Wednesday, December 9, 2009

Wasiat Abbas kepada anaknya mengenai rahsia

S

abda Rasulullah saw: Apabila datang seseorang bercakap sesuatu perkara, setelah orang itu beredar, maka perkara yang dicakapkan itu menjadi amanah.

Amanah itu bererti wajib dijaga dengan sempurna. Hanya perkara yang baik saja boleh diceritakan kepada pihak lain, supaya perkara yang ma`ruf itu kian tersebar serta menaikkan nama baiknya pada pandangan masyarakat dan keburukan tidak merebak.

Burukwajib ditutup supaya tidak tersekat.

Bagaimana menjaga rahsia:

• Ada yang mengatakan “Pada dadaku ini kubur rahsia seseorang”
• Sebagaimana kubur tidak pernah memuntahkan mayat seseorang yang bersemadi di dalamnya, begitulah juga apabila seseorang bercakap dengannnya.
• Sahabat adalah bilik kebal yang selamat untuk menyimpan rahsia.

Al Abbas kepada Abdullah:

Sesungguhnya telah ku perhatikan bahawa Sayyidina Umar dalam majlis besar apabila hendak meminta pendapat seringkali dia mendapatkan kamu terlebih dahulu. Oleh itu aku hendak berpesan kepada kamu lima perkara:

1. Jangan buka rahsia ketua (Umar).
2. Apabila berada dalam majlisnya jangan sekali-kali bercerita tentang keburukan orang lain.
3. Jangan diketahuinya yang engkau pernah berdusta walaupun kepada orang lain.
4. Jangan sekali-kali derhaka kepada perintahnya.
5. Jangan sampai ia tahu kamu khianat.

Setengah tanggungjawab lidah ialah senyap daripada bertengkar dan bertelagah dalam setiap perkara yang diucap oleh kawanmu, ertinya jangan mencelah ketika mereka sedang bercakap... (Fikrah Harakah 20 – 22 Syawwal 1430/9 – 11 Oktober 2009)

Indek Persepsi Rasuah (CPI) - (Kajian Transparancy International)

• 1995 - 23
• 2007 – 43
• 2008 – 47
• Sudan - 173
• Afghanistan - 176
• Iraq - 178
• Somalia – 180


Datuk Paul Low, President Transparancy International – Malaysia (TI-M):
“Malaysia kerugian 10 bilion setahun akibat rasuah.... Kerugian gempa bumi di Indonesia dianggarkan kerugian RM 3.6 bilion.
(Siasah 4 – 10 Oktober 2009/15 – 21 Syawwal 1430 ms: 6)

Ghairah Belanja wang Rakyat.

23 September 2009: RM 50,000 Pertandingan Mengail di Kenyir
Projek Galeri Dasar Laut RM 200,000
Projek Strawberry Tanah Rendah RM 200,000
Bazar Warisan RM 18.4 juta.
Perkhidmatan Bas rekabentuk tradisi RM 11.3 juta. (ms: 39)

Majlis Perbandaran Pariaman – Mukhlis Abdur Rahman kerugian RM 3.6 (1 Trilion rupiah)

No comments:

Post a Comment