P
erkara keempat berlaku semasa Hunain ialah Syaibah bin
Uthman bin Abi Thalhah yang baru menganut Islam. Syeikh Munir Muhammad Ghadhban
menyatakan, “ Dalam situasi gawat, semasa tentera Islam diserang pada pagi
hari, rupanya ada juga yang sempat berfikir untuk membunuh Rasul SAW, di mana
Syaibah mengatakan, ‘Aku melihat Nabi SAW menyerang Mekkah dan menang mudah,
kemudian mengumumkan rencananya menyerang Hawazin. Aku bertekad untuk ikut,
barangkali ada saja kesempatan bagiku untuk membalas dendam di atas kematian
ayahku dan pamanku di madan Perang Uhud. Di Hunain ketika Muslimin berantakan,
aku bergegas mendekati baginda. Pertama ku datangi dari kanan, tapi di situ ada
Abbas dengan baju perangnya yang kokoh. Dalam hatiku berkata, ‘Ini pamannya.
Tak akan ia mengkhianatinya’. Ku cuba dari kiri, ku dapati Abu Sufyan bin al
Harits...ini sepupunya tak mungkin dia akan tinggal diam. Kemudian aku ke
belakang. Rasulullah SAW tak terlindung di belakangnya dan aku boleh
membabatnya dengan mudah. Namun mendadak suatu cahaya api seperti kilat
menyambar. Khawatir akan mengenaiku, aku menutup mata sambil mundur ke
belakang. Setelah itu Rasul SAW menoleh dan memanggilku, ‘Syaibah kemarilah’.
Lalu baginda mengusapkan tangannya ke dadaku sambil berdoa, ‘Ya Allah,
jauhkanlah syaitan dari dirinya,’ ketika itu ku angkat wajahku, ku lihat
Rasulullah sebagai orang yang paling ku sukai, lebih dari diriku sendiri.
Kemudian baginda SAW memerintah, ‘Wahai Syaibah, perangilah orang-orang kafir
itu.’ ...
..........
Tanpa berfikir panjang aku maju, ku halau setiap musuh
yang mendekati, ku halau apa sahaja yang menjadi penghalang, dan semua ku
lakukan dengan ikhlas. Setelah Hawazin hancur, aku datang kepada Rasul SAW.
Kata baginda, ‘Segala puji bagi Allah yang membawamu kepada yang lebih baik
daripada yang engkau inginkan.’ Lalu ku katakan apa yang ku inginkan” (Syeikh
Munir Muhammad : Manhaj Haraki Dalam Sirah Nabawiyyah 3, hal.197).
Syeikh Ghadhban meneruskan catatannya, ‘Kenyataan yang
menghalangi Syaibah dari niatnya untuk membunuh Rasul saw adalah perkara biasa.
Tetapi dalam kes yang berkaitan dengan suku Hawazin ketika pasukan muslimin
dalam kecemasan dan tinggal beberapa puluh orang sahaja, datanglah pertolongan
Allah. Para malaikat turun dengan pakaian serba merah, memenuhi ruang angkasa
antara bumi dan langit. Lihat firman Allah dalam surah at Taubah (26):
kemudian Allah menurunkan
semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman,
dan Allah menurunkan tentera Yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa
orang-orang kafir itu (dengan kekalahan Yang membawa kehancuran); dan Yang
demikian itu ialah balasan bagi orang-orang Yang kafir.
Beberapa perkara yang mungkin perlu diberi perhatian
1. Walaupun Islam agama
Allah, dari segi ikhtiar dan strategi perlu dilakukan sepanjang masa.
Kepimpinan amat penting dalam sesebuah gerakan. Hilang pemimpin, mungkin akan
menjadi ahli hilang hala tuju. Sebab itulah kepimpinan perlu dikawal rapi agar
tidak menjadi sasaran musuh.
2. Nabi saw mempunyai
mukjizat anugerah Allah. Sebab itulah baginda sentiasa dijaga oleh Allah. Dari
sudut pandangan, baginda saw menguasai sudut pandang yang sama depan dengan
belakang. Ini adalah suatu mu`jizat anugerah Allah.
3. Dalam gerakan Islam,
pemimpin tidak pernah meminta untuk dikawal. Namun sangat penting bagi setiap
ahli gerakan Islam untuk membentuk golongan yang sedia berkhidmat bila-bila
diperlukan. Lihat apa yang dilakukan oleh Abu Ayyub al Ansari, baginda saw
tidak pernah meminta Abu Ayub untuk menjadi pengawal, namun beliau dengan
sukarela bertindak sebagai pengawal khemah baginda saw selepas berlakunya
peperangan Khaibar. Ini dilakukan semata-mata kerana kasih sayangnya terhadap
baginda saw sebagai Rasul dan pemimpin umat Islam.
4. Sesungguhnya gerakan
Islam tidak pernah tandus dari golongan yang setia dan sentiasa menghulurkan
khidmat baktinya demi untuk mempastikan kelangsungan gerakan Islam.
No comments:
Post a Comment