Wednesday, April 28, 2010

Kenali Tokoh Yang Dimurkai Allah (Qarun)

Di dalam al Qur`an Allah tidak banyak menyebut nama-nama secara langsung orang-orang yang dimurkaiNya. Kebanyakan ayat hanya dipaparkan ciri atau sifat-sifat yang jahat sahaja. Adapun yang disebut nama sekadar pemuka-pemuka yang terkenal `kegedeberannya'. Di antara yang disebut ialah Fir`aun, Abu Lahab, Haman dan Qarun. Fir`aun dan Abu Lahab mewakili golongan pemerintah. Haman mewakili golongan menteri. Qarun pula mewakili kumpulan rakyat biasa. Semua ini adalah sebagai pengajaran atau `ibrah kepada kita semua.

Dalam artikel ini saya akan membicara beberapa perkara berkaitan dengan Qarun. Terima kasih banyak kepada sahabat-sahabat blogers, kerana tulisan anda semua banyak membantu saya menyelesaikan tugas ini. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal di atas usaha anda semua, Allahumma Amin.

Berasal dari seorang rakyat biasa, berjaya menjadi usahawan (korperat), dan diberi sedikit kejayaan oleh Allah. Hidup pada zaman Nabi Musa alaihissalam. Berketurunan Bani Israel dan merupakan sepupu Nabi Musa dari sebelah ayah. Nabi Musa bin Imran bin Qahath bin Lawa bin Ya`aqub. Sementara Qarun bin Yashhar bin Qahath bin Lawa bin Ya`aqub.

Al-Sya`rawi, Qasas ul-Anbiya’, jld.4, hlm 2141 dalam towardsmardhatillah under Islamic Studies, menyatakan, beliau dikenali sebagai ‘al-Munawwir’ oleh kerana perawakannya yang tampan. Selain itu juga memiliki suara yang baik dan merdu ketika membaca kitab Taurat, menyebabkan dia juga digelar al-Nur (cahaya). Beliau terkenal di kalangan Bani Israel sebagai individu yang paling mahir tentang kitab Taurat (seorang cendikiawan Islam).

Awal kehidupan Qarun terlalu miskin dan mempunyai ramai anak. Namun dia berhati mulia lagi dermawan terhadap golongan faqir miskin. Malah ramai di kalangan faqir miskin yang berdoa “Wahai Tuhan kami…biarlah Qarun jadi kaya-raya walaupun kami miskin…mudah-mudahan dia dapat memberi sumbangan derma kepada kami yang miskin ini”. Doa ini pernah dilafazkan di hadapan Qarun hingga menyebabkan dia sendiri merasakan dirinya lebih berhak menjadi kaya demi untuk menyumbang derma kepada orang lain. Lantaran itu dalam suatu kesempatan, dia pernah minta Nabi Musa alaihissalam mendoakannya kepada Allah agar diberikan kekayaan harta benda dan permintaan tersebut dimakbulkan oleh Tuhan.

Dalam menanggapi kehidupan Qarun dengan harta kekayaan serta kesombongannya, Bani Israil terbagi atas dua kelompok. Kelompok pertama adalah kelompok orang yang beriman kepada Allah dan lebih mengutamakan apa yang ada di sisiNya. Karena itu mereka tidak terpedaya oleh harta Qarun dan tidak berangan-angan ingin memilikinya. Bahkan mereka memprotes kesombongan, kesesatan dan kerusakannya serta berharap agar ia menafkahkan hartanya di jalan Allah dan memberikan sumbangan kepada hamba-hamba Allah yang lain. Adapun kelompok kedua adalah yang terpukau dan tertipu oleh harta Qarun, mereka hilang jati diri, landasan dan prinsip yang dapat digunakan untuk menilai Qarun dan hartanya. Mereka menganggap bahwa kekayaan Qarun merupakan bukti keridhaan dan kecintaan Allah kepadanya. Maka mereka berangan-angan ingin menjadi seperti itu. Mengikut satu riwayat Allah juga memerintahkan Qarun mengeluarkan zakat namun ia juga engkar. Lihat jawapannya kepada Nabi Musa: ” Dia berkata, ”Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu karena ilmu yang ada padaku.” (QS Alqasas [28]: 78).

Kekufuran Qarun terhadap nikmat Allah yang diberikan kepadanya, menyebabkan ia diazab oleh Allah. Dia mati dalam keadaan murtad, tertimbus serta tenggelam bersama harta benda dan para pengikutnya dalam tanah. Tidak lama masa untuk memusnahkannya. Segala kekayaan yang begitu banyak dikumpulkan selama ini. Hanya semalaman sahaja Allah menenggelamkannya di sebuah kawasan yang terletak dalam daerah al-Fayyum, Mesir.

Mengikut ceritanya: Danau Qorun (Bahirah Qarun) tidak terlalu jauh dari Istana Qarun, tempatnya di tepi jalan menuju Kairo, nampak sebuah danau yang tenang. Di danau inilah Qarun dan seluruh kekayaannya ditenggelamkan oleh Allah ke dalam tanah. Danau ini kini menjadi saksi sejarah, bahwa dahulu kala Qarun pernah berkuasa di sana sekaligus menjadi tempat ditenggelamkannya oleh Allah ke dalam tanah. Danau Qarun saat ini, panjangnya kurang lebih 30 KM, lebarnya sekitar 10 KM dan dalamnya antara 30-40 meter.

Danau ini sebenarnya sudah ada sejak dahulu, sebelum Qarun ada. Dahulunya, menurut catatan Dr. Rusydi al-Badrawy dalam bukunya Qashashaul Anbiya wat Tarikh, merupakan sebuah danau kecil yang disebut dengan Munkhafadh al-Laahun. Ketika Qarun menjadi menteri, ia pernah meminta idzin kepada Fir’aun untuk membangun sebuah istana dan gudang kekayaannya di Kairo,Memphis dan sekitarnya. Namun, Fir’aun tidak mengizinkannya membangun istana di Memphis atau sekitarnya, karena takut merasa tersaingi. Saat itu, memang tempat yang ramai baru dua saja, Memphis (Kairo dan sekitarnya) dan Jasun (di Luqshar atau Sinai). Qarun tidak mungkin membangun di Jasun, karena Jasun menjadi perkampungan orang-orang Bani Israil yang sangat susah. Qarun lalu melirik al-Fayyum, karena di samping subur, juga terdapat danau kecil. Qarun lalu membangun rumah, istana dan gudang kekayaannya di sebelah timur danau tersebut. Dan sejak ditenggelamkannya Qarun dan seluruh kekayaannya di danau tersebut, maka sejak itu pula danau tersebut berubah nama menjadi Danau Qarun (Bahirah Qarun atau Birkat Qarun). Dan sejak itu pula, danau yang tadinya kecil dan sempit menjadi bertambah luas dan lebar. (Lihat juga :http://dimensi5.wordpress.com/2007/05/03/kisah-qarun/)

Sehingga kini sesiapa yang ke Mesir, jangan lupa ke sana, bukan nak suruh makan angin, tapi mengambil faham maksud ayat, `Berjalanlah di atas muka bumi dan lihatlah bagaimana kesudahan mereka yang mendustai ayat-ayat Allah’.

Peristiwa ini menjadi sangat masyhur di kalangan orang-orang kita di sekitar Asia Tenggara. Sehingga kalau berjumpa dengan harta yang tertanam disebut harta karun (Qarun!). Kadangkala dalam aktiviti hari keluarga, sukaneka dan sebagainya pun ada agenda mencari harta karun. Pada hal Qarun sebenarnya ditenggelamkan di Mesir dan hartanya telah dimusnahkan, taklah sampai pun kat Malaysia ni. Harta yang dilaknat tu tak boleh guna dah!. Sepatutnya cari harta tersembunyi, bukan harta Qarun, Adakan aktiviti tu tak salah, Cuma tak usahlah hidupkan nama-nama yang tak berapa comel tu!. Bimbang jugak, mula-mula sekadar main-main, lama-lama jadi jadi ikut perangai pulak. Na`uzubillah.

Perkataan Qarun (قارون) dinyatakan sebanyak 4 kali dalam al-Quran, iaitu dalam surah al-Qasas ayat 76, surah al-Qasas ayat 79, surah al-Ankabut ayat 39 dan juga surah Ghafir ayat 24.

• Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau “Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri”. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan. Dia (Qarun) berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”. Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang mana lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka. (Surah al-Qasas, ayat 76-78).

• Dan dia tampil di hadapan kaumnya dalam keadaan segak berhias (dengan segala kebesaran yang dimiliki). Maka golongan yang tamakkan kehidupan dunia berkata “Alangkah baiknya kalau kita perolehi sepertimana yang diperolehi oleh Qarun, iaitu kekayaan yang melimpah dan kemuliaan yang besar”. (Surah al-Qasas, ayat 79).

• Dan Qarun, Fir`aun dan Haman, sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa alaihissalam dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya, namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala. (Surah al-Ankabut, ayat 39).

• Dan sesungguhnya Kami telah utuskan Musa dengan ayat-ayat Kami dan kekuasaan yang jelas (hujjah yang nyata) kepada Firaun, Haman dan Qarun, lalu mereka mengatakan (menuduh Musa) sebagai ahli sihir yang menipu. (Surah Ghafir, ayat 23-24).

Berdasarkan empat petikan mafhum ayat-ayat yang tersebut di atas, penyebutan dan juga penampilan nama Qarun membawa kisah dan pengertiannya yang tersendiri.

• Dalam surah al-Qasas ayat 76, Allah Taala nyatakan nama Qarun sebagai bekas pengikut Nabi Musa (Hizbullah) yang paling warak lagi dermawan serta mahir menguasai Kitab Taurat tapi akhirnya kecundang dikuasai hawa nafsunya setelah beliau dikurniakan kekayaan yang melimpah ruah. Lantaran sifat dermawannya, Qarun sering didoakan oleh kaum Bani Israel yang miskin agar beliau diberikan kekayaan supaya lebih senang untuk menderma kepada mereka yang miskin dan kurang bernasib baik. Malangnya setelah Qarun menjadi kaya, nafsu tamak haloba telah menguasai dirinya.

• Dalam surah al-Qasas ayat 79, Allah Taala tampilkan nama Qarun yang penuh keangkuhan menjadi igauan serta impian golongan manusia yang tamakkan harta kekayaan duniawi.

• Dalam surah al-Ankabut ayat 39, nama Qarun disebut terlebih dahulu daripada nama Fir`aun dan juga Haman (hizbusyaitan) lantaran sikap takabburnya yang begitu melampaui batas. Haman adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Fir`aun menjadi bertambah sesat dan kedua-dua mereka ini adalah daripada golongan orang-orang kafir yang menentang kerasulan Musa alaihissalam. Adapun Qarun pula, beliau adalah asalnya individu mukmin yang paling rapat dengan Nabi Musa tetapi akhirnya murtad dan menyertai hizbusyaitan untuk menentang Musa alaihissalam.

• Dalam konteks penentangan Nabi Musa terhadap kuasa kezaliman politik manusia, nama Qarun disebut selepas Fir`aun dan juga Haman sepertimana dalam surah Ghafir ayat 24.

• Sebagai makluman tambahan, pada zaman itu Fir`aun dan Haman yang berbangsa Qibti menguasai percaturan politik dan kerajaan. Manakala kaum Bani Israel hanyalah golongan bawahan yang sering menjadi mangsa penindasan Qibti kecuali Qarun.
Akhirnya, menyedari hakikat ini mungkin sekarang tidak ada lagi ibubapa yang memberi nama anak-anak mereka dengan nama Qarun. Kadang-kadang diberi nama yang begitu indah, baik dan mempunyai pengertian tersendiri. Namun satu persoalan yang perlu juga diberi perhatian, mungkin Qarun kini tidak muncul lagi dari sudut nama, tetapi akan muncul dari segi moral, akhlak dan kewibawaan. Cuba lihat di sekeliling kita semua.

Sekian wassalam.

1 comment: