Pesanan Sayyidina Ali kepada Jabir bin Abdillah al Ansari:
دَخَلَ جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الأَنْصَارِيُّ عَلَى أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ ( عليه السَّلام
) ، فَقَالَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ ( عليه السَّلام ) : " يَا جَابِرُ ، قِوَامُ هَذِهِ الدُّنْيَا بِأَرْبَعَةٍ : عَالِمٌ يَسْتَعْمِلُ عِلْمَهُ ،وَ جَاهِلٌ لَا يَسْتَنْكِفُ أَنْ يَتَعَلَّمَ، وَ غَنِيٌّ جَوَادٌ بِمَعْرُوفِهِ، وَ فَقِيرٌ لَا يَبِيعُ آخِرَتَهُ بِدُنْيَا غَيْرِهِ " .ثُمَّ قَالَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ ( عليه السَّلام ) : " فَإِذَا كَتَمَ الْعَالِمُ الْعِلْمَ أَهْلَهُ ، وَزَهَا الْجَاهِلُ فِي تَعَلُّمِ مَا لَا بُدَّ مِنْهُ, وَ بَخِلَ الْغَنِيُّ بِمَعْرُوفِهِ، وبَاعَ الْفَقِيرُ دِينَهُ بِدُنْيَا غَيْرِهِ ، حَلَّ الْبَلَاءُ ، وَعَظُمَ الْعِقَابُ " .
Suatu ketika semasa Jabir bin Abdillah mengunjungi Amirul Mu`minin Sayyidina karramallahu wajhah, baginda (Amirul Mu'minin)telah berkata kepada Jabir:
“Wahai Jabir, dunia ini diteguhkan dengan empat perkara (tiang seri) iaitu;
• Pertama, orang alim yang mempraktikkan ilmu yang ada padanya.
• Kedua, orang jahil yang tidak memandang rendah terhadap ilmu (sentiasa menghargai ilmu dan mempelajarinya tanpa jemu).
• Ketiga, jutawan yang pemurah dan berkebajikan.
• Keempat, orang faqir yang tidak menggadai (menjual) agama untuk kepentingan dunianya.
Kemudian baginda menyambung lagi, “Apabila orang alim menyembunyikan ilmunya, orang-orang yang jahil memandang mudah terhadap ilmu (tidak menghargainya), jutawan bakhil dan tidak berkebajikan, orang fakir menjual agama untuk kepentingan dunianya; maka layaklah masyarakat itu menerima bala dari Allah dan digandakan lagi siksaannya.
Dalam satu pesanan lain baginda Nabi Muhammad saw bersabda:
قوام الدنيا أربعة أشياء :
أولها بعلم العلماء,وثانيها بسخاء الأغنياء, وثالثها دعاء الفقراء, ورابعها عدل الأمراء, فلولا علم العلماء لهلك الجاهلون, ولولا سخاء الأغنياء لهلك الفقراء, ولولا دعاء الفقراء لهلك الأغنياء, ولولا عدل الأمراء لأكل الناس بعضهم بعضاً.
Maksudnya:
Dunia ini diteguhkan dengan empat perkara;
• Pertama, ilmu ulama`
• Kedua, dermawan para jutawan
• Ketiga, do`a orang-orang faqir dan
• Keempat, keadilan pemerintah.
Tanpa ulama’ akan rosaklah orang-orang jahil, tanpa jutawan yang pemurah akan rosaklah orang-orang faqir, tanpa do`a orang-orang faqir akan hancurlah para jutawan dan tanpa keadilan pemerintah, manusia akan merosakan di antara satu sama lain.
Thursday, November 3, 2011
Beberapa Perkara Sebagai Tiang Seri (Peneguh) Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)