Sunday, February 18, 2018

Mukadimah mengenali al-Qur’an

M

engenali” asal  kata “kenal” yang boleh dimaksudkan tahu sedikit tentang diri seseorang, sehingga boleh berhubung dengannya sebagai teman yang paling rapat. Bila disebut mengenali al-Qur’an bermaksud supaya kita dapat tahu tentang al-Qur’an, mengecam ayat-ayat, maksud-maksud yang terkandung di dalam ayat al-Qur’an, kehendak al-Qur’an dan sekaligus arahan yang dikehendaki al-Qur’an.
Ada beberapa cara untuk kita mengenali al-Qur’an, di antaranya:


Pertama: Mengenali melalui beberapa pertanyaan. Mungkin kita akan bertanya apa sebenarnya kitab ini. Dari mana asal-usulnya. Kita menjumpai beberapa jawapan yang diberikan, iaitu:
Ditinjau daripada bahasa, Al Qur'an berasal daripada bahasa Arab, iaitu bentuk jamak daripada kata benda (masdar) daripada kata kerja qara'a - yaqra'u - qur'anan yang bererti bacaan atau sesuatu yang dibaca berulang-ulang. Konsep pemakaian kata tersebut dapat dijumpai pada salah satu surah al Qur'an iaitu pada surat al Qiyamah ayat 17 - 18 yang bermaksud:.
¨ 
17. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
18. oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Menurut Muhammad Abdul Azim az-Zarqani, Al-Quran adalah kitab yang menjadi mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ditulis dalam mushaf dan disampaikan secara mutawatir.
Syeikh Muhammad Khudri Beik menyebut al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang berbahasa Arab, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk difahami isinya, disampaikan kepada kita secara mutawatir, ditulis dalam mushaf dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas.
Menurut Muhammad Ali ash-Shabuni, Al-Quran adalah firman Allah yang tidak ada tandingannya, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantara Malaikat Jibril. Al-Quran ditulis pada mushaf-mushaf yang kemudian disampaikan kepada kita secara mutawatir. Membaca dan mempelajarinya merupakan ibadah. Al_Quran dimulai dengan surat al-Fatihah dan ditutup dengan surat an-Nas.

 Dr. Subhi Salleh menyebut, Al Qur'an adalah kalam Allah swt merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran ditulis dalam mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah.
Daripada beberapa pengertian tersebut, dapat kita simpulkan bahawa al Qur'an adalah:
       i.        Wahyu  atau kalam Allah swt. yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan perantara Malaikat Jibril,
      ii.        Ditulis  dalam bahasa Arab.
    iii.        Disampaikan dengan jalan mutawatir kepada kita,
    iv.        Ditulis dalam mushaf dan membacanya adalah ibadah.
   v.   Diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW selama dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun.
    vi.        Merupakan sebuah kitab yang bermu`jizat.

Demikian jawapan yang diperolehi apabila ditanya apa sebenarnya kitab ini, dari mana asal-usulnya.
Kedua, kita boleh mengenali al-Qur’an dengan menjawab pertanyaan apa yang ada di dalamnya. Menjawabnya mungkin kita akan pergi kepada melihat apakah isi kandungan al-Qur’an. Ertinya kita perlu ada tafaquh atau feqah, yang bermaksud kefahaman terhadap kandungan al-Qur’an.
Isi al-Quran boleh dikategorikan kepada beberapa pokok persoalan iaitu:
1.    Akidah
Aqidah adalah ilmu yang mengajarkan manusia mengenai kepercayaan yang pasti wajib dimiliki oleh setiap orang di dunia. Al-quran mengajarkan akidah tauhid kepada kita yaitu menanamkan keyakinan terhadap Allah SWT yang satu yang tidak pernah tidur dan tidak beranak-pinak. Percaya kepada Allah SWT adalah rukun iman yang pertama. Orang yang tidak percaya terhadap rukun iman dianggap kafir.
2.    Ibadah
Ibadah daripada segi bahasa adalah taat, tunduk, ikut atau menurut. Kumpulan  “fuqaha” atau yang faham tentang agama menyatakan ibadah adalah segala bentuk ketaatan yang dkerjakan untuk mencari keredaan Allah SWT. Secara umumnya bentuk ibadah yang asas terkandung dalam rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu, membayar zakat, puasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.
3.    Akhlak
Akhlak adalah perilaku yang dimiliki oleh manusia, baik akhlak yang terpuji atau akhlakul karimah mahu pun yang tercela atau akhlakul madzmumah. Allah SWT mengutus Nabi Muhammd SAW tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbaiki akhlaq. Setiap manusia harus mengikuti apa yang diperintahkan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
4.    Hukum-Hukum
Al-Quran adalah memberi suruhan atau perintah kepada orang yang beriman untuk mengadili dan menghukum yang bersalah. Hukum dalam Islam berdasarkan al-Qur’an. Mungkin dalam aspek jinayat, mu’amalat, munakahat, faraidh dan jihad.

Artikel Penuh...

Hijratur Rasul SAW (Beberapa catatan ringkas)

F

aktor Pendorong  Di Mekah.
1.    Islam tidak dapat berkembang subur di Mekah. kehidupan Baginda SAW sudah tidak terjamin terutama selepas kewafatan isteri (Khadijah) dan bapa saudara (Abu Talib).
2.    Lokasi yang berhampiran (Thaif) juga tidak dapat menerima kehadiran Islam dan Baginda SAW, walaupun terdapat saudara di sebelah bapanya.
3.    Baginda SAW seakan-akan dinafikan hak sebagai warga negara di Mekah, sehinggakan untuk memasukinya, selepas kembali daripada Thaif terpaksa menggunakan peruntukan al-Himayah wal-Jiwar melalui Mut`iem bin `Adiy.
4.    Berlakunya keputusan yang drastik di Darun Nadwah yang disertai juga oleh kononnya Syeikh dari an-Najdi (Iblis), iaitu untuk menghapus terus Baginda SAW daripada bumi Allah SWT. Keputusan ini membawa kepada pengepungan rumah baginda SAW pada malam hari selepas datangnya arahan Allah supaya berhijrah. 



Faktor Penarik Di Madinah
1.    Keperluan kepada kepimpinan yang berwibawa bagi pihak Madinah akibat permusuhan yang berpanjangan oleh suku Aus dengan Khazraj,  namun tokoh penyatunya seakan-akan tidak ada.
2.    Berita kebangkitan Nabi akhir zaman yang disebut dan diwarwarkan oleh pendeta Yahudi di Madinah seakan-akan menjadi penanda aras bagi kelayakan kepimpinan tersebut.
3.    Keinginan masyarakat yang sedar mengenai berita tersebut di Madinah untuk mendahului puak Yahudi bagi menjadi pengikut Nabi terakhir.
4.    Tertarik dengan ciri-ciri ketokohan yang ada pada Nabi SAW oleh dalam pertemuan pertama pada musim haji, memotivasikan lagi para perwakilan Madinah.
5.    Maklumat awal baginda SAW dengan janji Allah seperti yang digambarkan semasa singgah bersama dengan Jibril dan Mikail di Thibah pada malam Isra’ dan Mi`raj, semacam lampu hijau kearah lokasi penghijrahan (Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Kifayatul Muhtaj, hal. 5).
6.    Penduduknya yang begitu mesra dengan Islam sehingga betul-betul menjadi `Ansar’ dengan sikap di dalam ithar mereka seperti yang disebut oleh Allah  di dalam al-Quran (59:9)
7.    Selain daripada perniagaan, Madinah terkenal dengan bumi yang subur dan mempunyai hasil bumi dan tidak akan tergugat andainya dipulaukan oleh masyarakat sekitar. Maka asas sebegini amat sesuai dengan Islam yang pasti mampu berdikari dalam menghadapi cabaran mendatang.

Kematangan Dan Kebijaksanaan Peristiwa Hijrah
1.    Persediaan rapi daripada segi fizikal dan juga mental  baginda SAW dan para sahabat.
2.    Kerjasama yang padu daripada semua individu yang terlibat, dari dalam dan luar rumah baginda SAW.
3.    Strategi kerahsiaan berlaku dengan baik, sehingga perjanjian Aqabah tidak dapat dikesan oleh musuh, kecuali oleh syaitan yang mendiami Aqabah.
4.    Mendapatkan janji setia sehidup semati daripada penduduk Madinah (rujuk Baiatul Aqabah dan ucapan dan doa al-Abbas bin Abdul Mutalib yang mewakili Bani Hashim sebelum menyerahkan Baginda SAW kepada penduduk Madinah (al-Mubarakfury, Sirah Nabawiyyah 1, hal. 327, lihat juga Monewar Khalil, Sirah Nabi Muhammad 2, hal. 225). Demikian lagi ucapan peneguhan baginda SAW dalam menanggapi kebimbangan penduduk Madinah:

فقال: يا رسولَ الله، إنَّ بيننا وبيْن الرِّجال حبالاً، وإنَّا قاطِعوها - يعني: اليهود - فهل عسيْتَ إنْ نحن فعَلْنا ذلك ثم أظهرَك الله أن تَرجِع إلى قومِك وتدَعَنا؟ فتبسَّم النبيُّ - صلَّى الله عليه وسلَّم - ثم قال: ((بل الدَّمَ الدَّم، والهَدْمَ الهَدْم، إنَّا منكم وأنتُم منِّي، أُحارِبُ مَن حاربتُم، وأُسالم من سالمتُم.

5.    Sentiasa tenang sangat yakin dengan arahan Allah dalam setiap langkah penghijrahan, tidak mendahului Allah, antaranya,  menunggu perintah hijrah, memerintah Sayyidina Ali bin Abi Talib  mengganti di tempat tidur, semasa  turun daripada rumah, menabur pasir  terlebih dahulu  kepada empat puluh pemuda upahan untuk membunuh baginda SAW di luar rumah, berjumpa dengan Abu Bakar di tempat yang dijanjikan, tidak terus ke Madinah, tetapi ke gua, membuat lencongan yang mengelirukan ke arah Yaman, seterusnya hingga ke Quba’.

6.    Memanfaatkan semua sumber dan aneka bantuan yang memudahkan perjalanan, termasuk memberi pesanan dan melayani kerenah Suraqah bin Malik yang memohon supaya diadakan surat jaminan keamanan setelah beberapa kali percubaan membunuh Nabi SAW gagal (Ghadban 1, hal. 209). Ada juga yang menyebut bahawa baginda SAW bakal menjadi manusia agung, bakal menjadi pemerintah Semenanjung Arab. Untuk itu beliau memohon kemaafan dan jaminan tidak dibalas pada masa akan datang (Monawwar Khalil 3, hal.34).

Artikel Penuh...