M
engenali” asal kata “kenal” yang boleh dimaksudkan tahu
sedikit tentang diri seseorang, sehingga boleh berhubung dengannya sebagai teman
yang paling rapat. Bila disebut mengenali al-Qur’an bermaksud supaya kita dapat
tahu tentang al-Qur’an, mengecam ayat-ayat, maksud-maksud yang terkandung di
dalam ayat al-Qur’an, kehendak al-Qur’an dan sekaligus arahan yang dikehendaki
al-Qur’an.
Ada beberapa cara untuk kita mengenali
al-Qur’an, di antaranya:
Pertama: Mengenali melalui beberapa pertanyaan. Mungkin
kita akan bertanya apa sebenarnya kitab ini. Dari mana asal-usulnya. Kita menjumpai
beberapa jawapan yang diberikan, iaitu:
Ditinjau daripada bahasa, Al Qur'an
berasal daripada bahasa Arab, iaitu bentuk jamak daripada kata benda (masdar)
daripada kata kerja qara'a - yaqra'u - qur'anan yang bererti bacaan atau
sesuatu yang dibaca berulang-ulang. Konsep pemakaian kata tersebut dapat
dijumpai pada salah satu surah al Qur'an iaitu pada surat al Qiyamah ayat 17 -
18 yang bermaksud:.
¨
17. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu
(dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
18. oleh itu, apabila Kami telah
menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah
menurut bacaannya itu;
Menurut Muhammad Abdul Azim az-Zarqani, Al-Quran adalah kitab yang menjadi
mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ditulis dalam mushaf dan
disampaikan secara mutawatir.
Syeikh Muhammad Khudri Beik menyebut al-Qur’an adalah firman Allah
SWT yang berbahasa Arab, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk difahami
isinya, disampaikan kepada kita secara mutawatir, ditulis dalam mushaf dimulai
dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas.
Menurut Muhammad Ali ash-Shabuni,
Al-Quran adalah firman Allah yang tidak ada
tandingannya, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW penutup para Nabi dan Rasul,
dengan perantara Malaikat Jibril. Al-Quran ditulis pada mushaf-mushaf yang
kemudian disampaikan kepada kita secara mutawatir. Membaca dan mempelajarinya
merupakan ibadah. Al_Quran dimulai dengan surat al-Fatihah dan ditutup dengan
surat an-Nas.
Dr.
Subhi Salleh menyebut, Al Qur'an adalah kalam Allah swt merupakan mukjizat yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW. Al-Quran ditulis dalam mushaf dan diriwayatkan dengan
mutawatir serta membacanya adalah ibadah.
Daripada beberapa
pengertian tersebut, dapat kita simpulkan bahawa al Qur'an adalah:
i.
Wahyu atau kalam Allah swt. yang
diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan perantara Malaikat Jibril,
ii.
Ditulis dalam bahasa Arab.
iii.
Disampaikan dengan jalan mutawatir kepada kita,
iv.
Ditulis dalam mushaf dan membacanya adalah ibadah.
v.
Diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW selama dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22
hari atau 23 tahun.
vi.
Merupakan sebuah kitab yang bermu`jizat.
Demikian jawapan yang diperolehi apabila
ditanya apa sebenarnya kitab ini, dari mana
asal-usulnya.
Kedua, kita boleh mengenali al-Qur’an dengan
menjawab pertanyaan apa yang ada di dalamnya. Menjawabnya mungkin kita akan
pergi kepada melihat apakah isi kandungan al-Qur’an. Ertinya kita perlu ada
tafaquh atau feqah, yang bermaksud kefahaman terhadap kandungan al-Qur’an.
Isi al-Quran boleh dikategorikan kepada beberapa pokok persoalan
iaitu:
1. Akidah
Aqidah adalah
ilmu yang mengajarkan manusia mengenai kepercayaan yang pasti wajib dimiliki
oleh setiap orang di dunia. Al-quran mengajarkan akidah tauhid kepada kita
yaitu menanamkan keyakinan terhadap Allah SWT yang satu yang tidak pernah tidur
dan tidak beranak-pinak. Percaya kepada Allah SWT adalah rukun iman yang
pertama. Orang yang tidak percaya terhadap rukun iman dianggap kafir.
2. Ibadah
Ibadah daripada
segi bahasa adalah taat, tunduk, ikut atau menurut. Kumpulan “fuqaha” atau yang faham tentang agama menyatakan
ibadah adalah segala bentuk ketaatan yang dkerjakan untuk mencari keredaan
Allah SWT. Secara umumnya bentuk ibadah yang asas terkandung dalam rukun Islam
iaitu mengucap dua kalimah syahadat, solat lima waktu, membayar zakat, puasa pada
bulan Ramadan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.
3. Akhlak
Akhlak adalah
perilaku yang dimiliki oleh manusia, baik akhlak yang terpuji atau akhlakul
karimah mahu pun yang tercela atau akhlakul madzmumah. Allah SWT mengutus Nabi
Muhammd SAW tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbaiki akhlaq. Setiap
manusia harus mengikuti apa yang diperintahkan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
4. Hukum-Hukum
Al-Quran adalah
memberi suruhan atau perintah kepada orang yang beriman untuk mengadili dan menghukum
yang bersalah. Hukum dalam Islam berdasarkan al-Qur’an. Mungkin dalam aspek
jinayat, mu’amalat, munakahat, faraidh dan jihad.
No comments:
Post a Comment