripada bercakap, berkata-kata akan Allah Ta`ala oleh segala tangan mereka itu, dan menyaksikan oleh segala kaki mereka itu dengan barang yang ada mereka itu mengusaha akan dia di dalam dunia, maka tiap-tiap anggota bertutur ia dengan kejahatan yang keluar daripadanya.

Dan firman Allah (Fussilat 22)yang bermaksud:

(Dan semasa kamu berselindung ketika melakukan dosa di dunia dahulu bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan pengelihatan serta kulit-kulit badanmu saksi terhadap perbuatan-perbuatan dosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah mengetahui kebanyakan dosa yang telah kamu lakukan (secara bersembunyi itu).... setelah kulit-kulit mereka menjadi saksi di atas perbuatan mereka, salah sangka terhadap Tuhan).

Sayyidina Ali bin Abu Talib berkata : Sesungguhnya amalan yang paling susah dilakukan adalah 4 perkara;
• Memberi kemaafan ketika sedang marah.
• Bersifat dermawan ketika susah.
• Meninggalkan perkara haram ketika sendirian.
• Mengatakan kebenaran kepada orang yang ditakuti


“Dan tiada ada kamu dahulu di dalam dunia bersembunyi pada ketika mengerjakan kejahatan daripada menyeksikan atas kamu oleh segala telinga kamu dan segala mata kamu dan segala kulit kamu dan tiada dapat bersembunyi daripada sekelian saksi yang tersebut melainkan dengan meninggalkan segala kejahatan itu sama sekali. Kerana bahasanya tiada bercerai semuanya daripada manusia pada tiap-tiap masa dan tiap-tiap tempat selagi menyebut hamba akan tujuh fasal bagi segala anggota yang tersebut.

Artikel Penuh...

Tuesday, October 26, 2010

Penawar Bagi Hati 2 ( al Mandili)

Dan ketahui olehmu bahawasanya maksud daripada ilmu tasawwuf itu membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji, supaya ada ia menyampaikan kepada membersihkan hati (jantung) daripada sifat kecelaan.

(Pengertian Tasawuf ....Banyak sekali definisi tasawuf yang telah dikemukakan, dan masing-masing berusaha menggambarkan apa yang dimaksud dengan tasawuf. Tetapi pada umumnya definisi yang dikemukakan hanya menyentuh sebagian dari keseluruhan bangunan tasawuf yang begitu besar dan luas.

Definisi-definisi yang dikemukakan sama dengan yang dilakukan empat orang buta, dalam kisah Rumi, ketika mereka menggambarkan bentuk gajah. Masing-masing menggambarkan bentuk gajah sesuai dengan bagian tubuh yang disentuhnya. Bagi yang pertama, bentuk gajah seperti mahkota, bagi yang kedua seperti paip air, bagi yang ketiga, seperti kipas, dan bagi yang terakhir seperti tiang.

Imam al-Qusyairi dalam al-Risalah-nya mengutip 50 definisi dari ulama Salafi; sementara Imam Abu Nu'aim al-Ishbahani dalam "Ensiklopedia Orang-Orang Suci"-nya Hilayat al-awliya' mengutip sekitar 141 definisi, antara lain:

"Tasawuf adalah bersungguh-sungguh melakukan suluk yaitu `perjalanan' menuju malik al muluk `Raja semua raja' (Allah `assa wa jalla)."
"Tasawuf adalah mencari wasilah `alat yang menyampaikan' ke puncak fadhilah `keutamaan'."


Definisi paling panjang yang dikutip Abu Nu'aim berasal dari perkataan Imam al-Junaid ra. ketika ditanya orang mengenai makna tasawuf:
"Tasawuf adalah sebuah istilah yang menghimpun sepuluh makna:

1. tidak terikat dengan semua yang ada di dunia sehingga tidak berlomba-lomba mengerjarnya.

2. Selalu bersandar kepada Allah `azza wa jalla,.

3. Gemar melakukan ibadah ketika sehat.

4. Sabar kehilangan dunia (harta).

5. Cermat dan berhati-hati membedakan yang hak dan yang batil.

6. Sibuk dengan Allah dan tidak sibuk dengan yang lain;
• Memikirkan tentang Allah, hakikat kejadian Allah dan ayat-ayat Allah.
• Memikirkan bagaimana menyebarkan agama Allah di atas muka bumi.
• Bersabar dengan segala bala bencana yang menimpa kerana berjuang, terus berjuang tanpa rasa jemu. Lihat pesanan Abdullah bin Mubarak. Hasan al Banna, Alim Kir.

7. Melazimkan dzikir khafi (dzikir hati).
• Ada beberapa jenis zikir iaitu zikir lisan, zikir hati, zikir badan atau cantuman ketiga-tiganya.
• Bezakan zikir alim dengan zikir ahli ibadat.

8. Merealisasikan rasa ikhlas ketika muncul godaan.

9. Tetap yakin ketika muncul keraguan, cabaran memang sangat kuat, semakin tinggi mertabat atau maqam semakin tinggi cabarannya. Penghasutnya pula pangkatnya lebih besar..

10. Teguh kepada Allah dalam semua keadaan (at tsabat). Jika semua ini berhimpun dalam diri seseorang, maka ia layak menyandang istilah ini; dan jika tidak, maka ia adalah pendusta. [Hilayat al-Awliya].

Dalam Ta`rif lain Junaid menyebut:
أن تكون مع الله تعالى بلا علاقة
“Bahawa engkau mengadakan hubungan dengan Allah tanpa perantaraan” (al Batnani, hal. 85)

Imam Muhammad `Amim al-Ihsan dalam kitabnya Qawa'id al-Fiqih, dengan mengutip pendapat Imam al-Ghazali, menyatakan:
"Tasawuf terdiri atas dua hal: Bergaul dengan Allah secara benar dan bergaul dengan manusia secara baik. Setiap orang yang benar bergaul dengan Allah dan baik bergaul dengan mahluk, maka ia adalah sufi."

Definisi Imam al-Ghazali diungkapkan dengan redaksi: "Akhlak merupakan ungkapan tentang suasana yang berakar kuat dalam jiwa; dari suasana itu lahir perbuatan-perbuatan dengan mudah dan senang tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan."

Ibn Khaldun menyebut:
“Tasawwuf ialah memelihara kemuliaan adab bersama Allah dalam sesuatu amalan, samada amalan batin atau zahir dengan meletakkan hududNya mendahului kepentingan diri yang boleh mengunci hati, menghampiri diri dalam keadaan sunyi, merasa rakus ketika bermunajat” (al Batnani, hal. 83).

Kesimpulan Definisi:
هو علم تُعرَفُ به أحوالَ تزكيةِ النفسِ, وتصفيةِ الأخلاقِ, وتعميرِ الظاهرِ والباطنِ لنيلِ السعادةِ الأبديةِ

“Ianya merupakan ilmu yang membicarakan persoalan kebersihan jiwa dan penyucian akhlak , beramal dengan anggota zahir ataupun batin untuk mencapai kebahagiaan yang kekal abadi" (Qusyairi dalam al Batnani, hal. 87).
• “Meskipun terdapat perbedaan pendapat mengenai definisi tasawuf, semua definisi yang ada mengarah kepada satu titik yang sama, yaitu taqwa (lihat maksud taqwa di sisi Sayyidina Ali kwj:
الخوف من الجليل والعمل بالتنزيل والأستعداد ليوم الراحل والرضا بالقليل

"Takut kepada Tuhan Yang Maha Perkasa, beramal dengan al Qur’an yang diturunkan, bersedia bagi hari yang dia berangkat menuju kepada-Nya dan redha dengan perkara sedikit yang diberikan oleh Allah" (Zainuddin Hashim, al Fikrah, hal. F23)

..... dan tazkiyah. Tasawuf adalah hijrah menuju Allah SWT, dan pada hakikatnya semua definisi yang ada bersifat saling melengkapi.” [Abjadiyyah al-Tashawwuf al-Islami, atau Tasawuf Salafi, hlm 7.]

Artikel Penuh...

Penawar Bagi Hati 1 (al Mandili)

Pendahuluan (Mabadi’)
1) Ketahuilah olehmu bahawasanya ilmu Tasawwuf itu pengetahuan yang dikehendaki dengan dia akan segala kelakuan hati, samada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan sabar atau kelakuan yang dicela seperti dengki dan membesar diri....(Asasnya ada tiga cabang ajaran Islam mengikut hadis Nabi saw iaitu, Iman, Tauhid berkaitan dengan akidah, ketuhanan, asas untuk semua yang berkaitan dengan agama, awwaluddin ma`rifatullah, awal agama mengenal Allah. Beriman kepada Allah bererti beriman dengan RububiyyahNya, UluhiyyahNya serta sifat dan Asma’Nya. Segala-galanya adalah esa dan sempurna. Feqah ialah perkara yang berkaitan untuk beribadat kepada Allah. Cara dan perlakuan yang sepatutnya untuk beribadat kepada Allah dengan cara yang betul seperti solat, puasa dan haji, sementara Tasawwuf sekarang kita sedang bicarakan.. berkaitan dengan hati yang disebut engkau menyembah Allah seperti engkau melihatNya, kesemuanya adalah asas utama pembentukan ilmu dalam diri, lihat kata-kata Mu`az bin Jabal, ‘العلم إمام والعمل تابعه).


2) Dan ada pun faedahnya maka menyampaikan ia kepada mengkosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Ta`ala dan menghiasinya dengan memandang kepada Tuhan sekelian alam... Memandang kepada Tuhan di sini bukan kepada zat, tetapi kepada segala ayat yang dianugerahkan Allah di atas muka bumi ini. Para ulama’ membicarakan ungkapan bermaksud siapa mengenal dirinya dia mengenali tuhannya iaitu cara seseorang mengenal Allah melalui kesedaran tentang hakikat kelemahan dirinya sebagai makhluk yang berhajat kepada tuhan yang menyelesaikan keperluan-keperluannya. ‘Untuk itu ia perlu; Pertama mencari keredhaan Allah.. (al Batnani hal. 457).

3) Dan ada pun hantarannya maka iaitu hati manusia daripada pihak kelakuan yang datang kepadanya (Fokus utamanya ialah mendidik jantung (hati) manusia daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar, kenapa, kerana Qalb merupakan raja kepada segala anggota tujuh, sebab itulah membicarakan jantung kadangkala diletakkan dalam satu kitab khusus, al Mandili meletakkan dalam kitab kedua selepas anggota tujuh).

4) Dan ada pun hukumnya, maka fardhu `Ain atas tiap-tiap yang berakal lagi sampai umur, sampai masa untuk ditaklifkan sama seperti ilmu Tauhid dan Feqah. Cantik juga kita melihat sedikit apa yang disebut oleh Shah Wali Allah, “Taklif mengandungi tiga rahsia: ilmu pengetahuan, keadilan, dan usaha ikhtiar..... Cara membuat pilihan terbaik, berasaskan ilmu yang benar dan keadilan, telah diajar oleh Allah Ta’ala melalui konsep taklif.. ” (Mohd. Affandi Hasan – Gagasan Persuratan Baru)

5) Dan adapun tempat ambilnya, maka daripada Qur’an yang mulia dan hadis Nabi saw. Sebab itu lihat beberapa kenyataan berikut:

Prof. Dr. H. S.S. Kadirun Yahya Al-Khalidi menyatakan, “Bahwa Tasawuf adalah “Saudara Kembar” Fiqih. Pernyataan ini tampaknya berdasarkan pada kenyataan bahwa Fiqih pada hakikatnya merupakan prinsip lebih lanjut dari konsep Islam, sementara Tasawuf merupakan perwujudan konkrit dari konsep Ihsan. Dua konsep ini tercetus bersama-sama dengan konsep Iman (diformulasikan lebih jauh dalam ilmu kalam) dalam dialog antara Jibril AS dan Nabi SAW sebagaimana dikemukakan dalam hadis Abu Hurairah yang sangat terkenal”. [Shahih al-Bukhari, I:27; Shahih Muslim, L:39]

Penjelasan lebih terperinci mengenai posisi Tasawuf sebagai “saudara kembar” Fiqih dikemukakan oleh Prof. Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah (Buya Hamka) dalam bukunya Tasawuf, Perkembangan dan Pemurniannya: “Alhasil kemurnian dan cita-cita Islam yang tinggi adalah gabungan Tasauf dan Fiqih: gabungan otak dan hati. Dengan Fiqih kita menentukan batas-batas hukum, dan dengan Tasauf kita memberi pelita dalam jiwa, sehingga tidak terasa berat di dalam melakukan segala kehendak agama.
“Kalau kita tilik kepada bunyi Hadist tentang Islam, Iman dan Ihsan tampaklah bahwa ketiga Ilmu Islam yaitu Ilmu Fiqih, Ilmu Ushuluddin dan Ilmu Tasawuf telah dapat menyempurnakan ketiga simpulan agama itu (Islam, Iman dan Ihsan). Islam diartikan oleh hadist itu ialah mengucapkan Syahadat, mengerjakan Shalat lima waktu, Puasa bulan Ramadhan, mengeluarkan Zakat dan Naik Haji. Untuk mengetahui, sehingga kita mengerjakan suruhan agama dengan tidak membuta: Kita pelajarilah Fiqih. Iman adalah Iman kepada Allah, kepada Malaikat, kepada Rasul-Rasul dan Kitab-Kitab, dan iman kepada Hari Kiamat dan Takdir, buruk dan baik, Kita pelajarilah Ushuluddin atau Ilmu Kalam."

“Ihsan adalah kunci daripada semuanya, yaitu: Bahwa kita mengabdi kepada Allah SWT, seakan-akan Allah SWT itu kita lihat di hadapan kita sendiri. Karena meskipun mata kita tidak dapat melihatNya, namun Allah SWT tetap melihat kita. Untuk menyempurnakan ihsan itu, kita masuki alam Tasawuf.

“Itulah tali berpilah tiga: Iman, Islam dan Ihsan. Dicapai dengan tiga ilmu: Fiqih, Ushuluddin dan Tasawuf. [Tasawuf, Perkembangan dan Pemurniannya, hal. 94-95]
Jadi, sebagai sebuah ilmu, posisi Tasawuf terhadap ilmu-ilmu Islam lainnya sangat jelas dan gamblang. Tasawuf merupakan bagian tak berpisahkan dari keseluruhan bangunan Syari’ah; bahkan ia merupakan ruh/hakikat/inti dari syariah.
Syariah sendiri dapat didefinisikan sebagai “segala sesuatu yang terbit dari diri Nabi SAW yang berupa sikap, perbuatan, dan perkataan (al-Qur’an dan al-Hadist)”; atau dengan bahasa yang lebih umum: Syariah adalah segala sesuatu yang datang dari Allah dan Rasul-Nya. Namun begitu, syariah pada dasarnya merupakan produk dari hakikat Muhammad sebagai Nabi dan Rasul Allah.


Adalah mustahil memahami syariah (produk) secara sempurna tanpa memahami hakikatnya. Ilmu yang menyajikan jalan untuk mengenal hakikat ini adalah Tasawuf, sedangkan ilmu-ilmu (keislaman) lainnya, seperti ilmu Fiqih dan hadist misalnya, semuanya menyajikan jalan untuk memahami produk. Tasawuf melibatkan hati atau qalbu (ruhani), sedangkan ilmu-ilmu lainnya melibatkan otak atau akal (jasmani).
Fiqih dan Tasawuf ibarat dua sisi mata uang, jika salah satu rusak maka yang lain menjadi tidak berfungsi, sehingga kedua-duanya harus dipegang secara utuh untuk mencapai kesempurnaan.


Dalam kaitan ini, Imam Abu Abdillah al-Dzahabi (w. 748 H), penulis kitab Siyar A’lam al-Nubala’ (Beirut: Muassasah al-Risalah, 1413) yang terdiri dari 23 jilid menegaskan:
“Jika seorang ulama tidak ber-Tasawuf, maka ia kosong; sebagaimana jika seorang sufi tidak mengenal sunnah (baca bersyariat), maka ia tergelincir dari jalan yang lurus.”
Imam Malik ibn Anas, pemimpin madzhab Maliki yang sangat terkenal, sebagaimana dikutip oleh Syeikh Amin al-Kurdi, juga mengungkapkan hal senada:
Perlu selari antara syariat dengan hakikat,
lihat ucapan Imam Malik:

“Barangsiapa yang bersyariat tetapi tidak berhakikat (ber-Tasawuf) maka ia telah fasik; dan barangsiapa yang berhakikat (ber-Tasawuf) tetapi tidak bersyariat maka ia telah zindik.” [Tanwir al-Qulub, hal. 408 lihat juga al Batnani, hal. 65]

Imam as Syafiey pernah berpesan:“Jika kamu melihat lelaki berjalan di atas air dan dapat terbang diudara, janganlah kamu terpedaya dengannya sehingga kamu melihat amalannya terhadap kitab (al Qur’an) dan as Sunnah Rasul saw” (al Batnani hal. xii)

(Mereka memberikan spirit kekuatan yang luar biasa kepada umat Islam yang lain. Di dalam kaum ini terdapat suatu mata rantai sejak dari masa Rasulullah SAW yang masih terpelihara, yang tak terlihat tapi memberikan kekuatan dahsyat yaitu TALI RUHANIAH KETUHANAN yang merupakan POWER OF THE SPIRIT OF ISLAM, yang merupakan enerji Ketuhanan yang Maha Dahsyat, yang mampu membentengi umat manusia, bahkan kekuatan alam semesta sekalipun dapat lumpuh kepada-Nya. Kelompok-kelompok ini dikenal sebagai kaum Sufi.

Dalam kelompok ini masih terdapat Ulama-ulama yang merupakan benar-benar Pewaris-pewaris Nabi, yaitu orang-orang yang mewarisi rahasia kekuatan para Nabi, orang-orang yang mempusakai apa-apa yang dipusakai Nabi dari Allah SWT yang merupakan kedahsyatan enerji Kalimah Allah yang Murni dan Akbar. Tokoh-tokoh Sufi pada Abad Pertengahan yang terkenal selain Al-Ghazali diantaranya adalah Syekh Abu Yazid Al Busthami, Syekh Junaid Al Baghdadi, Syekh Abdul Qadir Jailani, dan Syekh Bahauddin Naqsabandi.. (Teknologi al Qur`an Dalam Tasawwuf Islam ...Membentuk Insan Kamil dan Masyarakat Harmonis Menghadapi Perkembangan Peradaban Manusia Sampai Akhir Zaman Prof. DR. Kadirun Yahya, M.Sc. Disampaikan pada Forum Diskusi Filsafat Universitas Gadjah Mada - Yogyakarta , 16 - 17 November 1994.)

6) Dan ada pun namanya ilmu Tasawwuf. (`Irfan, Ihsan dan sering juga kita jumpai tiga istilah yang selalu dikaitkan:.Syariat, hakikat dan ma`rifat, al Qusyairi menjelaskan:

“Sesungguhnya syariat merupakan ma`rifat tentang cara untuk sampai kepada Allah, hakikat pula ialah mengekalkan perhatian kepadaNya, manakala tarikat itu ialah jalan untuk menuju kepada syariat, iaitu beramal dengan apa yang ditetapkannya” (al Qusyairi, Risalah al Qusyairiyyah dlm, al Batnani, hal. 61).

Artikel Penuh...

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan Bulan Yang Hebat

Seringkali disebut Ramadhan adalah bulan yang hebat. Mungkin satu soalan yang boleh kita kemukakan, kenapa ianya dianggap hebat?. Beberapa jawapan kita akan temui bila membicarakan tentang Ramadhan. Antaranya:

1. Merupakan satu-satunya bulan yang disebut di dalam al Qur’an. Di dalam al-Quran tidak menyebut bulan Muharram tetapi kita membuat sambutan meriah sambutan Maal Hijrah. Demikian juga dalam al-Quran tidak menyebut bulan Rabiul Awal tetapi umat Islam menyambut Maulidur Rasul dengan penuh kehebatan. Bagaimanapun Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. Firman Allah swt dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185:

Maksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).."

2. Bulan yang dipilih oleh Allah untuk menurunkan al Qur’an (Nuzul al Qur’aan), kitab suci yang menjadi panduan umat Islam, pembeza di antara petunjuk dengan kesesatan. Pemisah di antara hak dan batil.

3. Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang perlu umat Islam mengejar mengambil kesempatan. Bulan yang diarahkan oleh Allah untuk kita melakukan ibadat puasa. Ketika mengulas kelebihan ini Rasulullah bersabda dalam suatu hadis yang lebih kurang berbunyi:

قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ الله عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ فِيْهِ يُفْتَحُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتَغُلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ، فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ, مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.

" Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.(Hadis Riwayat Ahmad).

Kita lihat pelbagai rangsangan yang disediakan oleh Allah:

• (يُفْتَحُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ) Dibuka pintu syurga,suatu rangsangan yang maha tinggi dari Allah, syurga bersedia untuk menerima orang yang beribadat dan menyempurnakan puasa, termasuk kesediaan bidadarinya. Menyeru siapa yang akan menjadi pasangan aku dalam syurga. Silalah datang.

• (وَيُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ) Ditutup pintu neraka, lambang kejahatan dan laluan ke arah kemungkaran sudah dipersempitkan, nafsu dilemahkan. Kalau hari biasa gagah boleh main bola sampai 6.30 petang baru teringat nak sembahyang, ingat ke Asar, rupanya zohor tak sembahyang lagi.

• (وَتَغُلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ) Dibelenggu, dirantai segala syaitan, tidak boleh bergerak bebas macam biasa, terhad. Namun kena ingat macam anjing yang dirantai, menyalak boleh tapi terkam terhad, kalau dekat akan digigit juga. Kena berhati-hati.

• (فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ) Malamnya ada satu yang melebihi seribu bulan, tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Jangan ingat nak pasang perangkap nak tangkap ibu Lailatul Qadar, pasang pelita nak suruh mudah nampak, nak nampak macam mana, surau masjid pun tak pernah pergi.

4. Bulan yang dipilih untuk berlakunya Peperangan Badar al Kubra (17 Ramadhan, bersamaan dengan Nuzul al Qur’an).

5. Juga bulan dipilih untuk menakluki Kota Makkah dan berakhirnya kekufuran, penyembahan berhala di Ka`abah, dipilih Ramadhan untuk menyapu bersih semua kekotoran syirik Kota Suci tersebut.

6. Bulan menghidupkan Madrasah al Qur’an.


Seterusnya untuk lebih mudah berkaitan dengan puasa lihat sabda baginda saw:

(قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ الله عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ)

Berkaitan Hadis di atas mari kita lihat firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (QS al-Baqarah [2]: 183.

Berdasarkan kepada ayat di atas ada baiknya kita cuba perincikan beberapa kehendak Allah:

1. Seruan kepada orang-orang yang beriman, suatu panggilan keramat dari Allah agar didengari apa yang akan diperintahkan.

2. Menjelaskan kewajipan berpuasa kepada ummat ini.

3. Puasa juga difardhukan kepada umat-umat sebelum kamu, ertinya kamu tidak akan bersendirian dalam menunaikan ibadat ini, kerana telah pun dilakukan oleh umat-umat yang terdahulu.

4. Kalau pun nampak berat, barangkali hari-hari kita tidak sepanjang hari-hari umat terdahulu. Ertinya bukan sekadar suruhan biasa, tetapi suruhan yang mempunyai banyak rahsia di sebaliknya.

5. Penekanannya ialah supaya kamu dapat meningkatkan mertabat kamu daripada orang Islam biasa, kepada beriman dan bertaqwa. Kenapa? Kerana kamu mematuhi perintah Allah.

6. Bulan yang dipilih untuk mengerjakan sembahyang terawikh, terpulang nak buat lapan atau 20, jangan berbalah. Sama-sama makmurkan masjid dan surau. Buat secara yang sempurna dan comelkan ibadat kita. Elakkan menggunakan masa tarawikh untuk qadha`. Nak qadha` cari masa lain. Kadangkala ada juga yang penuh awal kurang akhir. Kalau ada kerja tak apa, buat lepas kerja. Boleh buat tengah malam dan berhenti sebelum subuh. Kerana tarawikh masanya luas. Jangan jadikan alasan, yang penting cari daya dan tenaga untuk melakukannya. Kerana kesimpulan kepada semua ibadat dalam bualan puasa adalah supaya kamu menjadi orang bertaqwa.

Hikmah Berpuasa: Kadang-kadang ditanya kenapa diwajibkan berpuasa?

1. Dalam satu hadis baginda menyebut yang lebih kurang bermaksud, berpuasalah mudah-mudahan kamu beroleh kesihatan. Dalam al Qur’an disebut mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertqwa.

2. Meneliti hujung kedua-dua suruhan terdapat kesihatan dari segi fizikal dan jiga spiritual. Terhindar dari penyakit samada penyakit zahir atau batin. Banyak makan dan tidak henti-henti akan mengundang penyakit kepada tubuh badan. Punca penyakit adalah me`dah. Bila sakit susah. Lawan kepada sakit adalah sihat, bila sihat senang hati dan tak perlu menghabiskan wang terlalu banyak untuk beli obat.

3. Dari satu segi yang lain kita berpuasa, ruhani kita akan bersih, maka kita jadi orang yang bertaqwa. Taqwa asal dari perkataan wiqayah. Berjaga-jaga jangan sampai dimurkai oleh Allah dalam segala tindakan harian kita.Dalam ungkapan harian kita seringa mendengar alwiqayah khairun minal `ilaj (prevention is better then cure). Jangan sampai dah tak larat, baru nak cari obat!.

4. Ini menggambarkan kemurahan Allah kepada hambanya. Dibenarkan hidup, beri rezeki, yang teruknya ialah organ-organ dalaman, yang terus menerus berjalan dan buat kerja, tanpa diservis, maka diprogramkan untuk servisnya iaitu Ramadhan. Siang hari rihat dan kena perbaiki di mana rosaknya. Ini juga memberi maklumat kepada kita tentang lengkapnya ajaran Islam. Selari dengan pendapat Dr. Peterfinia Minov dari Universiti Moscow (Milenia).

5. Rukun-rukun puasa pula paling sedikit dan paling mudah diingati iaitu niat dan menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa.

6. Dr. Daniel (Quran Saintifik) menyebut puasa adalah rukun yang datang selepas syahadah dan Sembahyang berdasarkan kepada ayat di atas. Ada beberapa rahsia diwajibkan berpuasa di antaranya ialah:

a. Boleh menyihatkan badan, Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman (1984), kajian terhadap 42 lelaki dan 26 wanita.

b. Sekiranya berlaku kematian semasa berpuasa, ianya berpunca dari sebab-sebab lain, bukan sebab berpuasa.

c. Tidak makan dalam jangka pendek (puasa) amat selamat Leon Chaitow, pensyarah kanan di University of Westminster.

d. Kongres bertemakan ‘Kesihatan dan Ramadhan’ di Casablanca 1994, mengesahkan puasa bulan Ramadhan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan, sebaliknya ia mampu mencegah dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

e. Kalau pun tidak sakit, badan tetap mengandungi bahan-bahan toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan berkumpul di dalam badan lalu menjadikannya seperti orang sakit dan membebankan, maka keaktifannya akan berkurangan. Apabila seseorang berpuasa dia akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin tersebut dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak pernah dialami sebelum itu (Dr. Mc Fedan, Pakar perubatan antarabangsa. Dlm. Milenia, Ogos 2010, hal. 23)

f. Lihat kenyataan di Malaysia: “Punca utama kematian rakyat Malaysia sejak tahun 1980an adalah berpunca dari penyakit jantung dan angin ahmar. Ia dijangka kekal sehingga tahun 2020 dan rakyat Malaysia mengidap penyakit kronik ini 10 tahun lebih awal dari orang barat, ini berpunca dari tekanan darah tinggi, kencing manis, kandungan kolestrol yang tinggi, kegemukan dan merokok. Ajaibnya kelima-lima penyakit ini dapat dikurangkan melalui berpuasa (Prof. Dr, Abdul Rashid Abdul Rahman, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Pakar Perubatan di Hospital Pakar Perubatan an Nur merangkap Dekan Pengajian Siswazah dan penyelidikan , Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, dalam Milenia Ogos 2010, hal. 22 – 23).

g. Keutamaan Lain:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أُعطِيت أمتى فى شهر رمضان خمسَ خصالٍ لم يُعْطَهُنَّ قبلى؛
أما واحدة فإنه إذا كان أولُ ليلةٍ فى شهر رمضانَ ينظر اللهُ عزوجل اليهم. ومن ينظر اللهُ اليه لم يُعَذَّبْ أبدا.
وأما الثانية فإن خَلوفَ أفواههم حيث يُمْسُون أطيَبَ عندالله من ريح المسك.
وأما الثالثة فإن الملائكة تستغفرُلهم فى كل يوم وليلة.
وأما الرابعة فإن الله تعالى يأمر جنَّته فيقول لها إستَعِدِّى وتَزَيَّنى لعبادى اولئك كادوا أن يستريحوا من لَّعَبِ الدنيا الى دارى وكرامتى.
وأما الخامسة فإنه إذا كان آخرُ ليلةٍ غَفَرَاللهُ لهم جميعا, وقال رجل من القوم: آهى ليلة القدر يا رسول الله. فقال: لا, الم ترَ العُمَّالَ يعملون فإذا فرَغوا من أعمالهم وُفُّوا أُجورهم.

Lebih kurang bermaksud:
Rasulullah saw bersabda, telah diberikan kepada umatku pada bulan Ramadhan lima perkara, yang belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelumku;

1. Pada permulaan Ramadhan Allah melihat kepada para umatku. Barangsiapa yang Allah melihat kepadanya, nescaya tidak diazab selamanya.

2. Bau mulut mereka pada petang hari lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi.

3. Para malaikat memohon keampunan untuk mereka setiap hari dan malam.

4. Allah memerintah syurgaNya dengan berfirman, 'Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hambaku. Mereka hampir beristirehat dari kepenatan dan kepayahan dunia, menuju ke negeriKu dan kemuliaanku.

5. Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya, 'Apakah itu malam al Qadar, ya Rasulullah?'. Nabi saw menjawab, 'Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada para pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya disempurnakan upah-upah mereka'. (as Siddiqiey: Pedoman Puasa, hal. 30 -31).

Soalannya sekarang, apakah kita benar-benar bersedia untuk melibatkan diri dengan mengambil bahagian yang aktif dengan kehadhiran Ramadhan atau tidak. Jangan lupa sebelum ini terdapat kenyataan baginda saw menyebut:مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ yang lebih kurang bermaksud, "Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan”.

Mudah-mudahan kita sentiasa diringankan Allah untuk mengikuti segala jenis peribadatan yang disediakan Allah dalam bulan Ramadhan.

Artikel Penuh...

Thursday, July 22, 2010

Dailog dan Anugerah yang Agung

Meneliti ayat demi ayat dalam kitab tua Kifayatul Muhtaj, nukilan Syeikh Daud bin Abdullah al Fathoni, (pada menyatakan bicara Isra’ dan Mi`raj, hal. 17 – 18) ternyata amat mengagumkan penulis. Mana tidaknya, kerana saban hari, saban tahun bila tiba bulan Rejab, kita selalu dipaparkan dengan kisah mu`jizat anugerah Allah yang agung kepada Nabi kit Muhammad saw. Namun apa yang selalu disebut oleh penceramah ialah anugerah solat sahaja. Sedangkan sebenarnya banyak lagi anugerah Allah kepada Nabi yang terakhir ini.Berikut penulis paparkan kisahnya:

“Maka ia pun lalu sujud kepada hadhratNya dan sembah, maka firmanNya Allah Subhanahu wa Ta`ala, ‘Ya Muhammad’, Maka sembahnya, ‘Labbaika’, maka firmanNya ‘Angkatlah kepalamu dan pohonkan barang yang engkau kehendak, Aku berikan’. Maka angkat Nabi saw kepalanya maka bersembah katanya:

• يا رب قد اتخذت ابراهيم خليلا وأعطيته ملكا عظيما
“Wahai Tuhan, sesungguhnya engkau telah memilih Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau telah menganugerahkannya sebuah kerajaan yang besar”

• وكلمت موسى تكليما
“Dan Engkau telah berkata-kata dengan Musa beberapa perkataan”

• وأعطيت داود ملكا عظيما وألنت له الحديد وسخرت له الجبال
“Dan Engkau telah menganugerahkan Daud sebuah kerajaan yang besar dan Engkau lembutkan baginya besi dan engkau mudahkan baginya segala bukit”

• وأعطيت يارب سليمان ملكا عظيما وسخرت له الجن والإنس والشياطين يعملون له ما يشاء وسخرت له الرياح وأعطيته ملكا لا ينبغى لأحد من بعده
“Dan Engkau beri hai Tuhanku akan Sulaiman kerajaan yang amat besar dan Engkau mudahkan baginya jin, manusia dan syaitan yang bekerja baginya barang yang dikehendakinya dan Engkau mudahkan baginya angin dan Engkau beri akan dia kerajaannya yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun selepasnya”.

• وعلمت يارب عيسى التوراة والإنجيل وجعلته يبرئ الأكمه والأبرص ويحيى الموتى بإذنك وأعذته وأمه من الشيطان الرجيم فلم يكن الشيطان عليهما سبيلا
“Dan Engkau ajarkan hai Tuhanku akan IsaTaurat dan Injil dan Engkau jadikan akan dia menghilangkan buta dan sopak dan menghidupakan yang mati dengan izin Engkau dan Engkau peliharakan dia dan ibunya daripada syaitan, maka tiada bagi syaitan atas keduanya jalan”.

Catatan: Dialog di atas menggambarkan bahawa Nabi Muhammad saw adalah seorang yang amat bijaksana, buktinya ialah apabila Allah swt menyuruhnya meminta sesuatu yang dikehendaki, baginda tidak meminta, melainkan memberitahu apa yang telah Allah swt anugerahkan kepada nabi-nabi sebelumnya. Berlainan dengan orang yang kurang matang, akan memohon apa sahaja yang dikehendaki. Sebab itulah apabila baginda saw tidak meminta sesuatu, akhirnya Allah menganugerahkan apa yang sepatutnya bersesuaian dengan keperluan Nabi saw sebagai Rasul akhir zaman, lihat seterusnya firman Allah:


• قد اتخذتك حبيبا وأرسلتك للناس كافة بشيرا ونذيرا
“Maka sesungguhnya telah Aku jadikan akan dikau kekasihku dan Aku utuskan akan dikau sebagai Rasul bagi semua umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran”.

• وشرحت لك صدرك ووضعت عنك وزرك ورفعت لك ذكرك
“Dan Aku lapangkan bagi kamu dada kamu dan Aku hapuskan daripada kamu dosa-dosa kamu dan Aku angkatkan bagi kamu sebutan kamu”

• وجعلت أمتك خير أمة أخرجت للناس وجعلت أمتك وسطا
“Dan Aku jadikan ummat kamu sebaik-baik ummat yang dikeluarkan bagi segala manusia dan Aku jadikan umat kamu sebagai umat pertengahan”

• وجعلت أمتك الأولون والآخرون وجعلت أمتك لا تجوز لهم خطبة ولا صلاة حتى يشهدوا أنك عبدى ورسلى
“Dan Aku jadikan umat kamu sebagai permulaan dan kesudahan dan Aku jadikan umat kamu itu tiada melalui mereka itu khutbah dan sembahyang hingga naik saksi mereka itu bahawasanya engkau hambaKu dan pesuruhKu”

• وجعلت من أمتك أقواما قلوبهم أناجيلهم فى قلوبهم
“Dan Aku jadikan daripada umat kamu mereka yang kuat hati mereka itu pengajaran di dalam hati mereka itu”

• وجعلتك أول النبيين خلقا وآخرهم بعثا
“Dan Aku jadikan akan dikau awal Nabi kejadian dan akhir Nabi bangkitnya”.

• وجعلتك أول من يقضى له يوم القيامة
“Dan Aku jadikan dikau awal mereka itu yang dihukumkan pada hari qiyamat”.

• وأعطيتك سبعا من المثانى لم أعطها نبيا قبلك
“Dan Aku berikan dikau akan tujuh ayat yang diulang-ulangi akan dia di dalam sembahyang iaitu Fatihah, tiada Ku beri akan dia satu nabi yang dahulu-dahulu daripada kamu”.

• وأعطيتك خواتيم سورة البقرة من كنز تحت العرش لم أعطها نبيا قبلك
“Dan Aku berikan dikau kesudahan surah al Baqarah daripada perbendaharaan di bawah `Arasy tiadaKu beri akan dia satu nabi yang dahulu-dahulu daripada kamu”.

• وأعطيتك ثمانية أسهم الإسلام والهجرة ولصدقة والأمر بالمعروف والنهى عن المنكر وجعلتك فاتحا وخاتما وأعطيتك لواء الحمد فآدم ومن دونه تحت لوائك
“Dan Aku berikan dikau delapan kelebihan iaitu Islam dan berpindah dan sedekah dan menyuruh dengan ma`ruf dan menegah daripada mungkar dan Aku jadikan dikau permulaan dan kesudahan dan Aku berikan dikau panji-panji kepujian, maka Adam dan lain-lainya di bawah panji-panji engkau”.

• وإنى يوم خلقت السموات والأرض قد فرضت عليك وعلى أمتك خمسين صلاة فقم بها أنت وأمتك.
“Dan bahawasanya Aku pada hari Aku jadikan tujuh petala langit dan bumi, sesungguhnya telah Aku fardhukan atas kamu dan atas umat kamu lima puluh sembahyang maka dirikanlah dengan dia kamu dan umat kamu”.

Demikianlah kisah dialog dan anugerah yang sangat agung dan tinggi nilainya bagi nabi yang terakhir dan umat hingga ke akhir zaman.

Artikel Penuh...

Tuesday, July 13, 2010

Isra’ dan Mi`raj

Beberapa Perkara Yang Perhatikan

• Latar belakang Peristiwa berlakunya
• Tahap-Tahap Perjalanan
• Penjelasan Teknikal Perjalanan (al Qur’an)
• Anugerah Allah Pada Malam Isra’ dan Mi’raj
o Solat
o Rawatan penyakit dll.
• Sikap kita!

1. Latar belakang Peristiwa berlakunya:

• Firman Allah yang lebih kurang bermaksud:

“Mahasuci Allah yang telah mengisra’kan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekitarnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

Maksud ayat di atas mengingatkan kita:

i. Peristiwa yang berlaku 27 Rejab 1400 tahun dulu. Kini Rejab datang lagi.

ii. Terjadi setahun sebelum hijrah, setelah kewafatan Abu Talib yang lebih 40 tahun menjadi pendamping dan penyokong di luar rumah. Wafatnya juga isteri tersayang Khadijah yang lebih 25 tahun menjadi penyokong terkuat dari dalam rumah, sehingga tahun itu disebut sebagai tahun dukacita (`Amul Huzni.

iii. Ditambah lagi dengan karenah musyrikin Makkah menolak baginda untuk berada di bumi Makkah, bukan sahaja sebagai Nabi, malah sekaligus sebagai warganegara.

iv. Mencari perlindungan di Tha’if, namun sekali lagi berulangnya peristiwa penolakan ini, sehingga berlaku munajatnya yang terkenal.

v. Sekaligus sebagai jawapan dari Allah, ‘Seandainya penduduk bumi menolak kehadiranmu dan menolak ajaranmu, maka penduduk langit masih lagi menerimanya dengan senang hati, malah Aku Allah menjemputmu menjadi tetamuKu yang agung’.

2. Tahap Perjalanan:

Tahap I : Mekkah – Baitul Maqdis

Tahap II : Baitul Maqadis – Sidratul Muntaha

Tahap III : Sidratul Muntaha – Allah SWT (di Mustawa)

I. Tahap I : Mekkah – Baitul Maqdis
Dalam tahap ini Rasulullah SAW masih berada di alam fisik (alam jabarut) yang kecepatan, jarak dan energi yang digunakan masih dalam batas alam fizika, yaitu kecepatan gerak mulai dari nol sampai dengan kecepatan maksimum alam fisika, yaitu kecepatan Cahaya (= C). Hal ini terbukti bahwa Rasulullah SAW dikisahkan secara fisik masih berjumpa dan membantu satu kabilah Arab dari suku Quraisy yang sedang melakukan perjalanan antara Baitul Muqdis ke Makkah.

II. Tahap II : Baitul Maqdis – Sidratul Muntaha
Dalam tahap ini Rasulullah SAW sudah memasuki alam Malakut (yaitu alam Malaikat dan alam Ruhani). Pada alam ini kecepatan gerak Rasulullah sudah dipertinggi, iaitu dari kecepatan Cahaya menjadi 1744.4 x kecepatan Cahaya untuk mencapai Sidratul Muntaha. Pada tahap ini Rasulullah menceriterakan pengalamannya melihat Surga, neraka dan lain-lainnya.

III. Tahap III : Sidratul Muntaha – Allah SWT (di Mustawa)
Dalam tahap ini Rasulullah SAW memasuki alam Lahut (alam Ilahiyyah). Dalam tahap ini kita tidak diberi kemampuan lagi untuk melakukan perbandingan dengan fikiran dan bentuk-bentuk lainnya; terbukti dengan :
Bahwa Rasulullah tidak menceritakan apa-apa lagi tentang alam ini, beliau digerakkan dengan ketangkasan dan energi/tenaga yang tak terhingga besarnya.

Secara Skematis, perjalanan Isra’ dan Mi’raj Rasulullah Muhammad SAW dapat digambarkan sebagai berikut :

Tahap : I II III Pos Perjalanan Mekkah → B. Maqdis → S Muntaha → Allah Tingkatan Alam Alam Benda Alam Malakut Alam Lahut ( Alam Jabarut ) Tingkatan Kecepatan 0 → C → 1744.4 C → ∞

Hubungan antara Waktu dan Jarak dalam Ruang Metafisik Kita lihat di depan bahwa kecepatan gerak Malaikat dan Ruh adalah sebesar
Voltan = 1744.4 x Kecepatan Cahaya

Menurut Teori Kontraksi Waktu dari Einstein, berlaku hubungan :
to = 1,744,399 i x t dengan pengertian :
to = waktu awal
t = waktu gerak
i = bilangan imajiner (arus letrik/ pergerakan karan) = akar minus satu ( mohon maaf, penjabaran rumus tidak ditampilkan , karena panjangnya ) bahwa apabila seseorang atau sesuatu yang dapat bergerak dengan kecepatan jauh melebihi kecepatan cahaya, maka waktu menjadi tidak berpengaruh lagi, atau dengan kata lain : Masa lalu, masa kini dan masa mendatang saling berimpit dengan masa sekarang. Yang berarti seseorang dapat mengetahui sejarah masa lalu dan masa mendatang pada saat sekarang. Hal ini dapat kita simak dari Kisah Suci Isra’ dan Mi’raj Nabi Besar Muĥammad – Rasulullah SAW- yang telah sering kita dengar!.

 Dengan Taufik dan Hidayah dari Allah, kita berharap bahwa dengan sekerat pengetahuan ini , maka kita tidak dapat mengabaikan atau meremehkan kisah Isra’ dan Mi’raj tersebut. Insya Allah kita akan bertambah yakin bahwa Al Islam adalah Ilmiyah dam Amaliyah !


3. Penjelasan Teknikal Perjalanan

• Cuba perhatikan beberapa perkataan dan huruf yang dipilh dalam firman Allah:

i. Bila disebut asra (أسرى) sama dengan sara, perjalanan malam yang tidak memerlukan objek.

ii. Apatah lagi disebut bi`abdihi (بعبده), dengan hambanya yakni memerlukan objek, yakni perjalanan malam yang dilakukan oleh satu pihak, dalam hal ini subjek (Allah) terhadap hambanya yakni Muhammad saw.

iii. Penggunaan ‘Ba’ (ب) mengisyaratkan perjalanan isra’ berlaku di bawah bimbingan dan taufik Allah. Ertinya baginda bukan dibawa berjalan dan dilepaskan begitu sahaja, ikut apa yang nak buat, seperti angkasawan kini.

iv. Sekaligus menggambarkan Allah yang melakukan aktiviti ini untuk baginda. Sebab itu dari segi ilmiyyahnya pada awal ayat sudah dimulakan dengan Subhana, sabbaha yang pada mulanya bererti menjauh, bertasbih dalam pengertian Islam bermaksud ‘Menjauhkan Allah dari segala sifat kekurangan dan kelemahan’ (Shihab, 7/10). Malah Subhanal Llah adalah ucapan yang selalu digunakan untuk menunjukkan kepada kehairanan.

•Amatlah mengelirukan seandainya kita mahu mengukur peristiwa ini berdasarkan
kepada ukuran kemampuan makhluk.

Bandingkan kenyataan:

i. Albert Einstein dengan tegas mengatakan, “‘Bahawa semua yang terjadi di alam ini diwujudkan oleh ‘superior reasoning power’, yang di dalam al Qur’an disebut al Azizil ‘Alim (العزيزالعليم)” (Edi Bukhari, Psantren Perguruan KHZ Musthafa Sukamanah, Tasik Malaya).

ii. Teori Black Holes misalnya mengatakan, “Pengetahuan manusia tentang alam hanyalah 3% sahaja, manakala 97% adalah di luar kemampuan manusia pengetahuan manusia”. (Edi).

iii. Kierkegaard (tokoh eksistentialisme) menyatakan, “Seseorang harus percaya bukan kerana ia tahu, tetapi kerana ia tidak tahu” (Edi).

iv. Immanuel Kant, “Saya terpaksa menghentikan penyelidikan ilmiah demi menyediakan waktu bagi hati saya untuk percaya” (Edi).

• Soalnya kenapa terlalu mempersoalkan bila ada sesuatu yang berkaitan dengan Islam dan kenabian, sedangkan berita-berita akhbar kita terus percaya, tak kisah.

• Bila disebut ‘Abd’:

i. Bermaksud kekukuhan dan juga kelembutan, juga hamba sahaya.
ii. Anak panah yang pendek dan lebar (menggambarkan kekukuhan).
iii. Tumbuhan yang memiliki aroma yang harum (menggambarkan kelembutan).

 Apabila disebut ‘abd/abdi’ maka ketiga-tiga erti di atas merupakan sifat dan sikapnya yang menonjol.
 Seseorang hamba tidak memiliki sesuatu , apa yang dimilikinya adalah milik tuannya. Dia adalah anak panah yang boleh digunakan tuannya untuk tujuan tuannya. Di saat yang sama dia juga harus mampu memberi aroma yang harum bagi lingkungannya.
 Muhammad Abduh: “Pengabdian bukan sekadar ketaatan dan ketundukan, tetapi adalah suatu bentuk keagungan dalam jiwa seseorang terhadap siapa yang kepadanya ia mengabdi serta sebagai bukti dari keyakinan bahawa pengabdian itu tertuju kepada yang memiliki kekuasaan yang tidak terjangkau arti hakikatnya”.
 Ja`far as Sodik: “Mengemukakan tiga unsur pokok yang merupakan hakikat ibadah;

i. Hamba tidak menganggap apa yang berada dalam genggaman tangannya sebagai miliknya kerana yang dinamai hamba tidak memiliki sesuatu. Apa yang ‘dimilikinya’ adalah milik tuannya...jangan fikir isra’ mi’raj milik kita.

ii. Segala usahanya hanya berkisar pada mengindahkan apa yang diperintahkan oleh sesiapa yang kepadanya ia mengabdi ...jangan fikir nak mempersoalkan itu dan ini, apatah lagi menggugat kepercayaan.

iii. Tidak memastikan sesuatu untuk dia laksanakan kecuali mengaitkannya dengan izin dan restu siapa yang kepadanya ia mengabdi...Kita ni sedap sangat bercakap itu dan ini adakah mendapat mandat dari Allah?. Sedangkan Allah jelas memberitahu “Tidak Aku jadikan Jin dan manusia....”.

 Perlu diingatkan, perkataan abd dirangkaikan dengan gantinama ketiga selalunya merujuk kepada Nabi saw, makhluk yang paling wajar lagi sempurna ibadah dan pengabdiannya kepada Allah swt (Shihab, 13).


4. Di antara anugerah Allah Pada Malam Isra’ dan Mi’rj:

• Solat dan kefardhuannya;

o Sangat penting solat (`Imadud Din), tidak ada tolak ansur dalam mengerjakannya, lihat cara memfardhukannya dipanggil terus dan beri pada tangan Nabi saw. Tidak berlapik dengan orang lain, atau perantaraan.

o Penghubung di antara hamba dengan Tuhannya. Ibadah yang paling disukai Allah. “Jangan kamu meninggalkan solat dengan sengaja kerana sesiapa yang meninggalkan dengan sengaja, penjagaan atau pemeliharaan Allah dan RasulNya terlepas dari dirinya (Imam Ahmad).

o Penghapus dosa dan menjauhkan dari melakukan maksiat.

o Keselamatan dari azab kubur dan hari akhirat.

• Arahan Berbekam – Mengubati Penyakit:

o Dia (Anas) berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”

o Riwayat Ibnu Majah (3479), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.
Disahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami` (II: 5671), dan Takhrij al-Misykat (4544).

o Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali tiap mereka berkata kepadaku: Wajib bagimu wahai Mohd untuk berbekam.”

o Riwayat Ibnu Majah (3477), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.
Disahihkan al-Albani dalam ash-Sahihah (V: 2263) dan Shahih al-Jami` (II: 5672).

• Kebaikan Berbekam

Membantu menghilangkan pening dan migrain.

Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem
perkumuhan.

Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi
pada kaki.

Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.

Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan
kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat
menyebabkan penglihatan kabur.

Ada juga yang menyebut: Berbekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

5. Sikap kita:

Sepatutnya kita seronok dengan anugerah ini, alHamdulillah kita berada dalam negara Malaysia yang Islam diisytiharkan sebagai agama persekutuan, namun kadar jenayah macam mana!, Anak zina makin bertambah, pelbagai maksiat semakin tumbuh, selepas mengetahui kisah Isra' dan Mi`raj, takkan nak diam aje!. Apa peranan kita? Kenalah buat sesuatu, paling tidak lihat dan libatkan diri dengan aktiviti amar ma`ruf dan nahi mungkar!.

Artikel Penuh...