F
irman Allah yang lebih kurang bermaksud:
Dan bangunlah pada sebahagian
dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai
sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada
hari akhirat di tempat Yang Terpuji (al Isra’ 79).
M. Quraish Shihab menyebut, kata tahajjad (تهجد)
terambil dari hujud(هجود) yang bererti tidur, sementara tahajjad yang difahami
oleh al Biqa`i bererti tinggalkan tidur untuk melakukan solat. Solat dinamai
juga dengan solatul layl, kerana ia dilaksanakan pada waktu malam yang sama
dengan waktu tidur. Ada juga yang memahami kata-kata tersebut dalam erti bangun dan sedar sesudah tidur.
Tahajjud kemudian menjadi nama solat tertentu kerana yang melakukannya bangun
dari tidurnya untuk melaksanakan solat. Ianya terdiri dari dua sampai lapan
rakaat ..........Dalam konteks ini, kita dapat persamakan perintah solat
tahajjud di sini dengan perintah-Nya pada awal surah al Muzammil. Lihat Firman
Allah yang bermaksud:
6.
Sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan
lebih tetap betul bacaannya.
Di sana Allah
memerintahkan Rasul saw untuk melaksanakan solat malam sambil menjelaskan
bahawa Nasyi’at al-Layl (bangun di waktu malam) adalah lebih tepat (untuk
khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan (M. Quraish Shihab, Tafsir al
Mishbah 7, hal.166).
(Baihaqi, hal. 351) Berdasarkan kepada hadis riwayat Umar
al Khattab, terdapat sembilan kelebihan bagi orang yang sentiasa mendirikan
solat tahajjud, iaitu lima kelebihan di dunia dan empat kelebihan di akhirat.
Lima kelebihan di dunia ialah;
1. Allah memeliharanya dari
bermacam-macam bencana.
2. Terdapat kesan taat pada
wajahnya.
3. Dicintai oleh
orang-orang soleh dan manusia pada umumnya.
4. Dari mulutnya keluar
kata-kata hikmah.
5. Allah menjadikannya
seorang yang bijak (hakim).
Sementara empat kelebihan di akhirat ialah;
1. Dibangkitkan dari kubur
dengan wajah putih berseri.
2. Hisabnya diringankan.
3. Meniti sirath secepat
kilat.
4. Menerima suratan amal
dengan tangan kanan
No comments:
Post a Comment