S
iapakah syaitan sebenarnya?
Suatu persoalan yang amat menarik. Berkaitan dengan ini penulis suka mengutip apa yang pernah dinukilkan oleh Syed Abdullah Husein, seorang tokoh ulama Universiti al Azhar, Mesir juga sarjana dalam jurusan undang-undang. Menurut beliau dalam bukunya yang bertajuk ‘Menyingkap Rahsia Jin, Syaitan dan Malaikat’ - Alihbahasa oleh Abdullah al Qari Haji Saleh seperti berikut:
“Syaitan adalah segolongan jin yang menderhaka, sombong, pengacau (fasik) dan mereka akan menghadapi kehinaan di hari kiamat. Syaitan itu adalah musuh manusia yang telah pun dikutuk oleh Allah” (Hal: 20 – 21)
Syaitan juga berketurunan Iblis, Dr. M. Quraish Shihab dalam tafsirnya al Mishbah menyebut;
“Banyak pakar bahasa berpendapat bahawa kata iblis (ابليس) terambil dari kata Arab (ابلس) ablasa yang bererti putus asa atau dari kata (بلس) balasa yang bererti tiada kebaikannya (al Mishbah 1, hal. 185)
Untuk membuktikan kebenaran ini Syed Abdullah Husein telah memetik beberapa firman Allah, antaranya:
• Surah an Nur ayat 21:
21.
Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa Yang menurut jejak langkah Syaitan, maka Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara Yang keji dan perbuatan Yang mungkar. dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha mengetahui
.
• Surah an Nisa’ ayat 38:
38. Dan juga orang-orang Yang membelanjakan hartanya Dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. dan sesiapa Yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan (an Nisa’ :38
)
• Surah al An`am ayat 112:
112. Dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu.
• Dalam surah al Hasyr :16, Allah berfirman:
16. (Sikap kaum munafik Dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya Aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya Aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!
"
• Surah Fathir: 6, firman Allah:
6. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. (Hal: 20 – 21)
Sementara dari sudut kerjaya pula syaitan dinyatakan
:
• Menjanjikan kefaqiran dan meyuruh melakukan fahsya’
268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu Dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan Yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya (al Baqarah: 268).
• Menakut-nakutkan manusia:
175. Sesungguhnya (pembawa berita) Yang demikian itu ialah Syaitan Yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang Yang beriman (ali Imran)
.
• Bermati-matian untuk menghalangi manusia dari jalan yang lurus
16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus;
17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur" (al A`raf).
Allah memberi peringatan kepada manusia antaranya
:
• Apabila membaca al Qur’an (an Nahl):
98. Oleh itu, apabila Engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan Yang kena rejam.
Monday, August 27, 2012
Syaitan: Beberapa Catatan Ringkas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment