1 “…..Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…”
• “Solat lima waktu dan satu Jumaat dengan Jumaat setelahnya adalah penghapus dosa yang terjadi di antara semuanya, selama dosa besar tidak dilakukan.” [Maksud Hadis riwayat Muslim]
• Dari Abu Umamah ra., dia berkata:
“Ketika Rasulullah s.a.w. berada di masjid duduk bersama kami, tiba-tiba seseorang datang kepadanya lalu lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah melakukan kejahatan, maka hukumlah aku.” Rasulullah diam, dan dia mengulangi kembali pernyataannya. Rasulullah tetap diam tidak menjawab. Sedangkan qamat untuk solat telah diserukan. Maka, ketika Rasulullah s.a.w. (selesai solat) keluar, orang itu mengikutinya dan aku (Abu Umamah) pun mengikutinya dan menunggu jawapan Rasulullah s.a.w. kepadanya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Bukankah ketika keluar dari rumah, kamu berwuduk dengan baik?” Dia menjawab: “Ya, wahai Rasulullah s.a.w.” Kemudian Rasulullah bertanya: “Kemudian kamu solat bersama kami?”. Dia menjawab: “Ya Rasulullah”. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah swt. Telah mengampuni dosamu.” [Maksud Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Al Bukhari dari Anas -- hadis ini lafaz Abu Daud].
• Hasan r.a. meriwayatkan bahawa Nabi bersabda yang lebih kurang bermaksud; “Umpama sembahyang lima waktu itu diibaratkan sebatang sungai yang deras airnya di depan pintu rumah kamu, lagi banyak ia memandikan air itu pada dirinya lima kali setiap hari, maka apakah lagi daki yang melekat pada dirinya”.
Iaitu apabila lima waktu menyucikan segala dosanya, nescaya tiada sesuatu dosa yang tinggal melainkan diampun, kecuali dosa-dosa besar yang memerlukan taubat.
2. Punca yang memberi kesihatan dunia dan akhirat, di antara punca penyakit ialah:
• Makan dan permakanan.
• Terdapat gangguan pada urat saraf, putus, mengeras, kering, kesejukan, jangkitan kuman, membusuk dan disaluti lapisan lemak (asid linoleic).
• Saluran darah yang tidak lancar, tersekat, mengecil, putus, tidak cukup lembut kerana asid linoleic.
• Saluran lendir dan cecair tubuh yang tersumbat.
• Pemikiran, kalbu dan nafsu yang tidak seimbang.
• Warisan dan keturunan.
3. Mengajar supaya melakukan pengurusan dengan sebaik-baiknya:
• Jarang kita dengan orang mati kerana kurang tidur, tetapi ada yang terlebih tidur dsb. Dalam hal ini Islam memperkenalkan dua asas untuk berjaya iaitu: Kerja keras dan kesedaran akan waktu.
i. Azan yang dilaungkan lima kali sehari , dari segi psikologinya adalah panggilan yang amat hebat, bermula di subuh hari ketika manusia sepatutnya memenuhi naluri, seruan solat lebih baik dari tidur.. Ada satu lagi seruan Hayya ala khairil `amal. Kena lawan nafsu, bangun pagi. Mengingtkan kita pentingnya bangun pagi untuk dapat sesuatu kemenangan. Lihat doa Nabi saw.
ii. Kesedaran akan waktu, elemen yang terpenting dan paling sgnifikan dalam kehidupan seseorang muslimin. Kemampuan untuk menjaganya menyebabkan kita sedar pentingnya menguruskan waktu. Kemampuan untuk mengatur tidur dalam keadaan teratur akan menyerlahkan kejayaan (Persiapan Menjadi Pemimpin Besar yang Beriman, Fikrah Harakah, 7 – 9 Mei 2010, hal: F22).
• Doa iftitah lima kali sehari adalah merupakan mision statement (misi hidup) yang terdapat dalam pengurusan (pembelajaran, pengurusan strategik). Misi hidup ini akan menjadi lebih baik jika ianya teratur dan mendapat keredhaan Allah. Lihat perjanjian (Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati).
• al Fatihah merupakan objektif statement (kenyataan tujuan, matlamat hidup cemerlang), jika benar-benar dihayati maka kita akan mengikut jejak para rasul dan anbiya’ (Mukjizat Gerakan Solat, hal. 73).
• Semua ayat yang dibaca merupakan petunjuk pelaksanaan dan pengendalian setelah selesai solat untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Sebenarnya Allah telah mengajar kita menggunakan pengurusan teratur sehingga menjadi kebiasaan yang efektif dan efisien serta dapat dilakukan tanpa perlu mendapat MBA atau Phd (Mukjizat Gerakan Solat, hal. 73).
• Solat merupakan salah satu dari lima formula penyelamat dunia dan akhirat: S¹ = Solat, S² = Sabar, S³ = Siyam + Ikhlas, S4 = Sedeqah, S5 = Silatur Rahim (lima S/ص + I/ٳ ). Pantangnya ialah: Musyrik, kufur dan munafik (Mukjizat Gerakan Solat, hal. 31).
4. al Fathoni: Sembahyang membukakan bagi hati orang yang kepapaan dan yang mempunyai dharuri (keperluan: Harta dan solat, solat boleh jadi harta bertambah) daripada ahlil Qulub*. Maka muliakan akan mereka itu tatkala mendirikan sembahyang, maka hilang pada hatinya daripada tiap-tiap yang digemarnya dan yang disukanya, dan hilanglah daripada hatinya daripada itu akan segala yang dikasihinya yang lain daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala, (Mereka menjadi mulia ketika bersembahyang, dan ketika itu apa yang disukainya dan digemarinya, hilang dari hatinya dan segala yang dikasihinya selain daripada Allah turut hilang – Allah merupakan kemuncak kepada apa yang dicita-citakan. Allahu Ghayatuna, lihat contoh syuhada’ yang berterima kasih kepada musuh kerana mempercepatkannya berjumpa dengan Allah).
5. dan yang mempunyai dharuri (keperluan: Harta dan solat) daripada ahlil Qulub (*Pembuka jalan bagi ahli fikir yang sedang terdesak). Samada solat sunat biasa atau Istikharah, Allahumma, Astakhiruka, minta Allah memberi sesuatu yang terbaik. Lihat semua aktiviti dalam Islam, sangat cantiknya dimulakan dengan solat. Nak masuk periksa solat hajat, nak berjalan, nak mesyuarat solat, nak buat rumah.... sebab itu diseru hayya `alas solah, hayya `alal falah.... jaminan untuk menuju kepada kejayaan.
6. Dan kerana inilah firman Allah:
“Suruhlah ahli kamu bersembahyang serta bersabarlah padanya, kami tidak minta rezeki kepada kamu, tapi kami yang memberi rezeki kepada kamu dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa” (Toha: 132)... Lihat apa yang Allah sediakan untuk kita: Udara, air dan segala keperluan setelah kita berusaha.
• Perhatikan perkataan “wasthabir alaiha” Sabar ia atasnya kerana solat itu: وانها لكبيرة إلا على الخاشعين bermaksud ianya sesuatu yang amat besar, kalau nak rezeki yang banyak kena solat banyak-banyak. Supaya dapat rezeki yang diberkati. Sama macam sahabat yang miskin disuruh kahwin.. kahwin dan kahwin.
• Bersabar menunaikan solat:
i. Jangan bosan
ii. Jangan berhanti menunaikan
iii. Kerjakan apabila masuk waktu
iv. Teruskan dengan fardhu dan nawafil, dhuha dan tahajjud di malam hari.
v. Nabi apabila ditimpa kesulitan terus memanggil keluarganya supaya solat (Ibn Kathir 2, hal: 499)
كان النبى صلى الله عليه وسلم إذا أصابه خصاصة نادى أهله يا أهلاه صلوا, صلوا
• Kami tidak memohon rezeki dari kamu:
i. Solatlah kerana rezeki telah ditentukan
ii. Sesiapa yang bertaqwa akan dijadikan jalan keluar dan diberi rezeki dari sumber yang tidak pernah ia duga.
iii. Allah sebagai penjamin
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya), nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan ingatlah barangsiapa yang bulat-bulat berserah kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu” (at Tolaq: 3 – 4)
يقول اللهُ تعالى: يا ابن ادم تَفَرَّغْ لعبادتى أملاءُ صدرَك غِنىَ وأَسُدُّ فَقْرَك, وإن لم تفعل ملأت صدرك شَغَلاً ولم أشُدَّ فقرَك
“Wahai anak Adam!, Penuhilah hidupmu dengan beribadat kepadaku, supaya aku penuhi pula dadamu dengan kekayaan dan aku tutup kemelaratan. Tetapi jika kamu tidak berbuat demikian, aku akan penuhi dadamu itu dengan berbagai macam kebimbangan dan kemelaratanmu tidak aku tutupi” (Azhar: 16, hal. 259)
7. Nabi suruh ajar anak bersolat ketika umur tujuh tahun, pukul ketika umur sepuluh tahun. Solat sebagai penguat tulang yang ada dalam tubuh badan.
Faktor penguat dan lemah tulang ada empat.
• Genetik, Hormon, zat dan aktiviti harian seseorang.
• Jika seseorang muslim konsisten menjalankan solat setiap hari dengan jumlah 50 rakaat (17 wajib + 33 sunat) sudah menyamai 3 jam berolahraga. Menjadikan tulang lebih aktif dan bergerak.
• Islam telah mendahului disiplin kedoktoran moden dalam menangani dan menyembuhkan kerapuhan tulang, baik kerapuhan yang dialami akibat ketuaan usia, atau kemalasan bergerak. Pelaksanaan 17 rakaat solat wajib setiap hari ditambah dengan 33 rakaat solat sunat menjadikan manusia aktif dan konsisten melakukan gerakan-gerakan fizikal yang berkekuatan sedang sepanjang 3 jam. Dalam setiap rakaat terdapat 7 gerakan, jika dijumlahkan keseluruhannya, maka akan diperoleh angka 50 rakaat yang mengandungi 350 gerakan. Jika rata-rata tiap satu gerakan secara toma`ninah memerlukan setengah minit, maka solat secara keseluruhannya menghabiskan waktu kira-kira 180 minit (3 jam), dengan tenaga sederhana (atau setara dengan olahraga berat selama dua jam samada berlari atau berenang)...... sebab itu Jika seorang muslim konsisten menjalankan solat setiap hari dengan jumlah 50 rakaat iaitu 17 + 33 maka ia menyamai aktiviti harian yang setara dengan olahraga sedang selama tiga jam, dan ini membuatkan tulang kuat dan sihat. (Dr, Zuhair Rabih Qirami dlm. Ensaiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al Qur`an & Sunnah, hal. 1004/6).
• Seorang sahabat menceritakan, Rasulullah saw melihatku ketika aku sedang tidur sambil mengadu sakit perut. Baginda langsung berkata kepadaku, “Hai Abu Hurairah, kamu sakit perut?. Aku mengiyakan, lalu Rasul saw menegaskan, “Berdiri dan solatlah, sesungguhnya solat adalah ubat penyembuh.” (Ensaiklopedia, hal. 992)
• Al Fathoni menambah lagi: Maka sebenarnya bahawa adalah ia tempat sejuk mata hati hamba Allah yang `arifin (benar-benar kenal Allah), dan dengan dia tetap mata hatinya iaitu ibarat daripada suka dan kesenangan dan sempurna nikmat dan lazat yang hasil padanya sehingga muwafaqat (setuju) dan berjinak-jinak dengan dirinya. (Sangat senang apabila berada di dalam sembahyang)
• Lihat Sabda baginda saw:
حُبِّبَ اليَّ من الدنيا النساءُ والطيِّبُ وجُعِلَ قُرَّةَ عينى فى الصلاة
“Dianugerahkan rasa kesukaan di dunia, perempuan dan wangi-wangian, dan dijadikan penyejuk mata bagiku ketika berada dalam sembahyang” (Luqman, 93).
Imam Ibn Qayyim mengatakan: Penyejuk mata Qurratu `ain, adalah lebih tinggi daripada nilai kecintaan. Ini adalah kerana, bukanlah semua yang dicinta itu adalah ‘penyejuk mata’.
Sedangkan penyejuk mata hanyalah sesuatu yang dicintai kerana zatnya itu ialah Allah Azza wajalla. Setiap yang lain daripada Allah dicintai selepas mencintai Allah, maka ia adalah dicintai kerana Allah (Luqman, 93). Lihat juga jawapan Neil Armstrong setelah dipecat oleh NASA, “Aku hilang dari menjadi ahli angkasa lepas, namun aku berjumpa dengan Tuhanku, jadi ahli Tuhanku”.
• Al Fathoni menyambung lagi: Tetapi bersalah-salahan (berbeza) ia sebab bersalah-salahan dengan mertabat kelakuan dan maqam mereka itu dengan sekira ma`rifatnya, (lihat kepada kemampuan dan persediaan yang ada, kadangkala ada yang seronoknya tinggi dan ada yang kurang. Ada ulama yang boleh mengekalkan solat seribu rakaat satu malam, kenapa, kerana menggunakan wudhuk yang sama Isya dan Subuh).
• Riwayat daripada Hasan ra, bahawa Nabi saw bersabda: Umpama sembahyang lima waktu itu seumpama sungai yang deras pada pintu seorang kamu lagi banyak airnya, memandi ia padanya tiap-tiap hari lima kali. Maka apa yang tinggal atasnya daripada karatnya, yakni bahawasanya lima waktu itu menyucikan daripada segala dosanya, tiada tinggal satu dosa (dosa kecil), melainkan diampun akan dia. Melainkan dosa yang besar-besar, maka berkehendak ia kepada taubat (yang khusus)... (al Fathoni hal. 5)
• َمَثلُ الصلواتِ الخمسِ مَثَلُ نهرٍ غَمْرٍ على باب أحدِكم يَقْتَحِمُهُ فى كل يوم وليلة خمسَ مراتٍ؛ أفَتَرَونَ ذلك يُبقى عليه من دَرَنِهِ شيئا؟ قالوا: لا. (وصية ايمان:105)
8. Ubadah as Somit meriwayatkan Nabi saw bersabda: Lima waktu itu difardhu Allah akan segala hamba, maka barangsiapa mendatangkan dengan dia sempurna (semuanya), dan tiada dikurangkan haknya yang mengurangkan dia, adalah baginya (bagi orang itu) pada Allah janjinya, bahawa memasukkan dia ke dalam syurga, dan barangsiapa meninggalkan dia dan meringankan dia dengan haknya, tiada dibaginya pada Allah Taala itu janji. Jika dikehendaki dikasihkan dia, maka jika dikehendaki diseksanya (terpulang kepada Allah). Pastikan hak Allah ditunaikan dulu. Jangan tanya kenapa dua, kenapa tiga dan kenapa empat. Semuanya nak tahu rahsia. Lihat isyarat Sayyidina Ali kw.
عن عبادة بن الصامت ـ رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "أتاني جبريل ـ عليه السلام ـ من عند الله تبارك وتعالى، فقال: يا محمد إن الله عز وجل قال لك: إني قد فرضت على أمتك خمس صلوات، من وافاهن على وضوئهن ومواقيتهن، وسجودِهن، فإن له عندي بهن عهدٌ أن أدخله بهن الجنة، ومن لقيني قد انقص من ذلك شيئا ـ أو كلمة تشبهها ـ فليس له عندي عهد، إن شئت عذبته، وإن شئت رحمته"
دخل رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم مسجدا فيه أناس من أصحابه فقال: أتدرون ما قال ربكم؟ قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: ان ربكم يقول: هذه الصلواتُ الخمسُ, من صلاهن لوقتِهنَّ, وحافظ عليهن لقِيَنىِ يوم القيامة, وله عندى عهدٌ أدخِلُهُ به الجنةَ. ومن لم يُصَلِّهن لوقتهن, ولم يحافظ عليهن, فذلك إلي. إن شئت عذبته, وإن شئت غفرت له (الشرازى: 263)
9. Dan lagi sabda Nabi saw: Bahawa seorang laki-laki sungguhnya ia sembahyang dan kesalahannya dihantarkan di atas kepalanya, maka tiap-tiap sujud gugur kesalahannya hingga habis dan gugur segala kesalahan (Bila seseorang lelaki bersembahyang. kesalahannya diletakkan di atas kepalanya. Setiap kali ia sujud gugurlah kesalahannya hingga habis, makin banyak sujud makin banyak gugur kesalahannya).
Monday, June 28, 2010
Faedah Sembahyang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment