Allah berfirman dalam surah al Baqarah yang lebih kurang bermaksud:
21. Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
22. Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
Untuk lebih memahami ayat ini mari kita lihat surah al Anbiya’ ayat 30 Allah menjelaskan lagi yang lebih kurang bermaksud:
30. Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?.
(Prof. Shihab menyebut bahawa ayat ini merupakan pembicaraan secara aqli yang bersumberkan kita suci sehingga sampai kepada suatu kesimpulan yang sama dengan apa yang dikemukakan. Soalannya apakah orang-orang kafir belum juga menyedari. Langit dan bumi adalah satu ‘ratqan fafataqnahuma’ (رتقا) terpadu kemudian terpisah (فتق). Mengenai ini ulama berpendapat:
• Langit dan bumi adalah merupakan satu gumpalan yang terpadu. Hujan tidak turun dan bumi tidak ditumbuhi pohon, lalu Allah membelah langit dan bumi dengan jalan menurunkan hujan dari langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan di bumi.
• Langit dan bumi adalah terpadu kemudian Allah pisahkan dengan mengangkat langit ke atas dan membiarkan bumi tetap di tempatnya berada di bawah lalu memisahkan keduanya dengan udara.
• Thabathaba’ie; ayat ini sebagai bantahan kepada para penyembah berhala yang mengatakan bahawa Allah adalah pencipta sedangkan tuhan-tuhan yang mereka sembah adalah pengatur. Sedangkan kalau direnung kita pasti melihat terpisah laut dengan darat, aneka jenis tumbuh-tumbuhan dengan kesesuaian iklimnya, binatang, manusia dsb.
• Ayat ini menjadi dalil yang sangat besar, mu`jizat Qur’ani kepada para ilmuan bagaimana al Qur’an mengungkap kejadian planet (Mishbah 8, hal. 41-42).
Mungkin juga boleh difikirkan ‘fafataqnahuma’ merupakan isyarat tentang apa yang terjadi pada cairan atom pertamanya berupa letupan besar (teori Big Bang) yang mengakibatkan tersebarnya benda-benda alam raya ke serata tempat termasuk ujudnya sistem surya, lingkaran Bimasakti, ada yang jauh dan ada yang dekat, ada yang sesuai didiami dan sebaliknya.
• 1913 Vasto Malvin Sliver menemui bahawa sebahagian jisim (benda) bergerak menjauhi kita dengan kecepatan 1800KM/detik, 1929 Edwin Hubble menyebut bahawa galaksi-galaksi menjauh dari kita dengan kecepatan yang sama dengan jarak galaksi-galaksi tersebut dengan kita.... penemuan ini bukan sahaja menunjukkan galaksi-galaksi itu berjauhan dengan kita, akan tetapi ia juga saling menjauhi antara satu sama lain, dan ini bererti bahawa alam semesta selalu mengalami pemekaran dan perluasan, lihat firman Allah dalam surah az Zariyat:
47. Dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga
.......Soalannya ialah kuasa apakah yang menarik keluar, maka itulah yang disebut sebagai letupan/ledakan besar di dalam atom embrionik yang memuat kumpulan bahan dan tenaga. Pada tahap pertama ledakan besar ini, suhu panas meningkat hingga beberapa trilliun, hingga terbentuk atom-atom, dan dari atom-atom ini terbentuk debu kosmos yang kelak menjadi galaksi-galaksi. Soalan lain ialah bila berlakunya ledakan itu, tiada jawapan, namun merujuk kepada nilai tetap (konstan) 1 juta tahun cahaya versi Hubble adalah 15.3 KM/detik, maka kita akan memperoleh 20 juta tahun sebagai tahun kejadian ledakan besar tersebut.. namun merujuk kepada kecepatan pemekaran bumi bukan sesuatu yang konstan, akan tetapi ia terus menurun, majoriti berpendapat ianya terjadi sebelum 15 juta tahun lalu (Yusuf al Haj Ahmad, Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al Qur’an & Sunnah, hal. 323-5).
Seterusnya Allah berfirman yang lebih kurang bermaksud:
“dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?.”
Ada beberapa pendapat;
• Air adalah sumber kehidupan, segala yang hidup memerlukan air, pemeliharaan kehidupan segala sesuatu adalah dengan air, terdapat 33 kali air disebut dalam al Qur’an dalam bentuk nakirah (indefinitif) dan 16 kali dalam bentuk ma`rifah (Ensaiklopedia hal. 385).
• Untuk menyucikan tubuh badan dan menghilangkan dari gangguan syaitan, menguatkan hati memperteguhkan tapak kaki (al Anfal).
• Kami jadikan segala jenis yang hidup (binatang) dari cairan yang terpancar.
• Ayat ini menjadi sumber penemuan kepelbagaian jenis dalam dunia akademik.
Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
Dalam satu kenyataan disebut:
Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 82/83% air (Zikri)
70 peratus berat otak,
75 peratus berat jantung,
90 peratus berat paru-paru
Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita.
(Khadijah Ismail.Com)
Diantara kepentingan air untuk tubuh badan kita.
• Air menstabilkan suhu badan
• Air mengangkut nutrisi (zat) dan oksigen ke dalam sel
• Air melembabkan udara dalam paru-paru
• Air meningkatkan kadar metabolisma (aktiviti organ dalaman)
• Air melindungi organ-organ
• Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi (zat) dengan baik
• Air melindungi dan melembabkan rawan.
Apakah kesan negatif yang akan berlaku sekiranya kita kekurangan air?
Tubuh selalu kepenatan. Memang dapat dirasakan, tubuh akan cepat terasa sangat letih. Buat kerja pun jadi lambat, tak berapa nak produktiviti.
Kesan-kesan lain.
• Sakit kepala yang kerap atau migrain.
• Sembelit.
• Ketegangan otot
• Tekanan darah yang tidak seimbang
• Masalah buah pinggang
• Kulit kering
• Risiko Kematian
Kita juga berjumpa dengan kenyataan, setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter. Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air.
Dalam satu kenyataan lain disebut, “Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui:
• Air kencing, najis,
• Peluh dan pernafasan.
• Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan” (Khadijah Ismail.Com)
Oleh yang demikian, marilah kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta jangan lupa minum air kosong yang banyak (bergantung kepada individu) kerana ia bagus untuk sistem perkumuhan dan juga sistem peralihan darah dalam badan kita (Zikrihusaini.Com).
Monday, April 18, 2011
Perihal Langit dan Bumi Mengikut al Qur`an
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment