Ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta`ala menjadikan ia akan lidah bagi engkau supaya membaca dengan dia akan al Qur’an dan hadis Nabi saw. Dan segala zikir dan pengetahuan yang memberi manfaat, dan supaya mengajar engkau dengan dia akan ilmu yang memberi manfaat, dan menyuruh engkau dengan berkebajikan dan melarang daripada kejahatan, dan memberi nasihat engkau akan hajat mereka itu, dan mendamaikan engkau akan mereka itu dan barang sebagainya daripada segala faedah akhirat yang dikerjakan dengan lidah seperti menjadikan Allah Ta`ala akan lidah engkau itu kerana maslahat dunia, seperti mencari harta dengan segala `aqad seperti aqad jual beli, dan aqad sewa, dan hendaklah syukur engkau atas nikmat lidah ini dengan memeliharanya dari barang yang tiada dijadikan dia kerananya daripada berkata-kata dengan yang dilarang seperti berdusta yang menyakiti akan orang lain.
Seorang cendikiawan (Haliem) berkata: "Enam macam menunjukkan kebodohan iaitu:
• Marah tidak pada tempatnya, seperti marah pada seseorang, binatang atau lain-lainnya.
• Bicara yang tidak berguna kerana itu seharusnya seorang yang berakal tidak bicara kecuali jika penting dan berguna.
• Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti memboros harta atau memberi kepada orang yang tidak akan berguna baginya .
• Membuka rahsia pada semua orang .
• Percaya kepada semua orang
• Tidak membezakan antara kawan dengan lawan kerana itu harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk ditaati dan musuh untuk diawasi dan musuh yang utama ialah syaitan laknatullah, yang benar-benar harus dijauhinya.
Nabi Isa a.s. berkata: "Tiap kalimat yang bukan dzikrullah itu lelehan (laghu) dan tiap diam yang tidak untuk berfikir, maka itu kelalaian dan tiap pandangan yang bukan perhatian, maka itu permainan, maka untung orang yang perkataannya dzikrulllah dan diamnya untuk berfikir dan pandangannya itu perhatian dan pengertian."
Al Auza'i berkata: "Orang mukmin itu sedikit bicaranya dan banyak bekerja dan orang munafiq itu banyak berbicara dan sedikit kerja (amal)."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda dalam maksud yang lebih kurang dapat difahami: "Lima sifat yang tidak ada pada orang munafiq iaitu:
• Pengertian agama
• Berhati-hatilah dalam lidah
• Senyum dimuka
• Nur (terang) dalam hati (mudah dapat taufik)
• Cinta kepada kaum muslimin.
Maka iaitu dosa besar (berdusta dan menyakiti orang lain, fitnah mengumpat, guna untuk bukan tempatnya. Selain itu disebut:
• Pembicaraan yang tidak berguna
• Melibatkan diri dalam pembicaraan yang batil
• Perbantahan dan perdebatan
• Memaksakan bersajak dan membuat-buat kefasikan dan mengatakan dengan membuat perumpamaan di luar batas kewajaran.
• Berkata keji, jorok dan cacian.
• Melaknati
• Nyanyian dan syair
• Senda gurau
• Ejekan dan cemoohan
• Menyebarkan rahasia
• Janji palsu dan berdusta
• Mengumpat (Ghibah)
• Perkataan yang berlidah dua
• Sanjungan
• Melibatkan diri secara bodoh pada beberapa pengetahuan dan pertanyaan yang menyulitkan.
• Namimah/menghasut).
Bersalahan berdusta yang tiada menyakiti, maka iaitu dosa kecil, kecuali kerana hajat, maka tiada ia dosa seperti berdusta kerana mendamaikan antara manusia, kerana sabda Nabi saw:
ليس بالكذاب من يُصلح بين الناس
“Tiada mereka yang mendamaikan antara manusia itu berdusta, ya`ni termasuk di bawah istiratijiyyah”
Bahkan terkadang wajib berdusta, seperti melihat ia akan orang yang haram dibunuh, yang bersembunyi ia daripada orang yang zalim yang menghendaki membunuhnya. Maka wajib berdusta kerana melepaskannya daripada dibunuh orang yang zalim itu (kadangkala disebut strategi, seperti Nabi saw menyelamatkan orang yang mahu dibunuh, dalam peperangan Badar ketika menjawab soalan Badwi Nabi saw menyebut: جيئنا من الماء).
Dan mengu(m)pat iaitu menyebut engkau akan saudara engkau dengan perkataan yang benci ia akan dia jika didengarnya. Maka iaitu haram dengan ijma` ulama`. Bahkan berkata kebanyakan mereka itu: ‘Bahawasanya mengu(m)pat itu dosa besar, kerana barang yang datang padanya beberapa janji siksa yang bersangatan, seperti firman Allah yang lebih kurang bermaksud:
12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani (al Hujurat 12).
Cendekiawan agama berpesan: "Kalau berjalan peliharalah kaki, kalau berkata
peliharalah lidah."
Elakkan berpandangan negatif, cepat membuat spekulasi, cepat menghukum. Berkaitan dengan ini Dr. Ali Jarisyah menulis satu Kitab yang bertajuk Du`atun la Qudha’ (Pendakwah Bukan Penghukum).
Lihat contoh Nabi saw ketika aduan berzina oleh seorang wanita (wanita Ghamidiyah). Barangkali kamu bermimpi, barangkali kamu hanya baru menciumnya, setelah perempuan itu memberitahu berlaku macam suami isteri, Nabi bertanya, “Apakah engkau gila?”... lepas itu dihantar sahabat untuk menyiasat samada perempuan itu siuman atau sebaliknya. Kerana ada satu peringatan (Nakalan minal Llah). Ini kerana hukuman bertujuan untuk mendidik.
38. Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (al Maidah).
Berkaitan dengan itu, jadikanlah lidah anda sebagai alar untuk mendidik, memberi pesanan dan mengujudkan keamanan, bukan menghukum.
Selain itu berhati-hatilah untuk berkawan kerana Luqman al Hakiem pernah berkata kepada anak lelakinya: "Hai anak, siapa yang bersahabat pada seorang yang jahat tidak selamat dan siapa yang masuk ditempat yang jelek (tempat yang tidak baik) akan tertuduh dan siapa yang tidak dapat menahan lidahnya menyesal."
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang lebih kurang bermaksud, "Untung orang yang;
• dapat menguasai lidahnya
• jinak dirumahnya
• menangisi dosa-dosanya."
ولذلك روي عن عقبة بن عامر – رضي الله عنه – قال: قلت يا رسول الله ما النجاة؟ قال: " أمسك عليك لسانك، وليسعك بيتك، وأبكِ على خطيئتك".
Dan menceritakan oleh al Baihaqi dan at Thobrani dan Abu Syaikh dan Ibn Abi ad Dunya darpada Jabir dan Abu Said ra berkata kedua-duanya, bersabda Nabi saw:
- الغيبة أشد من الزنا إن الرجل قد يزنى ويتوبُ فيتوبُ اللهُ عليه وإن صاحب الغيبةِ لا يغفرُ له حتى يغفرَ له صاحبُه . وقد روي الحديث بلفظ : إياكم والغيبةَ فإن الغيبة أشد من الزنا قيل يا رسول الله ! وكيف الغيبة أشد من الزنا ؟ قال : الرجل يزني فيتوبُ فيتوبُ اللهُ عز و جل عليه وإن صاحب الغيبة لا يغفر له حتى يغفر له صاحبه . ضعيف جدا أورده ابن أبي حاتم في العلل وقال : فقلت لأبي : هذا الحديث منكر قال : كما تقول.
“Jauhkan oleh kamu akan diri kamu akan mengu(m)pat, kerana bahawasanya mengu(m)pat lebih bersangatan daripada berzina, dikatakan bagi Rasulullah saw betapa ada mengu(m)pat lebih bersangatan daripada berzina?, bersabda ia: Bahawasanya seorang lelaki terkadang berzina ia dan taubat ia maka menerima Allah Ta`ala akan taubatnya, dan bahawasanya yang mengu(m)pat itu tiada diampuni baginya hingga mengampuni baginya orang yang diu(m)patnya.
Cuma bagaimana sikap kita andainya hadis ini dhaif atau mungkar, Kalau dhaif, beramal untuk fadhilat. Ambil ruhnya. Kalau status hadis ini mungkar, ada ayat al Qur’an ada yang lebih jelas yang menyatakan buruknya ghibah yang diumpamakan memakan bangkai saudaranya.
Seorang yang arif pernah berkata, "Aku tidak pernah menyesal kerana sesuatu yang belum pernah aku ucapkan. Namun aku terus dirundung penyesalan kerana kata - kata yang sering aku hamburkan" Dr `Aidh Abdullah Al-Qarni.
Dan seperti menyalahi janji yang adalah ia salah satu daripada segala alamat munafik, sabda Nabi saw:
آية المنافق ثلاث : إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا أؤتمن خان
“Tanda munafik itu tiga, apabila bercerita (bercakap) ia nescaya berdusta ia, dan apabila menjanjikan ia akan kebanyakan nescaya menyalahi ia akan janji, dan apabila dipercayai akan dia nescaya khianat ia, ertinya tiada menunaikan ia akan barang yang dipercayai ia padanya itu”
Dalam Gurindam Dua Belas, pasal yang ketiga menyebut:
Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi.
Ada juga orang yang menjadikan sandaran kepada Allah sebagai keluar untuk mengabaikan janji. Bila berjanji, insya’ Allah saya akan datang. Dah sampai masa tak pergi, bila ditanya kenapa tak pergi, Katanya, “Saya dah kata insya’ Allah.” Ini adalah suatu kesilapan yang besar.
" Abul Laits berkata: " Ayahku meriwayatkan dengan sanadnya dari al Hasan al Bashri berkata: "Sesungguhnya lidah orang yang bijaksana itu di belakang hatinya, sehingga bila ia akan berbicara difikir benar-benar dalam hatinya jika baik maka dikatakannya dan jika berbahaya maka ditahannya, dan orang yang bodoh akalnya dihujung lidahnya, apa yang akan dikatakan langsung dikatakannya. (Yakni tidak difikir baik buruknya)
Lihat satu kisah lain mengenai lidah: Seorang tukang memandikan mayat di Kota Madinah yang celupar mulutnya, semasa memandikan mayat seorang muslimah memaki-maki dengan mengatakan, “Farj inilah yang banyak dipakainya untuk berzina!”. Akibatnya Allah lekatkan yangannya pada badan mayat dan tidak dapat ditanggal, setelah disedari oleh orang yang menanti untuk solat dan kafan, dilihatnya tangan wanita ibi terlekat pada mayat. Beberapa ulamak ditanya, ada yang suruh potong dan kebumikan bersama mayat. Ada yang mengesyorkan supaya di potong bahagian mayat. Akhirnya ditanya Imam Malik bin Anas, Lantas Imam Malik bertanya, “Berterus teranglah, apa yang telah engkau lakukan kepada mayat ini?”. “Aku telah menuduhnya berzina ketika aku memandikannya”. Imam Malik, “Wanita jurumandi ini telah melanggar hak si mayat, Dia telah melanggar hudud Allah Ta`ala, menuduh seorang perempuan baik berzina, tanpa bukti dan saksi sebanyak empat orang. Kerana itu dia harus menjalani hukuma 80 kali deraan, Sesudah hukuman itu dilqksanakan, Insya’ Allah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat”. Dan memang benarlah, setelah hukuman itu dijalankan tangannya barulah terlepas dari tubuh si mayat itu (Muslimah bil. 230, April 2011, hal. 29).
*Abul Laits berkata: "Ayahku meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar Alghifari r.a. berkata: "Ya Rasulullah, apakah yang tersebut dalam shuhuf Ibrahim a.s?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Didalamnya ada contoh-contoh dan nasihat-nasihat seperti: "Seharusnya seorang yang berakal selama tidak terbalik akalnya menjaga lidahnya, mengetahui keadaan masanya, rajin pada urusannya. Dan siapa yang menganggap bicara itu termasuk amalnya maka sedikit bicara kecuali jika penting (perlu)."
Nabi Muhammad s.a.w. juga berkata: "Se
• Waktu untuk munajat kepada Allah s.w.t. (berbisik, solat, berzikir, baca al Qur’an dsb).
• Waktu untuk memperbaiki diri (Muhasabah & tindakan, membuat koreksi dan mempastikan ada perubahan).
• Waktu untuk mempelajari ilmu dari orang yang dapat menasihat dan menerangkan kepadanya dalam urusan agamanya
• Waktu untuk memuaskan nafsunya yang halal dan baik
Juga ia berkata: "Seharusnya seorang yang berakal selalu memperhatikan urusannya dan mengenal orang-orang dimasanya. Dan menjaga kemaluan dan lidahnya." Abul Laits menyebut bahawa kalimat-kalimat ini tersebut dalam Hikmat Nabi Daud a.s.
Anas bin Malik berkata: "Luqman al Hakiem ketempat Nabi Daud a.s. sedang Nabi Daud a.s. membuat baju besi untuk perang, maka Luqman kagum melihat Nabi Daud a.s. bekerja dan akan menanya tetapi tertahan oleh hikmatnya sehingga tidak bertanya dan ketika telah selesai dicuba baju itu oleh Nabi Daud a.s. sambil berkata: "Sebaik-baik baju besi untuk perang, dan baik pula yang mengerjakannya." Lalu disambut oleh Luqman: "Diam itu hikmat tetapi sedikit yang dapat melaksanakannya."
Seorang pujangga berkata (Yang berbunyi):
العلم زيِّنٌ والسكوتُ سلامةٌ فإذا نطَقتَ فلا تكن مِكْثارا. ما من ندمتَ على سكوتكَ مرةً ولقد ندِمتَ على الكلام مِرارا.
(Yang bermaksud): "Ilmu itu perhiasan dan diam itu keselamatan, maka bila engkau berkata-kata maka jangan banyak-banyak. Jika engkau menyesal kerana diam satu kali, maka sungguh engkau akan menyesal kerana bicara berulang kali."
Dalam lain riwayat pula dikatakan bahawa Luqman sabar tidak menanya itu hingga satu tahun lamanya. Seorang pujangga berkata:
يموتُ فتًا من اثرةٍ بلسانه وليس يموت امرءٍ من اثرةٍ رِجلِه
(Yang bermaksud): "Seorang akan mati kerana tergelincir lidahnya dan tidak ada orang mati kerana tergelincirnya kaki."
(Berkata lagi al Mandili) Dan seperti berbantah-bantah dan berkata-kata pada barang yang tiada memberi faedah. Sabda Nabi saw:
من حسن الإسلام المرءِ تركُهُ مالا يَعنيه
Ertinya “Setengah daripada keelokan Islam seseorang itu meninggalkan ia barang yang tiada memberi manfaat akan dia pada dunia atau akhirat” (Hadis riwayat at Tarmizi dan Ibn Majah dari Abi Hurairah)
Dan seperti mengadu-ngadu, sabda Nabi saw:
لا يدخل الجنةَ نمَّامٌ
Ertinya: “Tiada masuk ke dalam syurga orang yang mengadu-ngadu” (Riwayat al Bukhari dan Muslim daripada Huzaifah ra).
Dan sesungguhnya telah ittifaq ulama di atas mengadu-ngadu itu dosa besar iaitu memindahkan perkataan setengah manusia kepada setengah kerana tujuan membinasakan antara mereka itu dan menjadikan mereka itu berkelahi. Adapun memindahkan perkataan kerana nasihat bagi mereka yang dipindahkan perkataan kepadanya maka wajib, ia tiada masuk ia di dalam mengadu-ngadu yang dilarang.
Dan ketahui olehmu bahawasanya lidah itu sebanyak-banyak anggota dan sebesar-besarnya daripada kejahatan, maka lazimkan akan memeliharanya dan tiada menolong akan dikau atas sejahtera daripada kebinasaannya kepada berkata-kata, seperti belajar dan mengajar dan memberi nasihat. Bersembah oleh Mu`az bin Jabal (RA):
“Hai Rasulullah! Berpesan olehmu akan dikau, maka mengeluarkan oleh Rasulullah saw akan lidahnya yang maha mulia dan bersabda ia, tahan olehmu atas engkau akan ini”. Ertinya lidahnya engkau seperti lidah aku ini hendaklah engkau tahan akan dia daripada berkata-kata dengan perkataan yang dilarang. Dan adalah Sayyidina Abu Bakar as Siddiq (RA) memegang ia akan lidahnya dan berkata ia: “Inilah mendatangkan akan daku pada segala tempat kebinasaan.
Berkata Syair:
Luka dengan sebab lembing sembuh dengan mudah
Tetapi tiada sembuh yang dilukakan lidah.
Dan kata pujangga juga berbunyi:
لا تَنطِقنَّ بما كرِهتَ فربَّما نطَقَ اللسانُ بحديثٍ فيكونُ
(Yang bermaksud): "Jangan mengucapkan apa yang tidak engkau suka sebab kemungkinan lidah itu mengucapkan sesuatu maka terjadi apa yang dikatakan itu." (berkata sesuatu kepada anak... anak setan, kan jatuh kan, berlanggar dsb).
Humaid bin Abbas berkata:
(Yang bermaksud): "Demi sesungguhnya tiada sesuatu yang saya ketahui tempatnya, sangat layak untuk dipenjarakan seperti lidah yang sangat lemas. Yang ada dimulutmu kau penjara dari segala yang bukan kepentinganmu dengan kunci yang kuat sebab adakalanya kalimat itu keluar dari seorang bergurau tetapi membawa padah yang menyebabkan mati dengan segera (lihat kisah Tanah Abang di perak). Dan diam itu tetap lebih baik dari kalimat yang bergurau, maka jadilah engkau seorang pendiam supaya selamat dan bila berkata maka harus adil. Dan jangan sebarangan terhadap kawan dan bila kau membenci maka engkau akan membenci maka sedang-sedang saja (jangan macam kisah sastera lama, demikian suami isteri, sebab itu disebut buat baik berpada-pada) sebab engkau tidak mengetahui bilakah engkau akan membenci kekasihmu atau sayang pada yang kau benci, kerana itu hendaklah engkau berakal."
Seorang cendikiawan berkata: "Diam mengandungi tujuh ribu kebaikan dan tersimpul dalam tujuh kalimat dalam tiap kalimat seribu iaitu:
• Diam itu ibadat tanpa susah payah (ibadah yang amat mudah).
• Diam itu perhiasan tanpa berhias
• Diam itu kehebatan tanpa kerajaan
• Diam itu benteng tanpa pagar
• Diam itu kekayaan tanpa minta maaf kepada orang
• Diam itu istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal
• Diam itu menutupi segala aib
Juga disebut bahawa diam itu keindahan bagi orang alim dan penutup bagi yang bodoh.
(Berkata lagi al Mandili) Dan hendaklah engkau ingat, bahawasanya perkataan yang baik itu mendatangkan petunjuk bagi segala anggota, dan perkataan yang jahat itu mensebabkan akan jahat segala anggota.
Telah menceritakan oleh Abu Said al Khudri (RA):
“Bahawasanya manusia itu apabila berpagi-pagi bersegera oleh segala anggota semuanya kepada lidah dan berkata semuanya baginya: ‘Menuntut oleh kami akan dikau dengan nama Allah bahawa engkau betul atas petunjuk, kerana bahawasanya jika engkau lurus, nescaya kami lurus; dan jika engkau bengkok nescaya kami bengkok”.
Dan berkata oleh Malik bin Dinar Rahimahul Llah Ta`ala: “Apabila melihat engkau akan keras pada hati engkau dan lemah pada badan engkau dan tertegah pada rezeki maka ketahui olehmu bahawasanya engkau telah berkata-kata pada barang yang tiada memberi manfaat akan dikau”.
Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafiq pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.
Alhasan alBashri berkata: "Siapa yang banyak bicaranya banyak salahnya dan siapa yang banyak bertanya banyak dosanya dan siapa busuk akhlaknya menyiksa dirinya sendiri."
Kemudian Abu Dzr mengeluh: "Aah, saya telah terbunuh oleh kerisauan terhadap satu hari yang tidak dapat saya kejar." Maka ditanya: "Apakah yang kau maksudkan?" Jawabnya: "harapan dan angan-anganku melebihi dari batas ajalku sehingga tidak dapat beramal (aku malas beramal)."
Nabi Isa a.s. berkata: "Jangan banyak bicara selain dzikir kepada Allah s.w.t. sebab banyak bicara menyebabkan beku hati dan hati yang beku itu jauh dari Allah s.w.t. tetapi engkau tidak mengetahui."
Seorang sahabat berkata: "Jika engkau merasa keras hatimu dan lemah badanmu dan berkurang rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah bicara yang bukan kepentinganmu."
Rasulullah Saw. menyuruh kita agar menjaga lidah: "Manusia tidak akan teguh imannya, sebelum teguh hatinya, dan tidak akan teguh hatinya sebelum teguh lidahnya (Hadith riwayat Ahmad)
"لا يستقيمُ إيمانُ العبدِ حتى يستقيمَ قلبه، ولا يستقيم قلبه حتى يستقيم لسانه"
يعني القلب كأنه يتبع اللسان،واللسان يتبع القلب، وهذه عملية عجيبة، يعني إذا استقام قلب العبد يستقيم اللسان،
"Hendaklah kamu diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan menolongmu dalam urusan agamamu" (Hadith Riwayat Ahmad dari Abu Dzar)
(Berkata lagi Syaikh al Mandili), dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan engkau itu adakalanya taat atau ma`siat atau yang harus yang sia-sia, maka jika ada ia taat seperti meyuruh dengan mengerjakan kebajikan dan melarang daripada kejahatan maka padanya pahala yang besar, dan jika ada ia ma`siat maka padanya siksa yang tiada engkau kuasa menanggungnya. Sabda Nabi saw:
" وهل يكُبُّ الناسَ على وجوههم أو على مناخِرِهم في النار إلا حصائِدُ ألسِنَتِهِم".
“Dan tiada mensenbamkan (menyebabkan ia tersembam) akan manusia atas muka merekaitu atau atas hidung mereka itu melainkan barang yang berkata-kata mereka itu dengan dia”.
Dan jika ada perkataan itu yang harus yang tiada berfaedah maka padanya membuat pekerjaan bagi malaikat (Kiraman Katibin) dengan barang yang tiada kebajikan padanya, dan mengirim surat kepada Allah Ta`ala yang bertulis di dalamnya perkataan yang sia-sia, dan membacanya di hadapan Allah Ta`ala pada hari kiamat pada ketika huru hara yang sangat besar lagi pada ketika lapar dan dahaga dan bertelanjang, wal Llahu a`lam.
Wednesday, May 18, 2011
Fasal Ketiga Pada Menyatakan Lidah
Fasal Yang Kedua Pada menyatakan Telinga
Ketahui olehmu bahawasanya telinga itu menjadikan dia oleh Allah Ta`ala bagi engkau kerana beberapa faedah yang bangsa dunia dan beberapa faedah bangsa akhirat. Maka setengah daripada bangsa dunia:
• Bersedap-sedap dengan yang didengar
• Dan menyampaikan ia kepada memfahamkan (memberi kefahaman) segala perkataan yang didengar.
Dan setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat itu:
• Mendengar akan Qur’an dan Hadis Nabi saw
• Dan segala ilmu yang memberi manfaat.
TELINGA LAMBANG KECANTIKAN
• Telinga boleh menjadi lambang kecantikan sesetengah masyarakat. Bagi masyarakat Kayan, Kelabit dan kenyah, telinga melambangkan kecantikan. Sebab itulah wanita masyarakat itu menindik telinga untuk menggantungkan timah atau tembaga sehingga cuping telinga mereka menjadi lanjut. Anting-anting yang mereka gunakan sebagai perhiasan pula merupakan warisan turun temurun yang melambangkan status mereka di kalangan masyarakat).
• Semua pancaindera akan tidur ketika kita tidur, kecuali telinga. Sekiranya kita meletakkan jari pada mata orang yang tidur walaupun dalam jarak yang dekat, orang itu tidak mungkin nampak dan bangun. Namun sekiranya kita memekik dengan kuat dekat pada telinganya, orang yang tidur akan terjaga dan bingung.
• Dalam beberapa ayat Al-Quran, telah disebut tentang pendengaran dahulu sebelum penglihatan. Pihak saintis turut bersetuju bahawa telinga adalah pancaindera yang pertama bekerja semenjak manusia dilahirkan.
• Bayi yang baru dilahirkan belum sanggup menggunakan pancaindera matanya tetapi telinganya sudah boleh mendengar dan sebab itulah bayi boleh terkejut dengan bunyi yang kuat.
Dan kerana banyak ini segala faedah adalah pendengar (an) itu lebih afdhal daripada penglihat (an) kerana kebanyakan faedah penglihat (an) itu bangsa dunia, (banyak yang berunsur maksiat atau untuk kepentingan dunia) dan kebanyakan faedah pendengar (an) itu bangsa akhirat dan kerana itu mendapat engkau akan yang buta lebih sempurna dari yang tuli (pernah sahabat yang buta menjadi tukang azan, pencegah maksiat, ada yang tuli jadi guru Qur’an dan hanya boleh mendengar orang baca Qur’an walaupun perlahan, tetapi tak dengar yang lain).
Dan bermula mensyukurkan pendengar (an) itu memeliharanya daripada mendengar yang dilarang seperti mengumpat dan mengadu-ngadu dan segala perkataan yang tiada baik seperti bid`ah dan berbantah-bantah (percakapan ada yang bermegah diri, mengadu domba, dengki dan yang sia-sia) dan seperti mendengar suara perempuan dan muda belia jika ditakuti akan fitnah, dan seperti mendengar perkakas yang permainan yang diharamkan, seperti serunai dan gendang, dan jangan engkau tertipu disebabkan mereka yang menghalalkan akan mendengar umpama serunai itu. Kerana perkataan itu menyalahai ia akan Qur’an dan Hadis Nabi saw. Maka lazimkan olehmu memelihara pendengar engkau daripada perkataan yang keji dan sia-sia, kerana mereka yang menuntut dengar bersekutu ia dengan mereka yang berkata-kata pada dosa perkataan yang haram itu dan lagi pula bahawasanya mendengar perkataan yang sia-sia dan keji itu mendatangkan waswas ke dalam hati (Dengar dan pastikan ada saringan, buat pilihan).
Dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan yang didengar itu seperti makanan, setengahnya memberi manfaat dan setengahnya memberi mudharat dan setengahnya penawar dan setengahnya racun, bahkan berkekalan perkataan itu di dalam hati lebih lama dari berkekalan makanan di dalam perut, kerana makanan itu hilang ia dari dalam perut besar dengan tidur dan umpamanya (akan hancur bila berlaku penghadhaman, perkumuhan). Dan terkadang berkekalan ia di dalam perut beberapa hari (kerana sakit tak boleh buang air), kemudian hilang ia dengan makan penj(ca)ahir (julab), adapun perkataan jatuh ke dalam hati maka terkadang berkekalan ia di dalam hati seumur hidup. Maka jika ada ia perkataan yang jahat maka sentiasa ia memfitnahkan dan mendatangkan waswas bahkan terkadang mensebabkan ia akan kebinasaan yang besar.
Maka hendaklah bersungguh-sungguh orang yang berakal pada memelihara pendengarannya dan segala anggotanya sebelum ditanya daripadanya pada hari kiamat, telah berfirman Allah yang lebih kurang bermaksud:
36. Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya pada hari kiamat nanti, wallahu a`lam (al Isra’ 36).
Hikmah Didahulukan Pendengaran daripada Penglihatan Di Dalam Al-Qur'an
"Pendengaran" dalam Al-Qur'an selalu didahulukan daripada penglihatan.
• Pada manusia bila buta seakan hilang dan gelap segalanya, namun Allah menyebutnya . Ini merupakan satu mu'jizat Al-Qur'an yang mulia. Allah telah mengutamakan dan mendahulukan pendengaran daripada penglihatan.
• Pendengaran adalah organ manusia yang pertama kali bekerja ketika di dunia, juga merupakan organ yang pertama kali siap bekerja pada saat akhirat terjadi.
• Pendengaran tidak pernah tidur sama sekali. Sesunguhnya pendengaran adalah organ tubuh manusia yang pertama kali bekerja ketika seorang manusia lahir di dunia.
• Telinga adalah penghubung antara manusia dengan dunia luar. Allah Ta'ala ketika ingin menjadikan ashhabul kahfi tidur selama 309 tahun, Allah berfirman: Maka Kami tutup telinga-telinga mereka selama bertahun-tahun (selama 309 tahun, lihat pada ayat 25 berikutnya -pent) (Q.S. Al-Kahfi: 11) ..Dari sini, ketika telinga tutup sehingga tidak bisa mendengar, maka orang akan tertidur selama beratus-ratus tahun tanpa ada gangguan. Hal ini karena gerakan-gerakan manusia pada siang hari menghalangi manusia dari tidur pulas, dan tenangnya manusia (tanpa ada aktivitas) pada malam hari menyebabkan bisa tidur pulas, dan telinga tetap tidak tidur dan tidak lalai sedikitpun.