D
ari
Umar ibn Abi Salamah radhiyallahu 'anhuma, ketika kanak-kanak pernah makan
dengan tangannya - kanan dan kiri. Kemudian diperingatkan oleh Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam sabda baginda SAW:
يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا
يَلِيكَ
"Hai
anakku, panggil nama Allah, dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah
apa yang ada di hadapanmu." (HR. Bukhari 5376 & Muslim 2022)
Dari Ibn Umar
radhiyallahu 'anhuma, Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ
فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ
بِشِمَالِهِ
Apabila anda makan,
anda harus makan dengan tangan kanan anda. Jika minum maka hendaklah juga
minum dengan tangan kanannya, kerana iblis makan dengan tangan kirinya dan
minuman dengan tangan kirinya "(Muslim 2020, Abu Daud 3778 dan lain-lain).
As-Shan’ani menjelaskan hadis Umar bin Abi Salamah,
وفي الحديث دليل على وجوب
الأكل باليمين للأمر به أيضا ويزيده تأكيدا أنه صلى الله عليه وسلم أخبر بأن
الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله وفعل الشيطان يحرم على الإنسان
Dalam
hadis di atas terdapat dalil wajibnya makan dengan tangan kanan, kerana ada
perintah untuk melakukannya. Hal ini diperkuat lagi, dimana Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam menyebutkan bahwa setan makan dengan tangan
kiri dan minum dengan tangan kiri. Apatah lagi ianya perbuatan setan, sememangnya
diharamkan untuk dilakukan oleh manusia. (Subulus Salam, 3/159)
Kenyataan
di atas menggambarkan kepada kita tentang peraturan hidup orang Islam yang
telah diajar oleh baginda SAW, bukan sahaja dalam kehidupan beraqidah,
bersyariat, berakhlak malah dalam tatacara makan sekaligus telah dijelaskan
dengan begitu baik sekali.
Mungkin sebahagian
daripada kita tertanya-tanya apa pentingnya sunah ini diamalkan?.
Pertama, perlu kita
lihat arahan ini datang daripada siapa. Jawabnya daripada baginda Rasul SAW.
Kalau daripada baginda Rasul SAW, maka jelas ianya adalah daripada Allah SWT.
Kerana baginda SAW tindak bercakap sesuatu melainkan baik-baik belaka. Apa
buktinya? Lihat jaminan Allah SWT tentang baginda SAW:
Bahawa baginda SAW
tidak akan bercakap berdasarkan kepada hawa nafsu. Apa yang ada adalah
berdasarkan kepada wahyu Allah SWT.
Apabila ianya
daripada Allah dan Rasul-Nya, jika kita lakukan sudah tentu kita disukai Allah
dan Rasul-Nya. Perlakuan ini menjadikan salah satu ibadat, menggambarkan
kedekatan dan taqarrub kita kepada Allah.
Kedua,
apabila ianya merupakan arahan Allah, dan kita lakukannya dengan ikhlas
semata-mata memenuhi tuntutan Allah dan Rasul-Nya, maka disebut sebagai Ibadat. Maka ianya bersesuaian dengan salah satu
daripada tujuan kejadian manusia itu sendri. Di samping itu akan ada
ganjarannya iaitu pahala daripada Allah SWT.
Sebaliknya apabila kita menentang dan sengaja melakukan penentangan,
maka kita disebut hambanya yang derhaka. Derhaka adalah maksiat dan kita akan
mendapat dosa.
Melakukan
sesuatu mengikut jalan sunnah Rasul SAW adalah lambang kepatuhan. Paling tidak
akan ada keberkatan daripada Allah. Berkat adalah suatu situasi yang boleh
memberi keuntungan dalam kehidupan harian kita.
Ketiga,
penulis pernah terbaca satu artikel mengenai kajian seorang doktor pakar
mengenai perbezaan tangan kiri dengan tangan kanan. Lihat angka yang tertulis
pada kedua-dua tapak tangan kita. Kanannya lapan belas dan kiri lapan puluh
satu. Bila dicampurkan ia menjadi sembilan puluh sembilan. Ada orang
menyebutnya sebagai bilangan nama Allah.
Namun
artikel tersebut menyebut, angka lapan belas sebelah kanan menjelaskan jumlah enzim
yang dibekalkan pada tangan kanan dan sifatnya lebih kepada menghidupkan.
Sementara sebelah kiri berjumlah lapan puluh satu dan sifatnya membunuh,
terutama yang ada pada hujung jari manis sebelah kiri. Mungkin juga boleh
disebut tangan kanan adalah lambang kepada kehidupan, kesihatan dan tangan kiri adalah sebaliknya.***(penulis
mengharapkan akan ada kajian yang lebih mendalam oleh orang yang lebih pakar).
Sebab
itulah di dalam sunnah Nabi SAW, tangan kiri digunakan semasa beristinjak dan lain-lain.
Lihat apa yang diceritakan baginda oleh Maimunah r.a. ketika baginda mandi junub. Dalam riwayat Abu Daud, “Kemudian Baginda SAW menuangkan air ke atas
kemaluannya, dan membasuh kemaluannya dengan tangan kirinya.” (Hadis
Riwayat Abi Daud, Bukhari dan Muslim).
Syaidatina Aisyah r.a. bahawa
Rasulullah SAW dengan menggunakan tangan
kiri pada
perkara-perkara yang mengandungi kotoran. “Adalah tangan kanan
Rasulullah SAW untuk
bersuci dan makan. Dan tangan kirinya untuk urusan tandas dan apa-apa yang
kotor.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Keempat,
tangan kanan adalah lambang kemuliaan dan kesantunan. Sebab itu apabila kita
berurusan dengan seseorang, adalah lebih manis digunakan tangan kanan.
Sebaliknya penggunaan tangan kiri dipandang kurang manis dan kurang adabnya.
Masyarakat Melayu juga secara tradisi telah dilatih untuk mengutamakan tangan
kanan dalam apa-apa urusan yang mulia. Ini melambangkan ketinggian budi bahasa,
sehingga ada slogan menyebut ‘Budi Bahasa Budaya Kita’.
Kontrasnya adalah
tangan kiri yang disebut sebagai
perlakuan syaitan, yang menjadi lambang kepada kedegilan yang akhirnya
menjadikan kita jauh daripada rahmat Allah SWT. Larangan makan dengan tangan kiri bukan suatu permainan atau
guruan, sebab itulah dalam hadis lain Salamah bin al-Akwa’ bercerita,
أَنَّ رَجُلاً أَكَلَ
عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِشِمَالِهِ فَقَالَ « كُلْ
بِيَمِينِكَ ». قَالَ لاَ أَسْتَطِيعُ قَالَ « لاَ اسْتَطَعْتَ ». مَا مَنَعَهُ
إِلاَّ الْكِبْرُ. قَالَ فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ.
Adalah seseorang laki makan di samping Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah bersabda: “Makanlah dengan tangan kananmu!” Dia malah menjawab, ‘Aku tidak berupaya. Baginda SAW bersabda, ‘Benar kamu tidak berupaya?’ Dia menolaknya karena sombong. Setelah itu tangannya tidak boleh diangkat sampai ke mulutnya.” (HR. Muslim 2021).
Adalah seseorang laki makan di samping Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah bersabda: “Makanlah dengan tangan kananmu!” Dia malah menjawab, ‘Aku tidak berupaya. Baginda SAW bersabda, ‘Benar kamu tidak berupaya?’ Dia menolaknya karena sombong. Setelah itu tangannya tidak boleh diangkat sampai ke mulutnya.” (HR. Muslim 2021).
Daripada
beberapa hadis di atas kita dapat mengambil peringatan di antaranya:
1. Perintah
untuk makan dengan tangan kanan.
2. Kesan
daripada memandang remeh terhadap arahan baginda SAW.
3. Doa
buruk karena dia tidak segera melaksanakan perintah kerana sombong.
As-Shan’ani mengatakan,
ولا يدعو صلى الله عليه
وسلم إلا على من ترك الواجب وأما كون الدعاء لتكبره فهو محتمل أيضا ولا ينافي أن
الدعاء عليه للأمرين معا
Dan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mungkin mendoakan keburukan
kecuali untuk orang yang meninggalkan kewajiban. Jika doa itu karena alasan
orang itu bersikap sombong, memang ada kemungkinan demikian. Dan tidak jauh
jika kita fahami bahwa doa itu karena kedua alasan tersebut. (Subulus Salam,
3/159).
Pernah diceritakan oleh satu kumpulan ruqyah mengenai seorang
wanita penghafal quran yang kerasukan. Persoalannya, bagaimana mungkin setan boleh
masuk ke dalam tubuh seorang yang banyak berinteraksi dengan al Quran?
Salah seorang peruqyah bertanya pada jin yang sedang beraksi
tersebut. Jin itu menjawab melalui lisan wanita tersebut, ”saya sudah lama
menunggu untuk masuk ke dalam tubuhnya, dan peluang ini saya perolehi ketika dia minum dengan tangan kiri.” (https://www.islampos.com/ini-bahayanya-makan-dan-minum-dengan-tangan).
Berdasarkan
kepada beberapa kenyataan di atas, jelas kepada kita bahawa Islam adalah satu
agama yang sangat bersesuaian dengan fitrah manusia. Naluri semula jadi kita
akan menolak andainya melihat seseorang melakukan perkara yang mulia dengan
menggunakan tangan kiri. Sebaliknya naluri akan menyatakan ‘ya’ atau bersetuju
dengan kemuliaan yang didahului oleh tangan kanan. Demikianlah Islam agama yang
hanif yang sangat bersesuaian dengan fitrah manusia.
No comments:
Post a Comment