Firman Allah kepada Nabi Allah Daud as
قال الله تعالى لداود عليه السلام:
يا داود! بَشِّر المُذْنِبِين, وأنذِرِ الصديقين, قال: كيف ابشِّر المذنبين وأنذر الصديقين؟ قال: بشر المذنبين: أنى أقبل التوبةَ, وأعفوا عن الذنب. وأنذر الصديقين: أن لا يُعجبوا بأعمالهم, فإنه ليس من عبد أنصبته للحساب إلا هلك
Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman kepada Nabi Allah Daud a.s. yang lebih kurang bermaksud:
“Wahai Daud! Berilah berita gembira bagi mereka yang melakukan dosa dan berilah amaran bagi mereka yang siddiqin”.
Berkata Nabi Allah Daud: “Bagaimana cara untuk aku gembirakan bagi mereka yang berdosa dan amaran untuk mereka yang siddiqin?.”
Allah berfirman lagi: “Gembirakan bagi mereka yang berdosa, bahawa Aku menerima taubat, dan Aku mengampunkan dosa. Dan amaran kepada siddiqin agar mereka tidak merasa ta`ajjub dengan amalan mereka, kerana sesungguhnya tidaklah ada seorang hamba yang aku hitungkan amalan mereka secara terperinci, melainkan mereka akan binasa.”
(as Sayyid Abu Hasan as Syirazi: Kalimatullah, hal. 53)
Beberapa Perkara perlu diingati
1. Manusia sememangnya tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Untuk itu kita hendaklah sentiasa mendekati Allah sepanjang masa.
2. Allah maha pengampun dan penyayang dan akan menerima taubat dari sesiapa sahaja yang berdosa, melainkan dosa syirik kepadaNya. Oleh itu janganlah berputus asa, seandainya kita berdosa (memang pun selalu berdosa), mohonlah keampunan kepadaNya.
3. Kepada mereka yang selalu melakukan kebaikan dan kebajikan, jangan terlalu seronok dan ‘perasan’, sentiasalah memuhasabahkan diri agar tidak dihinggapi dengan sifat takabbur atau lain-lain sifat mazmumah. Akibatnya Allah akan menghapuskan segala amalan baik kita selama ini.
4. Hari penghitungan merupakan suatu tempoh yang amat perit. Para peguambela atau peguamcara di atas muka bumi tidak akan dapat memberi syafaat dalam pembicaraan tersebut. Tidak ada manusia yang terlepas kecuali mereka yang datang dengan hati yang sejahtera (Qalbun salimun). Marilah kita bermohon kepada Allah agar kita dipermudahkan laluan pada hari-hari tersebut.
5. Barangsiapa yang diteliti perhitungannya mengikut skima yang ditetapkan oleh Allah, pasti mereka akan binasa dan dihumbankan ke dalam neraka.
6. Para malaikat yang menjadi petugas-petugas Allah amat tegas menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka.
Thursday, June 17, 2010
Berita Gembira Bagi Pendosa dan Amaran bagi Siddiqin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment