A
pabila kita menyorot semula kepada kisah pertelingkahan di antara Iblis dengan Adam, maka kita berjumpa dengan peristiwa keingkaran kerana Iblis berasal dari api, tidak mahu tunduk kepada Adam yang berasal dari tanah. Iblis berpandangan api selalu di atas tanah dan kerana yang di atas lebih mulia daripada yang di bawah, maka tidaklah patut yang di atas tunduk kepada yang di bawah. Begitulah pendapat iblis yang ia rasa benar, meskipun terang sekali salahnya.
Namun mengikut Prof. Dr. Tengku H. Baihaqi A.K, apabila dikaji dan direnung secara halus, sebenarnya tanah adalah lebih lebih mulia daripada api. Ini dapat dibuktikan dengan alasan serta beberapa perbandingan berikut, antaranya:
1. Tanah, jika dimasukkan ke dalamnya biji benih, maka biji benih itu akan tumbuh. Sedangkan api, apabila dimasukkan biji benih ke dalamnya ia akan menjadi hangus dan musnah.
2. Tanah, keadaannya tetap, tenang dan tidak hilang. Sedangkan api sifatnya tidak tetap, tidak tenang malah melayang-layang dan menghilang.
3. Tanah menyediakan makanan bagi manusia, haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Sedangkan api hanya menghanguskan.
4. Tanah menjadi tempat istirehat. Sedangkan api tidak boleh menjadi tempat istirehat.
5. Tanah wataknya mandiri, bahkan menjadi tempat hidup dan menjadi tempat kediaman manusia, haiwan dan makhluk lainnya. Sedangkan api tidak boleh menjadi tempat kehidupan manusia dan makhluk lainnya.
6. Tanah tidak memerlukan orang membawanya ke mana-mana. Sedangkan api tidak boleh mandiri dan selalu perlu kepada orang yang akan membawanya ke mana saja diperlukan.
7. Tanah tidak memerlukan api, sedangkan api memerlukan tanah untuk menjadi tempatnya memanaskan dan menghanguskan.
8. Tanah tidak boleh dihanyutkan atau dibawa oleh udara kerana keadaannya sangat kukuh. Namun api boleh dihanyutkan atau dibawa oleh udara kerana keadaannya tidak kukuh.
9. Tanah menyimpan kebaikan dan kerberkatan serta tidak memerlukan penjagaan. Sedangkan api tidak mengandungi kebaikan dan keberkatan, meskipun manfaatnya untuk memasak atau memanaskan, namun harus dijaga supaya tidak padam atau menghanguskan.
10. Tanah (bumi) berulang-ulang disebut di dalam al Qur’an dengan menerangkan manfaatnya kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sedangkan api sedikit sahaja disebut-Nya dan sering penyebutannya berkaitan dengan api azab yang membakar manusia di dalam neraka.
11. Tanah berulang-ulang disebut Allah mengandungi keberkatan. Sedangkan api tidak disebut demikian, malah sebaliknya menghilangkan atau menghanguskan.
12. Tanah (bumi) dijadikan Allah sebagai tempat bagi rumah-Nya Baitul Llah (ka`bah). Sedang api dalam hal itu tidak ada gunanya.
13. Tanah (bumi) mengandungi bahan-bahan galian yang berharga, tidak membakar atau menghanguskiannya. Api tidak mengandungi bahan-bahan galian.
14. Tanah (bumi) pada permukaannya terdapat sungai-sungai dan danau yang berguna bagi manusia dan makhluk lainnya. Sedangkan api tidak mempunyai perkara-perkara itu.
15. Tanah (bumi) pada permukaannya terdapat berbagai rezeki untuk makhluk dan laut untuk tempat hidup ikan dan tumbuh-tumbuhan laut. Sedangkan api tidak mempunyai semuanya itu.
16. Tanah selalu menjuadi keperluan yang kadang-kadang menjadi rebutan dan tidak pernah dibuang atau dimatikan. Sedangkan api, jika perlu dimanfaatkan, tetapi jika tidak perlu lantas dibuang atau dimatikan.
17. Tanah (bumi) menyimpan air yang menjadi bahan bagi penciptaan makhluk hidup. Sedangkan api tidak menjadi bahan apa pun kecuali sekadar asal bagi penciptaan jin, iblis dan syaitan ( Prof. Dr. Tengku H. Baihaqi A.K. – 900 Materi-Materi Pokok Untuk Dakwah Dan Khutbah, hal. 261-263)
Wednesday, August 8, 2012
Apalah Hebatnya Api Bila Dibandingkan Dengan Tanah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment