SEPULUH KATEGORI SOLAT
1. Seseorang yang telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan mengaku Islam, tetapi engkar bahkan tidak pernah langsung mendirikan Solat sepanjang hayat.
2. Seseorang yang Solat bermusim 2 kali setahun, iaitu Hari Raya Syawal dan Hari Raya Korban itupun kerana mengikut majoriti ramai orang pergi Solat di Masjid. Teramat besar kerugian bagi golongan ini meninggalkan yang fardhu, tetapi mengamalkan yang sunat.
3. Orang Islam yang Solat kadang-kadang atau sekali sekala ikut sedap sendiri sekadar mengikut hawa nafsu. Juga sentiasa kerugian bagi golongan ini.
4. Seseorang yang mempunyai ilmu lahiriah, tanpa ilmu batiniah mengerjakan Solat. Solatnya kosong seperti ada jasad tanpa roh.. Belajar feqah kena ada juga dikaitkan dengan tasawwuf, kebatinan. Lihat sama 5, 6 dan 7.
من تصوف بغير تفقه فقد تذندق ومن تفقه بغير تصوف فقد تفسق
Ini bererti manusia ada lahir dan batin, jasad dengan ruh.. hubungkan dengan kisah menantu siapa ini.
5. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah, tetapi masih dalam kategori lalai lahir dan batin.
6. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah, tetapi masih dalam kategori khusyuk lahir tapi lalai batin.
7. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah serta khusyuk lahir batin, tetapi masih belum berasa nikmat kesedapan beribadah.
8. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin.
9. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin, malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah.
10. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah. Juga dapat merasakan nikmat kehadiran Allah di hadapan dirinya. Terbuka hijab dimulai dari takbiratul Ihram hingga selesai memberi salam.
Sabda Nabi saw:
إذا توضأ العبدُ المسلمُ أو المؤمن فغسل وجهه خرج من وجهه كلُّ خطيئةٍ نظر اليها بعينه مع الماء او مع آخِرِ قَطْرِ الماءِ فإذا غسل يديه خرج كلُّ خطيئةٍ كان بَطَشَتْهَا يداه مع الماء او مع آخر قطر الماء فإذا غسل رجليه خرجت كلُّ خطيئة مَشَتْها رِجلاه مع الماء او مع آخر قطر الماء حتى نقِيًّا من الذنوب (رواه مسلم: احمد يانى 307)
Dalam isyarat lain, Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu (Maniyyatul Musalli, 9). Bayangkanlah orang yang tidak pernah solat dan mengingkari pula kewajipan solat.
Rupa Bentuk Sembahyang
Solat itu mempunyai dua bentuk dan rupa, dan tidak akan sempurna kecuali dengan adanya kedua-dua rupa itu. Iaitu rupa luaran, yang disebut zahir dan rupa dalaman atau hakiki kadangkala disebut batin.
1. Rupa zahir atau luaran ialah; syarat itu seperti ruhnya, rukun itu sebagai kepala dan badan, sunat ab`adh itu seperti anggotanya, sunat hai’ah seperti segala bulu dan perhiasannya. Segala syarat (Islam, ada ilmu, tahu sah batal, masuk waktu), rukun yang zahir dan sunatnya terbentuk daripada perbuatan berdiri, takbir, membaca fatihah, ruku’, i`tidal, duduk antara dua sujud, tasyahhud dan salam. Kesemuanya ini mesti disempurnakan.
2. Rupa Batin atau dalaman ialah; khusyuk, hadhir hati, sempurna, ikhlas, rendah diri, memahami makna bacaan, tasbih dan segala tanggungjawab yang telah dilazimkan.
3. Sempurna kedua-duanya akan menjadikan solat cukup lengkap bertubuhbadan, siap dengan anggota dan perhiasan, hidup dan boleh merasai kehidupan. Bukan sekadar hidup tetapi tak tahu apa benda, macam orang yang dikeluarkan ruh, bukan keluar nyawa. Hidup tak serupa hidup. Kerana rupa sembahyang batin itu menjadi tempat tilik Allah.
4. Berkata Imam al Ghazali: .......
• Umpama orang yang mendirikan rupa sembahyang yang zahirnya jua dan lalai ia daripada hakikat batin seperti umpama seorang mengahdiahkan bagi raja yang amat besar darjatnya akan seorang yang telah mati dan tiada ruh lagi baginya.
• Manakala orang yang mengurangkan dalam mengerjakan sembahyang dengan mengurangkan dari segi zahir, seperti orang yang menghadiahkan raja orang yang terpotong telinganya, matanya. (Bayangkanlah dua situasi di atas pertama: Anggota cukup lengkap tetapi mati. Tak ada apa yang boleh dimanfaatkan lagi. Kedua dahlah mati, anggota tak cukup pulak.)
• Bagi raja itu siksa dan murkanya dan marahnya kerana kedua-duanya itu menghinakanbagi hormat kerajaannya dan meringankan oleh keduanya dengan hak kerajaan.
• Kemudian tilik olehmu akan diri kamu yang kamu hadiahkan sembahyang kamu kepada Tuhan kamu jangan ada seperti itu, takut olehmu. Kemudian maka takut bahawa engkau menghadiahkan dengan sifat ini. Maka mewajibkan diri kamu siksa (hal 4). Seakan-akan tidak mengumpamakan kedudukan seseorang. Fikirkan selama ini solat kita, adakah yang semacam ini atau lainnya. Dan inilah yang akan menjadi saksi kita di akhirat. Dan inilah yang pertama yang akan ditimbangkan, bayangkanlah apa yang ditimbang itu hanya berupa bangkai-bangkai yang busuk semata-mata).
• Pentingnya sembahyang itu menjadi sebagai pekerjaan utama dalam hidup kita.
• Kesimpulannya; rupa luaran sembahyang itu adalah badan dan anggotanya dan rupa dalamnya adalah bahagian hatinya atau rahsianya (Maniyyatul Musalli, hal: 4).
• Satu lagi kena ingat pesanan Luqmanul Hakim supaya jangan lemah: Wahai anakku! Janganlah kamu menjadi lebih lemah daripada ayam jantan berkokok di waktu pagi, sedangkan kamu masing lagi terbaring di tempat tidur di atas katil (Pesanan Luqman, 154).
Nilai Solat:
1. Sembahyang tercantum dari dua perkataan sembah dan yang. Dalam bahasa sanskrit Yang bererti Tuhan. Oleh itu sembahyang dalam agama Islam bererti sambah Tuhan yang maha esa, iaitu Allah swt. Bukan menyembah dewa atau patung (Engku Ali, hal: 2).
2. Dalam bahasa Arab disebut solat dari sudut bahasanya ialah doa, dari segi syara` ialah peribadatan kepada Allah yang dilakukan melalui beberapa ucapan bacaan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam mengikut cara tertentu (Engku Ali,Fiqhus Solah, hal: 2).
3. Sabda Nabi saw:
الصلاة عماد الدين فمن أقامها فقد أقام الدين ومن تركها فقد هدم الدين (البيهقى)
...ولا دين لمن لا صلاة له، إنما موضع الصلاة من الدين كموضع الرأس من الجسد (الطبرانى عن ابن عمر)
4. Dalam sabda yang lain:
أول ما يحاسب عليه العبدُ يوم القيامة الصلاةُ، فإن صلَحت صلح سائرُ عمله
5. Merupakan rukun kedua sesudah mengucap dua kalimah syahadah, malah di dalamnya terkumpul semua jenis rukun Islam yang lain. Merupakan perkara yang terakhir yang dipesan oleh baginda saw sebelum wafat: as solata, assolata wama malakat aimanukum (Abu Dawud & Ibn Majah)
إن أقربَ ما يكونُ العبدُ من رَّبه فى الصلاة وهو ساجد (محمد على ابوبكر :14)
6. Firman Allah: وأمر اهلك بالصلاة واصطبر عليها (طه132)
7. Maka hendaklah engkau ketahui akan kadar sebesar-besar nikmat Allah menghadiahkan dan menganugerahkan Tuhanmu akan segala hambanya adalah sembahyang lima waktu seperti yang disebut di dalam hadis, sabda Rasulullah saw:
ما أوتيَ عبدٌ فى الدنيا خيرا مِنْ أن يُؤذَنَ له ركعتين يُصَليهما
“Tidak adalah suatu anugerah yang terlebih baik yang diberikan kepada seseorang hamba di dunia ini selain daripada diizinkannya bersembahyang sebanyak dua rakaat yang disembahyangkan akan keduanya (Maniyyatul Musalli, hal: 4). Apatah lagi kalau 44342 dan ditambah lagi dengan 22222221.
Syeikh Daud al Fathani menyebut:
ففيها يَحصلُ له الخَلوةُ معه والإنفرادُ به والمُجالَسةُ له والإنقِطاعُ اليه وفيها تُرفَعُ عن قلوبهم الحُجُبُ والأستارُ وتُجْلَى فيها حقائقُ الأسرار وتَشْرُقُ فيها الأنوارُ فيها تكونُ المناجاةُ والمُصافاةُ وهى صِلَةٌ بين العبدِ وبين ربِّه عزوجل
Di dalam sembahyang itu dia dapat bersunyi-sunyian bersama Tuhannya الخَلوةُ معه , والإنفرادُ به mengasingkan diri, dapat duduk bersamanya, dapat memutuskan dirinya kepadanya. Di dalamnya, segala dinding dan tabir yang menyelubungi hati-hati mereka diangkat dan terdedah padanya segala hakikat dan rahsia sehingga terpancar padanya pelbagai cahaya yang cemerlang dan berlaku padanya munajat hamba dengan Tuhannya, serta jernihlah hatinya dan jelaslah segala rahsianya. Maka ini adalah hubungan antara hamba dengan Tuhannnya ((Maniyyatul Musalli, hal: 4).
8. Kata Muhammad Ali Tirmizi ra. bermula sembahyang itu `imaduddin dan ialah yang pertama yang difardhukan dia Allah Ta`ala atas segala muslimin itu sembahyang. Bermula sembahyang itu berhadap Allah Ta`ala atas segala hambanya supaya berhadap segala hamba itu kepadanya dalam rupa kehambaan dengan keadaannya (bukan berlakon atau terpaksa). ... Sebab itulah semasa menghadap Allah seseorang hamba perlu menghadap padanya dalam rupa kehambaan, dengan keadaan merendah diri (تذلُّلا), menyerah diri (تسليما), menghina diri (تبذيلا), dengan khusyuk (تخشُّعا), merendah diri (تخضُّعا), gemar suka (تَرَغُّبًا) dan rindu dendam (تملقا)
9. Maka wukuf itu (berdiri) rupa bagi merendah diri, dan takbir itu merupakan penyerahan diri, pujian dan bacaan itu adalah menghina diri, ruku` merupakan khudu`, sujud (34x) merupakan khusyuk,
Julus itu adalah rupa bagi gemar dan tasyahhud itu adalah rupa bagi rindu dendam.
10. Maka sekelian hamba berhadap kepada Allah supaya Allah berhadap kepada mereka dengan lemah lembut dan kasihan belasnya (taraham) dan dihampiri mereka.Kerana sesungguhnya tiada sesuatu daripada pekerjaan agama yang terlebih besar daripada solat. ..Teknikal solat jangan kaku dan keras seperti askar, tetapi secara neutral. Jangan pula terlalu lemah.
11. Dalam pelbagai sabda Nabi saw kita jumpai antaranya yang lebih kurang bermaksud: الصلاة نور
I. Sesungguhnya sembahyang itu nur. Apa peranan cahaya? Pencerahan, tunjuk jalan ke arah matlamat yang betul, maksud manusia dijadikan. Ada matlamat untuk mengabdikan diri kepada Allah. Lihat peperangan Israel lawan Hizbullah & Hamas, mereka lebih suka lawan Fatah. Kerana mereka tahu nilai Fatah.
II. Allah sentiasa menghadap kepada hambaNya dengan mukaNya, selama hamba itu berkekalan di dalam sembahyangnya dan Allah menetapkan mukaNya kepada seseorang kamu selama seseorang itu berkekalan menghadapNya
Monday, June 28, 2010
Beberapa Perkara Berkaitan Solat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment