Allah berfirman yang lebih kurang bermaksud:
“dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?.”
Terdapat 33 kali air disebut dalam al Qur’an dalam bentuk nakirah (indefinitif) dan 16 kali dalam bentuk ma`rifah (definitif)... Juga Ensaiklopedia hal. 385. Di samping itu al Qur’an telah menyebut air dengan pelbagai fungsinya.
1. Air adalah sumber kehidupan, segala yang hidup memerlukan air, pemeliharaan kehidupan segala sesuatu adalah dengan air, lihat firman Allah yang bermaksud:
10. Dia lah Yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya.
11. Ia juga menumbuhkan bagi kamu Dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari Segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya Yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum Yang mahu berfikir (an Nahl).
2. Sebagai landasan kenderaan, laluan kapal / menghidupkan bumi yang telah mati.
164. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal Yang belayar di laut Dengan membawa benda-benda Yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan Yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan Yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit Dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum Yang (mahu) menggunakan akal fikiran (al Baqarah).
3. Menghidupkan bumi yang telah mati, firman Allah yang bermaksud:
24. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, ia memperlihatkan Kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan ia menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan bumi sesudah matinya Dengan hujan itu. Sesungguhnya Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang menggunakan akal untuk memahaminya (ar Rum).
4. Sesuatu yang ditagih dan sangat dihajati oleh penduduk neraka
49. (Mereka bertanya pula kepada ketua-ketua kaum kafir itu Dengan berkata): "Itukah orang-orang Yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah Bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka): ` masuklah kamu ke Dalam syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu Yang tidak baik) terhadap kamu, dan kamu pula tidak akan berdukacita. '"
50. Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka Dengan firmanNya): ahli neraka menyeru ahli syurga (dengan berkata): "Limpahkanlah kepada Kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu". mereka (Ahli syurga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir".
51. (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan kami (al A`raf).
5. Jaminan keselamatan dan suci untuk digunakan.
48. Dan Dia lah Tuhan Yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air Yang bersih suci,
6. Alat Bersuci
Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
7. Untuk menyucikan tubuh badan dan menghilangkan dari gangguan syaitan, menguatkan hati memperteguhkan tapak kaki (al Anfal).
11. (ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). dan (ingatlah ketika) ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).
8. Sebagai perumpamaan/Perbandingan.
17. Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya Yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih Yang terapung-apung. dan dari benda-benda Yang dibakar di Dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas Yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal Perbandingan tentang perkara Yang benar dan Yang salah. adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda Yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
Thursday, April 28, 2011
Kedudukan Air mengikut al Qur’an
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment