J
ika hari ini seorang guru ditukar merata-rata
Jika hari ini seorang guru dipukul ibu
bapa
Jika hari ini seorang guru disaman ibu
bapa
Jika hari ini seorang guru kalah bicara
Jika hari ini seorang guru masuk penjara
Akibat terkasar bahasa dan terlajak denda
Akibat metanya ibu bapa
Akibat denda dikatakan dera
Maka yakinlah semuanya
Yakinlah itu petanda tempangnya segala
Duka lara pendidikan sekian lama
Disiplin terhalau entah ke mana
Petaka apakah melanda dua tiga dasawarsa ini
Bahana rimba apakah diterima generasi ini
Gerangan kemanakah fikir itu pelita hati
Hingga kasih sayang tidak bersisa lagi
Hingga kemanusiaan manusia sunyi menyepi
Hingga guru bisa saja dicaci maki
Lupakah kita bahawa guru manusia jua?
meski merimbun Phd, sijil, diploma dan sarjana
Pada ayah bonda hanya empat lima atau
sepuluh
Pada mereka menjaga berpuluh malah
beratus
Mereka juga ada ammārah
Antara mazmumah dengan mahmudah
antara sabar, hati-hati, terlebih hukum
tetap payah
Antara kiasan, pesanan, terus terang, marah
dan rotan
Hingga akhirnya terlempang jua
Hingga akhirnya terbedal jua
Hingga akhirnya terhukum jua
Dengan membirat atau calar di mana-mana
Terujanya menerpa, bersama saman menjelma!
Teganya sampai berdendam murka
Tegarnya dalam dendangan:
Anakku
baik, anakku mulia, anakku raja!
Pantang disentuh pantang dikata
Pasti ke penjara guru dibuatnya
Meski di belakang entahlah apa puncanya
Dalam senyum generasi! Ingatlah umat!
Andai terpenjaralah guru, andainya terhukumlah
guru
Andai tercaci makilah Sang Guru
Tanpa sekelumit silu malu
Di manakah kan dicari Si Gedung Ilmu?
Akan apa-apakah ilmu tanpa guru?
Akan siapakah dirimu tanpa ilmu?
Akan siapa-siapakah kamu kalau begitu?
Akan siapa-siapakah kamu tanpa guru?
Akan berkatkah kamu selepas itu?
Akan berkatkah kamu selepas itu?
Walhal Nabi pun dibangkit menjadi guru
Andai diizin berlagu sendu..
Imbas-imbaskanlah masa lalu
`A’ untuk Abu
`B’ untuk Bakar
`C’ untuk Cari
`D’ untuk Duit
`E’ untuk Emak
`F’ untuk Fikir
`G’ untuk Gaji
`H' untuk Hari
`I' untuk Ia
`J' untuk Jalan
`K' untuk Kuala
`L' untuk Lumpur
`M' untuk Makan
`N' untuk Nasi
`O' untuk Orang
`P' untuk Pilih
`Q' untuk Quraisy
`R' untuk Rasul
`S' untuk Sudah
`T' untuk Tentu
`U' untuk Untuk
`V' untuk Varia
`W' untuk Wa`ad
`X' untuk X-Ray
`Y' untuk Yang
`Z' untuk Zulmat.
Maka kami berlagu:
"Abu Bakar Cari Duit, Emak Fikir Gaji Hari,
Ia Jalan Kuala Lumpur, Makan Nasi Orang Pilih,
Quraisy Rasul Sudah Tentu,
Untuk Varia Wa`ad X-Ray Yang Zulmat".
Atau siapa saja merasa dirinya manusia
Pasti `M' untuk Manusia
Demikian huruf dieja, dipadu dinyanyi supaya mengerti
Kenal sendirikah kamu tanpa `Si Gudang Ilmu'?
Bijak sendirikah kita tanpa Sang Guru?
`H' untuk Hari
`I' untuk Ia
`J' untuk Jalan
`K' untuk Kuala
`L' untuk Lumpur
`M' untuk Makan
`N' untuk Nasi
`O' untuk Orang
`P' untuk Pilih
`Q' untuk Quraisy
`R' untuk Rasul
`S' untuk Sudah
`T' untuk Tentu
`U' untuk Untuk
`V' untuk Varia
`W' untuk Wa`ad
`X' untuk X-Ray
`Y' untuk Yang
`Z' untuk Zulmat.
Maka kami berlagu:
"Abu Bakar Cari Duit, Emak Fikir Gaji Hari,
Ia Jalan Kuala Lumpur, Makan Nasi Orang Pilih,
Quraisy Rasul Sudah Tentu,
Untuk Varia Wa`ad X-Ray Yang Zulmat".
Atau siapa saja merasa dirinya manusia
Pasti `M' untuk Manusia
Demikian huruf dieja, dipadu dinyanyi supaya mengerti
Kenal sendirikah kamu tanpa `Si Gudang Ilmu'?
Bijak sendirikah kita tanpa Sang Guru?
Semak-semaklah puisi keramat “Guru Oh Guru”
Al-marhum Usman Awang, sejak dulu lagi berbicara
Dalam rangkap puisinya nan berbisa!
“Jika hari ini seorang
Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
“Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
“Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.”
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.”
*(Yang tidak adanya cuma)
Jika hari ini ada manusia mula kurang ajarnya
Memanglah Tongkat Warant tidak lagi
kembali
Dan Ahmad Syauki tidak lagi berdiri
Namun pesaka keramat bagai disimpul mati
Ahmad Syauki tetap berperi
“Qum lilmu`llimi waffihit tabjīla
Kādal mu`allimu an yakūna rasūla”
(Berdirilah untuk guru dan sempurnakanlah
baginya segala penghormatan
Hampir-hampir saja guru itu mencapai taraf
kerasulan).
Dan akhirnya Tongkat Warant menambah lagi
“Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat `cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.”
Budi diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat `cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.”
Duhai guru dan insan berjiwa guru
Walau berliku ceritera guru kini
Teruskanlah kerjaya sampai ke bila
Usah dikeluh, usah diresah
Malah bukan semuanya akhir begitu
Kerana itu hanyalah
Cebisan kecil derita sengsara kenabian
Ibrahim dicampak ke dalam api
Musa dikejar ke Laut Merah
Junjungan dilontar hingga berdarah
Gunung Taif tetap merakam sejarah
Mengundang ammarah para malaikat
Namun
tidak mengeluh dan tidak beralih arah
Kepada
Allah tetap berserah.
Nukilan: Yusima al-Airi
Best Online Slots Casino USA - Dr.MCD
ReplyDeleteBest Online Slots Casino 순천 출장안마 USA This site is rated 서귀포 출장마사지 4.3 out of 5 by 충청남도 출장샵 our members and 31% of them said: "liked 시흥 출장안마 it". 부산광역 출장샵 Rating: 4 · 3 votes