F
aktor Pendorong Di Mekah.
1. Islam tidak dapat berkembang subur di
Mekah. kehidupan Baginda SAW sudah tidak terjamin terutama selepas kewafatan
isteri (Khadijah) dan bapa saudara (Abu Talib).
2. Lokasi yang berhampiran (Thaif) juga
tidak dapat menerima kehadiran Islam dan Baginda SAW, walaupun terdapat saudara
di sebelah bapanya.
3. Baginda SAW seakan-akan dinafikan hak
sebagai warga negara di Mekah, sehinggakan untuk memasukinya, selepas kembali
daripada Thaif terpaksa menggunakan peruntukan al-Himayah wal-Jiwar melalui
Mut`iem bin `Adiy.
4. Berlakunya keputusan yang drastik di
Darun Nadwah yang disertai juga oleh kononnya Syeikh dari an-Najdi (Iblis),
iaitu untuk menghapus terus Baginda SAW daripada bumi Allah SWT. Keputusan ini
membawa kepada pengepungan rumah baginda SAW pada malam hari selepas datangnya
arahan Allah supaya berhijrah.
Faktor Penarik Di Madinah
1. Keperluan kepada kepimpinan yang
berwibawa bagi pihak Madinah akibat permusuhan yang berpanjangan oleh suku Aus
dengan Khazraj, namun tokoh penyatunya
seakan-akan tidak ada.
2. Berita kebangkitan Nabi akhir zaman yang
disebut dan diwarwarkan oleh pendeta Yahudi di Madinah seakan-akan menjadi
penanda aras bagi kelayakan kepimpinan tersebut.
3. Keinginan masyarakat yang sedar mengenai
berita tersebut di Madinah untuk mendahului puak Yahudi bagi menjadi pengikut Nabi
terakhir.
4. Tertarik dengan ciri-ciri ketokohan yang
ada pada Nabi SAW oleh dalam pertemuan pertama pada musim haji, memotivasikan
lagi para perwakilan Madinah.
5. Maklumat awal baginda SAW dengan janji
Allah seperti yang digambarkan semasa singgah bersama dengan Jibril dan Mikail di
Thibah pada malam Isra’ dan Mi`raj, semacam lampu hijau kearah lokasi
penghijrahan (Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Kifayatul Muhtaj, hal. 5).
6. Penduduknya yang begitu mesra dengan
Islam sehingga betul-betul menjadi `Ansar’ dengan sikap di dalam ithar mereka
seperti yang disebut oleh Allah di dalam
al-Quran (59:9)
7. Selain daripada perniagaan, Madinah
terkenal dengan bumi yang subur dan mempunyai hasil bumi dan tidak akan
tergugat andainya dipulaukan oleh masyarakat sekitar. Maka asas sebegini amat
sesuai dengan Islam yang pasti mampu berdikari dalam menghadapi cabaran
mendatang.
Kematangan Dan Kebijaksanaan Peristiwa
Hijrah
1. Persediaan rapi daripada segi fizikal dan
juga mental baginda SAW dan para
sahabat.
2. Kerjasama yang padu daripada semua
individu yang terlibat, dari dalam dan luar rumah baginda SAW.
3. Strategi kerahsiaan berlaku dengan baik,
sehingga perjanjian Aqabah tidak dapat dikesan oleh musuh, kecuali oleh syaitan
yang mendiami Aqabah.
4. Mendapatkan janji setia sehidup semati
daripada penduduk Madinah (rujuk Baiatul Aqabah dan ucapan dan doa al-Abbas bin
Abdul Mutalib yang mewakili Bani Hashim sebelum menyerahkan Baginda SAW kepada
penduduk Madinah (al-Mubarakfury, Sirah Nabawiyyah 1, hal. 327, lihat juga
Monewar Khalil, Sirah Nabi Muhammad 2, hal. 225). Demikian lagi ucapan peneguhan
baginda SAW dalam menanggapi kebimbangan penduduk Madinah:
فقال: يا
رسولَ الله، إنَّ بيننا وبيْن الرِّجال حبالاً، وإنَّا قاطِعوها - يعني:
اليهود - فهل عسيْتَ إنْ نحن فعَلْنا ذلك ثم أظهرَك الله أن تَرجِع إلى قومِك
وتدَعَنا؟ فتبسَّم النبيُّ - صلَّى الله عليه وسلَّم - ثم قال: ((بل الدَّمَ الدَّم،
والهَدْمَ الهَدْم، إنَّا منكم وأنتُم منِّي، أُحارِبُ مَن حاربتُم، وأُسالم من
سالمتُم.
5. Sentiasa tenang sangat yakin dengan
arahan Allah dalam setiap langkah penghijrahan, tidak mendahului Allah,
antaranya, menunggu perintah hijrah,
memerintah Sayyidina Ali bin Abi Talib
mengganti di tempat tidur, semasa turun daripada rumah, menabur pasir terlebih dahulu kepada empat puluh pemuda upahan untuk
membunuh baginda SAW di luar rumah, berjumpa dengan Abu Bakar di tempat yang
dijanjikan, tidak terus ke Madinah, tetapi ke gua, membuat lencongan yang
mengelirukan ke arah Yaman, seterusnya hingga ke Quba’.
6. Memanfaatkan semua sumber dan aneka
bantuan yang memudahkan perjalanan, termasuk memberi pesanan dan melayani
kerenah Suraqah bin Malik yang memohon supaya diadakan surat jaminan keamanan
setelah beberapa kali percubaan membunuh Nabi SAW gagal (Ghadban 1, hal. 209).
Ada juga yang menyebut bahawa baginda SAW bakal menjadi manusia agung, bakal
menjadi pemerintah Semenanjung Arab. Untuk itu beliau memohon kemaafan dan
jaminan tidak dibalas pada masa akan datang (Monawwar Khalil 3, hal.34).
No comments:
Post a Comment