Tuesday, October 16, 2012

Sepagi bersama Tn. Guru Hj. Abd. Hadi Awang di MTT

D ua belas Oktober 2012, di Masjid Padang Air, selepas menunaikan solat Jumaat, penulis dengan beberapa orang teman dijemput oleh al fadhil Ustaz Haji Abu Bakar Chik untuk bersama-sama menyertai program `Sepagi Bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang’ di Ma`ahad Tahfiz wat Tarbiyyah yang akan diadakan pada keesokan harinya 13 Oktober 2012.  

Esoknya, tepat 10 pagi seperti yang diagendakan, dengan sedikit muqaddimah, pengacara dan terus mempersilakan Tuan Guru untuk menyampaikan tazkirah.

 Al Fadhil Tuan Guru memulakan dengan ayat pemilihan Ibrahim sebagai Nabi dan wasiat kepada anak cucunya yang lebih kurang bermaksud;

 130. Tidak ada orang Yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang Yang membodohkan dirinya sendiri, kerana Sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan Sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang Yang soleh Yang (tertinggi martabatnya). 
131. (ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu Wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
 132. Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat Dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu Dalam keadaan Islam".

  Penekanan diberikan kepada ayat, barangsiapa yang tidak bersetuju dengan agama Ibrahim adalah merupakan orang yang bodoh (man safiha nafsah). Selanjutnya, Allah berfirman supaya Ibrahim Islam (aslim), maka seruan itu disahut oleh Ibrahim dengan mengatakan "Aku serahkan diri (tunduk taat - Islam) kepada Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". 

Di samping itu Nabi Allah Ibrahim berwasiat kepada anak-anaknya, demikian juga Ya`kub dengan katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”.

 Tidak lupa al Fadhil Tuan Guru mengaitkan peristiwa yang sedang berlaku di Makkah kini, umat Islam berhimpun untuk menunaikan haji, rukun Islam yang kelima, semua perlakuan haji adalah mengambil contoh daripada apa yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim as. Satu soalan mungkin timbul ialah, kenapa kita perlu mengambil contoh daripada nabi ibrahim as, jawapannya ialah kerana pada diri Nabi Allah Ibrahim terdapat sekurang-kurangnya tiga contoh yang sangat baik untuk diambilkira, iaitu: 

• Keikhlasan yang sangat tinggi untuk menerima agama Allah 

• Baginda sanggup menghadapi apa sahaja rintangan hatta dicampak ke dalam api oleh pemerintah yang zalim ketika itu kerana melaksanakan Islam. 

 • Sanggup dihalau oleh kerajaan, meninggalkan kampung halaman, kerana Islam sehingga terpaksa berhijrah ke Palestin 

Kejayaan memiliki tiga perkara di atas, menyebabkan Allah memilih baginda menjadi pembuka kota Makkah, tempat untuk menunaikan ibadat haji, tempat untuk diletakkkan kiblat umat Islam dan tempat bakal dilahirkan Nabi Muhammad saw, nabi akhir zaman untuk menjadi nabi kepada seluruh dunia, seluruh umat manusia, sekaligus menjadi tanda berakhirnya dunia. Allah Maha Mengetahui, dengan mencipta dunia yang sebegini dan menyediakan segala kemudahan yang canggih. Cukup seorang Nabi untuk dunia akhir zaman. Allah memilih Ibrahim untuk jadi pembuka Makkah, yang sanggup berbuat apa saja yang diarahkan. Tidak ada pertanyaan yang keluar, yang mungkin membawa maksud penolakan atau keengganan menjalankan tugas dan tanggungjawab. Apa yang ada hanyalah doa supaya menjadikan Makkah sebagai tempat aman. Lihat maksudnya;


 126. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri Yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, Iaitu orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa Yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali". 

 Nabi Ibrahim memohon supaya Makkah dijadikan tempat yang aman, minta supaya diberikan rezeki kepada penduduknya yang beriman kepada Allah, namun Allah menjawab orang kafir pun akan diberi rezeki. Nabi Ibrahim minta supaya diberi rezeki kepada umat Islam. Ibrahim minta terhad, tetapi Allah berikan keadilannya untuk kafir dan Islam. Makkah dipilih sebagai tempat yang agung untuk melaksanakan semuanya. Ka`bah didirikan setelah selesai Ibrahim menghadapi ujian. Selepas itu Allah menamakan suku Quraisy untuk menjadi penduduk yang memakmurkan bumi Makkah. 

Dalam bahasa Arab Quraisy bermaksud `jerung’, binatang yang besar dan hebat, bebas serta hidup di lautan yang menjadi sumber kehidupannya. Watak sebegini diceritakan Allah dalam surah Quraisy yang bermaksud: 

1. Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah) 
2. (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), 
3. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini,
 4. Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. 

Sifatnya (Quraisy) yang hebat dan bebas sehingga menjadi kebiasaannya “Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah),. (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam). Yaman merupakan pengkalan sebelah timur yang menjadi pusat perdagangan bangsa besar di sebelah timur seperti Cina dan India, sementara Syam pula adalah pengkalan untuk anika bangsa di sebelah barat. Mereka (orang Quraisy) membeli barang bawa balik ke Makkah, sehingga jadilah Mekkah menjadi titik pertemuan, mata rantai di antara timur dan barat. 

Allah turunkan kitab kepada Nabi yang ummi, memberi mu`jizat ilmu (al Qur’an), yang menjadi sumber rujukan kepada segala-galanya meliputi kehidupan dunia dan akhirat. Ini dibuktikan dengan terbentuknya generasi awal yang berjuang bersama Nabi saw. Mereka adalah generasi yang bersih jiwa, menerima nabi yang boleh memimpin mereka. Mereka yakin kepada al Qur’an.

 Namun sebelum terbentuk generasi awalan tersebut, pelbagai ragam keraguan dikemukakan. Ada golongan yang terima Islam, tetapi mengatakan susah untuk dilaksanakan. Di antara sungutan mereka ialah, sekiranya kami ikut kamu nescaya Makkah akan disambar musuh, susah nak hidup, kalau ikut kamu kami akan jadi rosak. Padahal Allah mengingatkan dan mengajak mereka supaya menyorot latarbelakang sejarah. Sedarkah mereka, bahawa semuanya yang ada di muka bumi ini kami yang tetapkan. Kami yang berikan kehiduapan, berikan rezeki. Mereka bimbang takut kebuluran dan pelbagai masalah akan timbul. Padahal kota Makkah telah diberi rezeki sejak Nabi Ibrahim lagi. 

Ada seorang orientalis barat melihat negara umat Islam dijajah, namun katanya walaupun dijajah, selagi ada al Qur’an dan Makkah, umat Islam tidak boleh dihapuskan. Inilah hikmat al Qur’an sebagai mu`jizat dan Makkah sebagai pusat kegiatan umat Islam di dunia. Dalam sirah di peringkat awal kebangkitan Islam, kita dapati kegagalan para pemimpin Makkah memujuk Nabi saw secara lembut. Akhirnya mereka menyekat Islam daripada berkembang, sehingga Nabi saw terpaksa mencari tempat lain. 

Menyentuh soal haji, walaupun pelbagai maksiat ada di kota Makkah, namun haji tetap berjalan dari zaman berzaman. Untuk itu baginda saw terus mencari jalan bagi membentuk generasi pendukung Islam. Situasi inilah yang memggerakkan kepada beberapa pertemuan dengan beberapa kabilah Arab untuk bekerjasama demi agama Islam yang suci, antaranya; 

 • Pertama, pertemuan dengan Bani Amir yang mempunyai pengikutnya puluhan ribu, Di antara soaan yang mereka tanya ialah kalau kita menang siapa jadi pemimpin, ‘limanilmulk’. Nabi saw menjawab, ‘al mulkul lil Llah’. Bani Amir menjawab, kalau macam itu kami tak mahu. Jelasnya pertemuan ini menampakkan mereka lebih inginkan jawatan dan pangkat. Akhirnya Nabi saw terpaksa meninggalkan mereka.

 • Kedua: Bani Syaiban, yang juga mempunyai pengikut yang ramai, baginda saw mengajak mereka supaya menerima Islam. Nabi saw menyebut bahawa Allah janjikan kemenangan dan membaca ayat 58, surah an Nisa' kepada pemimpin Bani Syaibah al Muthanna bin Harithah, yang lebih kurang bermaksud;  

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. 

Maka Muthanna berkata, ‘Ini urusan langit’. Lalu ditanya lagi apa syaratnya. Maka Nabi menyebut, ‘Syarat seterusnya ialah mengucap dua kalimah syahadah’, mereka terkejut sambil berkata,`Haza amrun tukrihuhul muluk, izan tuharibukan nas, ini urusan baik, tetapi kami bermasalah, kami mempunyai urusan peperangan dengan Farsi. Kalau sekadar orang Arab, kami boleh lawan Arab, Tetapi kami tidak sanggup melawan Farsi’. Nabi saw gembira, menandakan bahawa mereka sudah faham, cuma mereka tidak sanggup menghadapi cabaran. Tetapi Nabi tetap menjanjikan, `Apabila kamu mendengar kejayaan kami, datanglah berjumpa dengan kami, kami akan menunggu kamu.’

 • Ketiga: mengadakan perjumpaan dengan puak Aus dan Khazraj. Sebelum ini, mereka (Aus dan Khazraj) sudah mempunyai maklumat latarbelakang Nabi saw. Dalam pertemuan tersebut, jurucakap merekamenyebut, `Inilah yang kami tunggu-tunggu, kami bimbang takut terlambat.’ Hasilnya, berlakulah bai`ah pertama dan kedua. Yang penting ialah bai`ah yang kedua, bai`ah taat setia untuk sehidup semati di Aqabah, tempat yang menjadi sasaran untuk melontar dalam ibadat haji. Antara bai`ahnya ialah: 

o Berbai`ah untuk mendengar dan mentaati, menjalankan amar ma`ruf nahi mungkar, bersama-sama mempertahankan Islam, sanggup memberi sumbangan pada masa senang dan susah, sanggup menghalang musuh yang mengganggu Nabi Muhammad saw dan dengan itu Allah menjanjikan syurga(rujuk bai`ah kedua). Apabila mendengar ucapan ini, mereka bangun untuk berbai`ah; kaum lelaki berjabat tangan, sementara kaum wanita cukup sekadar ikrar kesetiaan, ada yang mengatakan mereka mencelup tangan dalam air pada satu bekas yang disediakan yang telah dicelup oleh Nabi saw sebelumnya. 

Selepas itu berlakulah hijrah...... Allah menjanjikan, Wa`adal Llahuamanu minkum berjihad layastakhlifannahum fil ardhi.... Allah janjikan keamanan, inilah yang disebut sebagai tamkin. Allazin in makannahum fil ardhi aqamus solah, Dirikan solat, bukan dirikan masjid, kerana ada yang dirikan masjid tetapi mereka tak solat.... walillahi `aqibatul umur. Menggambarkan dua bentuk wawasan, wawasan dunia dan akhirat. Sehingga kesannya:

 • Mereka sanggup mencurah arak sehingga Makkah seakan-akan banjir arak. 

• Berlaku perlantikan untuk menjalankan tugas-tugas tertentu mengikut kemampuan masing-masing.

 • Apa pun keputusan hendaklah diterima asalkan ia menguntungkan Islam, bukan menguntungkan diri sendiri. 

Itulah perkara yang penting kita kena lihat sempena dengan tibanya musim ibadat haji. Yang menjadikan manusia sama dari segi tarafnya. Sultan Muhammad al Fatih pernah tersalah pukul seorang ahli zimmah, setelah dibicarakan, baginda menerima hukuman itu dengan sepenuhnya, walaupun baginda seorang raja. Inilah ruh yang berlaku sempena ibadat haji. Persamaan manusia, tidak ada beza kaya miskin, berpangkat atau tidak. Apa yang penting ialah taqwa kepada Allah. Demikianlah yang dapat dicatatkan hasil program Sepagi Bersama Tuan Guru.

 Sekian, wassalam.

Artikel Penuh...

Wednesday, August 29, 2012

Malaikat – Beberapa Catatan Ringkas.

M erupakan makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya, yang tabiatnya suka beribadat. Ash Shiddieqy menyebut; “Para salaf mengartikan malaikat dengan suatu makhluk yang dibebankan beberapa rupa kebajikan.... Syara` mengatakan malaikat itu diserah mengurus alam, menjaga cakrawala, matahari, bulan dan bintang, manusia binatang, tumbuh-tumbuhan, laut, darat dan sebagainya.” (TM Hasbi Ash Shiddieqy, al Islam Jld. 1, hal. 146/148).
 Mereka adalah:

  1. Petugas-petugas (tentera) Allah yang sentiasa sedia menjalankan tugasnya, firman Allah: 

Dan Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang Yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (al Fath).

 2. Mereka tidak pernah menderhaka kepada Allah, malahan sentiasa menurut perintah dan mengikut suruhan-Nya. Buktinya firman Allah dalam surah at Tahrim ayat 6: 

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. 

Berbanding dengan makhluk jin dan manusia, malaikat adalah makhluk Allah yang sentiasa patuh dan tidak ada perkataan derhaka dalam kamus kehidupan mereka. Sebab itulah apabila Allah memerintah supaya sujud kepada Adam, semuanya tersungkur sujud kerana mematuhi perintah Allah. Bahkan di dalam surah Saba’ digambarkan oleh Allah tentang perilaku para malaikat: 

Dan (ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian ia bertanya kepada malaikat: "Adakah orang-orang ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu?" Malaikat menjawab: "Maha suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganmu). Engkaulah (yang Kami hubungi sebagai pemimpin dan) Pelindung Kami bukan mereka. (tidak ada hubungan dari pihak Kami Dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan Yang dipuja dan dipatuhi)". 

3. Malaikat juga bertugas sebagai pesuruh Allah, dan ditempatkan oleh Allah mengikut kesesuaian kerjaya masing-masing. Firman Allah:

 Dan apabila datang kepada mereka sesuatu keterangan, mereka berkata: "Kami tidak akan beriman sehingga Kami juga diberi (wahyu) sama seperti Yang telah diberikan kepada pesuruh-pesuruh Allah". Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah Yang sepatutnya) ia berikan jawatan Rasul (dan wahyu) Yang diberikanNya itu. orang-orang Yang melakukan perbuatan Yang salah itu akan ditimpa kehinaan di sisi Allah, dan azab seksa Yang amat berat, disebabkan perbuatan tipu daya Yang mereka lakukan (al An`am). 

Sayyid Sabiq menyebut, ‘Tabiat atau pembawaan malaikat itu ialah secara sempurna berbakti kepada Allah, tunduk dan patuh pada kekuasaan dan keagungan-Nya dan mereka itu pun ikut mengatur hal ehwal alam semesta ini dengan mengikut kehendak dan iradah Allah Ta`ala” (Aqidah Islam, hal. 179).

 4. Bersih dari sebarang dosa dan noda. Telah sepakat ulama Islam menetapkan bahawa ‘malak’ yang mengurus urusan wahyu, terpelihara dari salah sebagaimana Allah memelihara Nabi-nabinya dari kesilapan dan kesalahan-kesalahan. Tentang malaikat-malaikat lain, mereka berselisih pendapat....Imam Fakhrur Razy mengatakan: “Kebanyakan ulama’ menetapkan terpeliharanya malaikat dari segala dosa. Sebahagian ulama mengatakan ada juga malaikat yang bersalah, dan tiada mesti semua malaikat itu terpelihara dari salah.

 Mereka yang mengatakan tiada semua malaikat itu terpelihara, dengan mengambil dalil dari kederhakaan Iblis... namun yang jelas Iblis bukanlah dari golongan malaikat, tetapi dari golongan jin, lihat ayat Allah:

 Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib Yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang Yang zalim: pengganti Yang mereka pilih itu (al Kahfi: 50). 

Ada juga yang mengambil dalil dari kisah Harut dan Marut, namun kisah ini masih diperselisihkan, ada yang mengatakan sebagai bohong, dan ada juga yang menganggapnya sebagai riwayat Israiliyyat, wallahu a`lam (Lihat TM Hasbi Ash Shiddieqy, al Islam Jld. 1, hal. 151-153).

Sayyid Sabiq menyebut: “Malaikat itu disucikan dari kesyahwatan-kesyahwatan hayawaniyyah, terhindar sama sekali dari keinginan hawa nafsu, terjauh dari perbuatan dosa dan salah” (Aqidah Islam, hal. 174).

 5. Merupakan makhluk rohani, tidak makan dan tidak minum. Berbeza dengan jin, walaupun jin makhluk rohani, tetapi mereka makan, minum dan berkelamin. Semuanya ini tidak ada pada malaikat. Malah malaikat dikurniakan aqal, tetapi tidak dikurniakan nafsu. Sebab itu mereka tidak berkahwin dan tidak berketurunan.

 6. Merupakan hamba Allah yang dimuliakan dan tidak mendahului Allah samada dengan perkataan atau perbuatan, firman Allah: 

 Dan mereka (yang musyrik) berkata: "(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak". Maha Sucilah ia. bahkan (Mereka Yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya Yang dimuliakan. 27. Mereka tidak mendahuluiNya Dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa Yang diperintahkanNya. 28. Allah mengetahui apa Yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa Yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa Yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya. 

7. Beriman kepada malaikat merupakan salah satu dari rukun Iman yang enam. Tidak beriman kepada malaikat menjadikan seseorang itu akan rosak Imannya. Tuan Guru Haji Abdul Hadi menyebut dalam kitabnya (Beriman kepada Malaikat, hal. 2).

 “Malaikat itu termasuk di dalam perkara yang ghaib di mana wujud mereka thabit dengan nas yang tidak boleh diragu dan dipertikaikan. Sesiapa yang engkar menjadi kafir dengan ijma` muslimin bahkan dengan nas al Qur’an, kerana firman Allah dalam surah an Nisa’:

 136: Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh. 

 8. Sayyid Sabiq (hal. 183-184) menyebut, “Karya malaikat di alam ruh selain daripada yang ditetapkan antaranya ialah:

 a. Bertasbih (memahasucikan) serta patuh dan tunduk sepenuhnya kepada Allah Ta`ala, firman Allah dalam surah al A`raf: 

Sesungguhnya mereka (malaikat) Yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.

 b. Memikul `arasy sebagaimana firman Nya:

 Malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang Yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka (al Mu’min).

 c. Memberi salam kepada ahli syurga sebagaimana firman Nya:

 23. Iaitu syurga Yang kekal Yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang Yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; - 24. (memberi hormat Dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu (ar ra`d). 

d. Menyiksa ahli neraka sebagaimana firman Nya: 

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan (at Tahrim). 

9. Umumnya malaikat samada dikenali atau tidak dikenali adalah merupakan makhluk Allah yang berkebajikan, dan sentiasa beribadat kepada Allah. Dr. Harun Din menyebut: "Tiada istilah atau ayat di dalam al Qur'an yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan...malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada Allah dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan (Sinar Harian, Rabu 29 Ogos 2012, hal. 6). Sementara iblis atau syaitan samada dikenali atau tidak mereka adalah makhluk Allah yang derhaka dan tetap membenci kepada kebenaran.

Artikel Penuh...

Monday, August 27, 2012

Syaitan: Beberapa Catatan Ringkas

S iapakah syaitan sebenarnya? Suatu persoalan yang amat menarik. Berkaitan dengan ini penulis suka mengutip apa yang pernah dinukilkan oleh Syed Abdullah Husein, seorang tokoh ulama Universiti al Azhar, Mesir juga sarjana dalam jurusan undang-undang. Menurut beliau dalam bukunya yang bertajuk ‘Menyingkap Rahsia Jin, Syaitan dan Malaikat’ - Alihbahasa oleh Abdullah al Qari Haji Saleh seperti berikut:
  
 “Syaitan adalah segolongan jin yang menderhaka, sombong, pengacau (fasik) dan mereka akan menghadapi kehinaan di hari kiamat. Syaitan itu adalah musuh manusia yang telah pun dikutuk oleh Allah” (Hal: 20 – 21) 

Syaitan juga berketurunan Iblis, Dr. M. Quraish Shihab dalam tafsirnya al Mishbah menyebut; 

“Banyak pakar bahasa berpendapat bahawa kata iblis (ابليس) terambil dari kata Arab (ابلس) ablasa yang bererti putus asa atau dari kata (بلس) balasa yang bererti tiada kebaikannya (al Mishbah 1, hal. 185)

 Untuk membuktikan kebenaran ini Syed Abdullah Husein telah memetik beberapa firman Allah, antaranya:

 • Surah an Nur ayat 21: 21.
 Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa Yang menurut jejak langkah Syaitan, maka Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara Yang keji dan perbuatan Yang mungkar. dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha mengetahui
.
 • Surah an Nisa’ ayat 38: 
38. Dan juga orang-orang Yang membelanjakan hartanya Dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. dan sesiapa Yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan (an Nisa’ :38
)
 • Surah al An`am ayat 112: 112. Dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu.

 • Dalam surah al Hasyr :16, Allah berfirman: 16. (Sikap kaum munafik Dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya Aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya Aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!
"
 • Surah Fathir: 6, firman Allah: 6. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. (Hal: 20 – 21) 

 Sementara dari sudut kerjaya pula syaitan dinyatakan
: • Menjanjikan kefaqiran dan meyuruh melakukan fahsya’ 268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu Dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan Yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya (al Baqarah: 268).

• Menakut-nakutkan manusia: 
175. Sesungguhnya (pembawa berita) Yang demikian itu ialah Syaitan Yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang Yang beriman (ali Imran)

. • Bermati-matian untuk menghalangi manusia dari jalan yang lurus 
16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus; 
17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur" (al A`raf). 

Allah memberi peringatan kepada manusia antaranya
:
 • Apabila membaca al Qur’an (an Nahl): 98. Oleh itu, apabila Engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan Yang kena rejam.

Artikel Penuh...

Wednesday, August 8, 2012

Beberapa Perkara Mengenai Tahajud

F

irman Allah yang lebih kurang bermaksud:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji (al Isra’ 79).

M. Quraish Shihab menyebut, kata tahajjad (تهجد) terambil dari hujud(هجود)  yang bererti tidur, sementara tahajjad yang difahami oleh al Biqa`i bererti tinggalkan tidur untuk melakukan solat. Solat dinamai juga dengan solatul layl, kerana ia dilaksanakan pada waktu malam yang sama dengan waktu tidur. Ada juga yang memahami kata-kata tersebut  dalam erti bangun dan sedar sesudah tidur. Tahajjud kemudian menjadi nama solat tertentu kerana yang melakukannya bangun dari tidurnya untuk melaksanakan solat. Ianya terdiri dari dua sampai lapan rakaat ..........Dalam konteks ini, kita dapat persamakan perintah solat tahajjud di sini dengan perintah-Nya pada awal surah al Muzammil. Lihat Firman Allah yang bermaksud:
6. Sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
 Di sana Allah memerintahkan Rasul saw untuk melaksanakan solat malam sambil menjelaskan bahawa Nasyi’at al-Layl (bangun di waktu malam) adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan (M. Quraish Shihab, Tafsir al Mishbah 7, hal.166).
(Baihaqi, hal. 351) Berdasarkan kepada hadis riwayat Umar al Khattab, terdapat sembilan kelebihan bagi orang yang sentiasa mendirikan solat tahajjud, iaitu lima kelebihan di dunia dan empat kelebihan di akhirat. Lima kelebihan di dunia ialah;
1.    Allah memeliharanya dari bermacam-macam bencana.
2.    Terdapat kesan taat pada wajahnya.
3.    Dicintai oleh orang-orang soleh dan manusia pada umumnya.
4.    Dari mulutnya keluar kata-kata hikmah.
5.    Allah menjadikannya seorang yang bijak (hakim).
Sementara empat kelebihan di akhirat ialah;
1.    Dibangkitkan dari kubur dengan wajah putih berseri.
2.    Hisabnya diringankan.
3.    Meniti sirath secepat kilat.
4.    Menerima suratan amal dengan tangan kanan

Artikel Penuh...

Apalah Hebatnya Api Bila Dibandingkan Dengan Tanah.

A pabila kita menyorot semula kepada kisah pertelingkahan di antara Iblis dengan Adam, maka kita berjumpa dengan peristiwa keingkaran kerana Iblis berasal dari api, tidak mahu tunduk kepada Adam yang berasal dari tanah. Iblis berpandangan api selalu di atas tanah dan kerana yang di atas lebih mulia daripada yang di bawah, maka tidaklah patut yang di atas tunduk kepada yang di bawah. Begitulah pendapat iblis yang ia rasa benar, meskipun terang sekali salahnya.

Namun mengikut Prof. Dr. Tengku H. Baihaqi A.K, apabila dikaji dan direnung secara halus, sebenarnya tanah adalah lebih lebih mulia daripada api. Ini dapat dibuktikan dengan alasan serta beberapa perbandingan berikut, antaranya: 

1. Tanah, jika dimasukkan ke dalamnya biji benih, maka biji benih itu akan tumbuh. Sedangkan api, apabila dimasukkan biji benih ke dalamnya ia akan menjadi hangus dan musnah.

 2. Tanah, keadaannya tetap, tenang dan tidak hilang. Sedangkan api sifatnya tidak tetap, tidak tenang malah melayang-layang dan menghilang.

 3. Tanah menyediakan makanan bagi manusia, haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Sedangkan api hanya menghanguskan. 

4. Tanah menjadi tempat istirehat. Sedangkan api tidak boleh menjadi tempat istirehat.

5. Tanah wataknya mandiri, bahkan menjadi tempat hidup dan menjadi tempat kediaman manusia, haiwan dan makhluk lainnya. Sedangkan api tidak boleh menjadi tempat kehidupan manusia dan makhluk lainnya.

 6. Tanah tidak memerlukan orang membawanya ke mana-mana. Sedangkan api tidak boleh mandiri dan selalu perlu kepada orang yang akan membawanya ke mana saja diperlukan.

7. Tanah tidak memerlukan api, sedangkan api memerlukan tanah untuk menjadi tempatnya memanaskan dan menghanguskan.

8. Tanah tidak boleh dihanyutkan atau dibawa oleh udara kerana keadaannya sangat kukuh. Namun api boleh dihanyutkan atau dibawa oleh udara kerana keadaannya tidak kukuh.

 9. Tanah menyimpan kebaikan dan kerberkatan serta tidak memerlukan penjagaan. Sedangkan api tidak mengandungi kebaikan dan keberkatan, meskipun manfaatnya untuk memasak atau memanaskan, namun harus dijaga supaya tidak padam atau menghanguskan.

 10. Tanah (bumi) berulang-ulang disebut di dalam al Qur’an dengan menerangkan manfaatnya kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sedangkan api sedikit sahaja disebut-Nya dan sering penyebutannya berkaitan dengan api azab yang membakar manusia di dalam neraka. 

11. Tanah berulang-ulang disebut Allah mengandungi keberkatan. Sedangkan api tidak disebut demikian, malah sebaliknya menghilangkan atau menghanguskan. 

12. Tanah (bumi) dijadikan Allah sebagai tempat bagi rumah-Nya Baitul Llah (ka`bah). Sedang api dalam hal itu tidak ada gunanya. 

13. Tanah (bumi) mengandungi bahan-bahan galian yang berharga, tidak membakar atau menghanguskiannya. Api tidak mengandungi bahan-bahan galian. 

14. Tanah (bumi) pada permukaannya terdapat sungai-sungai dan danau yang berguna bagi manusia dan makhluk lainnya. Sedangkan api tidak mempunyai perkara-perkara itu. 

15. Tanah (bumi) pada permukaannya terdapat berbagai rezeki untuk makhluk dan laut untuk tempat hidup ikan dan tumbuh-tumbuhan laut. Sedangkan api tidak mempunyai semuanya itu. 

16. Tanah selalu menjuadi keperluan yang kadang-kadang menjadi rebutan dan tidak pernah dibuang atau dimatikan. Sedangkan api, jika perlu dimanfaatkan, tetapi jika tidak perlu lantas dibuang atau dimatikan.

 17. Tanah (bumi) menyimpan air yang menjadi bahan bagi penciptaan makhluk hidup. Sedangkan api tidak menjadi bahan apa pun kecuali sekadar asal bagi penciptaan jin, iblis dan syaitan ( Prof. Dr. Tengku H. Baihaqi A.K. – 900 Materi-Materi Pokok Untuk Dakwah Dan Khutbah, hal. 261-263)

Artikel Penuh...

Saturday, March 24, 2012

Kebaikan di Dunia II

S eterusnya 6. Diberikan kesihatan dan kesejahteraan.

Dengan mempunyai kesihatan yang baik, banyak perkara yang dapat dilakukan dalam hidup ini. Kesihatan juga sering dikaitkan dengan kesejahteraan hidup. Nabi s.a.w memohon:



اللهم عافنى فى بدنى, اللهم عافنى فى سمعى , اللهم عافنى فى بصرى , لا اله الا انت , اللهم انى اعوذ بك من الكفر والفقر و واعوذ بك من عذاب القبر , لا اله الا انت (ثلاثا حين تصبح وثلاثا حين تمسى)

”Ya Allah, afiatkanlah tubuhku dan afiatkanlah pendengaranku.” (Riwayat Ibnu Syaibah)
Pentingnya kesihatan:

• Dapat melakukan kerja dunia dan akhirat dengan baik dan selesa.
• Membantu orang yang memerlukan
• Menarik kepercayaan dari segi kepimpinan dan kemasyarakatan.
• Menjadikan diri sebagai orang yang ceria dan bersyukur, Namun ini jarang disedari. Jarang orang mengadu sihatnya saya. Ramainya mengeluh dan mengadu sakitnya saya. Lihat orang yang sakit kepala dan dibalut kepalanya kerana terlalu sakit selama dua tiga hari, tapi tak pernah letak bendera kerana sihat selama berpuluh-puluh tahun..
• Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana, qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah.

• Selain itu, sabda Rasulullah SAW :

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "المؤمن القوي خير، وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف. وفي كلٍّ خير. احرص على ما ينفعك، واستعن بالله ولا تَعْجَز .. وإن أصابك شيء فلا تقل: لو أني فعلت كذا، كان كذا وكذا، ولكن قل: قدَّر الله، وما شاء فعل، فإن لَوْ تفتح عمل الشيطان- رواه مسلم

o "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)

• Ulama' mentafsirkan bahawa, "kuat" yang dimaksudkan dalam hadis di atas bukanlah semata-mata dari segi jasmani, tetapi juga dari segi rohani. Pendek kata, mukmin kena seimbang; rohani dan jasmani.


Rahsia Solat Dari Segi Kesihatan:


1. Dr. Rabih Zuhari Kirami menyebut: Jika seseorang muslim konsisten menjalankan solat setiap hari dengan jumlah 50 rakaat (17 wajib + 33 sunat) sudah menyamai 3 jam berolahraga. Menjadikan tulang lebih aktif dan bergerak.

2. Islam telah mendahului disiplin kedoktoran moden dalam menangani dan menyembuhkan kerapuhan tulang, baik kerapuhan yang dialami akibat ketuaan usia, atau kemalasan bergerak. Pelaksanaan 17 rakaat solat wajib setiap hari ditambah dengan 33 rakaat solat sunat menjadikan manusia aktif dan konsisten melakukan gerakan-gerakan fizikal yang berkekuatan sedang sepanjang 3 jam. Dalam setiap rakaat terdapat 7 gerakan, jika dijumlahkan keseluruhannya, maka akan diperoleh angka 50 rakaat yang mengandungi 350 gerakan. Jika rata-rata tiap satu gerakan secara toma`ninah memerlukan setengah minit, maka solat secara keseluruhannya menghabiskan waktu kira-kira 180 minit (3 jam), dengan tenaga sederhana (atau setara dengan olahraga berat selama dua jam samada berlari atau berenang)...... sebab itu Jika seorang muslim konsisten menjalankan solat setiap hari dengan jumlah 50 rakaat iaitu 17 + 33 maka ia menyamai aktiviti harian yang setara dengan olahraga sedang selama tiga jam, dan ini membuatkan tulang kuat dan sihat. (Dr, Zuhair Rabih Qirami dlm. Ensaiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al Qur`an & Sunnah, hal. 1004/6).

o Kalori yang dibakar,
o Kadar denyutan jantung,...alpha beta gama
o Kucup dan kembang otot dan gerak sendi
o Jangkamasa kerja... minit-minit yang digunakan untuk solat
o Imbangan pusat graviti ...sujud 7 anggota kestabilan,
o Turun darah kekepala..tapak sokongan imbangan
o Regangan otot terkawal

• Seorang sahabat menceritakan, Rasulullah saw melihatku ketika aku sedang tidur sambil mengadu sakit perut. Baginda langsung berkata kepadaku, “Hai Abu Hurairah, kamu sakit perut?. Aku mengiyakan, lalu Rasul saw menegaskan, “Berdiri dan solatlah, sesungguhnya solat adalah ubat penyembuh.” (Ensaiklopedia, hal. 992).

Solat Dari Sudut Sains

Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

• Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

• Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. "Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya . Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. "Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah toma’ninah," katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

• Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

• Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. "Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya. Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. "Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. "Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. "Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.

• Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. "Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya. Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit. Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

• "Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

• Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Sumber : Berita Harian


7. Panjang Umur dalam ketaatan.

Hampir setiap orang mahu hidup lama kecuali orang yang putus asa dengan hidup (na’uzubillah). Sabda Nabi s.a.w: yang lebih kurang bermaksud:
“Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur dalam mentaati Allah.”

Dalam satu isyarat lain baginda juga bersebda: Sebaik-baik manusia ialah yang panjang usia dan baik amalannya.

عن أبي صفوان عبد الله بن بسر الأسلمي رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : خير الناس من طال عمره وحسن عمله ، وقال : حديث حسن . بسر : بضم الباء وبالسين المهملة رواه الترمذي .

قال رسول الله : من عمّر من أمتي سبعين سنة؛ فقد أعذر الله إليه في العمر (رواه الحاكم: صحيح الترغيب للألباني:3360. – الله ممبري بونوس.
قال قتادة: ( اعلموا أن طول العمر حجة، فنعوذ بالله أن نعير بطول العمر، أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر وجاءكم النذير :فاطر:37
لذلك قال رسول الله : { أعمار أمتي بين الستين إلى السبعين، وأقلُّهم من يجوز ذلك } رواه الترمذي وابن ماجه/ صحيح الترمذي للألباني:3550 : سديكيت ساغت يغ ملبيهي.

8. Mendapat rezeki yang halal.

Nabi s.a.w menekankan agar umatnya berusaha mendapatkan rezeki halal kerana ia memberkatkan hidup. Dalam satu hadis, baginda mengatakan bahawa mencari rezeki yang halal itu satu jihad. Malah sabdanya: “Amalan yang paling utama itu ialah mencari rezeki dari sumber yang halal.” (Riwayat al-Hakim).

Salah satu dari empat soalan yang ditanya:
• عن ماله من اين اكتسبه واين انفقه
Hartanya dari mana ia dapat dan kemana ia belanjakan.

• من لم يتفقه فى الدين فلا يتَّجرنَّ فى اسواقنا
Sesiapa yang tidak mengerti tuntutan agama, maka jangan berniaga di pasar-pasar kami (syarat yang diletakkan oleh `Umar).

• التاجر إذا لم يكن فقيها إرتطم فى الربا
Pedagang jika tidak mengerti agama pasti terjerumus dalam riba – Sayyidina Ali kw.

• Yahya bin Mu`az ar Razi: “Taat itu tersimpan dalam almari Allah dan miftahnya ialah doa, dan gigi kuncinya makanan yang halal. Maka doa tidak dapat diterima kecuali makanan yang halal”.

يا ايها الناس إن أحدَكم لن يموتَ حتى يسْتَكْمِلَ رِزقَهُ فلا تستَبْطِئوا الرزقَ فاتقوا الله وأجمِلوا فى الطَّلَبِ فخذوا ما حلَّ لكم وذروا ما حرَّم الله

“Wahai manusia, sesungguhnya seseorang itu tidak akan mati sehingga habis rezekinya, maka janganlah menganggap (mengira) amat lambat rezeki itu, maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah, dan baik-baiklah mencari rezeki, maka ambillah yang halal bagi kamu dan tinggalkanlah yang diharamkan oleh Allah” (al Hadis, Tanbih, hal. 699).

إن الله حرَّم الجنةَ على كلِّ من تغزى أو غُزِي بالحرام

“Sesungguhnya Allah mengharamkan syurga itu bagi orang yang makan atau diberi makan yang haram – (Abu asSiddik menyebut dari Rasulullah saw… Tanbih, hal. 701)

9. Beroleh keimanan dan ketaqwaan.

Dengan iman dan taqwa, seseorang itu mulia disisi Allah dan manusia. Sabda Nabi: “Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Harta yang paling bernilai dalam hidup manusia

الإيمان عُريان ولباسه التقوى وزينته الحياء وثمرته العلم
لا ايمانَ لمن لا أمانة له
الإيمان فى صدور المؤمن ولا يتم إلا بتمام الفرائض والسنن ولا يفسد الإيمان إلا بجحود (ميغكل) الفرائض والسنن فمن نقص الفريضة بغير جحود عوقب عليها ومن أتم الفرائض وجبت له الجنة

Artikel Penuh...

Wednesday, January 18, 2012

Beberapa Catatan Mengenai Wanita

Allah menjadikan bagi Adam pasangannya Hawwa, kemudian memerintah pasangan ini supaya tinggal di dalam syurga. Mengenai kejadian Hawwa, ada yang menyebut dari tulang rusuk Adam, berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi saw:

استوصوا بالنساء خيرا فإنهن خلقن من ضلع وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه فاستوصوا بالنساء خيرا

Peliharalah perempuan itu sebaik-baiknya, kerana sesungguhnya perempuan dijadikan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya yang paling bengkok pada tulang rusuk itu ialah sebelah atasnya. Maka jika engkau cuba meluruskannya, nescaya engkau patahkan dia. Dan jika engkau tinggalkan saja, dia akan tetap bengkok. Sebab itu peliharalah perempuan itu baik-baik (Muttafaq `alaihi).

Berkaitan dengan kejadian wanita Prof. Dr. Hamka menyatakan:

• Apabila kita perhatikan bunyi hadis di atas dengan saksama, tidaklah dapat dijadikan alasan untuk mengatakan bahawa perempuan, atau terutama Siti Hawwa, terjadi dari tulang rusuk Nabi Adam (Azhar 1, hal. 166).

• Tidak tersebut sama sekali dalam hadis ini dari tulang rusuk Adam. Yang terang hadis ini membuat perbandingan dari hal yang bengkok atau bengkoknya jiwa perempuan, sehingga payah dibentuk, sama seperti tulang rusuk yang sama sekali tidak dapat diluruskan, kalau dibiarkan saja tidak dihadapi dengan sabar , bengkoknya akan terus (hal. 166).

• Dalam hadis lain disebut:
‏المرأة كالضلع إن أقمتها كسَرْتها ..وإن استمتعت بها استمتعتَ بها وفيها عوج

“Perempuan itu adalah seperti tulang rusuk; jika engkau cuba meluruskannya dia pun patah. Dan jika engkau bersuka-sukaan dengan dia maka bersuka-suka juga engkau, namun dia tetap bengkok”

• Nampaknya yang ditekankan di sini ialah jiwa dan bawaan segala perempuan di dunia. Pertimbangnnya tidak lurus, kurang objektif dan kadangkala agak sentimen, emosional...suka berbelanja,suka kepada perhiasan, suka membebel dsb.

Sementara as Syeikh Muhammad Abduh pula menyatakan, bahawa hadis mengenai perempuan terjadi dari tulang rusuk bukanlah benar-benar tulang rusuk, melainkan satu kias dan perumpamaan belaka. Sebagai contoh lihat ayat 27 surah al ambiya’:

خلق الإنسان من عجل
“Telah dijadikan manusia itu dari sifat terburu-buru”

• Ada juga yang menyebut kerana tulang rusuk menggambarkan sangat rapat dan dekatnya hubungan lelaki.

• Menjadi tugas bagi lelaki menerima amanah ini dengan bijak dan bertanggungjawab.

• Ada sesuatu yang disediakan oleh Allah pada wanita, namun hendaklah dinikmati berdasarkan kepada batasannya.

إن المرأة خلقت من ضلع لن تَستقيمَ لك على طريقةٍ فإن استمتعتَ بها اِستمتعتَ بها وفيها عوجٌ وإن ذهبْتَ تُقِيمُها كسَرْتهُا وكَسْرُها الطلاق

‘Sesungguhnya perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk. Dan tidak akan dapat lurus untuk engkau atas suatu jalan. Jika engkau mengambil kesenangan dengan dia, namun dia tetap bengkok. Dan jika engkau cuba meluruskannya, nescaya engkau mematahkannya. Patahnya itu talaknya.

اِستوصوا بالنساء خيرا أخذتموهن بأمانة الله واستحللتم فروجهن بكلمات الله

“Peliharalah perempuan-perempuan itu sebaik-baiknya, kerana kamu telah mengambilnya dengan amanah Allah dan kamu halalkan kehormatan dengan kalimah-kalimah Allah”.... mahalnya pernikahan dan pentingnya menjaga amanah Allah.

• Menunjukkan wanita adalah makhluk yang istimewa dan unik di sisi Allah dan manusia. Perlu dikendalikan dengan baik.

Sikap Islam terhadap wanita:

Kita lihat beberapa petikan maksud firman Allah mengenainya:

Surah ar Rum ayat 21, firman Allah yang bermaksud,

Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir (ar Rum).

Surah an Nisa' ayat 124,
Dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun (an Nisa’ 124)

an Nisa', ayat 34.
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar (an Nisa`).

al Baqarah 228.
Dan isteri-isteri Yang diceraikan itu hendaklah menunggu Dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak Yang dijadikan oleh Allah Dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu Dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. dan isteri-isteri itu mempunyai hak Yang sama seperti kewajipan Yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) Dengan cara Yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (al Baqarah)

al Imran ayat 14.
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga) (ali Imran: 14).

• Termasuk dalam apa yang disebut sebagai hubbus syahwat dan merupakan perhiasan.

• Pasangan yang kita berkongsi rahsia hidup dan mati. Wanita adalah saudara kandung lelaki (Hadis riwayat Abu Daud).
إنما النساء شقائق الرجال

• Dia penjaga kepada semua rahsia, anak dan harta kita.

• Sebagai suatu fitnah, sesuatu yang kalau dikendalikan dengan baik akan berpahala. Tak kena cara akan terjerumus sama. Kita kena jaga dan suami kena ada prinsip. Suami sebagai pemimpin.

• Suami wajib mengajar ahli keluarganya dengan pelajaran agama. Hendaklah menasihatkan anak-anak dan isterinya supaya sentiasa menunaikan sembahyang lima waktu tepat pada waktunya. Sebagaimana firman Allah:
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.”

• Suami hendaklah bergaul dan memberi teguran dan nasihat yang baik kepada isteri dan ahli keluarga. Selaras dengan firman ALLAH:

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”

• Selain itu juga tanggungjawab suami terhadap keluarga dan isteri itu ialah dengan mengajar ilmu fardu ain, seperti al-Quran, hadis, hukum halal haram, bersuci dan ibadat. Seandainya dia tidak berkesempatan untuk mengajar sendiri, dia wajib mencari guru yang dapat mengajar isteri dan anak-anaknya.

• Isteri yang baik juga adalah penghibur kepada suami dan dia adalah segala-galanya dan juga sebagai penyempurna untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Lihat hadis qudsi:

إذا أردت أن أجمع للمسلم خير الدنيا وخير الآخرة جعلت له:
• قلبا خاشعا
• ولسانا ذاكرا
• وجسدا على البلاء صابرا
• وزوجة مؤمنة تُسِرُّه إذا نظر اليها وتحفظه إذا غاب عنها فى نفسها وماله
(الشرازى 190)

Dalam satu isyarat lain Nabi saw bersabda:

"الدنيا متاع وخيرها المرأة الصالحة" الدنيا متاع وخير متاعها الزوجة الصالحة

Lihat beberapa kelebihan wanita:

1. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

2. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

3. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

4. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
5. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Seterusnya lihat pula gambaran di bawah:

ما هي صفات المرأة المسلمة..؟؟
المرأة المسلمة : تقيـة ، نقيـة ، صيـنة ، عابـدة.
المرأة المسلمة :حـرة ، أبيـة ،أصيـلة ، كريـمة
المرأة المسلمة : قويـة ، ذكيـة ، واعيـة ، عاقـلة .
المرأة المسلمة : صادقـة ، صابـرة ، سخيـة ، رحيـمة .
المرأة المسلمة : بيتـها ، نظيـف ، أنيـق ، مبـارك .
المرأة المسلمة : مطيعـة ، ودود ، ولـود .
المرأة المسلمة : بـارة ، رفيقـة ، معينـة .

Semoga dapat dimanfaatkan bersama, sebarang kekurangan dan kekhilafan mohon diperbetulkan.

Artikel Penuh...

Saturday, January 14, 2012

Itqan al Muluk bi Ta`dil as Suluk

Sabtu: 7 Januari 2012 lepas penulis sekeluarga sempat menghadiri Majlis Sambutan 100 tahun Itqan al Muluk bi Ta`dil as Suluk di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Untuk makluman, Itqan al Muluk bi Ta`dil as Suluk merupakan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang digubal pada tahun 1911 dan diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin III dengan dibantu oleh ulama’ dan pembesar negeri Terengganu yang bersumberkan ajaran Islam serta mengandungi 53 fasal.

Pihak penganjur juga mengeluarkan satu naskhah buku ‘Penerbitan Khas Sempena Sambutan 100 Tahun “Itqan al Muluk bi Ta`dil as Suluk yang diusahakan oleh Sidang Redaksi yang diketuai oleh al Fadhil Ustaz Haji Abu Bakar Abdullah. Dalam catatan pendahuluannya dinyatakan “Itqan al Muluk bi Ta`dil as Suluk adalah sebuah Perlembagaan Bertulis Negeri Terengganu. Ia bermaksud ‘Pemerintah Yang Bersungguh-sungguh Dengan Akhlak Yang Adil’ dan dikenali sebagai ‘Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Perlembagaan ini digubal dan dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu pada 11 Zulkaedah 1329H bersamaan 2 November 1911M atas nama Sultan Zainal Abidin III dengan ditandatangani oleh baginda dan semua Ahli Mesyuarat Kerajaan serta dicop dengan cop Sultan Zainal Abidin III sebagai tanda kelulusan, ketetapan dan persetujuan” (Itqan, hal. 5).

Tiga tokoh dijemput untuk menyampaikan pidato khas bersempena dengan program tersebut mereka terdiri dari YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Presiden PAS Pusat, YB Salehuddin bin Ayob, Naib Presiden PAS Pusat dan Prof Datuk Mohamad Bakar, Pakar Sejarah dari Universiti Malaya.

Berdasarkan kepada deria telinga anugerah Allah, penulis juga sempat mencatat beberapa isi penting yang telah dinyatakan ketiga-tiga tokoh tersebut di antaranya ialah:

Prof Datuk Mohammad Abu Bakar

1. Itqan adalah merupakan titik mula perkembangan Islam di Terengganu, malah di Asia.
2. Pada tahun 1928 telah berlaku Pemberontakan Kaum Tani di Terengganu yang dirangsang oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong. Ini merupakan salah satu dari manifestasi kebencian rakyat Terengganu terhadap penjajah.
3. Kira-kira 700 tahun lalu, Batu Bersurat merakamkan undang-undang Islam yang asal, ini bererti telah ada usaha kearah penanaman cita-cita Islam. Kuala Berang telah menjadi Bandar besar yang menghubungkan bukan sahaja tempatan malah di peringkat antarabangsa
4. Tulisan jawi pada Batu Bersurat merupakan pertama kali digunakan, sementara di tempat lain menggunakan bahasa lain.
5. Sebab itulah sumbangan Kuala Berang amat besar kepada kebangkitan Islam di Asia.
6. Soalannya sedar atau tidak, atau mampu atau tidak kita di hari ini hendak menyambung semula perjuangan ini?. Apakah ada perjuangan untuk memertabatkan kembali Pendidikan Islam di Kuala Berang?. Mampu atau tidak kita mewujudkan institusi Pendidikan Islam di sini?..(lihat juga Harakah bil. 1710,29 Safar - 2 Rabi`ul Awwal 1433/23-26 Januari 2012, hal. N21 bertajuk: Kuala Berang terpinggir arus pendidikan).
7. Majlis Sambutan Itqan yang diadakan pada hari ini adalah menjadi mercu penghubung dengan 100 tahun yang lalu. Batu Bersurat menjadi landasan penghubung seawal 700 tahun lalu. Untuk itu, agar ianya lebih berkesan maka kita amat memerlukan sokongan Ulama, umara', dan umum (3U).
8. Gabungan Tok Pulau Manis dengan Sultan Zainal Abidin, Islam terbentuk dalam acuan pengislaman untuk zaman sesudah itu. Iaitu menggerakkan ke arah satu tujuan sejak dari Sultan Zainal Abidin I, Sultan Mansur, Sultan Omar hinggalah kepada Sultan Zainal Abidin III.
9. Keretapi ini perlu diterus, perlu bergerak menuju haluan ke arah pemenuhan Islam yang sebenarnya.

Persoalannya

1. Gangguan sentiasa ujud, barat sedang masuk untuk menggangu rakyat Terengganu selepas Sultan Zainal Abidin III. Dengan itu terguballah Itqan untuk mempastikan Terengganu terus kekal di bawah orang yang mahukan Islam. Baginda merupakan raja terawal ke Makkah untuk menunaikan Iabadat Haji. Malah pegawai British pernah menyebut bahawa ‘Sultan ini tidak ada cacat celanya’... dan kini kita dapat menikmati warisan ini sekarang.
2. Seandainya rakyat Terengganu di hari ini mengenepikan tanggungjawab ini (menegakkan Islam di bumi Terengganu) maka kita bimbang azab Allah akan menimpa kepada kepada kita semua, untuk kita tidak ada pilihan. kita perlu terus menggerakkan keretapi ini agar terus berjalan.
3. Halangan pasti banyak, kita kena terus berjalan. Wamakaru wamakaral Llah, wallahu khairul makirin.
4. Kita perlu tambah kelajuan tenaga – pernyataan, sumbangan dan saham amat perlu untuk sampai ke matlamatnya iaitu mencari keredhaan Ilahi.

YB Salehuddin Ayub

Kesan pilihanraya merupakan platfom terbaik untuk menyuarakan isu-isu Islam.
1. Batu Bersurat merupakan mercu tanda kedatangan Islam, kebanyakan tulisan berasaskan bahasa Sanskrit Ramayana dan Mahabarata. Allah masih digunakan Sang Maha Dewa.
2. Dr. Burhanuddin pernah menyatakan dalam berda`wah, “Ulama telah menggunakan strategi muwajahah as Silmiyyah. Pendekatan secara aman, antaranya teknik mengambilalih di samping menawarkan Islam untuk masyarakat. Contohnya dalam aktiviti tertentu secara tradisi, apabila mendapat anak disyairkan, marhaban dan sebagainya. Ini evolusi yang dimasukkan dalam minda masyarakat. Selawat Nabi digunakan sebagai ganti kepada syair Hindu, dan ianya sangat berkesan. Jampi tukar dengan doa, selawat. Cuma yang masih kekal seperti inai dsb. Strategi ini hampir sama yang digunakan oleh Wali Songo. Kerajaan Sriwijaya dapat menerimanya. Hasilnya masyarakat menerima dan menganut Islam, dan kita adalah warisannya.
3. Berdagang adalah tujuan kedua para ulama, yang utamanya ialah da`wah Islam. Inggeris kata mereka nak cari rempah, sama seperti mereka. Sengaja dipadamkan fakta Islamnya.

Halangan dalam Perlembagaan terhadap pelaksanaan Islam

1. Perlembagaan Negara digubal oleh sekumpulan pakar yang dipengerusikan oleh Lord Reid. Namun jangan lupa salah seorang ahlinya ialah Hakim Abd. Hamid Abd Rahman dari Pakistan yang memasukkan Islam sebagai agama Persekutuan, jasanya ini menjadi asas perlembagaan.
2. Ada empat perkara yang perlu diambilkira iaitu: Sistem beraja, Islam, bahasa dan Hak keistimewaan Orang Melayu. Apa pun kita mahu berbicara selepas ini jangan sampai melanggar empat perkara asas ini.
3. Asas ini menjadi menarik, dan perlu diyakini bahawa sifatnya perlembagaan sentiasa anjal, dinamik dan berkembang. Soalannya boleh atau tidak boleh, bila dikatakan Islam sebagai agama persekutuan, maka tidak ada halangan. Ada yang mengatakan boleh dilaksanakan Islam. Namun bagi yang memegang kepada comon law mengatakan tidak boleh.
4. Soalannya siapakah yang berhak, maka kita perlu ujudkan mahkamah perlembagaan, kita ada mahkamah persekutuan seperti India dan Thailand untuk dipinda dan diubahsuai. Indonesia juga berlaku.
5. Negara kita bagaimana? Maka ini terpulang kepada parti yang kuasai 2/3, cukup dengan kata-kata Islam sebagai agama persekutuan.
6. Kita perlukan perlembagaan untuk menyelesaikan beberapa isu seperti Lina Joy, isu hudud Kelantan , Terengganu yang telah dluluskan dalam DUN dan telah diwartakan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin.
7. Sekarang terpulang kepada kuasa politik, di Kelantan ada beberapa perkara yang diperlukan seperti anggota keselamatan, penjara dan sebagainya. Ini adalah kuasa pusat dan perlu kerjasama kerajaan pusat. Namun kita percaya ruang-ruang ini tetap ada, untuk menyuarakan pandangan di parlimen dsb. Kerana inilah kita perlu mendapatkan sokongan sepanjang masa.

YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Hj. Awang

1. Memulakan dengan ayat al Qur’an yang menyatakan baginda Nabi saw yang terlalu inginkan supaya semua orang menjadi Islam dan mati dalam Islam (laqad ja ‘akum rasulun min anfusikum), dan jika mereka berpaling, cukuplah Allah sebagai wali, ni`mal wakil, yang menguasai bumi yang saiznya hanya seperti debu sahaja di bawah `arasy Allah.
2. Batu Bersurat dan Itqanul Muluk adalah dua dalil yang jelas bahawa pendakwah telah bawa Islam dengan sempurna di Terengganu, seperti yang dibawa oleh Nabi saw. Bukan Islam separuh seperti yang difahamkan oleh sebahagian masyarakat kini. Ertinya Islam telah diletakkan sebagai asas sebuah kerajaan dan negara di Terengganu..
3. Itqan bermaksud, ‘Ketekunan dan ketelitian raja-raja untuk menghukum rakyat, ini merupakan tanggungjawab yang amat berat yang perlu dilaksanakan oleh pemerintah.
4. Hukum bernegara adalah wajib berdasarkan nas al Qur’an dan Hadis Nabi saw. Antaranya seperti yang firman Allah dalam surah an Nisa’. Dan Hadis yang lebih kurang bermaksud: Tidak harus bagi tiga orang berjalan, melainkan mesti ada pemimpin. Dalam ungkapan lain baginda saw bersabda yang bermaksud: Adalah Bani Israel dipimpin oleh nabi-nabi mereka. Kanat banu Israel tasusuhumul ambiya’
5. Untuk menjalankan sesuatu hukuman mesti ada kerajaan. Sebab itulah dalam sunnah, Nabi saw menolak tawaran menjadi pemimpin Makkah kerana tawaran tersebut hanya sekadar menjadi pemerintah tetapi tidak boleh melaksanakan Islam. Kerana itulah baginda sanggup berhijrah ke Madinah.
6. Di Madinah baginda telah mengajak, mengajar bagaimana cara untuk mendirikan kerajaan. Baginda mengajak semua kaum yang ada di Madinah untuk mendirikan negara.
7. Kewajipan mendirikan negara juga merupakan ijma` atau sepakat ulama` sahabat (yang belajar dengan Nabi saw), lihat bagaimana tingkahlaku mereka ketika Nabi wafat.. Rujuk kata-kata Imam al Ghazali yang lebih kurang menyebut, ‘addinu ussu was sultanu harisun...
8. Untuk membina sesebuah kerajaan, maka lima rukun ini tidak boleh diabaikan iaitu:
i. Tanah,
ii. Rakyat,
iii. Pemimpin,
iv. Perlembagaan (itqan),
v. Kedaulatan sebagai sebuah negara yang sah, yang diktiraf oleh negara asing. Ini merupakan syakhsiyyah atau kewibawaan sebagai sebuah kerajaan seperti yang ada di Kelantan dan Kedah sekarang.
9. Sultan Zainal Abidin III ada kumpulan yang disebut ahlul halli wal aqdi, mereka adalah ulama`, pemimpin kerajaan, ahli mesyuarat, lihat ayat dalam surah al Hajj: Walaula daf`ul Llahu nnasa ba`dhuhum).
10. Sekarang kita perlu beristiqamah, bila dapat kuasa kena lihat ayat: allazina in makkannahum fil ardh.. perlu orang yang takut kpd. Allah.
11. Zakat: tu’khazu min aghniya’ihim waturaddu ila fuqara’ihim. Inilah perlu tanggungjawab. Agar tidak menjadi Kaila yakuna dulatan baina aghniya’ minkum.
12. Perlu laksanakan nas-nas yang terdapat dalam al Qur’an, kutiba `alaikums siyam, kutiba `alaikumul qisas.
13. Pernah timbul satu soalan dari orang Kristian, kenapa Islam potong tangan pencuri, sedangkan Krstian Tuhan seperti bapa. Kita jawab Tuhan dalam Islam bukan ayah dan Dia sayang kepada hambanya lebih dari ayah sayang kepada anaknya. Kerat tangan, kerana mencuri adalah penyakit dalam masyarakat. Lihat kenapa kencing manis kena kerat kaki, kerana nak selamat tubuh badan, kalau tidak semua tak selamat. Begitu juga pencuri, nak selamat orang lain. Kita juga jangan fikir satu kena kerat orang lain kena jugak, apa yang penting ialah timbul kegerunan. Bila gerun orang akan takut melakukan jenayah. Ini yang penting. Bukan bererti semua yang kena kerat tangan. Lihat di Arab Saudi masa solat mereka hanya tutup barang-barang dengan kain saja. Tidak ada orang yang nak ganggu.
14. Di Kelantan setiap tahun dibuat seminar untuk memberi kefahaman kepada rakyat.
15. Kita kena sedar banyak hikmat yang timbul di sebalik Hudud antaranya:
i. Hudud hanya untuk orang Islam, orang bukan Islam tidak kena hudud, kepada mereka terpulang mengikut kepada cara yang ditentukan di dalam agama mereka.
ii. Bila dilaksanakan hudud orang Islam menjadi perkasa, dan menjadi contoh kepada orang lain.

Catatan: Semua fakta di atas ialah apa yang dapat dicatit oleh penulis semasa menyertai majilis tersebut, hanya sekadar deria telinga samata-mata. Mungkin terdapat fakta yang tidak betul atau kurang menepati kehendak sebenar, untuk itu tambahan dan pembetulan amat diharapkan daripada mereka yang lebih `arif.

Akhirnya penulis juga ingin memetik Fasal Kelima Puluh Satu yang menyebut:

“Sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan selama-lamanya kerajaan Terengganu ini kerajaan Islamiyyah Malayuwiyyah ialah dikatakan agama negeri dan kerajaan maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain dijadi dan disebut agama negeri, sekalipun banyak segala bangsa dan agama diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam negeri dan jajahan Terengganu” (Itqan, hal. 24).

Demikianlah halnya negeriku Terengganu Darul Iman. Maka menjadi kewajipan bagi kita semua untuk menyumbang tenaga, berjuang terus bagi menggerakkan semula keretapi yang telah terhenti begitu lama agar dapat menuju ke destinasi 'Baldatun Thoyyibatun war Rabbun Ghafur'. Allahumma Amin!.



Artikel Penuh...

Beberapa Sifat Khusus Orang-Orang Mu`min

Prof Dr. Ali Abdul Halim Mahmud dalam bukunya bertajuk at Tarbiyyah ar Ruhiyyah - Mencerdaskan Rohani, antaranya menyebut beberapa Khasais al Mu`minin atau beberapa sifat khusus orang-orang mu`min.

Sesungguhnya roh orang mu`min yang dididik dengan didikan Islam memiliki sifat khusus yang sebahagiannya diringkaskan dalam tujuh sifat berikut:

1. Perasaan akan wujudnya Allah swt.
2. Perasaan akan pengawasan Allah terhadapnya. Ini akan melahirkan;

i. Keikhlasan
ii. Menerima tuntunan wahyu, barangsiap yang menggunakan wahyu sebagai sumber hidup maka ia tidak akan sesat selama-lamanya.
iii. Istiqamah.

3. Pengawasannya terhadap Allah, ini bermaksud;

i.Rasa cinta dirinya terhadap Allah, suka melakukan pendekatan kepada-Nya, mengajarinya untuk takut kepada Allah dan takut melakukan kemaksiatan.
ii. Dengan membaiki niat atau mensucikan dari segala hal yang membuatkan kemurkaan Allah.
iii. Puncak pengawasan kita terhadap Allah adalah perasaan takwa dan takut kepada Allah. Lihat al Hasyr: 18-19:

Pentingnya pengawasan manusia terhadap Allah:

i. Perbuatan dan perkataan akan terbimbing agar tidak terperangkap engan kesalahan dan akan berusaha menjaga diri dari segala yang menimbulkan kemurkaan Allah.
ii. Mendidik roh ke arah takwa yang merupakan kunci segala kebaikan dan penutup keburukan (al A`raf: 96, al baqarah: 283, az Zumar: 10& 20, an Nahl: 128).
iii. Melahirkan perasaan dalam diri manusia bahawa iman dan taqwa itu memiliki kelazatan..dan Allah akan memberi perasaan tersebut. Allah akan mengawasi dan memberi perlindungan kepada segala pergerakannya.

إن أحْـبَبْتُم أن يـُحِبَّكمُ الله تعالى ورسولُه فأدُّوا إذا أُئـْتـُـمِنْتُم وأصْدِقوا إذا حدَّثتُم وأحسِنوا جِوارَ من جاوَرَكم

“Apabila kamu suka untuk disukai oleh Allah dan Rasul-Nya maka tunaikan lah jika kamu diamanati (hi), dan jujurlah kalau berkata, serta berbuat baiklah kepada orang sekitar (jiran)”.

iv. Memiliki sifat Ihsan, yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh `Umar al Khattab.

4. Tunduk kepada Allah dengan amalan-amalan yang sunnah. Ini bermaksud:

i. Sesuatu amalan yang wajib, kemudian memberi kesempatan kepada dirinya melakukan amalan yang sunnat. Lihat al Isra’: 79. Tahajjud adalah wajib bagi Nabi saw, namun sunat bagi ummat baginda. Lihat hadis:

إنه سيكونُ أُمراءُ يــُؤخِّرون الصلاةَ عن مواقيتِها, ألاَ فصلِّ الصلاة لوقتها ثمَّ ائْتِهِم فإن كانوا قد صلُّوا فقد أحْرَزَتْ صلاتُكَ وإلاَّ صلَّيْتَ معهم فكانت تلك نافلةً

“Sesungguhnya akan ada pemimpin yang mengakhirkan solat daripada waktunya, ketahuilah, makan solatlah pada waktunya, lalu datangilah mereka, maka apabila mereka telah solat maka solatmu sudah mencukupimu dan jika belum solat maka solatlah bersama mereka, dan itu merupakan solat sunnah”

ii. Merupakan amalan soleh yang dapat menutupi kekurangan kewajipan yang dilewatkan.

Manfaat dari mendekatkan diri dengan amalan sunnah:

i. Memperolehi pahala dari Allah
ii. Memperolehi rahmat dan keampunan Allah serta pertolongan-Nya.
iii. Menghadap Allah dengan mencintai manusia dan mencintai kebaikan manusia (al Hujurat: 10, al Hajj: 77).

5. Cinta kebaikan untuk manusia dan mencintai manusia.
Lihat al Hasyr: 9, al Maidah: 2. Ali Imran: 159. Kesannya:

i. Menjadikan manusia bersiap sedia menerima sistem peraturan Allah dari semua segi.
ii. Akan bersama-sama para da`iey untuk membina peradaban Islam yang bercirikan kemanusiaan, tidak mengenal perbezaan warna kulit.
iii. Bersama memantapkan agama Allah ke arah mendirikan negara Islam yang menjalanakan hukum Allah di atas muka bumi.

6. Penuh percaya terhadap penerimaan Allah atas doa-doanya. Baca mashaf secara mendalam, meneliti. Lihat ali Imaran: 31, 76. Sebab yang boleh menimbulkan keyakinan ialah;

i. Membaca, menghayati, dan mengamalkan ayat-ayat al Qur’an.
ii. Melaksanakan kewajipab dan mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan-amalan sunnah.
iii. Merenungi segala nikmat yang diberikan sehingga dapat melahirkan rasa syukur.
iv. Meneladani Rasul saw dalam ucapan dan perbuatannya.
v. Bergaul dan mengambil manfaat daripada orang-orang yang soleh.
vi. Melepaskan diri daripada segala ucapan, tindakan, diam, atau semua perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.

7. Rela dengan ketentuan dan taqdir Allah, at Taubah: 62. Dalam satu hadis telah datang satu rombongan kepada Rasul saw dan baginda saw kemudian bertanya:

من انتم؟ قالوا: مؤمنون, فقال: ما علامةُ ايمانِكم؟ قالوا: نصبِرُ على البلاء ونشكُر عند الرَّخاءِ ونرضَى بمواقعِ القضاءِ, فقال: مؤمنون وربِّ الكعبة

“Siapa kamu? Mereka menjawab: Orang-orang yang beriman, Rasulullah bertanya: Apa tanda-tanda imanmu?, mereka mengatakan: Kami bersabar atas cubaan, bersyukur atas kenikmatan, dan reda dengan takdir, maka Rasul saw bersabda: Kamu orang-orang yang beriman demi Tuhan Kab`bah”

Faedahnya ialah:

i. Kuatkan iman dan mengukuhkan penyerahan diri.
ii. Mengajar bertawakkal.
iii. Mengajar tama`ninah (ketenangan dan khusyuk) untuk mencapai ketengangan.
iv. Salah satu puncak kebahagiaan manusia.
v. Menghantar manusia menuju peningkatan taat yang meninggalkan pelanggaran.
vi. Mengajar akhlak yang baik dalam hubungan dengan Allah dan manusia.
vii. Mendapat syafaat dari doa Nabi saw.

Artikel Penuh...