Al Mandili menyebut, “Ketahui olehmu bahawasanya mata engkau itu menjadikannya oleh Allah bagi engkau kerana beberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia,”
Dari sudut Sains, mata dibahagikan:
Organ luar
• Bulu mata
• Alis mata
• Kelopak mata
Organ dalam
Bagian-bagian pada organ mata bekerjasama mengantarkan cahaya dari sumbernya menuju ke otak untuk dapat dicerna oleh sistem saraf manusia. Bagian-bagian tersebut adalah:
• Kornea
Merupakan bagian terluar dari bola mata yang menerima cahaya dari sumber cahaya.
• Pupil (anak mata) dan Iris/Selaput Pelangi
Dari kornea, cahaya akan diteruskan ke pupil. Pupil menentukan kuantitas cahaya yang masuk ke bagian mata yang lebih dalam. Pupil mata akan melebar jika kondisi ruangan yang gelap, dan akan menyempit jika kondisi ruangan terang. Lebar pupil dipengaruhi oleh iris di sekelilingnya.Iris berfungsi sebagai diafragma. Iris inilah terlihat sebagai bagian yang berwarna pada mata.
• Lensa mata
Lensa mata menerima cahaya dari pupil dan meneruskannya pada retina. Fungsi lensa mata adalah mengatur fokus cahaya, sehingga cahaya jatuh tepat pada bintik kuning retina. Untuk melihat objek yang jauh (cahaya datang dari jauh), lensa mata akan menipis. Sedangkan untuk melihat objek yang dekat (cahaya datang dari dekat), lensa mata akan menebal.
• Retina/Selaput Jala
Retina adalah bagian mata yang paling peka terhadap cahaya, khususnya bagian retina yang disebut bintik kuning. Setelah retina, cahaya diteruskan ke saraf optik.
• Saraf optik
Saraf yang memasuki sel tali dan kerucut dalam retina, untuk menuju ke otak.[1]
Secara umumnya mata dari sudut kita orang awam, adalah anugerah Allah yang sangat berharga:
• Mengindahkan apa yang ada pada muka (semacam satu taman), mata salah satu item yang menjadikan taman itu indah.
• Padanya ada dibekali dengan cecair, (air mata) yang keluar ketika sedih atau gembira. Menjadi resepi yang sangat enak, pelengkap ketika bersedih atau gembira. Cecair ini juga sebagai pembersih dan juga melegakan ketika merasa sedih atau gembira.
• Pandangan hanyalah sekadar yang bersesuaian, jauh sangat tak nampak, begitu juga dekat sangat. Terang sangat juga begitu atau gelap sangat begitu. Kena ambil i`tibar.
• Mata kadangkala menipu kita dengan pandangan pertama, terutama mengenai cantik dan hodoh, kadangkala bias. Tengok sebatang kayu dalam air.
• Jangan menyesali seandainya mata anda tidak menarik, kurang penglihatan, juling dsb kerana semuanya ada hikmatnya, lihat kisah seorang raja yang memenjarakan menterinya semata-mata kerana menteri memberi peringatan semasa ibu tangannya terpotong semasa memburu. Masih baik tuanku, kerana tak terpotong tangan.
Harun Yahya menyebut, “Setakat ini, tidak ada alat visual atau perakam yang dibuat oleh manusia begitu sensitif dan berjaya merasakan data sensori seperti telinga dan mata.
Milik Siapakah Kesedaran Melihat Dan Mendengar Yang Terdapat Dalam Otak.
Apakah sebenarnya yang melihat segala macam godaan dunia dalam otaknya, mendengar kepada simfoni dan bermain dengan burung, dan menghidu bau sekuntum bunga ros?.............Siapakah pemilik kesedaran ini? Tidak diragui lagi bahawa kesedaran ini bukanlah dimiliki olah saraf-saraf, lapisan lemak atau neuron yang terdapat di dalam otak. Ini adalah sebab mengapa penganut Darwinis-materialis yang percaya bahawa semua kewujudan adalah terdiri pada material, tidak dapat menjawap soalan ini.
Sifat sedar ini ialah roh yang diciptakan oleh Allah. Roh ini tidak memerlukan mata untuk melihat imej, juga tidak telinga untuk mendengar bunyian. Bahkan tidak memerlukan otak untuk berfikir.
Orang yang sedar akan fakta saintifik dan tersirat ini akan menghayati kebesaran Allah, akan takut kepadaNya dan meminta perlindungan dariNya, Dia yang mengeluarkan keseluruhan alam semesta di dalam tempat yang gelap-gelita beberapa kubik sentimeter dalam tiga-dimensi, berwarna, samar-samar, dan bentuk yang berkilau-kilauan.” (Harun Yahya, Keajaiban Saintifik al Qur’an dalam Laman an Invitation to the Truth)
Seterusnya al Mandili menyatakan lagi, “Maka setengah daripada faedahnya yang bangsa akhirat memandang kepada langit dan matahari dan bulan dan bintang dan lainnya, (lihat buah ciku, masa putiknya pahit, setelah masak ranum, mana pergi pahitnya, kelatnya, yang ada manis pula) supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah Ta`ala dan atas kuasanya, Dan setengah daripadanya melihat akan al Qur’an dan melihat akan jalan kepada masjid dan kepada tempat menuntut ilmu.”
Dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau (Kerjaya kamu) dan melepaskan engkau daripada segala yang menyakiti, seperti jatuh, dan berlaga... barangkali mengajar kita jadi orang yang tenang, tidak jadi menantu hantu.
Dan bermula mensyukurkan mata itu memelihara daripadanya tiap-tiap melihat yang haram, seperti melihat perempuan yang lain daripada isterinya dan sahayanya dan muhramnya dan seperti melihat akan yang muda belia, dan seperti melihat akan aurat laki-laki.
(Dalam satu hadis, Rasulullah saw bertanya kepada Puterinya Fatimah RA, “Apa yang rasa terbaik untuk seorang wanita?”
Fatimah menjawab, “Apabila seorang lelaki tidak memandang perempuan lain selain isterinya dan apabila seorang perempuan tidak memandang lelaki lain selain suaminya.”
Kefahaman:
• Tidak ada suami yang suka isterinya memandang lelaki lain selain dirinya, begitulah sebaliknya, apa lagi pandangan yang boleh mendatangkan syak wasangka dan fitnah.
• Sifat cemburu adalah salah satu tabiat kaum wanita, ada dua jenis cemburu iaitu normal dan tercela.
• Tercela ialah perasaan yang berkobar-kobar dalam dirinya sehingga muncul pelbagai syak, curiga sehingga mengundang porak peranda.
• Normal ialah perasaan cemburu yang tidak terlalu menguasai dirinya, cemburu kepada sesuatu yang haram. Ia mendorong dirinya berusaha membahagiakan suami dan menyediakan iklim yang kondusif bagi merealisasikan cita-citanya (Tn. Guru Nik Abdul Aziz, Bunga Kebahagiaan, hal. 87-88).
Maka lazimkan olehmu akan memelihara mata engkau, kerana firman Allah Ta`ala:
Bersabda olehmu hai Rasulullah bagi sekelian orang yang beriman pejamkan oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada harus bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu, dan suruh olehmu akan mereka itu dengan memelihara faraj mereka itu nescaya memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia, dan yang demikian (memelihara) itu lebih baik (lebih suci dan terhormat dari mereka, kerana dengan demikian, mereka telah menutup rapat-rapat salah satu pintu kedurhakaan yang besar ya`ni perzinahan) bagi mereka itu, bahawasanya Allah Ta`ala sangat mengetahui akan batin yang mengerjakan mereka itu akan dia semacam dengan zahir. Maka membalas Ia akan mereka itu atasnya.
Pengajaran:
• Tidak membuka mata lebar-lebar, (jangan liar mata bila melihat wanita cantik – Hamka, 205) untuk melihat segala sesuatu yang terlarang seperti aurat wanita (غض يغض), menundukkan atau mengurangi. Mengalihkan arah pandangan serta tidak memantapkan pandangan dalam waktu yang lama kepada sesuatu yang terlarang dan kurang baik.
• Penggunaan perkataan min ketika berbicara tentang abshar (أبصار) menunjukkan sebahagian, ini agaknya disebabkan memang agama memberi kelonggaran bagi mata dalam pandangannya. “Anda ditoleransikan dalam pandangan pertama, tidak (menuruti dengan pandangan kedua - Hamka) pandangan kedua Lihat arahan Nabi saw terhadap Ali kw (
الأولى لك يا على).
•
(ويحفظوا فروجهم) Farj bererti celah di antara dua sisi (الشق بين الشيئين). Penggunaan kata yang sangat halus untuk sesuatu yang sangat rahsia bagi manusia ya`ni alat kelamin. Memang kitab suci dan as Sunnah selalu menggunakan kata-kata halus atau kiasan untuk menunjukkan hal-hal yang oleh manusia terhormat, aib untuk diucapkan.
• Dari satu segi lain, ulama sepakat tentang bolehnya melihat wajah dan telapak tangan wanita yang bukan mahram. Thabthaba’I memahami perintah memelihara furuj bukan dalam erti memeliharanya sehingga tidak digunakan bukan pada tempatnya, tetapi memeliharanya sehingga tidak terlihat oleh orang lain. Bukan dalam larangan berzina (Mishbah 8, hal. 524 – 525).
Ada pun ayat ini mengajar kelakuan yang baik dan memberitahu dan menakutkan (targhib dan tarhib), Maka adapun mengajar adab maka firmanNya (Bersabda olehmu hai Rasulullah bagi sekelian orang yang beriman pejamkan oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada harus bagi kamu melihatnya, nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu), daripada barang yang tiada halal memandang kepadanya, dan dengan ini perkataan menyuruh Allah (perintah) akan hambanya dengan berkelakuan yang baik, iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan memelihara kemaluannya daripada yang tiada halal dikerjakan dengan dia.
(Namun janganlah mudah menghukum, jangan terlalu jumud, lurus bendul sehingga langsung tidak diberi peringatan atau jangan terlalu ekstrim, lihat kisah umat Nabi Musa yang berbuat dosa selama 40 tahun)... tawasul)
Maka wajib atas setiap hamba menjunjung perintah Tuhannya dan jika tidak nescaya adalah ia jahat perangai dan patut ia dimurkai dan disiksa (jangan dipandang remeh arahan ini). Dan adapun memberitahu maka firman-Nya (bermula demikian memejamkan mata dan memelihara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi mereka) memberitahu Allah Ta`ala dengan ini perkataan, atas bahawasanya memejamkan mata dan memelihara faraj itu keduanya sebab bagi membersihkan hati daripada segala dosa dan sebab bagi membanyakkan pekerjaan kebajikan (dua pintu yang digemari oleh syaitan, bezakan di antara keinginan dan keperluan, lihat contoh khalifah yang sakit).
Dan adapun menakutkan maka firman-Nya: (ان الله خبير بما يصنعون) bahawasanya Allah sangat mengetahui ia akan batin (barang yang mengerjakan kamu akan dia seperti mengetahui ia akan zahirnya). Maka selagi membalas Ia akan dia, jika ada ia yang baik nescaya membalas ia dengan pahala dan kesenangan dan syurga, dan jika ada ia kejahatan maka membalas Ia dengan siksa dan api neraka.
Dan firman-Nya Allah Ta`ala:
Ertinya: Mengetahui oleh Allah Ta`ala akan khianat segala mata. Iaitu mencuri oleh mata itu akan memandang kepada yang diharamkan, dan mengetahui ia akan barang yang menyembunyi oleh segala hati daripada cita-cita mengerjakan kebajikan (Ghafir 19).
Pandangan mata yang khianat, jelingan yang disembunyikan dalam keadaan senyap, khainat sama dengan khianah, pandangan negatif yang disembunyikan terhadap sesiapa yang dilecehkan (Misbah 11, hal. 593 – 594).
Mata membayangkan sesuatu yang paling halus dari isi hati seseorang. Orang yang halus perasaannya mengetahui seseorang yang dusta dengan memerhatikan kerdipan mata. Urat-urat saraf yang halus pada diri manusia mempertalikan perasaannya dengan kerdipan matanya. Bila seseorang bercakap jujur kerdipan dan pandangan matanya pun memperlihatkan ketenangan. Ada orang yang boleh pakaikan alat untuk mengukur sejauh mana kebenaran (Azhar 24, hal. 151-152).
Dan sabda Nabi saw:
ان النَّظَر الى محاسن المرأةِ سهمٌ مسمومٌ من سِهام ابليسَ فمن تركها أذاقَهُ اللهُ تعالى طَعْمَ عبادةِ تسُرُّهُ
Ertinya: Bahawasanya memandang kepada tempat yang elok daripada tubuh perempuan itu seperti anak panah (bererti sudah boleh membinasakan) yang beracun (lagi hebat bisanya) daripada segala anak panah Iblis (pada sangat segera membinasakan) (Lihat fitnah wanita) maka barangsiapa meninggalkan dia kerana takut akan Allah Ta`ala nescaya memperasakan dia oleh Allah Ta`ala akan kesedapan amal ibadat yang menyukakan ia akan dia, (Allah akan memberi kepadanya kelazatan amal) (menceritakan akan ini hadis oleh al Hakim daripada Huzaifah r.a. dan menghukumkan ia akan sanadnya dengan sahih).
Untuk itu bagaimana sepatutnya wanita, dalam suatu pesanan:
Wanita seperti semalu
Sabda Rasulullah kepada puterinya Saidatina Fatimah Az-Zahra.."Wanita ibarat semalu:
• Semalu akan kuncup melambangkan wanita perlu ada sifat malu.
• Semalu itu berduri melambangkan wanita perlu menjaga diri dan maruah..
• Semalu itu ada akar yang kuat mencengkam tanah melambangkan wanita perlu ada ketarikan yang kuat kpd Allah..
• Semalu itu akan layu pada senja hari melambangkan wanita perlu pulang ke rumah ketika senja menjelang tiba.. Lihat kes yang ada sekarang, sambutan Tahun Baru
Dan Sabda Nabi saw:
قال صلى الله عليه وسلم : لكل ابن آدم حظه من الزنا فالعينان تزنيان وزناهما النظرُ واليدان تزنيان وزناهما البطشُ والرِّجلان تزنيان وزناهما المشيُ والفم يُزني وزناه التقبيل والقلب يَهُمُّ ويُصَدِّقُ ذلك الفرج أو يكذبه
Ertinya: Ada bagi tiap-tiap manusia itu bahagian daripada zina, maka dua mata itu berzina keduanya, dan zina keduanya memandang kepada barang yang tiada harus dipandang dan kedua tangan itu berzina keduanya, dan zina keduanya menampar akan yang dilarang menamparnya, dan kedua kaki itu berzina keduanya, dan berzina keduanya berjalan kepada tempat yang haram berjalan kepadanya, dan bermula mulut itu berzina ia, dan zinanya mengkucup akan yang tiada halal dikucup, dan bermula hati berkehendak ia dan mencita-cita ia dan membenarkan ia akan yang demikian itu oleh faraj (dan bahawa mengerjakan ia akan zina itu), atau mendustakan ia akan dia. (dengan bahawa tertegah ia daripadanya) menceritakan hadis ini oleh Muslim dan al Baihaqi daripada Abu Hurairah ra.
Dan ada pada hadis ini menunjukki bahawasanya asal bagi zina faraj itu dua mata.
Dan hendaklah menilik engkau kepada segala anggota engkau dengan apa pekerjaan yang patut ia (sesuaikan anggota dengan tanggungjawab yang berpadanan), dan akan apa pekerjaan yang dinanti-nanti baginya,
Turut kehendak Allah dulu, dan bersangka baiklah kepada setiap arahan Allah, ia adalah untuk kebaikan bukan kejahatan. lihat kisah Rahib
Ambil contoh orang yang hampir dengan Allah. Pentingnya kita ambil contoh orang-orang yang mulia, lihat syair:
فتشبَّهوا إن لم تكونوا مِثلَهم + إن التَّشبَّه بالكِرام فلاَحٌ
“Contohilah sekalipun kamu tidak setara dengan mereka + Kerana mencontohi orang-orang yang mulia itu membawa kemenangan” (al Hikam I, Dr. Zul, hal. Xxxv &vi).
Satu lagi yang perlu diberi perhatian ialah Hadis Nabi saw.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (أعمار أمتي ما بين الستين والسبعين، وأقلهم من يجوز ذلك) ورواه الترمذي وابن ماجه، رواه الحاكم وصححه ووافقه الذهبي، وصححه الالباني،فالحديث صحيح
Dalam satu artikel terkini (2 + 2 Mata), Hilal Asyraf menyebut: “ Mata adalah antara nikmat jasadiah yang terbesar, juga merupakan lubang dugaan yang paling hebat bagi insan, Dengan mata manusia mampu melihat, sekaligus menjana akalnya untuk berfikir pelbagai perkara. Namun dengan mata........ perkara yang merosakkan. Di samping dua mata yang Allah swt berikan kepada manusia, saya terfikir akan ‘dua mata’ lagi yang menusia hakikatnya perlu wujudkan dalam diri mereka. Satu mata yang melihat masa belakang dan satu mata lagi melihat masa hadapan.
Mata melihat masa belakang: Muhasabah.
Kelemahan manusia antaranya adalah membuat kesilapan yang sama berulang-ulang. Dengan mengulangi kesilapan yang sama, peningkatan manusia dalam hidupnya terganggu. Manusia yang baik adalah manusia yang tidak mengulangi kesilapannya. Sebab Rasulullah saw bersabda:
“Seorang mukmin itu tidak akan disengat kala pada lubang yang sama sebanyak dua kali.”
.....Dengan mata ini kita bermuhasabah dan merenung salah silap kita. Ramai manusia mengingati kelebihannya, kebaikannya, kegemilangannya. Namun amat sedikit yang mengingat kekurangannya, kejahatannya, kerendahannya.
Saya ada mendengar orang berkata, “Benda-benda tak baik usah diingat.” Atau “Waktu yang telah berlalu usah dilihat kembali.”
Pada saya pandangan ini silap. Benda-benda tak baik yang dilakukan orang, betul tak perlu diingat. Tapi benda-benda tak baik yang kita lakukan, perlu sentiasa kita ingati dan jadikannya sebagai bahan muhasabah, agar ia tidak berulang lagi. Bukan sekadar tidak berulang pada diri kita, tapi juga tidak berulang pada diri anak-anak dan manusia keliling kita.
Mata melihat masa hadapan: Merancang
Satu lagi kelemahan manusia adalah – tidak mempunyai perancangan. Hidupnya tidak dirancang, pengurusan dirinya tidak dirancang, keluarganya tidak dirancang, pekerjaannya tidak dirancang, tarbiyyah anak-anaknya tidak dirancang, studinya tidak dirancang dan begitulah kebanyakan sisi kehidupannya.............Merancang bermakna punya pelan strategi.
Apabila kita telah bersedia, dan tidak mendapat apa yang kita rancang, sekurang-kurang persediaan kita tadi punya makna pada medan lain.... contohnya nak kahwin dengan seorang perempuan, sampai masa tak jadi. Tapi duit masih ada, dan duit itu boleh jadi bermakna pada medan yang lain. Kerana kegagalan bukanlah satu penamat hidup.
Begitulah juga dalam menjadi hamba Allah swt. Apakah perancangan kita? Di mana strategi kita hendak menggapai redha-Nya? Apakah jalan yang kita hendak ambil? Pernahkah anda merancang?, Lihat firman Allah yang bermaksud:
18. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.
Muhasabah dan perancangan adalah amat penting. Saya mulakan dengan muhasabah, kerana saya melihat tidak guna merancang sesuatu yang akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa yang lalu.... maka bagi yang tidak bermuhasabah dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama akan merugikan masa. Bagi yang tidak merancang dan kehidupannya berterabur, tunggang langgang, dia juga akan kehilangan masa yang berharga (Hilal Asyraf, 2 + 2 Mata, dlm. ANIS, Disember 2010, bil.160, hal. 56 – 57)
Maka memelihara engkau akan segala anggota engkau itu sebagai pelihara yang patut padanya (kena jaga sungguh-sungguh) dengan pekerjaan yang dinanti baginya itu, maka jika pekerjaan itu sangat besar (tanggungjawab yang berat, APA JAWATANMU) nescaya engkau pelihara anggota itu dengan pelihara yang bersangatan, (siapa kita perlu juga ditanya, publik figure ke?, kena jadi contoh) maka bermula kaki itu adalah dinanti-nanti baginya akan berjalan di dalam kebun syurga dan mahligainya, dan adapun tangan itu maka dinanti-nanti baginya mencapai buah-buahan syurga dan minumannya, seperti itulah segala anggota yang lain, maka mata hanyasanya kerana memandang kepada zat Allah di dalam syurga dengan tiada menyerupai kelakuan melihat yang baharu, dan tiada ada di dalam negeri dunia dan tiada ada di negeri akhirat ni`mat yang lebih besar daripada melihat Tuhan itu, maka patut sangat bagi mata yang dinanti baginya akan sebesar-besar ni`mat bahawa dipelihara akan dia dengan sehingga-hingga pelihara (sampai begitu sekali), dan dimuliakan dia sehabis-habis mulia, dan bahawa tiada dikotorkan dia dengan memandang akan yang haram wallahu a`lam.
Apa yang perlu difahami betul-betul, anggota adalah anugerah Allah yang sangat tinggi harganya. Untuk itu kita perlu bersyukur. Mengikut Kitab Syarah al Hikam, dalam satu pesanan disebut:
من لم يشكُرِ النِّعَمَ فقد تعرَّضَ لِزَوَالهِا, ومن شَكَرَها فقد قيَّدها بِعِقَالهِا
“Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan, maka bererti ia berusaha untuk hilang nikmat itu. Dan siapa yang mensyukuri nikmat bererti ia telah mengikat nikmat itu dengan ikatan yang kuat dan kukuh”
Dalam satu kenyataan lain Syeikh Zarruq menyebut:
شُكرُ النعمةِ ضامنٌ لثلاثةِ أشياءَ, حِفظُها عن الزوال وتغييرُ الحالِ بالإنتقالِ, وزيادتُها فى الحال, وبركتُها فى المال, واتِّصال العبدِ بِمَولاهُ على وجه العافيةِ بلا إخلالٍ
“Mensyukuri nikmat akan menjamin tiga perkara: Pertama; terpelihara nikmat daripada hilang dan berubah keadaan, iaitu dengan berpindah dan bertambah nikmat. (nikmat otak tapi tak guna dengan baik). Kedua; berkat nikmat pada kesudahan (harta). Ketiga; berhubungnya hamba dengan tuannya secara selamat tanpa sebarang kecacatan”.
Sayyidina Umar al Khattab menyebut:
النِّعَمُ وَحشِيَّةٌ فَقَيِّدوها بالشُّكر
“Nikmat itu seperti binatang liar. Tambatlah ia dengan syukur”
Ibn `Abbad an Nifri berkata:
“Syukur terbahagi kepada tiga; iaitu hati, lisan dan anggota. Syukur dengan hati adalah dengan mengetahui segala nikmat daripada Allah swt. Dan syukur dengan lisan adalah dengan memuji Allah swt., manakala syukur dengan segala anggota adalah dengan melakukan amal soleh”
Jawapan Abu Hazim berkaitan syukur:
“Syukur mata; melihat yang baik (anda melihat kebaikan dengan kedua biji mata anda, maka anda menyatakannya, dan apabila anda melihat kejahatan dengan kedua-dua biji matamu, anda menutupnya – Amdan, Syarah Hikam, hal. 137) dan menutup yang aib. Syukur telinga; mengambil faedah yang baik dan menutup yang tidak baik. Syukur dua tangan; tidak mengambil sesuatu tanpa hak dan tidak menegah hak sesuatu iaitu bagi Allah swt pada keduanya. Syukur perut; menjadikan sabar di bawahnya dan ilmu di atasnya. Syukur Faraj; menjaga kemaluan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
5. Dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela: -
Syukur kedua kaki; berjalan ke tempat yang diredhai Allah swt dan tidak ke tempat maksiat” (Dr. Zul, Syarah al Hikam jld. 1, hal.434-437)
Orang yang bersyukur lisannya, tak bersyukur badan seperti pakai separuh pakaian (Amdan, Syarah Hikam, hal. 138)
Monday, April 18, 2011
Fasal yang pertama pada menyatakan Mata (Penawar Hati)
Perihal Langit dan Bumi Mengikut al Qur`an
Allah berfirman dalam surah al Baqarah yang lebih kurang bermaksud:
21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
22. Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
Untuk lebih memahami ayat ini mari kita lihat surah al Anbiya’ ayat 30 Allah menjelaskan lagi yang lebih kurang bermaksud:
30. Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?.
(Prof. Shihab menyebut bahawa ayat ini merupakan pembicaraan secara aqli yang bersumberkan kita suci sehingga sampai kepada suatu kesimpulan yang sama dengan apa yang dikemukakan. Soalannya apakah orang-orang kafir belum juga menyedari. Langit dan bumi adalah satu ‘ratqan fafataqnahuma’ (رتقا) terpadu kemudian terpisah (فتق). Mengenai ini ulama berpendapat:
• Langit dan bumi adalah merupakan satu gumpalan yang terpadu. Hujan tidak turun dan bumi tidak ditumbuhi pohon, lalu Allah membelah langit dan bumi dengan jalan menurunkan hujan dari langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan di bumi.
• Langit dan bumi adalah terpadu kemudian Allah pisahkan dengan mengangkat langit ke atas dan membiarkan bumi tetap di tempatnya berada di bawah lalu memisahkan keduanya dengan udara.
• Thabathaba’ie; ayat ini sebagai bantahan kepada para penyembah berhala yang mengatakan bahawa Allah adalah pencipta sedangkan tuhan-tuhan yang mereka sembah adalah pengatur. Sedangkan kalau direnung kita pasti melihat terpisah laut dengan darat, aneka jenis tumbuh-tumbuhan dengan kesesuaian iklimnya, binatang, manusia dsb.
• Ayat ini menjadi dalil yang sangat besar, mu`jizat Qur’ani kepada para ilmuan bagaimana al Qur’an mengungkap kejadian planet (Mishbah 8, hal. 41-42).
Mungkin juga boleh difikirkan ‘fafataqnahuma’ merupakan isyarat tentang apa yang terjadi pada cairan atom pertamanya berupa letupan besar (teori Big Bang) yang mengakibatkan tersebarnya benda-benda alam raya ke serata tempat termasuk ujudnya sistem surya, lingkaran Bimasakti, ada yang jauh dan ada yang dekat, ada yang sesuai didiami dan sebaliknya.
• 1913 Vasto Malvin Sliver menemui bahawa sebahagian jisim (benda) bergerak menjauhi kita dengan kecepatan 1800KM/detik, 1929 Edwin Hubble menyebut bahawa galaksi-galaksi menjauh dari kita dengan kecepatan yang sama dengan jarak galaksi-galaksi tersebut dengan kita.... penemuan ini bukan sahaja menunjukkan galaksi-galaksi itu berjauhan dengan kita, akan tetapi ia juga saling menjauhi antara satu sama lain, dan ini bererti bahawa alam semesta selalu mengalami pemekaran dan perluasan, lihat firman Allah dalam surah az Zariyat:
47. Dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga
.......Soalannya ialah kuasa apakah yang menarik keluar, maka itulah yang disebut sebagai letupan/ledakan besar di dalam atom embrionik yang memuat kumpulan bahan dan tenaga. Pada tahap pertama ledakan besar ini, suhu panas meningkat hingga beberapa trilliun, hingga terbentuk atom-atom, dan dari atom-atom ini terbentuk debu kosmos yang kelak menjadi galaksi-galaksi. Soalan lain ialah bila berlakunya ledakan itu, tiada jawapan, namun merujuk kepada nilai tetap (konstan) 1 juta tahun cahaya versi Hubble adalah 15.3 KM/detik, maka kita akan memperoleh 20 juta tahun sebagai tahun kejadian ledakan besar tersebut.. namun merujuk kepada kecepatan pemekaran bumi bukan sesuatu yang konstan, akan tetapi ia terus menurun, majoriti berpendapat ianya terjadi sebelum 15 juta tahun lalu (Yusuf al Haj Ahmad, Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al Qur’an & Sunnah, hal. 323-5).
Seterusnya Allah berfirman yang lebih kurang bermaksud:
“dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?.”
Ada beberapa pendapat;
• Air adalah sumber kehidupan, segala yang hidup memerlukan air, pemeliharaan kehidupan segala sesuatu adalah dengan air, terdapat 33 kali air disebut dalam al Qur’an dalam bentuk nakirah (indefinitif) dan 16 kali dalam bentuk ma`rifah (Ensaiklopedia hal. 385).
• Untuk menyucikan tubuh badan dan menghilangkan dari gangguan syaitan, menguatkan hati memperteguhkan tapak kaki (al Anfal).
• Kami jadikan segala jenis yang hidup (binatang) dari cairan yang terpancar.
• Ayat ini menjadi sumber penemuan kepelbagaian jenis dalam dunia akademik.
Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
Dalam satu kenyataan disebut:
Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 82/83% air (Zikri)
70 peratus berat otak,
75 peratus berat jantung,
90 peratus berat paru-paru
Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita.
(Khadijah Ismail.Com)
Diantara kepentingan air untuk tubuh badan kita.
• Air menstabilkan suhu badan
• Air mengangkut nutrisi (zat) dan oksigen ke dalam sel
• Air melembabkan udara dalam paru-paru
• Air meningkatkan kadar metabolisma (aktiviti organ dalaman)
• Air melindungi organ-organ
• Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi (zat) dengan baik
• Air melindungi dan melembabkan rawan.
Apakah kesan negatif yang akan berlaku sekiranya kita kekurangan air?
Tubuh selalu kepenatan. Memang dapat dirasakan, tubuh akan cepat terasa sangat letih. Buat kerja pun jadi lambat, tak berapa nak produktiviti.
Kesan-kesan lain.
• Sakit kepala yang kerap atau migrain.
• Sembelit.
• Ketegangan otot
• Tekanan darah yang tidak seimbang
• Masalah buah pinggang
• Kulit kering
• Risiko Kematian
Kita juga berjumpa dengan kenyataan, setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter. Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air.
Dalam satu kenyataan lain disebut, “Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui:
• Air kencing, najis,
• Peluh dan pernafasan.
• Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan” (Khadijah Ismail.Com)
Oleh yang demikian, marilah kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta jangan lupa minum air kosong yang banyak (bergantung kepada individu) kerana ia bagus untuk sistem perkumuhan dan juga sistem peralihan darah dalam badan kita (Zikrihusaini.Com).
Friday, March 11, 2011
Perihal Ibadah dan Taqwa
Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 21 yang lebih kurang bermaksud:
21. Wahai sekelian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
Datangnya ayat ini setelah diterangkan sifat-sifat tiga kumpulan, beriman, kafir dan munafik. Kesemua kumpulan di atas diajak supaya beribadat, tunduk, patuh dengan penuh hormat dan kagum kepada Allah.
Seruan kepada semua manusia, ayyuhan nas, ertinya beribadat kepada Allah adalah perintah yang dikenakan kepada semua manusia, tidak kira apa bangsa sekalipun (zakarin wa untha, syu`uban wa qabaila, asbat dsb). Menunjukkan bahawa manusia asalnya umat yang satu. Tidak kira apa bangsa pun, keturunannya ia asalnya umat yang satu. Firman Allah yang lebih kurang bermaksud:
213. Pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
• Ayat di atas menggambarkan asas ilmu sosiologi dalam Islam, walau apa pun sejarahnya panjang, tetapi asal usulnya kamu itu adalah satu.
• Manusia berkongsi dari segi rasa mahu mengabdikan diri kepada yang Maha Berkuasa, cuma mungkin berbeza dari segi teknikal. Ibnu Abbas mengatakan asalnya manusia semuanya Islam (Hamka, Tafsir al Azhar, hal. 172).
• Berkongsi rasa belas kasihan, lihat contoh kalau ada sesuatu yang terajis akan sama-sama bersimpati, cari jalan menyelamatkan.
• Berkongsi cita rasa, keinginan dsb.
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, tidaklah menjadi satu kesalahan, malah sepatutnyalah Allah menyeru mereka supaya menyembah Allah dengan u`budu rabbakum, sedangkan Ibadah adalah suatu bentuk kepatuhan dan ketundukan yang berpuncak kepada sesuatu:
• Yang diyakini menguasai jiwa raga seseorang dengan penguasaan yang arti dan hakikatnya tidak terjangkau.
• “Ibadah dalam Islam adalah merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan klimak dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri. Ibadah juga merupakan tangga penyambung antara akhlak dan penciptanya. Selain dari itu ibadah mempunyai kesan-kesan yang mendalam di sudut hubungan makhluk dan penciptanya.”
Definasi Ibadah
Dari segi bahasa “ibadah” bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari segi syara’ “ibadah” diertikan sebagai taat, tunduk patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah.
• Sheikh Ibn. Taimiyah pula menyatakan, “Ibadah asal maknanya kehinaan, tetapi ibadah yang diperintah Allah atau yang disyariatkan ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepadanya.
• Al-Tabari pula, menjelaskan maksud ibadah iaitu khusu’ kepadanya, merendah diri dan tetap hati kepadanya.
• Ibnu Qayyim. Maksud yang beliau berikan terlalu mudah. “Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.”.... sehingga dalam satu ungkapan lain beliau menyebut, “Tidak ada kebahagiaan, kelazatan, kenikmatan dan kebaikan hati melainkan bila ia meyakini Allah sebagai Rabb, Pencipta Yang Maha Esa dan ia beribadah hanya kepada Allah saja, sebagai puncak tujuannya dan yang paling dicintainya daripada yang lain.
Sebagai kesimpulan ibadah bermaksud merangkumi segala perkara yang disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada keyakinan, sikap, perkataan, amal perbuatan, zahir atau batin.
Dalam kata lain ibadah ialah segala aktiviti manusia yang zahir dan batin dalam mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya semata-mata dengan niat mencari keredhaan Allah.
Sebab itu ketundukan dan kepatuhan kepada orangtua atau penguasa tidak wajar dinamai ibadah. Menurut Prof. Dr. Hasbi as Siddiqy mentaati pemerintah ialah: “Menyelesaikan dengan patuh dan melaksanakan dengan baik segala apa yang diperintahkan yang mendatangkan kemuslihatan dan menjauhkan kemelaratan kepada/daripada rakyat, asal saja tidak berlawanan dengan syari`at yang telah ditetapkan dan dengan diputuskan ulul amri” (al Islam II, hal. 437). Jadi ini tidak dinamakan ibadat.
M. Quraish Shihab menyebut, untuk menghasilkan ibadah mesti ada tiga elemen (sekurang-kurangnya):
• Pertama; si pengabdi tidak menganggap apa yang berada dalam genggaman tangannya sebagai milik peribadi, tetapi milik kepada siapa yang kepada-Nya dia mengabdi. Lihat ayat Allah yang bermaksud:
23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Catatan: Ayat ini menjadikan orang beriman sebagai orang yang paling baik dan paling cemerlang. Lihat pula dalam satu hadis Nabi saw
) روى الإمام مسلم في صحيحه قوله - صلى الله عليه وسلم -: عجباً لأمر المؤمن إنّ أمره كله له خير؛ وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن، إن أصابته سراء شكر فكان خيراً له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيراً له).إنّ هذا الحديث يشفي صدور المؤمنين، ويذهب الحزن عنهم؛ ذلك لأنه يسلي المؤمن، ويبيِّن له أنه الكاسب في الحالتين: في السراء والضراء، وفي الفرح والحزن، وفي حالة السلم والحرب، وفي الغنى والفقر، والصحة والمرض، وفي أحواله كلها.
• Kedua; segala aktivitinya hanya berkisar pada apa yang diperintahkan oleh siapa kepada-Nya ia mengabdi serta menghindar dari apa yang dilarang-Nya... samada bertentangan dengan kepentingan diri atau berbetulan dengan kepentingan diri, kena patuhi. Buat dulu apa yang Allah suruh insya’ Allah kamu akan dapati hasilnya.
o Turut kehendak Allah dulu, dan bersangka baiklah kepada setiap arahan Allah, ia adalah untuk kebaikan bukan kejahatan.
o Ambil contoh orang yang hampir dengan Allah. Pentingnya kita ambil contoh orang-orang yang mulia, lihat syair:
فتشبَّهوا إن لم تكونوا مِثلَهم + إن التَّشبَّه بالكِرام فلاَحٌ
“Contohilah sekalipun kamu tidak setara dengan mereka + Kerana mencontohi orang-orang yang mulia itu membawa kemenangan” (Dr. Zul, Syarah al Hikam I, hal. Xxxv &vi).
• Ketiga; tidak memastikan sesuatu untuk dia laksanakan atau hindari kecuali dengan mengaitkannya dengan kehendak siapa yang kepada-Nya ia mengabdi.. lillahi Ta`ala. (Quraish Shihab, Tafsir al Mishbah, jld. 1, hal. 145). Ertinya buat sesuatu mesti dengan lil Llahi Ta`ala.
o Sabda Rasulullah SAW kepada Mu`az ibn Jabal “Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak.” “Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya.” “Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama.
Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah, “Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat”.
“Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,
“Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain.”
“Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, “Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.”
Rasulullah SAW meneruskan sabdanya, “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,
“Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.”
Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,
“Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”
Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,”Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini.”
Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah shalat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.
Tetapi penjaga pintu langit berkata, “Saya ini penjaga sum’ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riya’. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riya’.”
Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni solat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah SWT.
Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.
Tetapi firman Tuhan,
“Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak bisa menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui.”
“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.”
“Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?”
“Laknat-Ku tetap padanya.”
Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:
“Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.”Dan semua yang di langit turut berkata,”Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat.”
Bersabda Rasulullah SAW kepada Mu’az bin Jabal :
“ Mu’az, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka “
Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadist ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata,
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan
ini?”
Sabda Rasulullah SAW, “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”
Muaz bertanya kembali,”Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah si Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”
Bersabda Rasulullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.”
“Jangan riya’ dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyak perasaan orang lain dengan mulutmu, karena kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka jahanam.”
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,”Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia.”
Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”
Jawab Rasulullah SAW, “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka.”
Beribadahlah kepada Rab kamu; pendidik, pemelihara, pemberi rezeki, kasih sayang, pengampunan dsb.
Timbul persoalan, seruan kepada ketiga-tiga kumpulan beriman, kafir dan munafik? Inilah lambang kasih sayang Allah, yang beriman diajak supaya tingkatkan taqwa, yang munafik dan kafir terus-terusan diajak dan jangan mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. Walaupun mereka durhaka, seruan tetap diadakan. Jalinan hubungan tetap diadakan di antara pendidik dengan yang dididik agar tidak terus menjauhkan diri. Jangan berputus asa.
Selain itu Allah menampilkan kehebatan-Nya yang Maha Kuasa, iaitu dalam ayat seterusnya yang bermaksud:
Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, ini menunjukkan kesatuan kemanusiaan sejak dahulu hingga akhir zaman. Ayat ini menggambarkan seruan supaya manusia berfikiran lebih global, bukan kesukuan atau kekampungan, tetapi dalam bentuk dunia. Secara halusnya, orangtua yang mewariskan tanah ladang, sawahnya kepada kamu juga Aku yang cipta. Carilah siapa yang anda kagumi, yang anda sanjungi semuanya tak terlepas dari karya Aku.
• Lihat contoh orang hebat. Semuanya hebat masa muda, dah tua, segala kekuatan yang diberikan Allah akan ditarik balik, semuanya habis, yang ada hanyalah lemah dan longlai.
• Pemimpin kerajaan yang terkenal (Sulaiman dan Zulkarnain, Fir`aun, Namrud, Nebukadnezar, sekadar menyebut beberapa tokoh, ada yang bersyukur dan ada yang kufur).
• Semuanya Allah yang jadikan dan diutuskan Nabi ini adalah untuk menarik perangai ini semua supaya jadi baik.
Kemudian diikuti dengan ayat yang menjadi objektif ta`abbudiyyah.
لعلكم تتقون
La`alla (لعل) adalah kalimah yang mengandungi harapan akan terjadi sesuatu di masa akan datang, ianya merupakan harapan bagi mitra bicara bukan bagi pembicara, dalam erti mendorong lawan bicara untuk mengharap, atau bererti tujuan, dan dari sini ia diartikan dengan “agar supaya”.
Pakar Tafsir dan bahasa Arab az Zamakhsyari, berpendapat bahawa kata La`alla (لعل) merupakan majaz, bukan dalam arti harapan sebenarnya, kerana Allah menciptakan hamba agar menyembah-Nya sambil memberi mereka kebebasan memilih. Dia menghendaki untuk kebaikan agar mereka bertaqwa... (Shihab, hal. 148).
Dr. Zulkifli Mohammad al Bakri menyebut, `Agar kamu bertakwa' bermaksud supaya manusia termasuk dalam golongan orang-orang yang bertakwa, berjaya dengan hidayah serta berada di dalam kemenangan. Ini kerana ibadat merupakan jalan-jalan yang boleh menyediakan manusia ke arah ketakwaan serta diharap mendapat kedudukan yang sempurna. Begitupun, terdapat juga beberapa tafsiran lain berhubung dengan ayat `agar kamu bertakwa'. Di antaranya ialah :
i. Agar manusia beribadat kepada Allah dengan harapan mendapat takwa dan dapat menyelamatkan diri daripada azab Tuhan. Ini pendapat Sibawaih.
ii. Agar manusia terpelihara dan selamat daripada syirik. Ini pendapat Ibn Abbas.
iii. Agar manusia selamat daripada api neraka. Ini pendapat ad-Dhahhak.
iv. Agar manusia sentiasa taat. Ini pendapat Mujahid.
v. Agar manusia beribadat kepada Allah sahaja supaya selamat daripada kemurkaan dan azab-Nya kerana mengerjakan hal-hal yang boleh menghalang azab tersebut. Ini pendapat Syeikh Abdul Rahman as-Sa'di di dalam kitab tafsirnya.
vi. Agar manusia sesuai dengan gambaran yang dipilih, iaitu hamba Allah yang bertakwa, menunaikan hak rububiyah Tuhan sebagai pencipta dan hanya beribadat kepada-Nya. Ini pendapat Syed Qutub di dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran (Dr. Zul).
Di dalam ayat lain Allah menyebut di antara ciri-ciri dan sifat orang yang bertaqwa, lihat firmanNya yang lebih kurang bermaksud:
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa."
Berdasarkan ayat-ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa di antara sifat-sifat orang yang bertaqwa yang ada hubungkaitnya dengan keimanan dan amal ibadah adalah seperti berikut;
1. Beriman dengan perkara-perkara ghaib, iaitu percaya kepada perkara-perkara yang telah diberitahu oleh Allah melalui lidah rasulNya SAW, di mana perkara-perkara tersebut tidak mampu difikirkan oleh akal dan pancaindera manusia, seperti zat Allah Azza wa Jalla, Alam Akhirat, Malaikat, Syurga, Neraka, Alam kubur, Alam Mahsyar, Titian Sirat, Jin-jin, Siksaan Kubur, Arasy Allah dan lain-lain lagi.
2. Mendirikan solat dalam ertikata yang sebenar, dengan memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat sahnya, termasuk mendirikannya dengan penuh kekhusukan.
3. Menafkahkan sebahagian rezeki yang Allah telah anugerahkan dalam bentuk zakat wajib atau zakat sunat (sedekah) kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir ( yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan untuk memerdekakan hamba-hamba sahaya.
4. Beriman kepada kitab al-Quran dan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, termasuk suhuf-suhuf yang diturnkan oleh Allah kepada para nabi dan rasul, melalui perantraan Jibrail A.S.
5. Mengimani dan meyakini adanya kehidupan di akhirat setelah berakhirnya kehidupan di duni ini. Di sanalah segala amalan kita akan dinilai dan dihisab dengan penilaian dan penghisaban yang maha adil, kemudian akan dibalas oleh Allah dengan balasan yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan didunia ini. Samada berbahagia dan bergembira dengan mendapat balasan syurga atau menderita dan tersiksa dengan mendapat balasan neraka.
6. Menepati janji apabila berjanji, samada janji tersebut berhubung kait dengan Allah dan sesama manusia, kita sekarang boleh juga lihat janji Melayu, kenapa orang tak yakin dengan ucapan Insya’ Allah.
7. Bersabar dalam menghadapi kesempitan, penderitaan dan di dalam peperangan
Selain dari sifat-sifat dan ciri-ciri di atas, terdapat beberapa lagi sifat-sifat dan ciri-ciri orang yang bertaqwa, di antaranya;
8. Menahan api kemarahan daripada menguasai diri sehingga akan menyebabkan dia bertindak di luar kawalan dan batasan. Firman Allah yang lebih kurang bermaksud:
133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;
134. Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;(Ali Imran 133-134)
“Kadzimin(الكاظمين), menahan marah, makna: penuh dan menutupnya dengan rapat, seperti bekas yang penuh dengan air ditutup dengan rapata agar tidak tumpah. Ini mengisyaratkan bahawa perasaan tidak bersahabat masih memenuhi hati yang bersangkutan, fikirannya masih menuntut balas, tetapi dia tidak memperturutkan ajakan hati dan fikiran itu, dia menahan amarah diri, sehingga tidak mencetuskan kata-kata buruk dan perbuatan negatif. (al Misbah 3, hal. 265).
Dalam Tafsir al Misbah 2, hal. 265, diceritakan: “Ketika Rasul saw mengetahui gugurnya Hamzah bin Abdul Mutalib dan perutnya dibedah, hatinya dikunyah oleh Hindun, baginda saw bersabda, ‘Jika Allah menganugerahi kepadaku kemenangan atas kaum musyrikin Quraisy, pada salah satu pertempuran, pasti akan ku balas (kematian Hamzah itu) dengan tiga pulh orang musyrik’, ketika itu Allah menegur dengan firmanNya yang ditujukan kepada peribadi baginda saw:
126. Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas Dengan kejahatan Yang sama seperti Yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) Sesungguhnya Yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang Yang sabar.(an Nahl 126, al Misbah 3).
Rasul menerima dengan senang hati, sebab itu setelah berlakunya pembukaan Kota Makkah, Wahsyi memeluk Islam, baginda memanggil Wahsyi dan meminta supaya menceritakan kembali bagaimana kisah beliau membunuh Hamzah, baginda saw berlinangan air mata, lalu memberi sebahagian belanja kepada Wahsyi dan menyuruh pergi agar tidak bertemu dengan baginda”. Lihat kenyataan Wahsyi:
قَالَ: فَخَرَجْتُ مَعَهُمْ حَتَّى قَدِمْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم, فَلَمَّا رَآنِى قَالَ « آنْتَ وَحْشِىٌّ » . قُلْتُ نَعَمْ . قَالَ « أَنْتَ قَتَلْتَ حَمْزَةَ » قُلْتُ قَدْ كَانَ مِنَ الأَمْرِ مَا بَلَغَكَ . قَالَ ( فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تُغَيِّبَ وَجْهَكَ عَنِّى).
9. Memaafkan kesalahan orang lain, walaupun ketika itu dia mampu dan mempunyai kekuatan untuk mengambil tindakan dan membalas terhadap orang yang menzaliminya, namun maaf kesalahan mereka lebih diutamakan...
“Di atas tingkat ini adalah memaafkan (al `afina anin nas), al `afn, bererti maaf, kata lain bererti menghapus bekas luka hatinya akibat kesalahan yang dilakukan dan inilah yang disebut muhsinin” (al Misbah 3, hal. 265).
Ada yang menyebut, tujuan memaafkan ialah untuk suburkan kasih sayang keluarga dan masyarakat. Kadangkala perlu juga diperhatikan keperluan. Kenapa remaja terikut-ikut mengambil budaya lain yang bukan budaya Islam seperti merayakan Hari Valentine?. Lihat di sebalik Keperluan kasih-sayang!. Siang-malam, kita sibuk mencari rezeki, mengurus itu dan ini. Keluarga kita bagaimana, ada masa bertemu, tetapi sering berselisih faham, masing-masing dengan ego yang tersendiri. Kurang menaruh perhatian kepada mereka. Ketika "menaruh perhatian besar" pun, kita suka membuka mulut dan enggan membuka telinga. Akibatnya, mereka kekurangan kasih-sayang dari kita.
Dalam keadaan haus akan kasih-sayang itu, mereka tidak menuntut kita untuk memberi kasih sayang yang lebih mendalam dari kita. Mereka berusaha sendiri memenuhi kebutuhan mereka ini. Caranya, antara lain, dengan merayakan Hari Valentine setiap tahun, yang jatuh pada 14 Februari.
Dalam keadaan begitu, apakah kita (terutama aktivis dakwah) menghargai usaha mereka? Tampaknya tidak. Kita mati-matian mencela budaya mereka ini dan menjejali telinga mereka dengan seruan-seruan keras yang jauh dari kasih sayang. Akibatnya, kebutuhan mereka akan kasih sayang itu semakin kurang terpenuhi. Walhasil, semakin terdoronglah mereka untuk berburu kasih-sayang dari luar diri kita, diantaranya melalui perayaan Hari Valentine. Apa salahnya ujudkan kasih sayang yang berpanjangan kerana ini adalah anjuran Islam. Kerana ini sudah lama diasaskan oleh agama ini.
10. Segera mengingati Allah tatkala melakukan perbuatan keji, kita tidak terlepas dari kesalahan, kerana kita tidak ma`sum (dosa-dosa besar yang mudharatnya tidak hanya ke atas dirinya seperti berzina, mencuri, membunuh, riba, menuduh orang melakukan kejahatan, merompak dan lain-lain lagi)dan menzalimi diri sendiri (dosa-dosa yang mudharatnya hanya menimpa dirinya sendiri, samada dosa-dosa besar atau kecil). Kelemahan diri memang ada lihat musuh manusia.
“Imam Ahmad bin Sahl (Abu Zaid al Balkhi, seorang ulama terkenal, menyebut: Ketahuilah musuh-musuhmu terbahagi kepada empat,
• Dunia, senjatanya ialah makhluk, sedangkan penjaranya ialah uzlah: Tetapkan hati, selalu berzikir kepada Allah jangan mengharapkan kelakuannya dilihat orang, merasa puas dengan Allah.
• Syaitan, senjatanya ialah kenyang, sedangkan penjaranya ialah lapar: Syaitan tidak pernah tidur untuk menyesatkan manusia, lihat ayat perintah berpuasa, mudahan-mudahan kamu menjadi orang bertaqwa, puasa menyempitkan laluan syaitan. Imam al Ghazali menyebut sifat-sifat syaitaniyyah memunculkan pelbagai penyakit hati; derhaka, curang, menipu, mengelabui, mengajak berbuat kerosakan dan kemungkaran, menghalang kebaikan (Abu Hasan Din, Intipati Ihya’, hal. 1192).
• Nafsu, senjatanya ialah tidur sedangkan penjaranya ialah berjaga malam dengan beribadah kepadanya: Salah satu ciri ulul albab ialah sentiasa "membakar" singgasana Allah dengan munajatnya ketika malam telah sunyi. Menggoncang Arasy-Nya dengan segala rintihan, permohonan ampun, dan pengaduan segala derita serta kebobrokan moral manusia di muka bumi. Lihat maksud firman Allah:
79. Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji (Isra’).
• Hawa nafsu, senjatanya ialah bercakap, sedangkan penjaranya ialah diam - kerana dengan diam ada tafakkur, perhiasan orang yang banyak bercakap ialah merendah diri (Dr. Zul, Syarah al Hikam 1, hal. 116).
11. Memohon keampunan Allah setelah melakukan perbuatan-perbuatan dosa di atas dan berazam tidak akan meneruskan perbuatan-perbuatan tersebut. Jangan biarkan lama-lama takut nanti sudah terbiasa dan merasa tak apa-apa.
Kenyataan di atas ini terkandung dalam lebih kurang maksud firman Allah;
133. Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;
134. Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;
135. Dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali Imran : ayat 133-135)
12. Beriman dan membenarkan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah dan memperjuangkan kebenaran tersebut. Ar Rassulu qudwatuna.
Kenyataan ini selaras dengan maksdu firman Allah;
33. Dan (nyatalah bahawa) Yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang Yang bertaqwa.
34. Disediakan untuk mereka apa Yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; Demikianlah balasan orang-orang Yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya (az-Zumar : ayat 33-34).
Lihat juga ayat akhir surah as Saff: Seruan supaya menjadi pembela agama Allah:
14. Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang.
• Perintah untuk menjadi pembantu agama Allah. Pembela agama Allah datangnya arahan ini selepas menawarkan suatu perniagaan yang menguntungkan termasuk jihad. Pembela agama Allah tidak akan ujud kalau tidak ada rasa sayang dan cinta kepada Allah (Hamka 28, hal. 192).
• Bertujuan untuk memantapkan lagi istiqamah seperti hawari bagi Isa. Tawaran Isa as pernah pula ditawarkan oleh baginda saw kepada kaumnya dalam Bai`atul Aqabah. Ini jelas disahut oleh wakil Aus dan Khazraj dan mereka mempersilakan Nabi saw berhijrah ke Madinah.
• وهكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول فى ايام الحج: "من رجل يؤويني حتى ابلغ رسالة ربى, فإن قريشا قد منعونى أن ابلغ رسالة ربى" حتى قيض الله عزوجل له الأوس والخزرج من اهل المدينة, فبايعوه ووازروه وشارطوه أن يمنعوه من الأسود والأحمر إن هو هاجر اليهم, فلما هاجر اليهم بمن معه من اصحابه, وفوا بما عاهدوا الله عليه, ولهذا سماهم الله ورسوله (الأنصار) وصار ذلك علما عليهم رضى الله عنهم وأرضاهم (ابن كثير ۳ه. ٤٩٥)
Di sana terdapat empat pesanan ulama’:
• Belajar Islam yang sahih
• Amalkan dengan betul
• Sampaikan dengan baik
• Jangan berpecah
13. Berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman di kalangan manusia, sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah;
8. Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan (al-Maidah: ayat 8).
Barangkali peristiwa Syuraih bin Harith al Qadhi yang pernah menjadi hakim kepada Umar (kes beli kuda) dan Sayyidina Ali (kes hilang baju besi), juga sikap guru kepada Anu Syirwan `Adil elok kita jadikan i`tibar.
14. Mengagungkan syiar-syiar Allah, seperti mengagongkan syiar dalam ibadah haji, korban, solat berjemaah lima waktu, solat hariraya, solat minta hujan, solat gerhana bulan dan matahari, solat jumaat, menghidupkan Ramadhan, menghadiri majlis-majlis ilmu dan zikir dan lain-lain lagi berdasarkan maksud firman Allah SWT;
32. Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati (mengagungkan) syiar-syiar ugama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin (al-Haj : ayat 32).
Bukan sahaja mengagungkan syiar, malah berbangga berada di dalam Islam.
Kena berbangga dengan Islam di mana sahaja anda berada. Jangan merasa hina diri kerana kita beragama Islam. Lihat pesanan Umar:
نحن قوم أعزنا الله لنا الإسلام فمهما نبتغى العز بغير ما اعزنا الله ازلنا الله لنا.
15. Berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan harta dan jiwa raga. Firman Allah yang lebih kurang bermaksud;
44. Orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka. dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan orang-orang Yang bertaqwa (at-Taubah : ayat 44)
قال الإمام الفخر: والجهاد ثلاثة انواع
• جهاد فيما بينه وبين نفسه, وهو قهرُ النفس ومنعُها عن اللذات والشهوات
• وجهاد فيما بينه وبين الخلق, وهو ان يدع الطمع منهم ويشفق عليهم ويرحمهم
• وجهاد أعداء بالنفس والمال نصرةً لدين الله (الصابونى 3/374)
16. Tidak bersifat sombong dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini selaras dengan firman Allah yang lebih kurang bermaksud;
83. Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa (al-Qasas : ayat 83).
Thursday, February 10, 2011
Surat Anak Muda kepada Tun Mahathir
Anak Muda
Tun Dr M yang dihormati,
Kami adalah golongan muda yang membesar di bawah kepimpinan Tun. Dahulunya kami mengenali Tun sekadar sebagai Dr M. Bahkan pernah pada suatu ketika, Perdana Menteri pada kami, hanyalah Tun sahaja. Sewaktu kami membesar, mungkin Tun lah orang pertama yang memperkenalkan kepada kepada perkataan-perkataan seperti 'mega', 'wawasan', 'visi', 'yang pertama' dan sebagainya. Walaupun kita tidak pernah sampai ke Everest, namun semangat kita pernah bersama-sama menawan puncak dunia. Walaupun kita tidak pernah berlayar mengelilingi dunia, namun semangat kita pernah bersama-sama mengiringi Jalur Gemilang merentas lautan dan benua.
Dari segi umur, Tun boleh dianggap sebagai abang kepada Tok Guru Nik Aziz. Kami pula ialah cucu kepada Tun dan Tok Guru. Usia kita jauh berbeza, pengalaman kita juga tidak setara. Kami mungkin tidak sempat melalui zaman-zaman sejarah lalu yang ditempuh oleh Tun dan Tok Guru, dan seolah-olah tidak layak berhujah dengan Tun. Namun kami merasakan kami perlu bangkit menyatakan pendapat kami selaku golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara daripada Tun dan Tok Guru pada suatu ketika nanti.
Tun seorang yang bijak, lalu Tun suruh rakyat membaca, dan kami pun membaca. Pepatah pun ada mengatakan, banyak membaca, luas pengetahuan. Dan syukur kepada Allah, kami tidak rugi daripada membaca dan mencari kefahaman.
Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Sebagai pihak ketiga, kami keliru pada mulanya apabila Tun mendakwa bahawa Tun menegakkan Islam, dan Tok Guru juga berdakwah memperjuangkan Islam. Namun mengapakah tidak ada titik pertemuan? Ada angin, ada pokoknya. Pastinya ada perbezaan yang nyata yang membezakan Tun dan Tok Guru, dan pasti salah seorang berkata benar kerana mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah hanyalah satu, dan kesemua Nabi dan Rasul termasuk Adam, Ibrahim, Musa dan Isa sebelum baginda membawa mesej Islam yang sama.
Seruan-seruan kepimpinan Tun nampak hebat, tapi kami mendapati ianya tidak lengkap. Kita sudah ada segala macam 'mega', namun sehingga ke hari ini, isu-isu utama seperti perpaduan nasional, rasuah, pemerintahan yang tidak adil dan tidak bersih, kemiskinan rakyat dan jenayah masih belum ada penyelesaiannya. Rumah siap, pahat berbunyi. Kami berpendapat pastinya ada 'missing piece of jigsaw puzzle'.
Rupa-rupanya kami mendapati kehebatan Tok Guru ialah pada politik beliau yang juga merupakan ibadah kepada Allah swt. Tiada pengasingan antara keduanya. Ucapan-ucapan pembangunan dan kesatuan kepada kami sebagai rakyat tidak pernah lari daripada peringatan persiapan akhirat. Tun mencanangkan 'Wawasan 2020', namun Tok Guru mendidik kami lebih daripada itu, iaitu 'Wawasan Akhirat'. Inilah wawasan yang jelas dan lengkap, yang memberikan kami kejayaan dunia dan akhirat. Hari esok belum pasti bagaimana bentuknya bagi kita, namun mati menjadi satu-satunya perkara yang pasti buat kita semua. Sebab itulah setelah memerintah, Tok Guru tidak semakin kaya, bahkan rakyat menjadi lebih kaya daripada beliau.
Tun ada membangkitkan persoalan pengharaman arak di dalam majlis rasmi kerajaan. Kami merasakan tidak perlu Tun selak satu persatu 'kejayaan' nasionalis zaman lalu, cukup sekadar jika Tun menjawab mengapa ada di kalangan pemimpin negara yang masih bergelumang dengan arak pada hari ini? Kami musykil mengapakah masih ada para teknokrat Melayu Muslim yang masih 'setia' dengan arak pada hari ini? Kami keliru mengapakah masih ada teknokrat Melayu Muslim yang tanpa segan silu mengetuai syarikat-syarikat dan perusahaan judi yang masyhur seantero Asia Tenggara? Kita tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja anak-anak Tun dan San Miguel, apa cerita? Katanya 'nilai-nilai Islam', 'negara Islam', 'Islam Hadhari', tapi kami musykil dan keliru kerana bunyinya serba tidak kena.
Jika Tun benar-benar ikhlas kepada seruan persaudaraan sesama Muslim, mengapakah setelah kami, rakyat, mengundi pemimpin secara sah di dalam pilihanraya, secara tiba-tiba dilantik dan 'ditauliahkan' JKKK Persekutuan di negeri-negeri yang tidak diperintah Barisan Nasional? Sewaktu berlakunya Tragedi Sauk pada 2001, mengapakah Tun gagal memimpin semua pihak untuk duduk semeja, berdiskusi bagi memperoleh cara terbaik menangani isu keselamatan nasional pada ketika itu? Sebaliknya beduk perbezaan terus dipalu dan pemimpin parti Islam dituduh bersubahat. Pada ketika Islam dituduh sebagai pengganas di Amerika dan seluruh dunia, Tun menambah api kemarahan masyarakat dunia kepada agama Islam kita. Adakah ini seruan yang wajar daripada pemimpin utama negara? Bahkan Barrack Obama yang usianya separuh daripada usia Tun komited mengajak Democrat dan Republican untuk sama-sama menghadapi cabaran nasional yang lebih besar, namun semangat jiwa besar ini gagal Tun jadikan contoh tauladan kepada pengganti Tun.
Antara 'tragedi' terbesar Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002, yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Kami di luar negara meggunakan medium bahasa Inggeris, namun kami dukacita melihat nasib bahasa kita ini. Analoginya, bahasa Melayu kini ibarat peminta sedekah yang hidup melarat di kampung sendiri. Dato' Najib dan kerajaan hari ini kini acuh tidak acuh dengan mepertahankan keutuhan bahasa kita, kerana sibuk dengan politik dalaman dan mempertahankan kedudukan UMNO yang semakin rapuh. Buktinya jelas nyata daripada iklan-iklan di jalan raya, kaca televisyen, drama-drama tempatan dan sebagainya. Rakyat pula ditanam dengan pemikiran 'dengan bahasa kebangsaan, anda tidak mampu maju'. Bahasalah yang menjadi jiwa bangsa Malaysia. Barangkali Allahyarham Tan Sri Dol Ramli ingin menyuarakan pendapat yang sama, namun lidahnya kelu di hujung usia. Persoalan bahasa Melayu bukan tanda kami ini pro-Melayu atau anti mana-mana kaum, bahkan inilah tanda kami cintakan perpaduan dan mahukan keharmonian negara. Kami mahukan bahasa sepunya yang mampu menjadi menyatukan kami di dalam komunikasi dan percakapan seharian diperkukuh, namun jelas sekali bahasa Melayu semakin rapuh.
Ini berbeza dengan pendekatan Tok Guru yang benar-benar membawa Islam. Walaupun Kelantan bukanlah negeri yang paling kaya, namun negeri Kelantan telah diiktiraf oleh SPRM yang tahap rasuahnya amat kecil. Lain ceritanya dengan barisan kabinet Tun yang sehingga ke hari ini masih dibicarakan dengan tuduhan rasuah. Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah melalui media-media pro-Tun dan rakan-rakan, namun Tok Guru terus menjadi titik penyatuan masyarakat berbilang kaum di Kelantan dan seluruh negara. Serban Tok Guru beliau tidak menambah ketakutan kaum India, Melayu dan Cina, bahkan bertambah kasih dan yakin dengan pemerintahan yang bersih dan cekap yang ditunjukkan Tok Guru. Tun mengilhamkan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah', namun Tok Guru lah yang berjaya merealisasikan slogan ini dalam bentuk praktikal di dalam kepimpinan beliau. Dulunya Tun pernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup dengan harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'.
Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua. Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai.
Kami sayang Tun dan Tok Guru. Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam.
Yang benar,
Anak Muda
*Catatan:
Surat ini petikan daripada Harakah Daily dan pernah disiarkan dalam Fikrah Harakah 8 - 10 R' Awwal 1432H/11 - 13 Feb. 2011, hal, F11 - Terima kasih kepada Anak Muda yang menulisnya. Mudah-mudahan ramai lagi anak muda yang mempunyai pemikiran sebagini indah tampil untuk mempastikan risalah kenabian terus tegak di atas muka bumi Allah.
Wednesday, November 10, 2010
Penawar Bagi Hati 3
Unsur-Unsur (elemen) yang perlu ada:
At Thusi menyebut lima unsur:
1. al Ilmu yang berpandukan aqidah dan syariat yang terkandung dalam al Qur’an dan Sunnah. (Al Hujwiri menyebut ilmu kemanusiaan dan ketuhanan; suatu kualiti yang menyebabkan orang yang bodoh menjadi bijak.....pengetahuan tentang kebenaran (haqiqat) memiliki tiga tiang iaitu; pengetahuan tentang zat dan keesaan Tuhan, sifat-sifat Tuhan dan pengetahuan tentang tindakan-tindakan serta kebijaksanaan Tuhan. Pengetahuan tentang syariat pula memiliki tiga tiang iaitu; al Qur’an, as Sunnah dan Ijma` .. Ali ibn Uthman al Hujwiri, hal. 24 – 25).
2. al Amal, melaksanakan ilmu-ilmu tersebut dengan amalan berpandukan sunnah Rasulullah saw tanpa terkeluar sedikitpun dari batas syariat.
3. at Tahqiq, iaitu beramal dengan ilmu yang disuruh oleh Allah Ta`ala dengan melahirkan sifat yang tegas dan mewujudkan perasaan nikmat terhadap amalan yang dilakukan. Lihat Said Hawwa dalam nawaqidhus Syahadataini.
4. al Wajd, wijdan, iaitu melahirkan perasaan cinta dan sukacita terhadap ketegasan diri dan keteguhan jiwa yang tersemat di celah-celah dinding hati dan jiwa murni. Ada perasaan yang berpunca dari kesedaran kendiri, dalaman. Dilakukan dengan sepenuh jiwa, sepenuh perasaan.
5. al Fana’, iaitu tenggelam di dalam lautan musyahadah dan pengabdian diri kepada Allah tanpa timbul sedikitpun perasaan ragu-ragu dan syak wasangka... Jelas sekali bahawa ilmu tasawwuf merupakan suatu ilmu yang menyempurnakan lagi ilmu feqah dalam aspek kebatinan seperti akhlak dan ilmu tarekat.... sekiranya kedua-dua ilmu ini tidak akan disempurnakan secara bersama, maka akan berlakulah beberapa kesalahan dan penyelewengan dalam kehidupan, kerana kedua-dua ilmu tersebut mempunyai kaitan rapat di antara satu sama lain, tidak boleh dipisahkan sama sekali. Ilmu feqah menyetakan tentang hukum hakam, manakala ilmu tasawwuf pula menyatakan tentang jalan yang praktikal untuk beramal dengan hukum-hukum tersebut (Said Hawwa, Tarbiyyatunar Ruhiyyah 56 -57 dlm. al Batnani, 89).
Berkata Junaid lagi:
وطريقتُنا مشيَّدةٌ بالكتاب والسنة
“Dan jalan kami terikat dengan al Qur’an dan as Sunnah”, berdasarkan kata-kata ini, maka Syeikh Abdul Whab as Sya`rani dalam kitabnya Tanbih al Mughtarrin meletakkan dua asas akhlak utama yang terawal tentang akhlak golongan salaf iaitu:
1. Melazimi al Qur’an dan Sunnah sebagaimana lazimnya bayang bagi zat seseorang.
2. Terhentinya generasi salaf daripada setiap perbuatan atau kalam hingga mereka mengetahui neracanya atas al Qur’an dan Sunnah
Imam As Sayuthi (Miftahul Jannah) menambah:
أصولنا ستةُ أشياءَ التمسُّكُ بكتاب الله, والأقتداءُ بسنة رسول الله, وأكلُ الحلالِ, وكفُّ الأذَى, واجتنابُ الآثامِ, وأداءُ الحقوقِ (نظام 16)
“Usul kami ada enam perkara, iaitu;
• berpegang dengan kitab Allah,
• mengikut sunnah Nabi saw,
• makan benda-benda yang halal,
• menahan diri dari menyakiti orang lain,
• menjauhi dosa dan menunaikan kewajipan (Nidzam, hal. 15 -16).
Perkataan Tasawwuf berasal dari tiga huruf (صوف) shad: sofa’ : صفاء iaitu bersih, wau: wafa’ (وفاء) bererti penyempurnaan dan fa’ merujuk kepada fana’ (فناء) iaitu kemusnahan. Lihat Hasyiah al Amir dalam Jauharatut Tauhid:
بل التصوُّفُ أن تصفو بلا كدَرٍ وتَتْبَعَ الحقَّ والقرآنَ والدِّيناَ
وأن ترى خاشعا لله مُكْتَئِباً على ذنوبك طُولَ الدهرِ محزونا
“Bahkan tasawwuf adalah kamu bersih tanpa kekeruhan, dan kamu mengikut kebenaran al Qur’an dan perintah keagamaan, dan kamu mendapati bahawa kamu khusyuk penuh kesayuan, atas dosa-dosa kamu sepanjang zaman dalam kesedihan” (Nidzam, hal. 8).
Kepentingan Tasawwuf
1. Tasawwuf adalah disiplin ilmu bagi menjaga akhlak zahir dan hati.
2. Tasawwuf berusaha menjaga amal soleh daripada rosak.
3. Tasawwuf berusaha memperkenalkan tipu daya syaitan.
4. Tasawwuf melembutkan hati agar kebenaran lebih mudah diterima, lihat
perbandingan antara kebenaran secara kasar. Betul tapi kasar. Paling penting lihat peranan sahabat mengikut kesesuaian masing-masing (Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Abu Zar dsb).
Barang diingat bahawa ianya bukan:
Pelarian dari masyarakat, tetapi pelarian dari tabiat masyarakat yang tidak baik, bukan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, tetapi menjaga yang haram jangan sampai termakan. Kadangkala daging babi terlalu jaga, tipu dan rasuah biasa. Tak kisah langsung. Sembahyang sampai biru lebam dahi-dahi, tapi buta jama`ah.
Sikap terhadap harta, lihat ayat al Qur’an mengenai harta:
“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia menyangka bahawa hartanya dapat mengekalkannya”.
Dalam ayat lain Allah berfirman yang lebih kurang bermaksud:
“Dan sesungguhnya dia (manusia) amat suka kepada khair (harta)”.
Dua suasana di atas, satu mencela dan satu memuji, kita lihat dari dua aspek iaitu:
• Bagaimana harta itu diperolehi.
• Bagaimana harta itu digunakan, kerana salah satu soalan di hari akhirat ialah وعن ماله من اين إكتسبه وفيما انفقه؟,
Sebab itu dalam satu ungkapan disebut:
محبة المال للإنفاق لا للإمساك
“Kecintaan kepada harta adalah untuk dibelanjakan, bukan untuk disimpan”, lihat juga hadis Nabi saw:
اليد العليا خير من اليد السفلى
• Jadi tasawwuf bukan membenci harta, sampai tak mahu kerja. Menyumpahi harta. Apa yang jelas ialah tiga akhlak mereka iaitu;
o Kesukaan terhadap harta bagi dibelanjakan, bukan disimpan.
o Banyak bersedekah siang dan malam.
o Kegembiraan terhadap kefaqiran dan kesempitan hidup, sebalinya sedih apabila kekayaan dan harta datang kepada mereka.
• Lihat kata-kata hikmat:
عز الدنيا بالمال, وعز الأخرة بصالح الأعمال
“Kehebatan dunia dengan harta, manakala kehebatan akhirat dengan amal soleh” (Nizam, 34 – 38).
Tidak membelakangi huru hara dunia, tidak sepatutnya karam dalam khalwatnya, dalam zawiyyahnya dengan pakaian sufinya, tidak peduli apa-apa, tidak menangkis serangan kerana merasa lazat dengan kesucian tasauf itu... membenci kerajaan, sehingga kemudiannya bala tentera mongol masuk menyerang ke negeri Islam, tidaklah ada senjata yang tajam buat penangkis. Sebenarnya dunia tidak bersalah, dunia adalah makhluk Allah. Celaan al Qur’an dan hadis terhadap dunia berbalik kepada hakikat amalan manusia. Jika manusia jahat, itulah yang dicela. Namun jika manusia baik itulah yang dipuji. Lihat firman Allah:
Kehidupan dunia mengikut al Qur’an (al Hadid 20):
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan (bawan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanam-tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (yang disediakan bagi golongsn ysng mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”.
Dunia adalah alat, macam kereta, dipandu laju membahayakan bukan salah kereta, tapi salah orang yang memandu.Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hambaNya yang taat, hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. (Nizam, 34 – 38).
Dalam surah an-Nahl:22, dinyatakan bahawa Allah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s hasanah di atas kehidupan dunia. Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah beri kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki.
• Seorang darwisy ditanya mengapa dia mengenakan pakaian warna biru. Dia menjawab, “Rasulullah saw meninggalkan tiga perkara, iaitu kefaqiran, pengetahuan dan pedang. Pedang diambil oleh raja, yang kemudian menyalahgunakannya. Pengetahuan diambil oleh ulama’, yang merasa puas mengajarkannya semata-mata, kefaqiran dipilih oleh darwisy-darwisy yang menjadiknnya sebagai alat untuk memperkayakan diri mereka. Ku pakai warna biru sebagai lambang dukacita bagi penderitaan tiga lapis manusia ini”. (Hujwiri, hal. 60). Ertinya peranan kita mengembalikan semula ketiga-tiganya ke dalam genggaman ummat Islam.
• Junaid al Baghdadi menyebut, ‘Keluar daripada budipekerti yang tercela dan masuk kepada budipekerti yang terpuji’ (Hamka, hal. 5)
Dan dikehendaki dengan segala anggota yang zahir itu tujuh anggota, pertama mata, kedua telinga, dan ketiga lidah, dan keempat perut, dan kelima faraj dan keenam dua tangan, dan ketujuh dua kaki. Dan hendaklah engkau ingat di dalam hati engkau akan bahawasanya Allah Ta`ala telah memberi ni`mat ia akan dikau dengan beberapa ni`mat yang besar-besar, dan iaitu segala anggota engkau, yang wajib atas engkau memeliharanya dan mensyukurkannya. Maka jika tiada memelihara engkau akan dia nescaya selagi jadi saksi semuanya atas engkau pada hari kiamat, seperti firman Allah Ta`ala yang bermaksud:
(Dan pada waktu itu kami metrikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan memberitahu kami (kesalahan masing-masing), dan kami mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan (Ysin 65)
Ertinya: Pada hari kiamat mencap (cop) oleh Allah Ta`ala atas segala mulut mereka itu, ertinya menegah ia akan dia daripada bercakap, berkata-kata akan Allah Ta`ala oleh segala tangan mereka itu, dan menyaksikan oleh segala kaki mereka itu dengan barang yang ada mereka itu mengusaha akan dia di dalam dunia, maka tiap-tiap anggota bertutur ia dengan kejahatan yang keluar daripadanya.
Dan firman Allah (Fussilat 22)yang bermaksud:
(Dan semasa kamu berselindung ketika melakukan dosa di dunia dahulu bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan pengelihatan serta kulit-kulit badanmu saksi terhadap perbuatan-perbuatan dosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah mengetahui kebanyakan dosa yang telah kamu lakukan (secara bersembunyi itu).... setelah kulit-kulit mereka menjadi saksi di atas perbuatan mereka, salah sangka terhadap Tuhan).
Sayyidina Ali bin Abu Talib berkata : Sesungguhnya amalan yang paling susah dilakukan adalah 4 perkara;
• Memberi kemaafan ketika sedang marah.
• Bersifat dermawan ketika susah.
• Meninggalkan perkara haram ketika sendirian.
• Mengatakan kebenaran kepada orang yang ditakuti
“Dan tiada ada kamu dahulu di dalam dunia bersembunyi pada ketika mengerjakan kejahatan daripada menyeksikan atas kamu oleh segala telinga kamu dan segala mata kamu dan segala kulit kamu dan tiada dapat bersembunyi daripada sekelian saksi yang tersebut melainkan dengan meninggalkan segala kejahatan itu sama sekali. Kerana bahasanya tiada bercerai semuanya daripada manusia pada tiap-tiap masa dan tiap-tiap tempat selagi menyebut hamba akan tujuh fasal bagi segala anggota yang tersebut.
Tuesday, October 26, 2010
Penawar Bagi Hati 2 ( al Mandili)
Dan ketahui olehmu bahawasanya maksud daripada ilmu tasawwuf itu membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji, supaya ada ia menyampaikan kepada membersihkan hati (jantung) daripada sifat kecelaan.
(Pengertian Tasawuf ....Banyak sekali definisi tasawuf yang telah dikemukakan, dan masing-masing berusaha menggambarkan apa yang dimaksud dengan tasawuf. Tetapi pada umumnya definisi yang dikemukakan hanya menyentuh sebagian dari keseluruhan bangunan tasawuf yang begitu besar dan luas.
Definisi-definisi yang dikemukakan sama dengan yang dilakukan empat orang buta, dalam kisah Rumi, ketika mereka menggambarkan bentuk gajah. Masing-masing menggambarkan bentuk gajah sesuai dengan bagian tubuh yang disentuhnya. Bagi yang pertama, bentuk gajah seperti mahkota, bagi yang kedua seperti paip air, bagi yang ketiga, seperti kipas, dan bagi yang terakhir seperti tiang.
Imam al-Qusyairi dalam al-Risalah-nya mengutip 50 definisi dari ulama Salafi; sementara Imam Abu Nu'aim al-Ishbahani dalam "Ensiklopedia Orang-Orang Suci"-nya Hilayat al-awliya' mengutip sekitar 141 definisi, antara lain:
"Tasawuf adalah bersungguh-sungguh melakukan suluk yaitu `perjalanan' menuju malik al muluk `Raja semua raja' (Allah `assa wa jalla)."
"Tasawuf adalah mencari wasilah `alat yang menyampaikan' ke puncak fadhilah `keutamaan'."
Definisi paling panjang yang dikutip Abu Nu'aim berasal dari perkataan Imam al-Junaid ra. ketika ditanya orang mengenai makna tasawuf:
"Tasawuf adalah sebuah istilah yang menghimpun sepuluh makna:
1. tidak terikat dengan semua yang ada di dunia sehingga tidak berlomba-lomba mengerjarnya.
2. Selalu bersandar kepada Allah `azza wa jalla,.
3. Gemar melakukan ibadah ketika sehat.
4. Sabar kehilangan dunia (harta).
5. Cermat dan berhati-hati membedakan yang hak dan yang batil.
6. Sibuk dengan Allah dan tidak sibuk dengan yang lain;
• Memikirkan tentang Allah, hakikat kejadian Allah dan ayat-ayat Allah.
• Memikirkan bagaimana menyebarkan agama Allah di atas muka bumi.
• Bersabar dengan segala bala bencana yang menimpa kerana berjuang, terus berjuang tanpa rasa jemu. Lihat pesanan Abdullah bin Mubarak. Hasan al Banna, Alim Kir.
7. Melazimkan dzikir khafi (dzikir hati).
• Ada beberapa jenis zikir iaitu zikir lisan, zikir hati, zikir badan atau cantuman ketiga-tiganya.
• Bezakan zikir alim dengan zikir ahli ibadat.
8. Merealisasikan rasa ikhlas ketika muncul godaan.
9. Tetap yakin ketika muncul keraguan, cabaran memang sangat kuat, semakin tinggi mertabat atau maqam semakin tinggi cabarannya. Penghasutnya pula pangkatnya lebih besar..
10. Teguh kepada Allah dalam semua keadaan (at tsabat). Jika semua ini berhimpun dalam diri seseorang, maka ia layak menyandang istilah ini; dan jika tidak, maka ia adalah pendusta. [Hilayat al-Awliya].
Dalam Ta`rif lain Junaid menyebut:
أن تكون مع الله تعالى بلا علاقة
“Bahawa engkau mengadakan hubungan dengan Allah tanpa perantaraan” (al Batnani, hal. 85)
Imam Muhammad `Amim al-Ihsan dalam kitabnya Qawa'id al-Fiqih, dengan mengutip pendapat Imam al-Ghazali, menyatakan:
"Tasawuf terdiri atas dua hal: Bergaul dengan Allah secara benar dan bergaul dengan manusia secara baik. Setiap orang yang benar bergaul dengan Allah dan baik bergaul dengan mahluk, maka ia adalah sufi."
Definisi Imam al-Ghazali diungkapkan dengan redaksi: "Akhlak merupakan ungkapan tentang suasana yang berakar kuat dalam jiwa; dari suasana itu lahir perbuatan-perbuatan dengan mudah dan senang tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan."
Ibn Khaldun menyebut:
“Tasawwuf ialah memelihara kemuliaan adab bersama Allah dalam sesuatu amalan, samada amalan batin atau zahir dengan meletakkan hududNya mendahului kepentingan diri yang boleh mengunci hati, menghampiri diri dalam keadaan sunyi, merasa rakus ketika bermunajat” (al Batnani, hal. 83).
Kesimpulan Definisi:
هو علم تُعرَفُ به أحوالَ تزكيةِ النفسِ, وتصفيةِ الأخلاقِ, وتعميرِ الظاهرِ والباطنِ لنيلِ السعادةِ الأبديةِ
“Ianya merupakan ilmu yang membicarakan persoalan kebersihan jiwa dan penyucian akhlak , beramal dengan anggota zahir ataupun batin untuk mencapai kebahagiaan yang kekal abadi" (Qusyairi dalam al Batnani, hal. 87).
• “Meskipun terdapat perbedaan pendapat mengenai definisi tasawuf, semua definisi yang ada mengarah kepada satu titik yang sama, yaitu taqwa (lihat maksud taqwa di sisi Sayyidina Ali kwj:
الخوف من الجليل والعمل بالتنزيل والأستعداد ليوم الراحل والرضا بالقليل
"Takut kepada Tuhan Yang Maha Perkasa, beramal dengan al Qur’an yang diturunkan, bersedia bagi hari yang dia berangkat menuju kepada-Nya dan redha dengan perkara sedikit yang diberikan oleh Allah" (Zainuddin Hashim, al Fikrah, hal. F23)
..... dan tazkiyah. Tasawuf adalah hijrah menuju Allah SWT, dan pada hakikatnya semua definisi yang ada bersifat saling melengkapi.” [Abjadiyyah al-Tashawwuf al-Islami, atau Tasawuf Salafi, hlm 7.]
Penawar Bagi Hati 1 (al Mandili)
Pendahuluan (Mabadi’)
1) Ketahuilah olehmu bahawasanya ilmu Tasawwuf itu pengetahuan yang dikehendaki dengan dia akan segala kelakuan hati, samada kelakuan yang dipuji seperti merendah diri dan sabar atau kelakuan yang dicela seperti dengki dan membesar diri....(Asasnya ada tiga cabang ajaran Islam mengikut hadis Nabi saw iaitu, Iman, Tauhid berkaitan dengan akidah, ketuhanan, asas untuk semua yang berkaitan dengan agama, awwaluddin ma`rifatullah, awal agama mengenal Allah. Beriman kepada Allah bererti beriman dengan RububiyyahNya, UluhiyyahNya serta sifat dan Asma’Nya. Segala-galanya adalah esa dan sempurna. Feqah ialah perkara yang berkaitan untuk beribadat kepada Allah. Cara dan perlakuan yang sepatutnya untuk beribadat kepada Allah dengan cara yang betul seperti solat, puasa dan haji, sementara Tasawwuf sekarang kita sedang bicarakan.. berkaitan dengan hati yang disebut engkau menyembah Allah seperti engkau melihatNya, kesemuanya adalah asas utama pembentukan ilmu dalam diri, lihat kata-kata Mu`az bin Jabal, ‘العلم إمام والعمل تابعه).
2) Dan ada pun faedahnya maka menyampaikan ia kepada mengkosongkan hati daripada yang lain daripada Allah Ta`ala dan menghiasinya dengan memandang kepada Tuhan sekelian alam... Memandang kepada Tuhan di sini bukan kepada zat, tetapi kepada segala ayat yang dianugerahkan Allah di atas muka bumi ini. Para ulama’ membicarakan ungkapan bermaksud siapa mengenal dirinya dia mengenali tuhannya iaitu cara seseorang mengenal Allah melalui kesedaran tentang hakikat kelemahan dirinya sebagai makhluk yang berhajat kepada tuhan yang menyelesaikan keperluan-keperluannya. ‘Untuk itu ia perlu; Pertama mencari keredhaan Allah.. (al Batnani hal. 457).
3) Dan ada pun hantarannya maka iaitu hati manusia daripada pihak kelakuan yang datang kepadanya (Fokus utamanya ialah mendidik jantung (hati) manusia daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar, kenapa, kerana Qalb merupakan raja kepada segala anggota tujuh, sebab itulah membicarakan jantung kadangkala diletakkan dalam satu kitab khusus, al Mandili meletakkan dalam kitab kedua selepas anggota tujuh).
4) Dan ada pun hukumnya, maka fardhu `Ain atas tiap-tiap yang berakal lagi sampai umur, sampai masa untuk ditaklifkan sama seperti ilmu Tauhid dan Feqah. Cantik juga kita melihat sedikit apa yang disebut oleh Shah Wali Allah, “Taklif mengandungi tiga rahsia: ilmu pengetahuan, keadilan, dan usaha ikhtiar..... Cara membuat pilihan terbaik, berasaskan ilmu yang benar dan keadilan, telah diajar oleh Allah Ta’ala melalui konsep taklif.. ” (Mohd. Affandi Hasan – Gagasan Persuratan Baru)
5) Dan adapun tempat ambilnya, maka daripada Qur’an yang mulia dan hadis Nabi saw. Sebab itu lihat beberapa kenyataan berikut:
Prof. Dr. H. S.S. Kadirun Yahya Al-Khalidi menyatakan, “Bahwa Tasawuf adalah “Saudara Kembar” Fiqih. Pernyataan ini tampaknya berdasarkan pada kenyataan bahwa Fiqih pada hakikatnya merupakan prinsip lebih lanjut dari konsep Islam, sementara Tasawuf merupakan perwujudan konkrit dari konsep Ihsan. Dua konsep ini tercetus bersama-sama dengan konsep Iman (diformulasikan lebih jauh dalam ilmu kalam) dalam dialog antara Jibril AS dan Nabi SAW sebagaimana dikemukakan dalam hadis Abu Hurairah yang sangat terkenal”. [Shahih al-Bukhari, I:27; Shahih Muslim, L:39]
Penjelasan lebih terperinci mengenai posisi Tasawuf sebagai “saudara kembar” Fiqih dikemukakan oleh Prof. Dr. H. Abdul Malik Karim Amrullah (Buya Hamka) dalam bukunya Tasawuf, Perkembangan dan Pemurniannya: “Alhasil kemurnian dan cita-cita Islam yang tinggi adalah gabungan Tasauf dan Fiqih: gabungan otak dan hati. Dengan Fiqih kita menentukan batas-batas hukum, dan dengan Tasauf kita memberi pelita dalam jiwa, sehingga tidak terasa berat di dalam melakukan segala kehendak agama.
“Kalau kita tilik kepada bunyi Hadist tentang Islam, Iman dan Ihsan tampaklah bahwa ketiga Ilmu Islam yaitu Ilmu Fiqih, Ilmu Ushuluddin dan Ilmu Tasawuf telah dapat menyempurnakan ketiga simpulan agama itu (Islam, Iman dan Ihsan). Islam diartikan oleh hadist itu ialah mengucapkan Syahadat, mengerjakan Shalat lima waktu, Puasa bulan Ramadhan, mengeluarkan Zakat dan Naik Haji. Untuk mengetahui, sehingga kita mengerjakan suruhan agama dengan tidak membuta: Kita pelajarilah Fiqih. Iman adalah Iman kepada Allah, kepada Malaikat, kepada Rasul-Rasul dan Kitab-Kitab, dan iman kepada Hari Kiamat dan Takdir, buruk dan baik, Kita pelajarilah Ushuluddin atau Ilmu Kalam."
“Ihsan adalah kunci daripada semuanya, yaitu: Bahwa kita mengabdi kepada Allah SWT, seakan-akan Allah SWT itu kita lihat di hadapan kita sendiri. Karena meskipun mata kita tidak dapat melihatNya, namun Allah SWT tetap melihat kita. Untuk menyempurnakan ihsan itu, kita masuki alam Tasawuf.
“Itulah tali berpilah tiga: Iman, Islam dan Ihsan. Dicapai dengan tiga ilmu: Fiqih, Ushuluddin dan Tasawuf. [Tasawuf, Perkembangan dan Pemurniannya, hal. 94-95]
Jadi, sebagai sebuah ilmu, posisi Tasawuf terhadap ilmu-ilmu Islam lainnya sangat jelas dan gamblang. Tasawuf merupakan bagian tak berpisahkan dari keseluruhan bangunan Syari’ah; bahkan ia merupakan ruh/hakikat/inti dari syariah.
Syariah sendiri dapat didefinisikan sebagai “segala sesuatu yang terbit dari diri Nabi SAW yang berupa sikap, perbuatan, dan perkataan (al-Qur’an dan al-Hadist)”; atau dengan bahasa yang lebih umum: Syariah adalah segala sesuatu yang datang dari Allah dan Rasul-Nya. Namun begitu, syariah pada dasarnya merupakan produk dari hakikat Muhammad sebagai Nabi dan Rasul Allah.
Adalah mustahil memahami syariah (produk) secara sempurna tanpa memahami hakikatnya. Ilmu yang menyajikan jalan untuk mengenal hakikat ini adalah Tasawuf, sedangkan ilmu-ilmu (keislaman) lainnya, seperti ilmu Fiqih dan hadist misalnya, semuanya menyajikan jalan untuk memahami produk. Tasawuf melibatkan hati atau qalbu (ruhani), sedangkan ilmu-ilmu lainnya melibatkan otak atau akal (jasmani).
Fiqih dan Tasawuf ibarat dua sisi mata uang, jika salah satu rusak maka yang lain menjadi tidak berfungsi, sehingga kedua-duanya harus dipegang secara utuh untuk mencapai kesempurnaan.
Dalam kaitan ini, Imam Abu Abdillah al-Dzahabi (w. 748 H), penulis kitab Siyar A’lam al-Nubala’ (Beirut: Muassasah al-Risalah, 1413) yang terdiri dari 23 jilid menegaskan:
“Jika seorang ulama tidak ber-Tasawuf, maka ia kosong; sebagaimana jika seorang sufi tidak mengenal sunnah (baca bersyariat), maka ia tergelincir dari jalan yang lurus.”
Imam Malik ibn Anas, pemimpin madzhab Maliki yang sangat terkenal, sebagaimana dikutip oleh Syeikh Amin al-Kurdi, juga mengungkapkan hal senada:
Perlu selari antara syariat dengan hakikat, lihat ucapan Imam Malik:
“Barangsiapa yang bersyariat tetapi tidak berhakikat (ber-Tasawuf) maka ia telah fasik; dan barangsiapa yang berhakikat (ber-Tasawuf) tetapi tidak bersyariat maka ia telah zindik.” [Tanwir al-Qulub, hal. 408 lihat juga al Batnani, hal. 65]
Imam as Syafiey pernah berpesan:“Jika kamu melihat lelaki berjalan di atas air dan dapat terbang diudara, janganlah kamu terpedaya dengannya sehingga kamu melihat amalannya terhadap kitab (al Qur’an) dan as Sunnah Rasul saw” (al Batnani hal. xii)
(Mereka memberikan spirit kekuatan yang luar biasa kepada umat Islam yang lain. Di dalam kaum ini terdapat suatu mata rantai sejak dari masa Rasulullah SAW yang masih terpelihara, yang tak terlihat tapi memberikan kekuatan dahsyat yaitu TALI RUHANIAH KETUHANAN yang merupakan POWER OF THE SPIRIT OF ISLAM, yang merupakan enerji Ketuhanan yang Maha Dahsyat, yang mampu membentengi umat manusia, bahkan kekuatan alam semesta sekalipun dapat lumpuh kepada-Nya. Kelompok-kelompok ini dikenal sebagai kaum Sufi.
Dalam kelompok ini masih terdapat Ulama-ulama yang merupakan benar-benar Pewaris-pewaris Nabi, yaitu orang-orang yang mewarisi rahasia kekuatan para Nabi, orang-orang yang mempusakai apa-apa yang dipusakai Nabi dari Allah SWT yang merupakan kedahsyatan enerji Kalimah Allah yang Murni dan Akbar. Tokoh-tokoh Sufi pada Abad Pertengahan yang terkenal selain Al-Ghazali diantaranya adalah Syekh Abu Yazid Al Busthami, Syekh Junaid Al Baghdadi, Syekh Abdul Qadir Jailani, dan Syekh Bahauddin Naqsabandi.. (Teknologi al Qur`an Dalam Tasawwuf Islam ...Membentuk Insan Kamil dan Masyarakat Harmonis Menghadapi Perkembangan Peradaban Manusia Sampai Akhir Zaman Prof. DR. Kadirun Yahya, M.Sc. Disampaikan pada Forum Diskusi Filsafat Universitas Gadjah Mada - Yogyakarta , 16 - 17 November 1994.)
6) Dan ada pun namanya ilmu Tasawwuf. (`Irfan, Ihsan dan sering juga kita jumpai tiga istilah yang selalu dikaitkan:.Syariat, hakikat dan ma`rifat, al Qusyairi menjelaskan:
“Sesungguhnya syariat merupakan ma`rifat tentang cara untuk sampai kepada Allah, hakikat pula ialah mengekalkan perhatian kepadaNya, manakala tarikat itu ialah jalan untuk menuju kepada syariat, iaitu beramal dengan apa yang ditetapkannya” (al Qusyairi, Risalah al Qusyairiyyah dlm, al Batnani, hal. 61).