Wednesday, May 18, 2011

Fasal Yang Kedua Pada menyatakan Telinga

Ketahui olehmu bahawasanya telinga itu menjadikan dia oleh Allah Ta`ala bagi engkau kerana beberapa faedah yang bangsa dunia dan beberapa faedah bangsa akhirat. Maka setengah daripada bangsa dunia:

• Bersedap-sedap dengan yang didengar
• Dan menyampaikan ia kepada memfahamkan (memberi kefahaman) segala perkataan yang didengar.

Dan setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat itu:

• Mendengar akan Qur’an dan Hadis Nabi saw
• Dan segala ilmu yang memberi manfaat.

TELINGA LAMBANG KECANTIKAN

• Telinga boleh menjadi lambang kecantikan sesetengah masyarakat. Bagi masyarakat Kayan, Kelabit dan kenyah, telinga melambangkan kecantikan. Sebab itulah wanita masyarakat itu menindik telinga untuk menggantungkan timah atau tembaga sehingga cuping telinga mereka menjadi lanjut. Anting-anting yang mereka gunakan sebagai perhiasan pula merupakan warisan turun temurun yang melambangkan status mereka di kalangan masyarakat).

• Semua pancaindera akan tidur ketika kita tidur, kecuali telinga. Sekiranya kita meletakkan jari pada mata orang yang tidur walaupun dalam jarak yang dekat, orang itu tidak mungkin nampak dan bangun. Namun sekiranya kita memekik dengan kuat dekat pada telinganya, orang yang tidur akan terjaga dan bingung.

• Dalam beberapa ayat Al-Quran, telah disebut tentang pendengaran dahulu sebelum penglihatan. Pihak saintis turut bersetuju bahawa telinga adalah pancaindera yang pertama bekerja semenjak manusia dilahirkan.

• Bayi yang baru dilahirkan belum sanggup menggunakan pancaindera matanya tetapi telinganya sudah boleh mendengar dan sebab itulah bayi boleh terkejut dengan bunyi yang kuat.

Dan kerana banyak ini segala faedah adalah pendengar (an) itu lebih afdhal daripada penglihat (an) kerana kebanyakan faedah penglihat (an) itu bangsa dunia, (banyak yang berunsur maksiat atau untuk kepentingan dunia) dan kebanyakan faedah pendengar (an) itu bangsa akhirat dan kerana itu mendapat engkau akan yang buta lebih sempurna dari yang tuli (pernah sahabat yang buta menjadi tukang azan, pencegah maksiat, ada yang tuli jadi guru Qur’an dan hanya boleh mendengar orang baca Qur’an walaupun perlahan, tetapi tak dengar yang lain).

Dan bermula mensyukurkan pendengar (an) itu memeliharanya daripada mendengar yang dilarang seperti mengumpat dan mengadu-ngadu dan segala perkataan yang tiada baik seperti bid`ah dan berbantah-bantah (percakapan ada yang bermegah diri, mengadu domba, dengki dan yang sia-sia) dan seperti mendengar suara perempuan dan muda belia jika ditakuti akan fitnah, dan seperti mendengar perkakas yang permainan yang diharamkan, seperti serunai dan gendang, dan jangan engkau tertipu disebabkan mereka yang menghalalkan akan mendengar umpama serunai itu. Kerana perkataan itu menyalahai ia akan Qur’an dan Hadis Nabi saw. Maka lazimkan olehmu memelihara pendengar engkau daripada perkataan yang keji dan sia-sia, kerana mereka yang menuntut dengar bersekutu ia dengan mereka yang berkata-kata pada dosa perkataan yang haram itu dan lagi pula bahawasanya mendengar perkataan yang sia-sia dan keji itu mendatangkan waswas ke dalam hati (Dengar dan pastikan ada saringan, buat pilihan).

Dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan yang didengar itu seperti makanan, setengahnya memberi manfaat dan setengahnya memberi mudharat dan setengahnya penawar dan setengahnya racun, bahkan berkekalan perkataan itu di dalam hati lebih lama dari berkekalan makanan di dalam perut, kerana makanan itu hilang ia dari dalam perut besar dengan tidur dan umpamanya (akan hancur bila berlaku penghadhaman, perkumuhan). Dan terkadang berkekalan ia di dalam perut beberapa hari (kerana sakit tak boleh buang air), kemudian hilang ia dengan makan penj(ca)ahir (julab), adapun perkataan jatuh ke dalam hati maka terkadang berkekalan ia di dalam hati seumur hidup. Maka jika ada ia perkataan yang jahat maka sentiasa ia memfitnahkan dan mendatangkan waswas bahkan terkadang mensebabkan ia akan kebinasaan yang besar.

Maka hendaklah bersungguh-sungguh orang yang berakal pada memelihara pendengarannya dan segala anggotanya sebelum ditanya daripadanya pada hari kiamat, telah berfirman Allah yang lebih kurang bermaksud:

36. Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya pada hari kiamat nanti, wallahu a`lam (al Isra’ 36).

Hikmah Didahulukan Pendengaran daripada Penglihatan Di Dalam Al-Qur'an

"Pendengaran" dalam Al-Qur'an selalu didahulukan daripada penglihatan.

• Pada manusia bila buta seakan hilang dan gelap segalanya, namun Allah menyebutnya . Ini merupakan satu mu'jizat Al-Qur'an yang mulia. Allah telah mengutamakan dan mendahulukan pendengaran daripada penglihatan.

• Pendengaran adalah organ manusia yang pertama kali bekerja ketika di dunia, juga merupakan organ yang pertama kali siap bekerja pada saat akhirat terjadi.

• Pendengaran tidak pernah tidur sama sekali. Sesunguhnya pendengaran adalah organ tubuh manusia yang pertama kali bekerja ketika seorang manusia lahir di dunia.

• Telinga adalah penghubung antara manusia dengan dunia luar. Allah Ta'ala ketika ingin menjadikan ashhabul kahfi tidur selama 309 tahun, Allah berfirman: Maka Kami tutup telinga-telinga mereka selama bertahun-tahun (selama 309 tahun, lihat pada ayat 25 berikutnya -pent) (Q.S. Al-Kahfi: 11) ..Dari sini, ketika telinga tutup sehingga tidak bisa mendengar, maka orang akan tertidur selama beratus-ratus tahun tanpa ada gangguan. Hal ini karena gerakan-gerakan manusia pada siang hari menghalangi manusia dari tidur pulas, dan tenangnya manusia (tanpa ada aktivitas) pada malam hari menyebabkan bisa tidur pulas, dan telinga tetap tidak tidur dan tidak lalai sedikitpun.

No comments:

Post a Comment