P
ENDAHULUAN
Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA" yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan.
Apakah pula kaitannya dengan masyarakat. Secara umumnya masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang mempunyai tatacara, prinsip, kecenderungan, keistemewaan dan adat yang tersendiri. Sebuah masyarakat yang lahir hasil dari pegangan mereka yang mantap terhadap aqidah keimanan itulah sebenarnya masyarakat yang diredahi oleh Allah. Masyarakat itulah dinamakan "Masyarakat Islam".
CIRI-CIRI MASYARAKAT ISLAM
Sebuah masyarakat Islam ialah masyarakat yang merncerminkan cara-cara dan amalan hidup mereka selari dengan pengertian aqidah yang sebenar. Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh) lagi terperinci untuk membina masyarakt tersebut. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Sistem hidup yang ditegakkan di atas dasar-dasa lain daripada dasar ini bukanlah merupakan masyarakat Islam yang sebenar. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
"....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia...." (Surah Yusuf : 40)
Masyarakat Islam mempunyai satu sifat yang tersendiri. Penyelarasan segala urusannya akan tetap berlandaskan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. sahaja. Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:
Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah Al-An'Am:162-163)
Masyarakat Islam adalah masyarakat yang tidak bernaung di bawah sistem buatan manusia seperti Kapiatalisme, Librelisme, Pragmatisme dan sebagainya. Mereka yang mengamalkan sistem ini bererti mereka sudah tidak membulatkan pengabdian diri mereka kepada Allah S.W.T. di dalam sistem hidup mereka.
Dalam Al-Quran juga Allah S.W.T. telah mengecam orang-orang Yahudi dan Kristian kerana perbuatan syirik. Ini adalah kerana mereka telah mematuhi padri-padri dan rahib-rahib mereka di samping Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W. apabila ditanya oleh seorang sahabat tentang taktik dan cara mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian) menyembah rahib-rahib mereka menjelaskan bahawa rahib-rahib dan padri-oadri mereka telah mengubah isi kandungan kitab yang diturunkan kepada mereka melalui utusan Allah S.W.T. Mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, maka penyelewengan ini telah dipatuhi oleh penganut-penganut agama mereka. Oleh sebab itulah mereka dianggap telah menyembah padri-padri mereka dengan kerelaan dan kesetiaan mereka menerima penyelewengan tersebut.
PERANAN AQIDAH
Aqidah yang salimah dan shahihah memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Islam hari ini. Tanpa aqidah yang suci, masyarakat Islam tidak akan wujud. Aqidah juga menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh mencermarkan kesucian aqidah dalam masyarakat hari ini.Akibatnya berlakulah berbagai-bagai pencerobohan terhadap hak asasi manusia jenayah, pembunuhan, kafir mengkafir dan sebagainya yang hanya akan meruntuhkan masyarakat Islam. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam, yang harmoni dan bebas dan bebas daripada unsur-unsur jahiliah maka kita perlu memahami dan mengkaji aqidah tauhid yang sebenarnya. Aqidah tauhid yang dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang Maha Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara, pentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh diingkari, Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia patut ditaati. Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:
"Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya dan (ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya." (Surah al-An-Am:102)
Kalimah syahadah mempunayi perngertian yang luas dan mendalam dan sekaligus menolak segala macam bentuk kepercayaan yang tidak Islam. Memahami akan pengertian kalimah syahadah boleh membimbing umat Islam ke arah mengenali ciri-ciri dan tabiat masyarakat Islam, memberi pedoman untuk menghadapi masyarakat jahiliah, menentukan cara untuk merubah keadaan hidup umat manusia seluruhnya serta cara membina satu masyarakat Islam yang sebenar.
Menurut seorang ulama terkenal iaitu Istaz Said Hawa bahawa pengakuan dan persaksian insaniah cuma berertisekiranya ianya dilafaskan dengan kegahaman dan pentasyhidah isi hati. Al-Quran telah merakamkan hakikat ini yang bermaksud:"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengatahui bahawa engkau sebenar-benarnya ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta." (Surah al-Munafiqun:1)
Persaksian yang diakui di dalam rangkaian kalimah syahadah menjadi pembeza di antara Muslim dan kafir. Sebab itulah betapa pentingnya setiap orang Islam memahami benar-benar pengertian dan implikasi dari kalimah syahadah ini.
AQIDAH ASAS KEMANTAPAN UMMAH
Dalam usaha memantapkan kualiti ummah, terlebih dahulu diusahakan ke atas pemantapan keimanan yang berlandaskankepada aqidah yang benar, supaya akan hadir dalam hati perasaan ghairah untuk mempelajari agama dan membina asasnya yang sempurna. Ini adalah kerana tegaknya agama itu adalah berasaskan kepada aqidah. Apabila mantapnya aqidah maka mantap pulalah keimanan seseorang. Ilmu tentang aqidah akan memperbetulkan kedudukan iman dan iman itu pula perlu ditingkatkan prestasinya dengan usah ayang semaksima mungkin, agar mencapai hakikat keimanan yang sempurna dan mempraktikkannya dalam setiap inci kehidupan.
Untuk itu, agar aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang muslim, mestilah:-
bullet
Mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat ini tanpa bantuan dari luar.
bullet
Menimani dan menyakini bahawa Allah mengutuskan para Rasul untuk mengajaw dan memberi pedoman kepada manusia mengenal Allah dan tentang matlamat kewujudan mereka di dunia.
bullet
Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia di dunia ini adalah untuk mengenal Allah serta sifat-sifatnya.
bullet
Yakin bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi mereka yang mukmin dan taat kepada Allah sebaliknya neraka bagi mereka yang kafir.
bullet
Mengimano dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang adalah hak mutlak Allah, ianya tidak boleh diingkar dan di langgar.
bullet
Mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, iaitu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
bullet
Bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurnianya yang tiada terhingga.
bullet
Sentiasa beristighfar kepada Allah dengan menyesal segala perbuatan yang lampau.
Oleh sebab itu, manusia tidak mungkin mencapai darjat kesempurnaan dan kemantapan menjadi insan selagi mereka sendiri yang menentukan peraturan, ideologi dan halan hidup sendiri.
Sebaliknya pembangunan, kemajuan dan ilmu yang berlandaskan kepada aqidah sebenarlah yang menjadi tuntutan Islam, kerana ianya akan membawa manusia lebih dekat kepada Allah s.w.t.
Tabiat mengkesampingkanlah aqidah menyebabkan manusia gagal mengenal pasti semua perkara yang bermanfaat atau perkara yang memudaratkan kepada mereka. Kecuali mereka di selamatkan dengan panduan dan suluhan aqidah.
Hasil daripada aqidah yang mantap inilah, betapa kemantapan iman Nabi Ibrahim a.s. sehingga menolak bulat-bulat tawaran yang dikemukakan oleh Raja Namrud, kerana Raja Namrud menolak aqidah Islamnya.
Begitu juga halnya dengan tindakan tegas Nabi Yunus a.s. ketika mana ditawarkan untuk menjadi ketua perbendaharaan negara, Mesir dengan katanya yang bermaksud:-
"(Aku bukan sahaja dapat menerangkan tadbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggikan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat. Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mantauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (Surah Yusuf : 37-38)
Seterusnya Rasulullah s.a.w. dengan tegas menolak jawatan, kedudukan dan harta benda daripada kaum Quraisy, kerana apa yang ditawarkan itu tidak dibina daripada asas aqidah.
Marilah sama-sama kita jadikan aqidah yang benar sebagai landasan perjalanan hidup kita. Kerana sesungguhnya kemantapan aqidah serta keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya akan membentuk ummah dari segi lain dengan mantap juga.
(Catatan: Artikel ini bukan karya sendiri, tetapi petikan daripada Internet, semoga pengarangnya diberi ganjaran oleh Allah)
Friday, October 16, 2009
Aqidah Islamiyyah - Peranannya Dalam Kehidupan
Aqidah Islamiyyah
"D
an barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni'mat Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang shaleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya" (QS. An-Nisa':69)
Pendahuluan
Nilai suatu ilmu itu ditentukan oleh kandungan ilmu tersebut. Semakin besar dan bermanfaat nilainya semakin penting untuk dipelajarinya. Ilmu yang paling penting adalah ilmu yang mengenalkan kita kepada Allah SWT, Sang Pencipta. Sehingga orang yang tidak kenal Allah SWT disebut kafir meskipun dia Profesor Doktor, pada hakekatnya dia bodoh. Adakah yang lebih bodoh daripada orang yang tidak mengenal yang menciptakannya?
Allah menciptakan manusia dengan seindah-indahnya dan selengkap-lengkapnya dibanding dengan makhluk / ciptaan lainnya. Kemudian Allah bimbing mereka dengan mengutus para Rasul-Nya (Menurut hadits yang disampaikan Abu Dzar bahwa jumlah para Nabi sebanyak 124.000 semuanya menyerukan kepada Tauhid (dikeluarkan oleh Al-Bukhari di At-Tarikhul Kabir 5/447 dan Ahmad di Al-Musnad 5/178-179). Sementara dari jalan sahabat Abu Umamah disebutkan bahwa jumlah para Rasul 313 (dikeluarkan oleh Ibnu Hibban di Al-Maurid 2085 dan Thabrani di Al-Mu'jamul Kabir 8/139)) agar mereka berjalan sesuai dengan kehendak Sang Pencipta melalui wahyu yang dibawa oleh Sang Rasul. Namun ada yang menerima disebut mu'min ada pula yang menolaknya disebut kafir serta ada yang ragu-ragu disebut Munafik yang merupakan bagian dari kekafiran. Begitu pentingnya Aqidah ini sehingga Nabi Muhammad, penutup para Nabi dan Rasul membimbing ummatnya selama 13 tahun ketika berada di Mekkah pada bagian ini, karena aqidah adalah landasan semua tindakan. Dia dalam tubuh manusia seperti kepalanya. Maka apabila suatu ummat sudah rusak, bagian yang harus direhabilitisi adalah kepalanya lebih dahulu. Disinilah pentingnya aqidah ini. Apalagi ini menyangkut kebahagiaan dan keberhasilan dunia dan akherat. Dialah kunci menuju surga.
Aqidah secara bahasa berarti sesuatu yang mengikat. Pada keyakinan manusia adalah suatu keyakinan yang mengikat hatinya dari segala keraguan. Aqidah menurut terminologi syara' (agama) yaitu keimanan kepada Allah, Malaikat-malaikat, Kitab-kitab, Para Rasul, Hari Akherat, dan keimanan kepada takdir Allah baik dan buruknya. Ini disebut Rukun Iman.
Dalam syariat Islam terdiri dua pangkal utama. Pertama : Aqidah yaitu keyakinan pada rukun iman itu, letaknya di hati dan tidak ada kaitannya dengan cara-cara perbuatan (ibadah). Bagian ini disebut pokok atau asas. Kedua : Perbuatan yaitu cara-cara amal atau ibadah seperti sholat, puasa, zakat, dan seluruh bentuk ibadah disebut sebagai cabang. Nilai perbuatan ini baik buruknya atau diterima atau tidaknya bergantung yang pertama. Makanya syarat diterimanya ibadah itu ada dua, pertama : Ikhlas karena Allah SWT yaitu berdasarkan aqidah islamiyah yang benar. Kedua : Mengerjakan ibadahnya sesuai dengan petunjuk Rasulullah SAW. Ini disebut amal sholeh. Ibadah yang memenuhi satu syarat saja, umpamanya ikhlas saja tidak mengikuti petunjuk Rasulullah SAW tertolak atau mengikuti Rasulullah SAW saja tapi tidak ikhlas, karena faktor manusia, umpamanya, maka amal tersebut tertolak. Sampai benar-benar memenuhi dua kriteria itu. Inilah makna yang terkandung dalam Al-Qur'an surah Al-Kahfi 110 yang artinya : "Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shaleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya."
Perkembangan Aqidah
Pada masa Rasulullah SAW, aqidah bukan merupakan disiplin ilmu tersendiri karena masalahnya sangat jelas dan tidak terjadi perbedaan-perbedaan faham, kalaupun terjadi langsung diterangkan oleh beliau. Makanya kita dapatkan keterangan para sahabat yang artinya berbunyi : "Kita diberikan keimanan sebelum Al-Qur'an"
Nah, pada masa pemerintahan khalifah Ali bin Abi Thalib timbul pemahaman -pemahaman baru seperti kelompok Khawarij yang mengkafirkan Ali dan Muawiyah karena melakukan tahkim lewat utusan masing-masing yaitu Abu Musa Al-Asy'ari dan Amru bin Ash. Timbul pula kelompok Syiah yang menuhankan Ali bin Abi Thalib dan timbul pula kelompok dari Irak yang menolak takdir dipelopori oleh Ma'bad Al-Juhani (Riwayat ini dibawakan oleh Imam Muslim, lihat Syarh Shohih Muslim oleh Imam Nawawi, jilid 1 hal. 126) dan dibantah oleh Ibnu Umar karena terjadinya penyimpangan-penyimpangan. Para ulama menulis bantahan-bantahan dalam karya mereka. Terkadang aqidah juga digunakan dengan istilah Tauhid, ushuluddin (pokok-pokok agama), As-Sunnah (jalan yang dicontohkan Nabi Muhammad), Al-Fiqhul Akbar (fiqih terbesar), Ahlus Sunnah wal Jamaah (mereka yang menetapi sunnah Nabi dan berjamaah) atau terkadang menggunakan istilah ahlul hadits atau salaf yaitu mereka yang berpegang atas jalan Rasulullah SAW dari generasi abad pertama sampai generasi abad ketiga yang mendapat pujian dari Nabi SAW. Ringkasnya : Aqidah Islamiyah yang shahih bisa disebut Tauhid, fiqih akbar, dan ushuluddin. Sedangkan manhaj (metode) dan contohnya adalah ahlul hadits, ahlul sunnah dan salaf.
Bahaya Penyimpangan Pada Aqidah
Penyimpangan pada aqidah yang dialami oleh seseorang berakibat fatal dalam seluruh kehidupannya, bukan saja di dunia tetapi berlanjut sebagai kesengsaraan yang tidak berkesudahan di akherat kelak. Dia akan berjalan tanpa arah yang jelas dan penuh dengan keraguan dan menjadi pribadi yang sakit personaliti. Biasanya penyimpangan itu disebabkan oleh sejumlah faktor diantaranya :
1. Tidak menguasainya pemahaman aqidah yang benar karena kurangnya pengertian dan perhatian. Akibatnya berpaling dan tidak jarang menyalahi bahkan menentang aqidah yang benar.
2. Fanatik kepada peninggalan adat dan keturunan. Karena itu dia menolak aqidah yang benar. Seperti firman Allah SWT tentang ummat terdahulu yang keberatan menerima aqidah yang dibawa oleh para Nabi dalam Surat Al-Baqarah 170 yang artinya : "Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami." (Apabila mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk."
3. Taklid buta kepada perkataan tokoh-tokoh yang dihormati tanpa melalui seleksi yang tepat sesuai dengan argumen Al-Qur'an dan Sunnah. Sehingga apabila tokoh panutannya sesat, maka ia ikut tersesat.
4. Berlebihan (ekstrim) dalam mencintai dan mengangkat para wali dan orang sholeh yang sudah meninggal dunia, sehingga menempatkan mereka setara dengan Tuhan, atau dapat berbuat seperti perbuatan Tuhan. Hal itu karena menganggap mereka sebagai penengah/arbiter antara dia dengan Allah. Kuburan-kuburan mereka dijadikan tempat meminta, bernadzar dan berbagai ibadah yang seharusnya hanya ditujukan kepada Allah. Demikian itu pernah dilakukan oleh kaumnya Nabi Nuh AS ketika mereka mengagungkan kuburan para sholihin. Lihat Surah Nuh 23 yang artinya : "Dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan penyembahan) Wadd, dan jangan pula Suwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr."
5. Lengah dan acuh tak acuh dalam mengkaji ajara Islam disebabkan silau terhadap peradaban Barat yang materialistik itu. Tak jarang mengagungkan para pemikir dan ilmuwan Barat serta hasil teknologi yang telah dicapainya sekaligus menerima tingkah laku dan kebudayaan mereka.
6. Pendidikan di dalam rumah tangga, banyak yang tidak berdasar ajaran Islam, sehingga anak tumbuh tidak mengenal aqidah Islam. Pada hal Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan yang artinya : "Setiap anak terlahirkan berdasarkan fithrahnya, maka kedua orang tuanya yang meyahudikannya, menashranikannya, atau memajusikannya" (HR: Bukhari).
Apabila anak terlepas dari bimbingan orang tua, maka anak akan dipengaruhi oleh acara / program televisi yang menyimpang, lingkungannya, dan lain sebagainya.
7. Peranan pendidikan resmi tidak memberikan porsi yang cukup dalam pembinaan keagamaan seseorang. Bayangkan, apa yang bisa diperoleh dari 2 jam seminggu dalam pelajaran agama, itupun dengan informasi yang kering. Ditambah lagi mass media baik cetak maupun elektronik banyak tidak mendidik kearah aqidah bahkan mendistorsinya secara besar-besaran.
Tidak ada jalan lain untuk menghindar bahkan menyingkirkan pengaruh negatif dari hal-hal yang disebut diatas adalah mendalami, memahami dan mengaplikasikan Aqidah Islamiyah yang shahih agar hidup kita yang sekali dapat berjalan sesuai kehendak Sang Khalik demi kebahagiaan dunia dan akherat kita, Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa' 69 yang artinya : "Dan barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni'mat Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang shaleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya."
Dan juga dalam Surah An-Nahl 97 yang artinya : "Barangsiapa yang mengerjakan amal shaleh baik laki-laki maupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
Faedah Mempelajari Aqidah Islamiyah
Karena Aqidah Islamiyah bersumber dari Allah yang mutlak, maka kesempurnaannya tidak diragukan lagi. Berbeda dengan filsafat yang merupakan karya manusia, tentu banyak kelemahannya. Makanya seorang mu'min harus yakin kebenaran Aqidah Islamiyah sebagai poros dari segala pola laku dan tindakannya yang akan menjamin kebahagiannya dunia akherat. Dan merupakan keserasian antara ruh dan jasad, antara siang dan malam, antara bumi dan langit dan antara ibadah dan adat serta antara dunia dan akherat. Faedah yang akan diperoleh orang yang menguasai Aqidah Islamiyah adalah :
1. Membebaskan dirinya dari ubudiyah / penghambaan kepada selain Allah, baik bentuknya kekuasaan, harta, pimpinan maupun lainnya.
2. Membentuk pribadi yang seimbang yaitu selalu kepada Allah baik dalam keadaan suka maupun duka.
3. Dia merasa aman dari berbagai macam rasa takut dan cemas. Takut kepada kurang rizki, terhadap jiwa, harta, keluarga, jin dan seluruh manusia termasuk takut mati. Sehingga dia penuh tawakkal kepad Allah (outer focus of control).
4. Aqidah memberikan kekuatan kepada jiwa , sekokoh gunung. Dia hanya berharap kepada Allah dan ridho terhadap segala ketentuan Allah.
5. Aqidah Islamiyah adalah asas persaudaraan / ukhuwah dan persamaan. Tidak beda antara miskin dan kaya, antara pinter dan bodoh, antar pejabat dan rakyat jelata, antara kulit putih dan hitam dan antara Arab dan bukan, kecuali takwanya disisi Allah SWT.
Merajuklah Konon!
“P
ergi dari sini!, kalau macam ni perangai tak usah duduk kat sini! Pegi lari! Pergi duduk dalam hutan”
Jerit Nenek dan bapa saudaraku (Pak Su),
sambil memukul seluruh tubuhku dengan ranting kayu. Aku merasa sungguh terhina dengan kata-kata tersebut. Salahnya bukan aku seorang. Ianya berpunca dari adik sepupuku yang merebut daun kelapa untuk aku buat bola. Ketika aku nak buat bola, ditariknya daun kelapa. Aku dah cakap jangan buat macam tu, tetapi dia degil. Lantas panas baranku pun mula naik. Tapak kakiku melayang ke perutnya. Menyebabkan dia menangis. Demi mendengar tangisan cucu kesayangan, nenek dan bapa saudaraku terus meluru. Tanpa sebarang usul periksa membelasahku semahu-mahunya sambil mengeluarkan kata-kata yang sungguh menyedihkan.
“Pergi dari sini!, kalau macam ni perangai tak usah duduk kat sini! Pegi lari! Pergi duduk dalam hutan” Ulangnya lagi.
Paling teruja lagi ialah ketika itu aku sangat terpengaruh dengan bahan bacaan kelas dewasa yang bertajuk `Si Buruk’ yang dihina oleh orang kampung, akhirnya melarikan diri ke dalam hutan dan berkawan dengan binatang hutan. Si Buruk dihormati oleh binatang hutan dan menjadi semacam pemimpin bagi semua binatang hutan termasuk singa, harimau dan gajah. Suatu situasi yang sangat menyeronokkan aku. Memang sejak dulu lagi aku minat membaca. Semua buku ayah dan ibu belajar di kelas dewasa habis aku yang baca.
Lagenda Si Buruk sentiasa bermain-main dalam kepalaku. Seakan-akan mencari peluang saja. Apa lagi hati sudah terusik. Sambil menangis aku ke rumah dua orang temanku untuk menceritakan peristiwa yang menimpa diri. Aku merasa sudah sampai masanya untuk membuat tindakan melarikan diri dari kampung. Buat apa duduk dalam keadaan hati yang sakit. Lebih baik ke hutan hidup bersama binatang, sekurang-kurangnya aku ada kawan.
“Din, Man, aku rasa elok kita lari keluar dari kampung ini!, Nenek dan Pak Su aku dah tak sayangkan aku lagi. Mereka membelasah aku sesuka hati tanpa usul periksa. Padahal yang salahnya bukan aku sorang”
Ujarku kepada Din dan Man dua orang teman baikku ketika itu. Man agak keberatan, memandangkan dia tidak ada sebarang kes dengan keluarga. Din bersetuju, kerana kebetulan dia juga mempunyai kes yang tersendiri dengan emaknya.
Sebelum memulakan perjalanan, aku terlebih dahulu menjengah lembu kesayanganku dan menyatakan pesan perpisahan, agar pandai-pandai membawa diri semasa tuan tidak ada. Memang kerjaku masa itu ialah menjaga lembu. Setiap kali balik dari sekolah lembulah yang menjadi temanku. Cuma masa ini kebetulan cuti penggal persekolahan.
Kami memulakan perjalanan menghala ke baruh (kawasan yang berhampiran dengan hutan), melalui parit nombor satu, parit nombor dua dan hujung parit nombor tiga, terus ke Pusu Tiga dan naik ke dataran Nyior Kiat (Dulu semuanya hutan belaka, sekarang sudah menjadi kawasan perumahan dan Kilang Gong Badak). Akhirnya kami keluar ke hutan di Muka Padang (Kini menjadi kawasan perniagaan di Gong Badak), jalan menghala ke Batu Rakit dan Mengabang Telipot. Hari sudah mula senja.
Hatiku mula tertanya-tanya, mana binatang hutan yang hendak menyambut ketibaan kami. Mana singa, mana harimau dan mana gajah untuk mengalu-alukan ketibaan kami. Duhai semua binatang, sekarang aku dah datang, kenapa kamu semua tak keluar?. Ini Si Buruk dah datang. Tapi usahkan binatang, najis binatang pun tidak ada. Seakan-akan suatu kejutan budaya dalam diriku telah berlaku. Apa yang aku baca dalam kisah Si Buruk rupanya tidak berlaku.
Akhirnya maghrib mula melabuhkan tirai. Kami sudah tidak ada haluan, apa yang ada ialah sebatang pokok pauh sebesar pemeluk di tepi jalan. Din melihat aku dan aku melihat Din. Untuk terus berjalan tidak mungkin. Gelap sudah menampakkan kepekatannya. Mana nak tuju.
“Din! Tak ada jalan lain, kita terpaksa bermalam di atas pokok ni saja”
Aku memberitahu kawanku.
“Okey, kita naik!”
Sahut Din secara spontan.
“Oi! Nak buat apa panjat pokok garib-garib (maghrib) ni?”
Tiba-tiba kami mendengar satu suara menegur dari belakang. Tanpa kami sedari rupanya ada seorang Pak Cik yang sebaya dengan ayahku melalui jalan itu dengan mengheret seekor lembu.
“Kamu lari dari rumah ya?, lepas tu nak tidur atas pokok ni?. Mari pegi rumah aku”.
Kami tergamam. Nak kata apa. Serkap jarang Pak Cik tu tepat sekali. Memang ya lari dari rumah. Nak buat macam mana.
“Mari pegi rumah aku, jangan tidur dalam hutan ni, nak tidur buat apa kat sini?”.
Ujarnya lagi. Mahu tak mahu kami terpaksa mengikutinya dengan melakukan perjalanan yang agak panjang sehingga ke rumahnya di Mengabang Telipot.
Sambil berjalan, Pak Cik kita berceritalah itu dan ini. Sikit-sikit rasa juga tersindir, anaknya ada sepuluh orang. Tapi tak sorang pun yang dihalaunya dari rumah dan tak ada sorang pun yang lari dari rumah. Tertusuk juga rasanya hatiku.
Sampai di rumahnya beliau terus menyuruh isterinya menyediakan makanan, kerana katanya kita ada dua orang tetamu. Tanpa banyak soal si isteri terus ke dapur dan bersiap sedia seada-adanya. Kami menghadapi makan malam dengan begitu berselera. Maklumlah berubah tempat. Selesai makan dan solat Pak Cik sambung lagi cerita yang berkaitan dengan keluarga. Apa-apa yang berlaku jangan turutkan hati, bersabar dan sebagainya. Penceritaannya begitu menarik sehinggakan perasaan bersalah dan menyesal mula menerpa di hati kami berdua. Realiti Si Buruk juga nampaknya tidak berlaku. Aku kehampaan. Wajah ibu dan adik beradikku mula menerpa silih berganti dalam ingatan. Ayah yang sekarang berada di luar kawasan. Bertarung dengan pacat, lintah, nyamuk dan juga kemungkinan binatang buas, semata-mata untuk menyediakan belanja kami seharian. Kenapa cepat sangat ambil tindakan. Salahnya bukan dengan ibu dan adik-adik.
Aku bermalam dalam suasana yang paling malang.
Kerenahnya:
Tanpa berfikir panjang, duit satu sen pun tidak ada!. Nak makan apa?. Pakaian sekadar sehelai sepinggang. Aku dengan baju dan seluar. Din pula baju, seluar pendek dan sehelai kain batik sebagai sarung. Lainnya tinggal gigi dengan lidah saja.
Pagi besok, sebelum subuh aku dah siap bangun. Aku mengejutkan Din. Aku lihat Pak Cik tuan rumah juga telah bangun untuk mengerjakan solat tahajjud (barangkali!). Setelah azan subuh, kami bersama menunaikan solat. Habis sahaja salam aku memberitahu Pak Cik tuan rumah tentang hasratku untuk balik. Pak Cik beriya-ia benar menahan kami dan mengajak tunggu hingga sarapan pagi. Tapi jenis budak separuh masak, tetap berkeras meminta diri untuk balik. Akhirnya kami dibenarkan. Sayu jugak meninggalkan Pak Cik yang baik hati.
Dalam samar-samar, cerah tanah di pagi hari kami memulakan langkah untuk balik. Sampai di persimpangan Gong Badak sebuah land rover polis melintas kami. Seram juga aku bimbang-bimbang takut diketahui keadaan kami. Perjalanan balik dalam keadaan lancar. Menyusuri muka padang dan terus ke hujung parit nombor dua. Sebaik-baik saja sampai ke pintu air parit nombor dua, kami berjumpa dengan rombongan orang kampung yang datang mencari. Rupa-rupanya berita kehilangan kami heboh sekampung. Menyebabkan mereka sama-sama merasa bertanggungjawab keluar mencari.
Sebaik saja melihat kami, masing-masing berteriak dengan pelbagai cara menggambarkan kegembiraan masing-masing. Ada yang mengucap syukur alhamdulillah dan sebagainya. Sepanjang perjalanan dari parit nombor dua ke kampung, kami diiring bagai pengantin. Tiba di kampung kami diajak untuk berhenti di kedai Pak Itam untuk minum pagi. Minum pukul sepuluhlah katakan. Pak Su yang semalamnya menyebatku seenaknya kelihtan mula bersikap lunak padaku sambil berkata:
“Makanlah apa yang kamu nak hari ini. Pak Su belanja”.
Menyesal agaknya. Aku pula bukannya ada selera nak makan. Seingat aku yang aku minta teh o secawan dan kuih baulu sebiji. Itu sahaja yang boleh disumbat. Lain tak ada. Maklumlah, majoriti orang kampung keluar dan singgah di kedai tempat kami bersarapan satu-persatu memandangku dalam keadaan terhairan. Macam tak pernah tengok orang. Semuanya menyebabkan aku menjadi serba salah. Makan salah, minum pun salah, serba tak kena. Ada yang berbisik sama sendiri, ada yang tersengeh dan ada yang hanya memandang tanpa sebarang reaksi.
Di rumah nenek aku, telah sedia menanti sanak saudara. Setelah sampai aku tidak terus dibenarkan untuk ke dalam. Kami kena duduk dulu depan tangga dan di repor (jampi dengan menggunakan daun kelapa) oleh datuk saudara. Masih terngiang-ngiang lagi suara nenek menyuruh Tok Teh Awang menjampi kami berdua:
“Tolong repor sikit Pak Teh, manalah tahu budak-budak ni takut-takut ada benda lain yang bawa”.
Kata nenek kepada datuk saudaraku. Kami diam, menurut perintah. Selesai jampi kami balik ke rumah. Din ke rumahnya. Aku ke rumah aku. Emakku hanya memandang dengan seribu pengertian. Sukar aku nak teka. Percakapannya macam biasa. Semacam tidak berlaku apa-apa. Selamba saja. Senyumnya macam biasa. Aku semakin tidak mengerti. Bingung pun ada.
Esoknya juga begitu, lusa pun begitu... hinggalah seminggu lepas itu. Pagi Jumaat. Aku lewat bangun. Emak mengejutkan aku menyuruh bangun. Aku liat, terkebil-kebil malas. Ibu terus menarik ku untuk ke perigi, tanpa sebarang ampun dengan rotan yang telah tersedia di tangannya. Membedalku semahu-mahunya. Dalam keadaan menderita, pedih dirotan, masih teringat suara ibu menyebut dalam tangisnya:
“Kenapa buat malu kat mak!. Bukan salah dengan mak, salahnya dengan orang lain. Tapi kenapa sampai lari begini, buat malu mak saja. Malu mak kat orang kampung. Macam mak tak pandai jaga anak. Apa-apa pun lain kali mesti balik dulu. Ni dahlah ayah tak ada kat rumah. Anak pulak buat kerenah macam ni”.
Aku hanya menangis semahu-mahunya. Mak juga begitu. Sambil merotan sambil menangis. Aku tidak tahu air mata siapa yang lebih banyak tumpah. Mak atau aku. Kerana seingat aku mak jarang merotanku. Aku tahu mak seorang yang lembut hatinya, penyedih. Kalau kami sakit, maklah yang tak tidur malam. Ayah memang adalah merotan aku, tapi setiap kali ayah merotan, mak akan cuba merasionalkannya semula di meja makan. Kerana menjadi kebiasaanku bila ayah rotan, aku tak berani makan bersama ayah. Nak tengok muka pun tak berani. Tapi jauh-jauh dihujung telinga aku dapat menangkap kata-kata ayah kepada mak sesudah ayah makan”
“Panggil abang (ganti nama aku) ajak dia makan, jangan biarkan rajuknya berpanjangan. Kita rotan pun bukan kerana marah, tapi nak ajar dia”.
Kenyataannya kedua-dua kami sama berjurai air mata. Aku menangis kerana kulitku pedih tidak terkira. Rotan pecah. Ibuku menangis kerana hatinya pedih. Aku kira pedihnya melebihi pedihnya kulitku yang kena rotan. Pedih kerana malu kat orang kampung. Anak orang lain mana ada yang lari dari rumah. Akulah anak pertama yang lari dari rumah. Pecah rekod. Barangkali kalau nak tulis dalam catatan ‘Guiness Book Record’ pun boleh lah tu. Pedih kerana kerenah anak yang tak dengar kata. Kalau pun dihina, dipukul dan dihalau oleh nenek dan Pak Su, baliklah ke rumah. Kita bukannya tinggal di rumah nenek dan Pak Su. Apa nak diambil hati dengan Pak Su dan nenek. Kenapa tak balik rumah. Kan rumah kita masih ada. Mak ada. Mak bukannya jenis yang suka menghalau anak tak tentu fasal. Tambah sekarang ayah kerja luar (out station) menoreh getah di Kuala Ping, Hulu Terengganu. Menjadi tanggungjawab emak untuk jaga anak. Tiba-tiba anak buat hal pulak. Itulah yang aku fikir tersirat di sebalik pecahnya rotan mak kerana membelasahku. Manalah tak menderita. Padanya pantang merotan anak. Tapi dah keterlaluan sehingga mencabar kesabaran nak buat macam mana!.
Aku sedar mak pernah sekali merotanku, itupun masa kecil-kecil dulu. Lebih kurang umurku sepuluh tahun. Salahnya ialah kerana aku memusnahkan pondok kepunyaan adikku, semasa kami main pondok-pondok. Tapi malamnya, semasa tidurku, terasa sejuk tangan mak memeriksa seluruh tubuhku untuk melihat calar-calar kesan pukulan. Masih teringat setitis dua air matanya menitis ke punggungku kerana menyesali perbuatannya. Tapi dah dasar anak yang sorang ni nakal sangat, bila dah mencabar kesabaran terpaksalah. Ada pun aku yang sudah sedia terusik hati buat-buatlah tak sedar. Apa yang aku fikirkan ialah padan muka!. Nak rotan sangat. Itulah aku ketika itu. Tapi hati mak, tetap dengan keibuannya. Lain caranya. Dalam marah ada sayang, dalam tegas ada kesian. Dalam garang ada tangisnya.
Ayah balik dua minggu selepas peristiwa itu. Kami adik beradik menyambut kepulangan ayah dengan penuh riang. Maklumlah ayah balik dari kerja luar. Lama tak jumpa ayah. Setiap orang kami bersalam dan mencium tangan ayah. Satu persatu anak dicium ayah untuk melepaskan rindu. Aku juga tidak terkecuali. Namun terdetik juga di hatiku tentang ‘jenayah’ yang telah kulakukan. Bagaimana kalau ayah tahu. Aku paling tak tahan dengan bedalan rotan yang ayah kenakan. Rotan mak baru-baru ni masih lagi terasa peritnya.
Kami diberi hadiah selayaknya oleh ayah. Bukan apa, sekadar satu bungkusan gula-gula saja. Itupun sudah sangat mengembirakan. Macam terima hadiah sukan olimpik rasanya. Budak kampung, bukannya perlu hadiah besar-besar. Ayah balik pun sudah dikira seribu rahmat dah. Apa tah lagi diiringi dengan hadiah, lagilah hebatnya.
Setiap geraklaku percakapan ayah dan mak menjadi perhatianku. Aku jadi curiga. Bimbang takut-takut mak memberitahu ‘jenayah’ yang aku lakukan. Namun tidak pun aku mendengar mak menceritakannya. Hinggalah solat maghrib. Menjadi kebiasaan kami mengerjakan solat maghrib secara berjamaah bila ayah berada di rumah. Sementara menunggu waktu Isyak kami adik beradik dengan kerja sendiri, mengaji dan membaca komik. Emak dan ayah tetap berada di atas tikar sembahyang menanti masuk waktu Isyak. Itulah kebiasaannya sehingga masuk Isyak, solat berjamaah, makan malam dan menyambung semula kerja-kerja yang terbengkalai sebelum tidur.
Malam pertama berlalu, tidak sebarang reaksi mak dan ayah mengenai ‘ganjaran’ yang bakal diterima. Malam kedua pula tiba, ketika semua adikku membuat kerja masing-masing, aku dipanggil oleh ayah dan mak. Berat rasa hati. Tiba sudah saat menghadapi hukuman. Mahkamah Rumah Tangga pasti akan bersidang.
Tiang seri rumah menjadi tempat mahkamah bermula. Lambat-lambat aku melangkah ke arah mak dan ayah. Penuh dengan debaran dan tanda tanya. Mak menyambut ketibaanku dengan penuh senyum. Entah jenis apa senyuman tak dapat ku teka. Nak kata senyum kambing pun tidak. Senyum itik pun tidak.
“Anak llaki kita ni ayah baru-baru ni buat gempar, habis sekampung tahu, naik namalah anak kita ni, lari dari rumah. Salahnya bukan salah dengan kita, dengan nenek dan Pak Su, tapi dia buat keputusan sendiri, satu malam lari dari rumah, pergi tidur di Mengabang Telipot”.
Demikian mak memulakan pembentangan kes. Aku tunduk mendengar patah demi patah perkataan yang dikeluarkan oleh mak.
“Oh ggitu, comel jugak perangainya!, dah tu macam mana? Apa tindakan yang telah dibuat?”.
Tanya ayah untk mendapatkan kepastian mengenai tindakan yang telah dilakukan oleh mak.
“Dah rotan dah, sampai pecah rotan”.
Sahut mak.
“Kalau dah beri hadiah tak apalah, kalau belum ayah nak beri jugak”.
Lega hatiku mendengar respon ayah. Bermakna sekadar amaran sajalah lepas ni. Tak lagi kena tindakan kedua . Memang itulah sikap ayah. Apa yang penting setiap kesalahan perlu ada ganjaran samada fizikal atau mental. Perlu diberi peringatan supaya jangan kes itu berulang. Tanggungjawab ibu bapa perlu ada, kerana itu adalah amanah.
“Acu abang cerita, fasal apa lari, mana tempat yang tidak kenanya”
Pinta ayah kepadaku. Persis hakim kepada tertuduh. Namun dihujung suaranya ku rasa suatu kemesraan. Ketakutan dan kebimbanganku mula hilang sedikit demi sedikit. Memulakan keterangan dengan memohon kemaafan di atas ketelanjuran, aku mendapat kekuatan untuk menceritakan kronologi peristiwa dari A sampai Z. Namun apa yang jelas aku lebih menampakkan itu kesalahanku kerana mengikut hati yang panas. Ibu dan ayah langsung tak ku libatkan dalam tindakanku. “Abang akan jadi contoh untuk adik-adik. Kenapa buat tindakan tergesa-gesa”.
Tiba-tiba ayahku memberi respon. Terasa suatu sentuhan baru dalam diriku. Kebetulan aku memang anak lelaki tertua. Atasku perempuan, yang lain semuanya adik-adik. Tak sedar rupanya aku perlu menjadi role-model kepada mereka. Mula nampak kewibawaanku di depan mata adik-adik ku. Besarnya harapan ayah dan mak kepada ku. “Abang pernah tak dengar cerita orang dulu-dulu. Macam abang jugak!, lari dari rumah. Masuk dalam hutan. Sorang tidur atas pokok, sorang lagi tidur atas banir kayu. Hak atas pokok kena makan dek hantu, hak atas banir kayu kena tangkap dek harimau. Kedua-duanya mati. Abang ni kira mujurlah jumpa dengan Pak Cik tu, kalau tidak abang cuma tinggal nama sajalah. Ayah tak tahu, duduk dalam hutan cerang mana, anak lari dari rumah”.
Sambung ayah. Entah benar atau tidak cerita itu. Tapi sudah cukup menyeramkan aku. Berpeluh sendirian. Mendadak timbul keinsafanku. Taubat!, aku tidak akan mengulanginya lagi. Budak yang masa tu berumur empat belas tahun, sebut hantu dan harimau sudah cukup untuk menjadikan dia serik. Apa tah lagi disebut bernasib baik jumpa dengan Pak Cik yang baik hati tu!. Allahu Akbar. Bertuahnya aku. Selamat daripada menjadi mangsa hantu dan harimau. Hilang terus kisah Lagenda Si Buruk. Itulah aku. Kecut! Sejuk terus, habis seluruh kewibawanku meluncur turun. Seakan-akan seluar tanpa diikat pinggangnya. Berdesut, meluncur ke bawah. Hilang segala kehebatan. Nak jadi jaguh antara semua binatang pun habis terus.
Demikian rajuk seorang anak.
Thursday, October 15, 2009
Insan Berkualiti
P
entingnya Jati Diri
1. Bila disebut jati diri, saya suka menyebut kisah Sultan Mehmed II/Muhammad Al-Fatih Sultan Mehmed II/Muhammad Al-Fatih
(bahasa Turki Ottoman: محمد ثانى Meḥmed-i sānī, bahasa Turki: II. Mehmet, juga dikenal sebagai el-Fatih (الفاتح), "sang Penakluk", dalam bahasa Turki Usmani, atau, Fatih Sultan Mehmet dalam bahasa Turki; 30 Maret 1432 – 3 Mei 1481). Tokoh yang disebut di dalam Nubu`at Rasul s.a.w yang lebih kurang bermaksud: “Demi sesungguhnya Kota Konstantinopel akan dibuka, maka sebaik-baik pemimpin, pemimpin itulah dan sebaik-baik tentera, tentera itulah”.
2. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketentaraan, sains, matematika & menguasai 6 bahasa saat berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, pilih tanding, dan tawadhu' setelah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (pahlawan Islam dalam perang Salib) dan Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di 'Ain Al-Jalut melawan tentara Mongol).
3. Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, barulah nubu`at yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinopel pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.
4. Hari ini 15 Oktober 2009 genap 546 tahun 4 bulan 17 hari yang silam, baginda menawan kota yang sangat kuat pertahanannya – Konstantinapel (Khamis 29 Mei 1453/20 Jamadil Awwal 857H).
5. Pada hari pembukaan Kota Kontantinapel yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud ke bumi sambil mengambil segenggam tanah di depan gereja Aya-Sophia dan dihamburkan atas kepala sebagai lambang tawadhu`nya kepada Allah (Lihat selanjutnya dalam Sejarah Umat Islam: Dr. HAMKA, hal: 365).
6. Besoknya hari Jumaat dan Imam untuk solat Jumaat pertama: Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapel yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
• Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk (150,000) dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
• Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.
• Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
• Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Islambul, yang kemudiannya ditukar kepada Istanbul oleh Mustafa Kamal Atatturk.
7. Inilah jati diri yang perlu dicontohi dan sudah semacam perit untuk diwujudkan lagi tokoh-tokoh semacam ini. Mungkin rahim para ibu kini sudah kekeringan untuk melahirkan bayi-bayi sebegini. Namun bukanlah suatu kemustahilan.
8. Adalah menjadi kewajipan bagi ummat kini untuk mempastikan kelahiran semula tokoh-tokoh sebegini agar program penerusan risalah Islam tetap dapat dilaksanakan sampai-bila-bila.
9. Saya suka juga menyebut kenyataan, Majlis Perbandaran Pariaman Padang, Sumatera menganggarkan kerugian akibat gempa bumi di Padang, Sumatera sebanyak RM 3.6 bersamaan denga 1 Trilion rupiah. (UM. 13 Oktober 2009). Di Malaysia, Datuk Paul Low, President Transparancy International – Malaysia (TI-M): menyatakan “Malaysia kerugian RM 10 bilion setahun akibat rasuah”.(Siasah 4 – 10 Oktober 2009/15 – 21 Syawwal 1430 ms: 6). Lebih tiga kali ganda kerugian akibat gempa bumi di Padang Sumatera.
10. Soalannya ialah siapa yang bertanggungjawab menghabiskan 10 bilion, apa kata kalau duit sebanyak itu digunakan untuk membina institusi pendidikan atau ........ Jati diri jenis apakah ini?.
11. Tahun 2010 bakal menjelang dan disebut sebagai tahun yang paling perit untuk kewangan negara. Kini 2009 bakal berakhir, namun keperitan dari sudut kewangan telah dirasai oleh semua. Satu soalan, sayang tak kita kepada bumi Malaysia ini?. Sementara Allah masih mentaqdirkan kita sebagai pemakmur bumi ini, agar mudah jawapannya di akhirat besok.
Sekian.
Catatan: Diubahsuai dari ucapan Penulis bersempena Majlis Perasmian Penutup Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah Pelajar KPLI 2009 di Dewan al Farabi IPG KDRI
Hijrah
P
emilihan Madinah.
1. Kedudukan jauh dari Makkah
2. Sangat strategik
3. Berkemampuan untuk memotong jalur ekonomi Makkah
4. Lingkungan geografi yang memudahkan dakwah dan penerimaannya.
5. Madinah adalah kebangkitan rakyat (kehendak rakyat), Habsyah hanya raja sahaja.
6. Markaz sebenar dari sudut gerakan.
Pengakuan Wakil Madinah:
Kami tinggalkan kabilah kami yang selalu bermusuhan satu sama lain, tidak ada kabilah bermusuh begitu hebat seperti mereka. Mudah-mudahan dengan anda Allah akan mempersatukan mereka, kami akan mendatangi mereka dan mengajak mereka supaya taat kepada anda. Kepada mereka kami tawarkan juga agama yang kami terima dari anda. Apabila Allah perkenan mempersatukan mereka di bawah pimpinan anda, maka tidak ada orang lain yang lebih mulia daripada anda.
Kesan
1. Dalam waktu yang singkat tidak ada rumah di Madinah yang tidak membicarakan Rasul s.a.w., Islam dan Iman.
2. Mungkin ianya tersebar lebih pesat daripada selama sepuluh tahun di Makkah.
3. Menampakkan garis kedua, iaitu Tamkin (تمكين)
Bai`ah
1. Berlaku Bai`ah pertama dengan 12 orang lelaki Ansar diikuti dengan bai`atun Nisa’. ...على أن لا نشرك بالله شيئا، ولا نسرق، ولا نزنى، ولا نقتل اولادنا ولا نأتى ببهتان نقتريه بين ايدينا وأرجلنا ولا نعصيه فى معروف
2. Tidak mensyirikkan Allah, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak, tidak berdusta, tidak membantah perintah Rasul s.a.w. dalam hal-hal kebajikan.
3. Jawapan Rasul: Jika anda memenuhi janji, anda memperolehi syurga, jika mungkir terserah kepada Allah, jika dikehendaki disiksa atau diampunkan.
4. Mas`ab bin `Umair dihantar sebagai guru pertama.
5. المفاصلة العقيدية واالمفاصلة السلوكية والولاء (فميساهن عقيدة، اخلاق دان كفيمفينن).
Strategi
1. Ali menggantikan Rasulullah di tempat tidur, mengembalikan barang-barang yang disimpan kepada para pemiliknya dan membawa saki baki Ahlul Bait berhijrah.
2. Abdullah bin Abu Bakar melakukan tugasnya sebagai orang yang mengumpulkan maklumat (informer) dan memperhatikan gerak-gerik musuh.
3. Asma' binti Abu Bakar melakukan tugasnya sebagai pembawa perbekalan dari Mekkah ke gua di tengah-tengah kegilaan orang-orang musyrikin dalam mencari Rasulullah untuk mereka bunuh
4. Amir bin Fuhairah sang gembala, melakukan tugasnya untuk menutupi jejak perjalanan bersejarah ini dengan kaki-kaki dombanya agar orang-orang Quraisy tidak bisa melacaknya. Dia juga memberi Rasulullah dan sahabatnya daging dan susu
5. Abdullah bin Urayqith, melakukan tugasnya sebagai penunjuk jalan yang sangat dipercaya, pakar padang sahara, yang menunggu dengan penuh awas pada isyarat Rasululah untuk berangkat ke Madinah dari gua itu.
6. Keluar arah ke selatan dan mengambil laluan yang jarang digunakan orang.
Pertolongan Allah
Mengutuskan tenteranya yang berperanan:
1. Menghapuskan jejak hijrah
2. Membuat sarang pada permukaan gua
3. Bertelur di atas permukaan lantai gua
4. Menumbuhkan sebatang pokok di tengah-tengah pintu gua.
Beberapa Tindakan Rasulullah saw untuk menjayakan Hijrah:
1. Menunggu arahan Allah untuk menetapkan masa dan waktunya.
2. Mencari sahabat yang boleh menjadi teman dalam perjalanan.
3. Menentukan pengganti di tempat tidur
4. Bergerak ke arah selatan dan bersembunyi di Gua Thur selama beberapa hari.
5. Menetapkan pembawa bekalan (Asma` binti Abu Bakar).
6. Menyiapkan informer / perisik dan pembawa berita (Abdullah bin Abu Bakar).
7. Mendapatkan khidmat pakar untuk laluan yang sesuai ke Madinah.
Implikasi
1. Menjadikan Islam sebagai agama terbuka, keluar dari kelompok asal dan membuka jendela kepada masyarakat dan agama lain (Henry Bergson dlm Syari`ati : 11).
2. Hijrah meniupkan semangat perubahan dalam pandangan masyarakat, dan pada gilirannya menggerakkan dan memindahkan mereka dari lingkungan yang beku menuju tangga kemajuan dan kesempurnaan (Syari`ati : 15).
3. Hijrah adalah kondisi kebebasan manusia untuk menemui jati dirinya (Syari`ati: 27)
Sebahagian Proses:
1. Empat hari di Quba`, semua penduduknya menerima salam dari baginda saw.
2. Pertanyaan penduduk Quba`: Wahai Rasulullah, tuan keluar hendak meninggalkan kami kerana bosan kepada kami atau tuan hendak mencari tempat yang lebih baik dari kampung kami?.
3. Saya diperintahkan mencari satu negeri yang akan memakan semua negeri lain, biarkanlah unta ini berjalan, kerana ia diperintah
Wednesday, October 14, 2009
Perbezaan Aqidah dengan Ideologi
01
Aqidah
Bersifat keagamaan
Menggerakkan amal
Ada kekuatan ghaib
Vertikal
Bersebati dalam jiwa
Tetap dan tidak berubah
Sentiasa bersemangat dan bercahaya
Sanggup mati mempertahankannya
02. Ideologi
Bersifat kemanusiaan
Pemikiran dan teori
Taksonomi / Sains
Horizontal
Lingkungan falsafah
Berubah mengikut masa.
Bagai gua yang gelap dan aqidah bagai cahaya
Mirip kepada angan-angan dan syubhah (Sulaiman Yasin)
Prinsip Ahli Sunnah Wal Jama`ah
Di
antara prinsip Ahli Sunnah wal Jama`ah ialah:
1. Beriman dengan semua rukun Iman
2. Iman itu perkataan, perbuatan dan keyakinan dan boleh bertambah dengan amal dan boleh berkurang dengan maksiat.(al an`am 14 & 33, al ankabut 38, al anfal 2- 4, Baqarah 143)
3. Tidak mengkafirkan seseorang muslim melainkan setelah melakukan apa yang membatalkan keislamannya. Adapun dosa besar selain kemusyrikan, tidak ada dalil ia jadi kafir. Cth. Orang yang tinggalkan solat kerana malas, hukumnya fasiq dan imannya tidak sempurna (an Nisa` 48)
4. Wajib taat kepada pemimpin muslimin selagi mereka tidak melanggar hukum Allah. Apabila melakukan maksiat, kita dilarang untuk taat, namun kita wajib patuh dalam kebenaran yang lain (an Nisa` 59)
5. Haram melakukan pemberontakan kepada amir kaum muslimin apabila melakukan hal-hal yang menyimpang, selama hal tersebut tidak termasuk amalan kufur, hal ini selaras dengan apa yang disebut selagi tidak lahir kufur yang nyata.
إسمعوا وأطيعوا وإن استعمل عليكم عبد حبشى كأن رأسه زبيبة (حوى 2:35 )
اوصيكم بتقوى اللهِ والسمعِ والطاعةِ وإن تأَمَّر عليكم عبد
ولا ننازع الأمر اهله إلا أن تروا كفرا بواها عندكم فيه من الله برهان (حوى 2:37 )
(كامي تيدق اكن مربوت كواس كفد اورغيغ بركاهليان كخوالي ستله كامي مليهت سسواتو ككفوران يغ جلس دسيسي كامي يغ ممفوثاءي دليل دان حجه دري الله)
Ahli Sunnah memandang maksiat kepada seorang pemimpin muslim merupakan maksiat kepada Rasul saw.
من يطع الأمير فقد اطاعنى ومن عصى الأمير فقد عصانى
6.Bersihnya hati dan mulut mereka terhadap para sahabat nabi sebagaimana hal yang digambarkan oleh Allah tentang muhajirin dan ansar dan pujian-pujian terhadap mereka (al Hasyr 10,)
لا تسبوا اصحابى فوالذى نفسى بيده لو انفق احدكم مثل أحد ذهبا ما بلغ مدا احدهم ولا نصيفه
جاغن كامو منخاخي صحابتكو مك دمي ذات يغ جيواكو ددالم ضغضامنث ساندايث ساله سؤرغ دانتارا كامو مغانفاقكن امس سبسر ضونوغ احد نسخاي كامو تيدق اكن منخافاي سضغضم كباءيقئن ساله سئورغ دانتارا مريك تيدق جوضا ستغهث.
7.Menyintai ahlil bait sesuai dengan wasiat baginda:
أذكركم الله فى اهل بيتي (اكو مغيغاتكن كامو سموا مغناءي اهلى بيتكو)
يا معشر قريش إشتروا انفسكم لا أُغنى عنكم من الله شيئا يا عباسُ عمَّ رسول الله لا أغنى عنك من الله شيئا يا صفيةُ عمةَ رسول الله لا أُغنى عنك من الله شيئا يا فاطمةُ بنتُ محمدٍ سلينى ما شيئت لا أُغنى عنك من الله شيئا.
8.Membenarkan adanya karamah para wali sebagai penghormatan kepada mereka sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam al Qur`an dan Sunnah.
9.Dalam berdalil kita selalu mengikuti apa-apa yang didatangkan oleh Allah dan Sunnah Rasulnya, seperti yang diwarisi dari para sahabat dsb. Apa-apa yang diperselisihkan maka hendaklah dikembali kepada Allah dan Rasulnya (an Nisa` 59), perbezaan dari sudut ijtihad tidak boleh dijadikan dasar permusuhan (Dr. Soleh bin Fauzan bin Abdullah al Fauzan: Usul `Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah)