S
uatu Kisah: Pernah seorang anak mengemukakan soalan di
atas kepada seorang ayah. Dengan penuh sabar ayah ini melayani kerenah anak.
Boleh tak hidup kita ini bebas tanpa agama. Di sini aku berhajat untuk sama berkongsi
kisah tersebut.
Anak: Ayah! Kenapa kita perlu beragama dan apa pentingnya
agama bagi kita? (Soalannya ringkas tetapi memerlukan kesabaran yang tinggi dan
kreativiti yang pelbagai untuk menjawabnya).
Ayah: Agama adalah satu keperluan dan satu kemestian,
soalannya kenapa?
Kerana dengan adanya agama hidup kita teratur. Di
antaranya agama mengajar kita cara makan dan minum, cara kita berpakaian, cara
kita bermasyarakat, cara kita menyelesaikan seribu satu macam masalah hidup
dari kita bangun pagi sampai kepada tidur pula pada malamnya, ajar kita cara
beribadat dan kenal Tuhan pencipta manusia. Kita tahu cara dan prosedur nak
sembah Tuhan. Tidak akan sembah mengikut mereka yang tidak berdisiplin.
Contohnya sembahyang. Kita sembahyang ada cara dan peraturan yang tersendiri
(Sekadar menyebut beberapa contoh).
Ok, sekarang mari
kita lihat satu persatu beberapa contoh di atas.
Pertama agama
mengajar kita cara nak makan dan minum. Sebelum kita makan dan minum aspek yang
perlu diperhatikan ialah dari segi halal dan haram. Allah, Tuhan Yang Maha Esa
melalui Nabi-Nya Muhammad SAW, mengajar kita dengan arahan yang lebih kurang bermaksud:
172. Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari
benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan
bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya (al
Baqarah).
31. Wahai
anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali
kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta
minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan
orang-orang Yang melampaui batas (al A`raf).
Selain daripada aspek halal dan haram, cara makan juga
diajar oleh Allah melalui Nabi-Nya SAW:
يا غلام إذا أكلت ،
فسم الله ، وكل بيمينك ، وكل مما يليك فما زالت تلك طعمتي بعد .
Nak makan kena baca bismillah, baca Allahumma barik lana,
guna tangan kanan, makan makanan yang berdekatan kerana keberkatan akan turun
dari tengah.
Selesai makan diajar ucapan Alhamdulillah. Sekadar
beberapa contoh.
Kedua ialah cara
berpakaian, Mungkin kalau agama tidak datang maka kita akan pakai apa saja yang
dirasakan sesuai, mungkin kita akan pakai kulit kayu dan tutup
bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kerana tidak ada agama. Peristiwa 9 Mac 2015
sebahagian warga Australia naik basikal berbogel demi alam sekitar...kenapa?
Jawabnya kerana tidak ada pegangan agama. Dulu di sebuah negeri di utara negara
kita, terdapat satu kumpulan yang berbogel kerana ...kenapa?
Maka bila agama datang diajar kepada kita perasaan malu,
menutup aurat. Kalau tidak tentu beruk akan ketawa. Beruk ekor kat belakang,
manusia ekor kat depan. Tak usah itu ayam Jepun dengan ayam kampung...Allah
perkenalkan kepada kita pakaian dan kita pakai dengan cara yang sebaik-baiknya.
Tak terlalu singkat sampai bercawat dan tak terlalu lebih sampai
berbelit-belit. Maka itu pentingnya agama bagi kita. Lihat firman Allah yang lebih kurang bermaksud :
26.
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu
(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan
pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah
dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya)
supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur): (al A`raf).
Ketiga, agama
mengajar kita cara bermasyarakat, cara bergaul yang muda dikasihi yang tua
dihormati. Cara bertegur sapa, bila berjumpa beri salam, assalamu`alaikum, dan
diajar bagaimana nak jawab dan sebagainya. Senyuman, sehingga senyuman itu
disebut sebagai sedekah (ada pula hari Jumaat tabung lalu hanya senyum saja).
Dalam satu hadis baginda SAW bersabda:
حق المسلم على المسلم
ست : إذا لقيته فسلم عليه ، وإذا دعاك فأجبه ، وإذا استنصحك فانصح له ، وإذا عطَس فحمد الله فشمته ،
وإذا مرض فعده ، وإذا مات فاتبعه
"Hak seorang Muslim atas Muslim lainnya ada enam:
(1) Jika engkau bertemu dengannya, maka ucapkan salam, dan (2) jika dia
mengundangmu maka datangilah, (3) jika dia minta nasihat kepadamu berilah
nasihat, (4) jika dia bersin dan mengucapkan hamdalah maka balaslah (dengan
doa: Yarhamukallah), (5) jika dia sakit maka kunjungilah, dan (6) jika dia
meninggal maka antarkanlah (jenazahnya ke kuburan).” (HR. Muslim).
Keempat,
dengan adanya agama kita dapat menyelesaikan seribu satu macam persoalan.
Contohnya ketika kita lahir, kita dalam keadaan tak tahu apa, kemudian
dijadikan pendengaran, penglihatan dan hati jantung. Ketiga-tiga ini sangat
penting sebagai asas untuk hidup. Anakku suka tak jadi bodoh, tentu tak suka,
maka dengan agama, kita disuruh belajar, supaya keluar dari lingkaran kebodohan
dan jadi orang yang cerdik. Menuntut ilmu adalah satu kewajipan. Tak belajar
berdosa dan tak keluar dari lingkaran jahil. Wajib keluar dari lingkaran jahil.
Wajib bebaskan diri dari kejahilan. Maka Islam suruh kita belajar sampai
setinggi yang kita mahu. Maka anak-anak yang ada di sini kena balajar setinggi
mungkin... cari seorang dua dan tanya cita-cita.
Islam memecahkan persoalan yang misteri yang orang tak
nampak. Yang paling mudah ialah buang air besar. Diajar baca doa masuk
tandas..kenapa? Tak nampak, tapi Islam beritahu ada dua petugas yang tak pernah
lari dari buat kerja dia dalam tandas. Kena baca walaupun tak nampak..kalau nampak
susah pula tak jadi buang air pulak. Pernahkah sesiapa yangt nampak sesuatu
dalam tandas?.
Seterusnya diajar
kepada kita cara untuk hidup dari pagi hari sampai nak tidur malam dengan doa
bangun tidurnya sampai ke doa masuk tidur. Kalau terkejut apa nak baca dan
sebagainya. Dalam keadaan kecemasan, bagaimana, paling tidak baca apa yang
patut. Tidaklah ma Rabbuka.
Dan yang paling penting ialah ajar beribadah. Ajar supaya kenal Tuhan dan Rasul-Nya. Kita tidak
akan sembah benda yang mengarut. Dengan agama kita tahu kita akan hidup untuk
satu hari nanti dan tidak akan mati lagi. Jadi takkanlah nak bangkit dengan
tangan kosong saja, tanpa sebarang persiapan.
Alahai, demikianlah dialog santai antara seorang ayah
dengan anak, mudah-mudahan perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.
No comments:
Post a Comment