Thursday, October 29, 2009

KULTUM (kuliah Tujuh Minit)

S

eorang Ahli Hikmat berkata: Sifat orang mengenali Allah ada enam iaitu;

1. Jika ia ingat kepada Allah ia berbangga
2. Jika ia ingat kepada dirinya ia merendah diri
3. Jika ia melihat ayat-ayat Allah (al Qur`an) ia mengambil i'tibar
4. Jika ia ingin berma`siat, ia menahan dirinya
5. Jika ia ingat kemaafan Allah ia gembira
6. Jika ia ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

Seorang Ahli Hikmat lain ketika ditanya, apakah tanda taubat itu diterima Allah?
Ia menjawab ada empat tanda taubat diterima Allah;

1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang yang soleh.
2. Menghentikan ma`siat, sebaliknya rajin melakukan perintah Allah
3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, serta selalu ingat kesusahan pada hari akhirat.
4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

Abul Laith as Samarqandi seterusnya: Dosa-dosa ada dua jenis iaitu dosa kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia.

Dosa kamu terhadap Allah terlepas dengan tiga syarat iaitu;

1. Menyesal di dalam hati.
2. Niat tidak mengulangi kesalahan.
3. Membaca istighfar dengan lidah.

Mudah-mudahan sesiapa yang melakukan tiga syarat tersebut, Allah akan mengampunkan dosanya sebelum ia bangun dari duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardhu yang diwajibkan oleh Allah.

Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagi kamu.

(Sumber : Tanbihul Ghafilin Abul Laith as Samarqandi) Disampaikan oleh Tuan Haji Syarif bin Muda di Balai Islam Selasa 27 Okt. 2009.

Artikel Penuh...

Saturday, October 24, 2009

Maafkan Daku, Duhai Sarawak!

9
Ogos 1978 merupakan tarikh keramat bagi aku dengan rakan-rakan seangkatan, seijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bersama-sama kami juga sekumpulan pelajar lepasan Rabi` Thanawi dari Semenanjung.

Kenapa?, kerana kami mula memasuki alam kerjaya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, bakal gurulah tu!. Sebahagian besarnya dihantar ke Sarawak, termasuk aku bersama dengan Wan Aziz Wan Ngah dan Ustaz Husin Awang. Mula belajar naik kapal terbang. Naik belon kata orang Sarawak.

Tanggal 10 dan 11 Ogos 1978, kami ditempatkan di Asrama Majlis Agama Islam Kuching untuk menerima taklimat mengenai penempatan. Kebetulan juga masa tu bertepatan dengan Ramadhan al Mubarak. Bulan puasalah tu!.

12 haribulan Ogos 1978, merupakan hari ketiga kami berada di Kuching dan masing-masing akan menerima berita di mana akan ditempatkan. Sebelum itu dalam taklimat oleh Encik Abdul Rahman Kasbon, Pengarah Pelajaran Negeri Sarawak yang telah pun menyatakan tempat yang dekat dan jauh. Antara yang agak jauh ialah Bario, di atas gunung, makannya beras padi huma sepanjang tahun.

Ustaz Ghazali Taib, Pegawai Pendidikan Islam Sarawak merupakan orang yang ditugaskan untuk menentukan penempatan kami. Nama disebut satu persatu untuk mempastikan tidak ada yang tercicir. Anehnya bila namaku disebut, tiba-tiba ustaz Ghazali bertanya:

“Ismail, enta nak kat mana?”.

“Bario”


Jawabku spontan, tanpa memikirkan sebarang risiko mengenainya. Saja buat celupar mulut, mungkin ustaz Ghazali pun bertanya kerana melihat keadaan aku yang agak kelakar. Tapi lepas tu aku berpeluh sendiri, manalah tahu kot-kot tempat jin bertendang, baru padan muka. Ustaz Ghazali hanya tersengih, tanpa memberi sebarang reaksi sambil meneruskan kerja mengatur penempatanya.

Selepas itu masing-masing dipanggil sekali lagi untuk menerima sampul surat yang di dalamnya mengandungi jawapan sebenar mengenai posting. Seperti rakan-rakan aku menerima sampul surat dalam suasana serba mendebarkan. Bila dibuka sampul surat rupa-rupanya aku ditempatkan di Sekolah Menengah Kerajaan Limbang, Bahagian Kelima Sarawak. Sekali lagi berpeluh, tak tahu macam mana rupa Limbang dan bagaimana orangnya.

Dewan Besar Majlis Agama Islam serba riuh dengan suara bakal guru, pelbagai ragam, ada yang bertanya bagaimana tempatnya, ada yang memberi penerangan itu ini dan sebagainya. Para pegawai dan Guru Besar sekolah berdekatan yang turut berada dalam dewan sibuk bertanya dan memberi penerangan apa yang perlu.

Seorang guru besar mendekati aku dan bertanya di mana tempat posting. Aku memberitahu Limbang.

“Oh, Limbang no problem, dekat dengan Brunei, nak balik tak payah ke Kuching, boleh ikut Brunei, Singapore dan terus ke KL”

Katanya memberi penerangan, alhamdulillah, terasa sedikit lega di hati, jalan nak balik ke Semenanjung dah mula nampak. Taklah susah sangat. Maklumlah budak kampung, itu ini serba tak reti. Paling tidak masa cuti penggal (masa tu belum semester lagi) dah nampak cara nak balik, itu saja. Macam mana nak bertugas belum tahu lagi.

Selesai penempatan besoknya kami dibekalkan dengan tiket kapal terbang ke destinasi masing-masing. Mulalah menggelabah dan menguji kewibawaan, nampaklah sudah saat-saat perpisahan dengan kawan-kawan sekapal. Ustaz Husin Awang ke Sebuyau dan Wan Aziz di Miri. Bersama-sama kami juga masing-masing ada seorang guru lepasan Rabi` thanawi dan diharapkan graduate menjadi pemandu.

Aku, Wan Aziz dan dua orang guru sandaran Rabi` thanawi, seorangnya bersma Wan Aziz di Miri dan seorang lagi kena ikut aku ke Limbang. Ini yang jadi masalahnya. Namanya Noriah. Penerbangan dari Kuching ke Miri berjalan lancar, kerana kami masih berempat. Wan Aziz masih ada. Untuk ke Limbang masa tu kena turun di Miri dan tukar kapal terbang di sana.

Kami sampai lebih kurang pukul 12.00 tengahari di Miri. Penerbangan ke Limbang pukul 4.00 petang. Jarak waktu yang agak lama membolehkan kami mengikuti Landcruiser PPD Miri menghantar Wan Aziz dan ustazah sandaran itu ke sana sambil melihat-lihat bandar Miri. Terasa juga sayu hatiku ketika berpisah dengan Wan Aziz semasa beliau sampai di Sekolah Menengah Kerajaan Lotong Miri. Maklumlah sama-sama belajar di UKM, lepas tu sekapal pula ke Sarawak. Sanak saudara tak ada. Kawan-kawanlah ganti saudara. Hampir titik air mataku ketika Landcruiser meninggalkan quaters SMK Lotong tu. Namun di sebelahku ada Noriah, yang akan bersamaku ke Limbang, aku tahanlah, nak tunjuk hebat konon.

Selepas meninjau Bandar Miri, kami dibawa semula ke Lapangan Terbang. Sebenarnya Lapangan Terbang Miri ketika itu terlalu tradisi sifatnya. Sekadar sebuah bangunan, kerusi tempat menunggu pula memang jenis lama. Macam bangku tempat kita duduk nak makan cendor. Boleh duduk empat lima orang, memanjang. Aku dan Noriah sahaja dari Semenanjung, yang lain semua Sarawak.

Aku pula bukan biasa bercakap dengan perempuan, tahulah, jenis tak pandai mengurat. Masa belajar dulu tu belajar sajalah, bukan reti nak kacau perempuan. Perempuan yang pernah aku kenali secara rapat ialah ibu, adik dan kakak aku. Lainnya sekadar kenal biasa saja. Sekarang Noriah dah tak lari jauh dari aku. Kerana di situ aku dan dia saja dari Semenanjung. Orang lain semuanya kami tak kenal. Noriah pun baru aku nak kenal secara terpaksa di situ.

Seperti biasa, bila nak naik kapal terbang, kenalah semak tiket dekat kaunter dulu. Kami ke kaunter. Bila diberi tiket, kerani memberitahu kami satu tiket confirm dan satu lagi request (RQ). Apa binatangnya request ni. Aku ni darat Padang Air, bukan biasa naik kapal terbang. Lantas aku memberanikan diri untuk bertanya.

“Request bererti tempat duduk encik tidak pasti lagi dapat atau tidak. Kalau blocked seat tidak digunakan encik berdua boleh pergi, tetapi kalau blocked seat digunakan salah seorang mesti tinggal kat sini dan tunggu penerbangan seterusnya”

Demikian diterangkan oleh kerani tersebut. blocked seat biasanya disediakan untuk VIP seandainya ada program penting. Untuk maklumat, kapal terbang ke Limbang hanya jenis Focker Friendship, seatnya cuma untuk lapan orang sahaja.Kalau ada rezeki, duduk sebelah pilot. "Rasa macam pilot dah, engkau!".

Apa nak kata, aku bukannya orang situ. Noriah pun bukannya orang situ. Kami sama-sama Semenanjung, baru datang kat sini. Seandainya blocked seat digunakan, salah seorang mesti tinggal. Soalnya siapa nak pergi dan siapa nak tinggal?. Noriah perempuan, aku lelaki. Kalau Noriah tinggal, kat mana dia nak bermalam?, dia perempuan. Kalau aku tinggal pun kat mana aku nak bermalam? Tapi bolehlah sikit kerana aku lelaki. Noriah boleh terus pergi dengan penerbangan ini kerana di airport Limbang pasti ada kakitangan JPN yang akan menunggu di sana. Itu keputusan yang ku perolehi dalam monologku. Mahu tak mahu aku terpaksa berdepan dan mengajak Noriah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku.

Perlahan-lahan aku menghampiri Noriah, duduk di atas bangku panjang sebelahnya dan memberitahu:

“Ustazah! Seat dalam kapal terbang cuma ada satu, kalau blocked seat tidak digunakan kita boleh pergi sama-sama. Tapi kalau blocked seat digunakan salah seorang dari kita mesti tinggal di sini. Jadi untuk itu, ustazah pergilah dulu, tak apa kat sana dah ada orang tunggu. Saya tak kisah, saya lelaki boleh lepak kat mana-mana”.

Jelasku lembut dan berhati-hati, maklumlah pertama kali bercakap dengan perempuan secara berseorangan. Mestilah hati-hati takut tersalah cakap. Dalam hati, gementar jugak, nak lepak kat mana. Aku bukan tahu jenis Miri macam mana?. Tapi sekadar memberanikan diri.

Tiba-tiba aku melihat air mata Noriah mengalir dengan derasnya. Membasahi pipi. Sambil mengeleng-ngelengkan kepalanya dia berkata secara berulang:

“Tak mahu!, tak mahu!, saya tak mahu pergi sendirian, hu, huuuuuu”.

Aku terkejut. Tak tahu apa jenis terkejutnya. Noriah terus menangis sambil memalingkan mukanya ke kiri sambil meneruskan tangisnya. Apa nak buat. Secara tiba-tiba timbul kekesalan yang amat sangat dalam hatiku. Apakah aku terkasar atau tersilap cakap. Tapi yang dapat aku rasakan ialah jiwa lembutnya yang sama juga dengan aku, baru berpisah dengan keluarga di kampung. Tiba-tiba adalah seorang yang boleh diharapkan menjadi tempat bergantung, bercakap macam tu pulak, suruh pergi sendiri. Tak reti ke perasaan yang aku ini perempuan, perlukan perlindungan. Itulah hakikat yang aku fikirkan sekarang. Kenyataannya Noriah sudahku sakiti hatinya. Apa sudah jadi aku ni? Kejam ke?.

Macam mana nak buat?. Kalau lelaki tak kisah sangat. Ini perempuan. Aku pulak bukan jenis pandai pujuk perempuan.

Akhirnya, dalam suasana terdesak, aku teringat kisah-kisah percintaan dalam novel-novel yang pernah aku baca. Memang aku suka baca novel. Bagaimana aksi lelaki memujuk perempuan. Sekadar ingat pangalaman baca novellah, bukannya sungguh. Entah bercampur antara naluri kesianku atau rasa bersalah aku tidak pasti. Tapi yang jelas aku sudah bangun dan kekiri menghadap muka Noriah yang menangis. Air matanya masih deras mengalir membasahi pipi.

“Tak apalah ustazah! Jangan susah hati, insya` Allah ada sit kosong tu tak apalah kita dapat pergi sama-sama”.

Pujukku untuk meredakan tangisannya. Tapi Noriah membisu, tangan ditekup kemukanya, sambil memalingkan ke arah kanan. Aku rasa makin bersalah, dan pergi ke sebelah kanan dengan mengulangi ayat yang sama. Itu saja yang mampu ku katakan. Dia menoleh ke kiri. Aku pulak pergi ke kiri, dia menoleh ke kanan aku ke kanan, begitulah kanan dan kiri, tangisan makin menjadi-jadi. Aku tidak tahu berapa kali ke kiri dan ke kanan memujuk Noriah. Tapi seingat aku lebih lima kali. Macam hero hindustan pujuk kekasihnya. Tapi dia tetap nehi!, nehi!. Aku kira kalau ada pengarah filem, sudah tentu cukup adegan itu memenuhi satu babak memujuk wanita. Memang `real punya’. Yang lucunya air mata Noriah kering bukan kerana pujukanku, tetapi akibat berpaling kekiri ke kanan. Bayangkanlah.

Sepuluh minit sebelum penerbangan, penumpang dipanggil ke bilik menunggu. Alhamdulillah, block site tidak digunakan. Kami dapat pergi bersama-sama. Noriah nampak riang, tapi masih lagi tak bercakap dengan aku. Aku buat tak retilah. Aku pun bukan jenis kacau orang. Ustazlah katakan!. Semasa berbaris untuk menaiki kapal terbang, aku lihat dia berdiri di sebelahku. Kesan air mata masih jelas pada kelopak matanya. Tapi mukanya sedikit ceria.

Polis yang mengawal kaunter laluan masuk memeriksa setiap beg yang dibawa. Aku juga tidak terkecuali. Apa yang mengejutkan ialah tiba-tiba dia mengeluarkan sebilah gunting dari begku. Aku ditahan, kerana dianggap membawa senjata yang merbahaya. Penumpang lain disuruh masuk, Noriah pun begitu. Aku melihat riak-riak tangisan di wajahnya seakan-akan menerpa kembali. Tapi dia kena pergi. Jelingan kebimbangannya ketara sekali. "Aduhai, kesiannya!. Tapi apa nak kata".

Memang aku kena tahan. Lebih kurang lima minit aku terpaksa menerangkan kepada polis tersebut kenapa aku membawa gunting yang bukan bertujuan negatif. Aku hairan, masa kat KL, Kuching aku tak pun kena tahan, tiba-tiba kat sini pulak yang kena. Akhirnya setelah berjaya meyakinkan polis aku dibenarkan masuk ke bilik menanti. Benar tekaanku, aku lihat Noriah menunggu dengan tangisan untuk kali keduanya. Berendam lagi air matanya. Tapi sedikit senyum. Senyum dalam tangis. Aku buat hal akulah. Tak pujuk dah untuk kali kedua!. Pedulikan!.

“Menangislah segantang air mata pun lepas ni tak kuasa aku nak mmujuk lagi”.

Getus hatiku. Ego lelakiku mula mengomel sendirian. Bukan apa, fasal dah confirm dapat pergi bersama-sama. Ertinya insya` Allah selamatlah anak dara orang yang sorang ni sampai ke tempatnya. Taklah nanti orang persalahkan aku. Lagi pula pihak JPN Kuching berpesan supaya kami yang graduate menjaga keselamatan Rabi` Thanawi. Rasalah tanggungjawab tu.

Masa penerbangan tiba. Semua penumpang dipersilakan naik ke pesawat. Lapan orang semuanya termasuk seorang pilot. Masih lagi ku ingat salah seorang penumpang suku Kelabit, berseluar pendek, memakai selipar Jepun dan menggalas beg ajat (beg yang dianyam daripada batang bemban), telinganya yang lanjut bergantungan alat perhiasan. Pertama kali melihat orang ini darahku berdarau. Perasangkaku tiba-tiba memuncak tinggi.

“Ini agaknya jenis manusia yang makan orang”.

Aku mula mengesyaki hal yang bukan-bukan. Aku tidak tahu apa yang difikirkan oleh Noriah. Masa setengah jam penerbangan dari Miri ke Limbang penuh dengan kebimbangan. Dalam pesawat dengan orang yang aku bimbang. Di bawah sana hutan yang begitu tebal. Tertanya-tanya aku bagaimana halnya sekolah bakal aku ditempatkan. Hutan mana? Bukit mana?, gunung mana?. Sungguh tak menentu.

Tiba di Lapangan Terbang Limbang, sebuah Landcruiser PPD Limbang sedia menunggu kami. Aku dihantar ke kuaters SMK Limbang, disambut oleh Cikgu Kamal Saidin, (orang negeri Sembilan, pangilan Atuk) dan Cikgu Rosman Bejo (orang Johor). Noriah dibawa tinggal bersama dengan Ustazah Halimah (orang Terengganu) di salah sebuah sekolah rendah di pekan Limbang.

Semasa turun dari Landcruiser, aku lihat orang Kelabit tadi tiba di kuaters yang sama. Sekali lagi darah pengecutku tersirap. Bermonolog lagi diriku.

“Memang sah malam ni aku tinggal tulang dah, ayah dan ibuku bakal menerima berita malang bagi anaknya yang sorang ni!”.

Cikgu Kamal dan Rosman menunjukkan kepadaku bilik untuk aku tinggal. Kami terpaksa berkongsi satu pintu dengan seorang cikgu Pudun Tadam (orang Murut), di pintu sebelah, tetapi makan bersama-sama dengan Kamal dan Rosman. Tak kisahlah. Satu pintu kuaters ada tiga bilik. Aku ditempatkan di bilik paling kecil. Ada sebuah katil. Apa pun bagiku sudah cukup. Tak kisah sangat. Maklumlah mula-mula kerja. Ikut oranglah nak letak kat mana. Asal dapat solat, buat kerja cukuplah.

Petangnya Atuk dan Rosman membawaku ke pekan Limbang berkenalan dengan guru-guru Semenanjung yang bertugas di sekitar Pekan Limbang. Ada lebih kurang sepuluh orang semuanya. Kami berbual mesra dan berjumpa semula dengan Noriah. Riak-riak duka sudah tidak ada lagi pada wajahnya. Alhamdulillah, selesai tugas aku.

Malamnya bermulalah babak pertama untuk kehidupanku di Limbang. Sendirian di dalam bilik. Mulalah menjelma kembali ingatan yang bukan-bukan. Orang makan orang. Anggota kemaluan dipindahkan ke dahi, dinding dan sebagainya. Tidurku untuk malam pertama tidaklah begitu lena. Mungkin tempat baru. Pagi besoknya bila terkejut dari tidur, mataku meliar melihat ke arah dinding yang ada dalam bilikku. Maklumlah sebelum ke Sarawak aku dimomokkan dengan seribu satu macam cerita ilmu hitam (black magic), pindahkan alat jantina ke sana-sini. Jadi mataku meliar melihat dinding. Ok! Confirm tak ada yang tergantung. Aku raba pula kat dahi, tak ada apa. Aku rasa lega, kerana aku masih diriku. Tidak ada sebarang perubahan.

Tiga tahun aku mengajar di Limbang, tahun keempat aku ditukarkan ke Maktab Perguruan Batu Lintang Kuching. 1985 aku bertukar ke Maktab Perguruan Ipoh Perak, Hulu Kinta. Selamat tinggal Sarawak, Bumi Kenyalang. Bumi yang banyak mengajarku mengenali diriku dan kerjayaku. Benarlah kata-kata Sayyidina Ali Karramallahu wajhah:

“Manusia adalah musuh kepada apa yang ia tidak tahu”.

Kejahilkanku mengenai Sarawak menjadikan aras perasangkaku amat tinggi. Padahal tujuh tahun aku di Sarawak, tidak ada apa yang negatif berlaku atas diriku. Mereka adalah orang yang baik-baik, macam Semenanjung juga. Apalah jahilnya diriku hinggakan bila jumpa orang yang agak lain dari diriku, aku mula menyangka yang bukan-bukan. Orang Kelabit yang satu penerbangan denganku sebenarnya nak jumpa dengan anaknya di SMK Limbang, yang aku pula mengada-ngada berfikiran yang bukan-bukan tu apa ceritanya. Itulah diriku.

Noriah dah balik ke Perak. Sekali-sekala bila aku jumpa dia dan suaminya yang aku panggil Abang Mat, aku bertanya:

“Abang Mat, Noriah nangis lagi tak?”.

“Ustaz ni tak dak kerja lain, asyik nak ngusik orang saja!”.


Jawab Noriah spontan, abang Mat hanya tersenyum, manis senyumnya sesuailah dia dengan Noriah tu. Orangnya tak banyak cakap. Warak dan tawadhu’.

Hingga kini bila aku kenangkan semua aku masih mampu menyebut. "Maafkan segala yang tidak baik terhadap diriku, duhai Sarawak". Memang bila kita tidak tahu kita mula membuat persepsi pelbagai. Tunggul kayu pun disangka hantu. Demikianlah dengan lagu Sayang Sarawak Sungainya Sempit, siapa penciptanya?. Pernah tak dia pergi ke Sarawak?.

Artikel Penuh...

Wednesday, October 21, 2009

Sensitiviti Generasi Muda Terhadap Isu Semasa

M

uqaddimah
فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم. ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار.


Generasi muda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan.

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.

Maksudnya:

Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang tua menyanggahiku.

Sabda Rasulullah saw.

إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.

( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )

Generasi Muda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana: antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)

Generasi Muda tak selayaknya alpa dibuai mimpi dan impian palsu, sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.

Sabda Rasulullah saw.
و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”

Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:


إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية



“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”

CABARAN UTAMA YANG PASTI DIHADAPI.

Paling minima, cabaran utama yang akan ditempohi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah:

Ø Sukar untuk mencipta Isu

Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul

Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired )

Ø Sifat Isu yang mudah luput

Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat

Lantaran itu, Generasi Muda sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini, suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman.

Tanpa persiapan sedemikian, Generasi Muda akan terperangkap dalam manipulasi musuh yang amat licik. Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh.

Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu

kerana menyedari “jiwa kepemudaan” Generasi Muda mudah dipengaruhi.


إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ. ( رواه الحاكم )

Maksudnya:

Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu.

Sabda Rasulullah saw:



لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ: عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه.

Maksudnya:

Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara:Ke manakah dihabiskan umurnya, bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya.

( Riwayat At- Tarmizi )

Antara isu yang menguji keperihatinan Generasi Muda hari ini, sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran, keruntuhan moral, dan tentangan pemerintahan sekular.

ISU DALAM WAJAH: SERANGAN PEMIKIRAN

Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam, jua kepada semua pemuda/i secara khusus untuk menghancurkan Islam dan ianya datang dari segenap arah.

1. Barat
Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana diketahui umum , barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan dinding rumah-rumah ibadat.



Ø Dalam hal pentadbiran, Barat mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan ugama dari urusan hidup sehari . فصل الدين عن الحياة

Ø Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan
فصل الدين عن الحكومة و الدولة



Ø Sementara dari urusan ekonomi, Barat mendokong prinsip kapitalis dengan orentasi ekonomi Ribawi. Urusan politik pula,Barat menaja prinsip demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.



Ø Urusan kemasyarakatan jua demikian , Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan yang bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.

2. Timur Blok Komunis

Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau Komunisme yang mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan) dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Ilahi dan hak hukum hakam Islam.

Kenapa Barat dan Timur Menyerang Islam. ( Sifat Isu ini berpanjangan )

Justeru Islam mempengaruhi aqal dan pemikiran manusia dan ia tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat sementara ummat manusia berduyun-duyun menganut agama Islam dengan penuh ketaatan tanpa sebarang paksaan.

Firman Allah swt:

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا . فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُكَانَ تَوَّابًا

Maksudnya:

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
( An Nasr 1- 3 )

Rancangan Jahat Mereka

Setelah menyedari bahawa mereka tidak akan berupaya untuk menjatuhkan Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka melancarkan propaganda-propaganda sulit dalam pelbagai wajah isu untuk tujuan tersebut.

Ianya bermula dengan rancangan menghapuskan Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan ummat Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan politiknya. Gerakan penjajahan ke atas negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.Mereka melebarkan empayar dengan falsafah politik keji mereka ( فرِّق و تَسُد ) atau "divide and rule" ( pecah dan perintah )

Kejatuhan sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi Daunama dengan syarat-syarat berikut:

· Hapuskan Sistem Khilafah sama sekali

· Isytihar Negara Sekular

· Mengekang gerakan Islam

· Mengganti perlembagaan Othmani Al-Islami kepada perlembagaan atau undang-undang sivil ciptaan manusia.

Generasi Muda yang dihormati sekelian,

Tindakan jahat mereka tidak terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan memastikan aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi.

Musuh-musuh Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi dan sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami.

Rancangan jahat terhadap Islam dengan tipu daya mereka yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu:

a) Gerakan Komunis مخططات الشيوعية

b) Gerakan Solibiyah مخططات الصليبية

c) Gerakan Yahudi dan Freemason مخططات اليهودية و الماسونية

d) Gerakan Munafiqin مخططات العملاء في الداخل


i) Gerakan Komunis [1]

Serangan Komunis terhadap Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai ke peringkat pertumpahan darah dengan maksud menghapuskan Islam dan ummatnya.

Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di Turkistan. Namun malangnya, secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah dirampas.

Satu sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam yang menjadi mangsa pemerintahan mereka dalam tempoh setahun (1917-19118) ialah seramai satu juta.

Pada tahun 1928, Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand.

Pada tahun 1930, kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan dan mereka juga telah meragut banyak nyawa di bumi Afghanistan. Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat Islam melalui serangannya yang bertubi-tubi tanpa henti sepanjang 50 tahun.

Semangat Penentangan Komunis Terhadap Islam

Pada tahun 1913, LENIN telah menegaskan: “Tidak benar bahawa Allah yang mentadbir alam,akan tetapi Allah adalah pemikiran khurafat yang dicipta oleh manusia untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran tersebut adalah seorang yang jahat dan lemah.

2. MARK telah menjelaskan bahawa “Tidak ada tuhan dan kehidupan adalah berbeza”

3. Akhbar Supteshia Bravda dalam tahun 1954 menyatakan: Kepercayaan kepada Allah adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.



4. Mu’tamar ke 22,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet telah membuat ketetapan bahawa: Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan dalam masyarakat Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.

Kesan Pembawaan Komunis di Dunia Islam

Berselindung di sebalik slogan sama rata dan keadilan masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islaam sehingga Lahore sebahagian ummat.yang keliru tentang Wujudiah Rabbaniah..

Menimbulkan isu untuk menanggapi agama sebagai “Candu” masyarakat dan mendorong manusia membebaskan diri dari ikatan agama dan akhirnya syiar Islam tidak lagi berdiri megah. Sebaliknya, menjadi asing di tengah ummat Islam sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
بَدأَ اْلإسْلامُ غَرِيباً فَسَيَعُوْدُ غَرِيباً كما بدأ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاء

Maksudnya ;

Islam telah bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang-orang yang dagang ( asing )

b) Gerakan Solibiyyah
Suatu gerakan Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang mendalam untuk membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah Orientalis, Missionerry dan penjajahan dengan membawa tekad dan hadaf yang satu.

Noktah Utama Dalam GERAKAN SOLIBIYYAH.

1. Bertindak keatas kerajaan Islam dan menghapuskan Sistem Khilafah.

2. bertindak keatas sumber utama syariat Islam al-Quran dan al-Hadis.

3. Merosakkan fikrah Islamiyyah di kalangan ummat Islam.

4. Memecahkan kesatuan ummat Islam.

5.Merosakkan wanita-wanita muslimah melalui gerakaan “Women Liberation “ dan sebagainya.



Wasilah-wasilah Mereka

1. Mendidik anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah mereka .

2. Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan buku-buku mereka.

3. Khidmat kebajikan masyarakat.

4. Melalaikan masyarakat dengan hiburan,arak,perrempuan dan sebagainya.

5. Menghantar lebih ramai pendakwah-pendakwah Kristian ke negara-negara ummat Islam.

c) Gerakan Yahudi dan Freemason

Firman Allah swt:
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

Maksudnya:

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
( Al Maidah 82 )

Yahudi merupakan musuh tradisi ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.

Catatan: Artikel ini bukan karya penulis, tetapi ambilan dari blog lain, terima kasih kepada penulis asal, semoga dimanfaatkan bersama

Artikel Penuh...

Solat Mengubati Penyakit

H
ASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mem punyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,"katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian. (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,"katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

(Catatan: Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Artikel Penuh...

Sahsiah Guru Pendidikan Islam

S
aid Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata:
“Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah
termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya.”

Pendahuluan


Peristiwa keganasan remaja yang membakar kelas dan rumah guru, bilik makmal sekolah, memukul guru serta melakukan vandalisme sering dikaitkan dengan keupayaan guru mendidik para pelajar. Lebih jauh kemelut sosial, politik dan ekonomi yang dihadapi oleh negara sekarang ini juga dikaitkan dengan kelemahan sistem pendidikan sekular serta pencapaian guru.

Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan mereka yang vital dan indespensible dalam masyarakat. Meskipun pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia telah diperkenalkan dan mempunyai pengaruhnya yang besar namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam membentuk warganegara.

Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar dalam keperibadian guru berkenaan. Pepatah Arab ada menyebutkan:


Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah,
Perbuatan demikian aibnya amatlah parah.

Apakah yang dimaksudkan dengan sahsiah, ciri-ciri utamanya, apakah traits nilai di rangkumi olehnya, apakah ciri seorang guru muslim dan bagaimana membangun ciri-ciri tersebut, inilah antara persoalan yang akan kita huraikan dalam kesempatan ini




Maksud Sahsiah
Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.

Mengikut G.W Allport dalam dalam bukunya “Pattern and Growth in Personality”, sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1).

Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.

Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka.

Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi:

(a) Sifat Rohaniah

1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna
2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul
3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain

(b) Sifat-Sifat Akhlak

1. Benar dan jujur
2. Menepati janji
3. Amanah
4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
5. Merendah diri
6. Sabar, tabah dan cekal
7. Hilm, pemaaf dan toleransi
8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani

i. Sifat Mental

1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial)
2. Menguasai mata pelajaran takhassus
3. Luas pengetahuan am
4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat
5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid
6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan

1. Sifat tenang dan emosi yang mantap
2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya.
3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat
4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan
5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat

iii. Sifat Fizikal

1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit
2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih


Menurut kajian soal selidik di kalangan para pelajar di sekolah menengah di negara –negara maju terdapat senarai yang menerangkan sifat-sifat yang diingini oleh pelajar. Antara sifat guru yang dikehendaki ialah guru tersebut :

1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar)
2. Tidak berat sebelah
3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas
4. Berdisiplin
5. Menguasai mata pelajaran dengan baik
6. Adil dalam pemarkahan
7. Sifat kelakar
8. Suka menolong pelajar di luar kelas
9. Memahami masalah pelajar
10. Mampu menarik perhatian pelajar
11. Amanah dan menunaikan janji
12. Berupaya membuat penghukuman yang betul
13. Mempunyai sahsiah yang dihormati
14. Mempunyai semangat persekolahan yang tinggi
15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik
16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’
17. Mempunyai kemahuan yang kuat
18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi
19. Tidak suka menghina murid atas kesalahan mereka
20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan
21. Luas pengetahuan am
22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar
23. Suara yang baik-serak-serak basah
24. Mengenal titik kekuatan murid
25. Pandai memberi nasihat
26. Simpati terhadap kelemahan murid
27. Pandai memilih kata-kata
28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji
29. Mengambil kira suasana murid di rumah
30. Boleh membuat ujian secara berkala
31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan
32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah
33. Suka memberikan kerjasama
34. Bersemangat riadah atau kesukanan

Guru Muslim yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka.

Etika Guru Muslim

Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara yang boleh dirumuskan ialah:

Tanggungjawab Terhadap Allah

Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut:

1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.
3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.
4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.



Tanggungjawab Terhadap Diri

1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.
2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.
5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.

Tanggungjawab Terhadap Ilmu

Guru muslim hendaklah :
1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
2. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.
5. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

Tanggungjawab terhadap Profesion

1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

1. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.
5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.


Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan membantu keberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan.

Maksud Keberkesanan Pendidikan Islam

Meskipun ciri dan sahsiah guru yang baik telah dicapai namun itu tidak pula bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya berkesan. Pengajaran guru samada berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan degan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Keberkesanan Pendidikan Islam tidak hanya bergantung kepada teknologi pendidikan atau pendekatan sistem tetapi lebih jauh dari itu, ia memerlukan asas falsafah pendidikan yang Islamik dari yang sedia ada sekarang - baik di peringkat tadika, rendah, menengah mahupun di peringkat tinggi. Kita memerlukan falsafah pendidikan yang menyeluruh dalam segenap bidang, baik dalam bidang pendidikan guru, vokasional, ketenteraan, kesihatan, keusahawanan mahupun dalam pendidikan politik, kesenian, kesukanan dan sebagainya. Di samping itu ia perlu dibingkai oleh dasar-dasar negara yang Islamik juga; samada dasar pembangunan ekonomi, dasar pendidikan, dasar belia, dasar penerangan, dasar pembangunan wanita dan dasar-dasar lain.

Suatu bentuk reformasi yang meyeluruh hendaklah dilaksanakan demi memastikan keberkesanan pendidikan Islam dalam membentuk sahsiah generasi baru. Reformasi tersebut harus mencakup bidang-bidang berikut:

1. Falsafah dan Konsep Pendidikan Islam
2. Kurikulum
3. Sistem Pendidikan
4. Pengajaran dan Pembelajaran
5. Sumber Pendidikan
6. Perkembangan Kakitangan
7. Pengurusan Pendidikan Islam
8. Pembinaan Potensi Pelajar dan Guru
9. Membangun Imej Pendidikan Islam

Guru-guru pendidikan Islam haruslah terdiri dari orang-orang yang benar-benar memahami, menghayati dan memperjuangkan cita-cita Islam yang syumul dan merangkum. Dengan keikhlasan dan semangat Islam yang membara guru dapat mengatasi kekurangan alat teknologi untuk menghasilkan keberkesanan pengajaran mereka.



Antara ciri-ciri seorang guru yang baik dan berkesan adalah seperti rajah berikut:

Guru yang Berkesan Guru yang Tidak Berkesan
Adil Pilih kasih
Demokratik Autokratik
Bertimbang rasa Terbatas
Responsif Menjauhkan diri
Baik hati Kasar
Tidak membosankan Membosankan
Original Stereotype
Tangkas Tidak peduli
Menarik Tidak memberi kesan
Bertanggungjawab Bersikap dalih
Stabil Tidak seimbang
Tenang Mudah naik perasan
Yakin Tidak tentu


Penutup

Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik.


AGS
Petaling Jaya
1 Jamadil Awwal 1421
Oleh :
Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsudin
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

Artikel Penuh...

Tafsir Ayat 96 - Surah Ali Imran

A

yat ini sebagai kata pemutus mengenai dakwaan orang Yahudi mengatakan bahawa Baitul Maqdis lebih agung daripada Ka`bah...

Turun ayat :ان اول بيت وضع للناس للذي ببكة مباركا



MEKAH

Kota Mekah terletak di kawasan Hijaz, 70 km arah timur kota Jedah, Kerajaan Saudi Arabia, dengan posisi 21°27´ lintang utara dan 39°49` bujur timur. Konon dinamakan Mekah karena mengisap dosa (Dalam bahasa Arab Makka al-‘adhama = mengisap sumsum tulang), atau karena sedikit air. Dalam Alquran disebutkan dengan berbagai nama; Makkah, Bakkah, Al-Qaryah, Umul Qura (induk desa-desa) dan Al-Baladul Amin (negeri yang aman).





MEKKAH DALAM AL-QUR'AN

* Makkah
"Dan Dialah yang menahan tangan mereka dan (membinasakan) kamu dan (menahan) tangan kamu dan (membinasakan) mereke ditengah kota Mekkah sesudah Allah memenangkan kamu atas mereka") QS Al Fath 48:24
* Bakkah,
" Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia" QS Al Imran/ 3:96
Ada 4 pendapat mengenai Bakkah,yaitu
- Bagian bumi dimana terdapat Ka'bah
- Sekitar Baitullah
- Masjidil Haram dan Ka'bah karena Makkah ialah nama untuk daerah haram (daerah suci) seluruhnya
- Bakkah atau Makkah sama saja
* Ummul Qura (Perkampungan Tua)
" Dan ini (Al-quran) adalah kitab yang telah kami turunkan yang diberkahi;membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang disekitarnya" QS Al An'am/6;29 disebut juga dalam surat Al Syura " Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga dan segolongan masuk neraka"
* Al Balad (Negeri)
"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata " Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala" QS Ibrahim/14;35
Dalam surat lain disebutkan "Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (Mekkah) dan kamu (Muhammad) bertempat dikota Mekkah ini" QS Al Balad/90;1-2
* Al Balad al Amin (Negeri yang aman)
"Dan demi kota (Mekkah) ini yang aman" QS At Tiin/95;3. Menurut Ibn Al-Jauzi bahwa orang yang merasa takut pada masa jahiliyah dan pada masa Islam akan aman berada dalam Mekkah dan orang Arab jika mengatakan kepada sesuatu yang dapat memberikan keamanan menyebutnya dengan 'Al amin'



Keutamaan-Keutamaan Mekkah

1. Tempat dibangunnya Rumah Allah ( Baitullah )
2. Kota kelahiran dan kenabian Muhammad SAW penutup para Rasul
3. Tempat beribadah para hambaNya serta adanya kewajiban atas mereka untuk mengunjunginya, baik dari jauh maupu dekat
4. Tempat yang dijadikan Allah SWT sebagai Tanah suci yang aman, tidak boleh ada pertumpahan darah
5. Tempat yang mustajab untuk; barangsiapa berdoa didalamnya, maka Allah akan mengabulkannya.

Keberkatan:

* Berada di lembah yang tidak ada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan, namun penduduknya tidak kekurangan makanan.
* Tetap mengalir di sana air yang amat mulia di atas muka bumi.
* Mengalir di sana ‘hudan’, petunjuk Allah.
* Manusia akan rasa rindu untuk ke sana setiap tahun.



Ayat 87 - Tanda-tanda yang nyata:

* Telaga zamzam.
* Tempat ibadat.
* Maqam Ibrahim.
* Jaminan keselamatan kerana ianya adalah tanah haram, kawasan kedutaan Allah yang diisytiharkan melalui Nabi Ibrahim. Mereka tidak akan membalas dendam di sekitar tanah haram. Kecuali hukum qisas seperti mencuri dsb. Yang ditetapkan oleh hakim
* Dilarang melakukan sebarang penumpahan darah dalam kawasan tanah haram.





Ka’bah

Jika Mekkah begitu berarti sebagai induk dunia, maka yang membuatnya menjadi sangat penting adalah keberadaan ka’bah. Persoalannya sekarang adalah mengapa harus ka’bah? Sebuah pertanyaan yang selalu diinginkan jawabannya oleh setiap muslim.

Menurut pendapat para ulama dan pakar sejarah, dinamakan ka’bah karena bentuknya yang kubus. Mereka mengatakan bentuk kubus itu bukan tanpa alasan. Desain yang seperti itu dan letaknya yang berada di Mekkah adalah karena secara geografis ia berada sejajar dengan Baitulmakmur di langit. Baitulmakmur adalah sebuah bangunan mirip ka’bah di langit keempat. Disebut begitu karena malaikat selalu memakmurkan tempat itu dengan melakukan ibadah dan bertasbih kepada Allah swt secara terus menerus. Bahkan, menurut Amirulmukminin Ali bin Abu Thalib ra, sebanyak 70 ribu malaikat memasukinya setiap hari untuk beribadah, kemudian keluar dan tidak pernah kembali ke sana. Karena hari selanjutnya merupakan giliran 70 ribu malaikat lainnya untuk beribadah di dalamnya.

Begitu istimewanya Baitulmakmur ini sampai-sampai Allah swt bersumpah dengannya:
”Demi Bukit Thur dan kitab yang ditulis pada lembaran yang terbuka, dan demi Baitulmakmur” (QS. Ath Thur: 1-4)

Sedang Nabi Muhammad saw bersabda demikian,
”Baitulmakmur sepadan dengan Baitulharam di Mekkah. Seandainya ia jatuh dari langit keempat pasti akan mendarat tepat di lokasi Baitulharam.”

Sebagaimana ka’bah yang berbentuk kubus, Baitulmakmur bentuknya juga kubus. Begitu pula dengan Arsy. Bentuk kubus melambangkan empat pilar yang harus dipegang kuat-kuat dalam beriman. Empat pilar itu meliputi:
Pertama, Subhanallah, yang berarti penyucian dan pengagungan Sang Pencipta.
Kedua, Alhamdulillah, yang bermakna setiap mukmin sejati tidak pernah lupa bersyukur kepada Penciptanya.
Ketiga, La Ilaha illallah, yang bermakna pengesaan sepenuhnya terhadap Allah swt.
Keempat, Allahu akbar.

Dalam satu riwayat Nabi Muhammad saw pernah bersabda,
”Dalam setiap siang dan malam hari, Allah swt menurunkan 120 rahmat ke Baitullah ini. 60 untuk orang yang thawaf, 40 untuk orang yang melakukan sholat, dan 20 untuk orang yang menyaksikan.”

Makna ka’bah yang lainnya adalah secara spiritual ka’bah menjadi semacam pusat medan magnet dan titik fokus utama umat Islam dalam beribadah. Seperti layaknya planet-planet yang menujukan titik fokusnya pada matahari yang berada di tengah-tengah orbit dan bermilyar-milyar matahari menujukan titik fokusnya pada black hole, maka manusia pun menjadikan ka’bah sebagai kiblat-sebagai titik fokus utama dalam beribadah. Dalam orbitnya planet-planet tidak akan berputar secara melenceng dari garis orbitnya, kecuali dia ingin bertabrakan dengan planet lainnya dan hancur lebur. Maka manusia pun diharapkan juga begitu, berjalan sesuai dengan garis orbitnya. Sudah sewajarnya jika Ka’bah dijadikan sebagai patokan untuk berjalan sesuai orbit yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Sungguh bukan suatu kebetulan jika planet-planet dan orang berthawaf memiliki satu kesamaan, yakni berputar mengelilingi kiblatnya masing-masing dengan gerakan yang seragam berlawanan arah dengan detak jarum jam. Makna spiritualnya, jika usia alam semesta semakin lama semakin habis maka sudah sepatutnya jika bekal kebajikan yang dibawa untuk hari akhir semakin lama semakin bertambah banyak. Bukankah bayi baru dapat dikatakan tumbuh dengan baik kalau dia bisa memanfaatkan asupan nutrisi yang diberikan ibunya secara baik pula? Tapi anehnya kenapa rata-rata manusia semakin hari semakin banyak membuat kerusakan?

Ka`bah adalah rumah yang pertama didirikan untuk dijadikan tempat ibadat. Lambang Tauhid kepada Allah. Bakkah berasal daripada buka’, bermaksud tangisan. Ada yang bermaksud tempat yang kering kontang.



Keadaan Ka`bah



Ia dibina oleh Nabi Ibrahim selama empat puluh tahun sebelum dibina Baitul Maqdis oleh Nabi Sulaiman.



Memberi peringatan kepada Yahudi yang selalunya mengatakan Baitul Maqdis jauh lebih utama daripada Ka`bah.



Ianya merupakan rumah yang diberi keberkatan oleh Allah dan petunjuk kepada isi alam.





Perintah mengerjakan Haji:



* Hajj bermaksud qasad, sengaja menuju kepada sesuatu. Bererti mesti ianya dikerjakan dalam keadaan yang sebenarnya, bukan main-main. Mesti kerana Allah semata-mata. Beribadat tulus ikhlas kerana Allah dengan mengeluarkan belanja yang begitu besar. Sabda Nabi s.a.w.



من مات ولم يحج فليمت ان شاء يهوديا أو نصرانيا (رواه ابن عدى عن ابى هريرة)

“Barangsiap yang mati, padahal dia belum mengerjakan haji, maka biarlah dia mati (boleh pilih) jika dia suka jadi Yahudi atau jadi Nasrani”.



Hadis ini sebagai ancaman (tarhib) supaya kita jangan menyia-nyiakan keislaman kita dan jangan memperlemahkan iman dan cita-cita kita agar suatu waktu kita dapat mengerjakan haji.



Kufur di hujung ayat ini bermaksud menolak kebenaran dengan tidak ada alasan. Contohnya badan sihat, ada perbelanjaan , kenaikan mudah tetapi tak mahu mengerjakan haji. Sekurang-kurangnya kufur nikmat. Ada juga mengatakan naik haji memperkayakan orang Arab dsb.

Artikel Penuh...

Saturday, October 17, 2009

Pemimpin Wibawa Warisi Kepimpinan Rasulullah

R

AMAI yang mungkin tidak menyedari hubung kait pemilihan pemimpin negara dan sebuah parti politik yang menjadi teras kepada kerajaan hari ini, jika mereka tidak memahami sistem politik kepartian di Malaysia.
Pemilihan pemimpin parti politik sebenarnya memberi bayangan kepada kepemimpinan masa depan negara


Oleh itu, mengaku bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan dunia umumnya, mengiktiraf pengakuan itu, sedikit sebanyak proses pemilihan dan pemimpin akan dinilai dan dianalisis dari sudut sejauh mana ia bertepatan dengan kriteria penetapan proses pemilihan pemimpin yang digariskan oleh Islam.

Apabila membicarakan ciri kepemimpinan pada seseorang pemimpin dari perspektif Islam, kita tidak boleh lari daripada prinsip kepemimpinan dalam Islam. Iaitu kita semua adalah pemimpin dan akan dipersoalkan di akhirat kelak atas apa yang dilakukan atas kepemimpinan kita. Bukan itu saja, malah kita akan dipersoalkan mengenai siapa yang dipilih dan dijadikan panduan sebagai pemimpin.

Firman Allah bermaksud: "Dan Allah telah melantik kamu sebagai khalifah di atas muka bumi, maka Dia akan melihat apakah yang kamu kerjakan." (Surah al-A'raf, ayat 129)

Ini disokong oleh hadis Rasulullah yang bermaksud: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal mengenai apa yang dipimpinnya."

Antara soalan paling awal ditanya dalam kubur oleh Mungkar dan Nangkir adalah mengenai siapakah yang kita ikuti sebagai pemimpin ketika hidup. Jika salah memilih, di akhirat kelak pemimpin itu tidak dapat membantu kita. Kita juga tidak dapat membantu pemimpin itu atas kesalahan kita bersubahat dalam kepemimpinannya.

Justeru, menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak menjadi pemimpin. Ia perlu mengikut lunas Islam dan mengambil kira keadaan dan realiti politik serta kaedah memilih pemimpin pada zaman ini.

Dalam Islam ada banyak panduan dan penilaian bermutu yang boleh dirujuk dalam memilih orang yang akan dipilih atau lantik sebagai pemimpin. Namun, agak rumit untuk menjawab persoalan ini, jika kita menutup minda kepada idealisme sesetengah mereka yang mendakwa bahawa kaedah memilih dan pemimpin yang dipilih hari ini tidak menepati kehendak agama.

Idealnya, pemimpin Islam adalah seperti yang ada pada kepemimpinan Nabi Muhammad saw, sahabat dan empat khalifah yang memerintah selepas Baginda wafat.

Idealisme kepemimpinan Islam sebegitu tidak dapat nafikan. Hakikatnya, mampukah masyarakat hari ini melahirkan seorang pemimpin seagung dan sehebat itu dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira kekurangan dan kelemahan pada masyarakat hari ini?

Dalam keterbatasan inilah semua yang terbabit seharusnya tidak mengenepikan nilai kepemimpinan yang ditetapkan oleh Islam.

Kita mesti mengakui hakikat bahawa generasi Islam hari ini sangat berbeza daripada waktu kegemilangan Islam dulu. Perlu diingat bahawa keadaan sosial politik pada hari ini juga jauh berbeza daripada zaman dulu.

Peredaran zaman berserta kemajuan yang dicapai dalam tamadun zaman ini, terutama apabila dunia menjadi begitu kecil sekarang berbanding dulu memerlukan kita menilai semula pendekatan kita. Kita perlu mengambil pendekatan pragmatik bagi membolehkan mencapai kegemilangan ummah seperti ummah terdahulu tanpa mengenepikan nilai kepemimpinan Rasulullah.

Dalam konteks ini, keutamaan harus diberi kepada menjayakan proses pemilihan pemimpin yang menepati ciri penting kepemimpinan Rasulullah iaitu siddiq (benar), amanah (jujur), tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana). Ia juga boleh dirungkaikan kepada beberapa ciri terbitan (generic) lain seperti adil, berwibawa, telus, berintegriti, terbuka, berpandangan jauh, cekap, bersih dan berhemah.

Penganalisis politik, umumnya, mengakui bahawa 'politik wang' adalah sesuatu yang menjadi penyakit dalam sistem politik kepartian hari ini. Sesungguhnya gejala ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam dan amalan politik serta keperibadian Rasulullah.

Politik wang sesungguhnya melanggar keempat-empat prinsip asas keperibadian Rasulullah dan nilai terbitan lainnya.

Sebagai seorang pemimpin dan pemilih pemimpin, seharusnya dihindari golongan yang mengamalkan pendekatan politik kebendaan seperti itu. Sesungguhnya sesiapa yang terus mengamalkan dan terbabit dengan perkara sedemikian adalah golongan yang akan memusnahkan kepemimpinan negara pada masa depan.

Pemimpin di kalangan yang korup akan pasti menjerumuskan masyarakatnya dalam kemelut korupsi juga.

Ada juga pemimpin dan pelobi yang menggunakan pendekatan mengadu-domba, memfitnah, memburukkan peribadi saingannya bagi menjamin kemenangan diri dan pemimpin yang disokong nya. Ini juga jelas melanggar tata cara memilih kepemimpinan dalam Islam seperti yang boleh diwarisi daripada Rasulullah.

Ajaran Islam jelas melarang kita daripada mengambil pendekatan yang boleh mengancam perpaduan ummah, mengaibkan sesama Islam serta mengamalkan fitnah. Amalan sedemikian pastinya mencerna permusuhan, perbalahan dan menghakis kekuatan umat Islam.

Sejarah Islam banyak mencatatkan peristiwa yang boleh dikaitkan dengan amalan yang terpesong ini. Empayar dan kegemilangan Islam runtuh berikutan amalan itu. Oleh demikian, seharusnya dalam proses pemilihan pemimpin dan bakal pemimpin negara, kita sama-sama memastikan supaya gejala sedemikian tidak berlaku.

Seperkara lagi, sebagai umat Islam, dalam suasana sekarang istilah berkempen seharusnya dihiasi dengan pendekatan semangat dan roh tabligh Rasulullah. Baginda menganjurkan kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran dalam menonjolkan kepemimpinan negara.

Penyampaian melalui kempen dan kegiatan melobi mestilah bersandarkan kepada nilai yang diwarisi daripada Rasulullah. Bertepatan dengan saranan pemimpin negara, kempen seharusnya dilakukan dalam suasana penuh hikmah dan bertertib. Perkara sedemikian supaya ia dapat dijadikan contoh kepada umat Islam lainnya, di samping memperlihatkan kepada dunia bahawa kepemimpinan dan nilai Islam sesungguhnya sempurna dan unggul.

Selain keperluan menepati ciri berteraskan prinsip sifat Rasulullah, dapat disimpulkan bahawa dalam suasana pemilihan pemimpin, seharusnya memilih pemimpin yang;
• Mampu berkomunikasi dengan berkesan sesama sendiri (masyarakatnya) dan dengan masyarakat lain sekelilingnya.
• Mempunyai ketajaman fikiran, pragmatis dan berpandangan jauh.
• Mempunyai pertimbangan praktikal dalam mengambil langkah yang boleh mengancam kekuatan masyarakat dan negara yang mereka pimpin.
• Mampu membina kekuatan masyarakat yang mereka pimpin dari semua aspek ekonomi, psikologi, dan sebagainya.
• Mampu memperoleh sokongan padu dan tidak berbelah bahagi dari setiap lapisan masyarakat yang dipimpin, termasuk bukan Islam.
• Mampu mewujudkan pentadbiran yang cekap dan berkesan.
• Bijaksana dalam mengambil sesuatu tindakan dan keputusan yang membina keutuhan dan perpaduan masyarakat yang dipimpin.

Sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia, kita sama-sama bertanggung jawab ke arah menegakkan nilai yang dianuti ini demi memartabatkan Islam sebagai addin.

Pada pandangan Islam adalah penting kita berpesan-pesan dan bertindak di atas kebenaran dan mencegah kemungkaran. Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah meredai kamu dalam tiga keadaan: yang menyembah-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu; yang berpegang dengan tali-Nya sepenuhnya dan tidak berpecah-belah; dan yang nasihat-menasihati wali-wali Allah dan pemerintahnya."

Di samping itu, perlu diingat, menjadi pemimpin bukan satu keistimewaan tetapi adalah amanah Allah dan wadah bagi memikul tanggungjawab berat.

Pemimpin Islam mesti mempunyai keimanan serta ketaatan kepada Allah, kekuatan peribadi, kepintaran, ketabahan dan ketegasan. Orang yang dikuasai nafsu dan lemah iman tidak layak memimpin kerana akan merosakkan negara, masyarakat yang dipimpinnya dan ummah keseluruhannya.

Mohd. Roslan Mohd. Saludin
Fellow
12/08/2004 | Berita Harian

Artikel Penuh...

Khulafa`ur Rasyidin

P
eristiwa di sekitar perlantikan Khalifah Pertama

1. Adalah yang berpendapat Khalifah sepatutnya dari golongan Ahlil Bait. Berdasarkan kepada keluarga Rasul saw. Semasa hampir wafat baginda ditemani oleh Ali, Uqail, al Abbas. Ali merupakan orang yang paling rapat. Menantu kepada baginda saw melalui Fatimah.


2. Dari pihak Ansar pula berpendapat Khalifah hendaklah dari golongan Ansar. Calon yang paling sesuai ialah Sa`ad bin `Ubadah. Mereka mengadakan pertemuan di Balai Bani Sa`idah. Timbul soalan andainya Quraisy juga mahu dari golongan mereka. Dijawab seorang Amir dari Ansar dan seorang Amir dari Muhajirin. Sa`ad tak setuju, baginya itu adalah permulaan bagi kelemahan.
3. Peristiwa tersebut diketahui oleh Muhajirin. Lantas mereka kesana dengan dipimpin oleh Abu Bakar.
4. Dalam pidato baginda menyebut kelebihan Ansar dan awalnya Muhajirin bersama Rasul saw., sebagai kabilah yang menjadi pusat perhubungan semua kabilah di Tanah Arab, tidak ada satu kabilah pun yang tidak ada perhubungan dengan kami. Dan kamu pula mempunyai kelebihan dan keutamaan. Kamu yang membela dan menolong kami, kamulah wazir-wazir besar kami di dalam pekerjaan besar agama ini dan wazir Rasulullah. Kamulah saudara kandung kami di bawah lindungan kitabullah, kamu kongsi kami dalam agama, baik di waktu senang apa lagi di waktu susah. Demi Allah, tidak ada kebaikan yang kami dapati, melainkan kabaikan itu kamu pun turut menanamnya. Kamulah orang yang paling kami cintai, paling kami muliakan, dan orang-orang yang paling patut takluk dengan kehendak Allah mengikut akan suruhannya. Janganlah kamu dengki kepada saudara-saudara kamu muhajirin, sebab kamulah sejak dahulunya orang yang sudi menderita susah lantaran membela kami. Saya percaya sungguh bahawa haluan kamu belum berubah kepada kami, kamu masih tetap cinta kepada muhajirin. Saya percaya sungguh, bahawa nikmat yang telah dilebihkan Tuhan kepada muhajirin ini tidak dapat kamu hambat, saya percaya sungguh bahawa kamu tidak akan dengki atas ini: Sekarang saya serukan kamu memilih salah seorang daripada yang berdua ini, iaitu Abu `Ubaidah atau `Umar, keduanya saya percaya sanggup memikulnya, dan keduannya memang ahlinya”.
5. Selesai pidato, maka berdiri Habbab ibn al Munzir berpidato: “Wahai sekelian Ansar, pegang teguh hakmu, seluruh manusia di pihakmu dan membelamu, seorang pun tidak akan berani melangkahi hakmu, tidak akan diteruskan orang suatu pekerjaan, kalu kamu tidak campur di dalam. Kamu ahli kegagahan dan kemulian, kaya dan banyak bilangan, teguh dan banyak pengalaman, kuat dan gagah perkasa. Orang tidak akan melangkah ke muka sebelum melihat gerak kamu. Kamu jangan berpecah, supaya maksud kita jangan terhalang. Kalau mereka tidak hendak memperhatikan jug, biarlah mereka beramir sendiri dan kita beramir sednriri pula”.
6. Umar bangun dan menyebut : Jangan, itu sekali-kali jangan disebut. Tidak dapat berhimpun dua kepala dalam satu kekuasaan...
7. Habbab masih mempertahankan pendapatnya dan keadaan agak tegang..... “Sekelian Ansar: Pegang teguhlah hakmu jangan undur, jangan didengarkan cakap orang ini dan kawan-kawannya, lepas hak kamu kelak”. Hebat sekali pertentangan.
8. Abu Ubaidah bangun dan menyebut dengan tenang: “Kaum Ansar! Ingatlah bahawa kamu mula-mula menjadi pembela dan penolong, maka janganlah kamu pula yang mula-mula menjadi pemecah dan penukar”.
9. Lantas Bashir ibn Sa`ad, seorang pemuka Ansar dari Aus: “Wahai kaum Ansar, memang demi Allah, kita mempunyai beberapa kelebihan dan keutamaan, di dalam perjuangan yang telah ditempuhi oleh agama ini. Tetapi ingatlah pekerjaan besar ini kita kerjakan ini bukan mengharapkan yang lain, hanyalah semata-mata kerana Allah dan Rasulnya. Sebab itu tidak patut kita memanjang mulut menyebut-nyebut jasa kita kepada manusia..... Ingatlah bahawa Allah memberi kita kemuliaan dan pertolongan yang bukan sedikit. Ingatlah pula Muhammad itu jelas dari Quraisy, kaumnya lebih berhak menjedi penggantinya mengepalai kita. Demi Allah saya tidak mendapat satu jalan menentang mereka dalam pekerjaan yang terang ini. Takutlah kepada Allah, jangan bertingkah dengan saudara-saudara kita Muhajirin, jangan berselisih.
10. Majlis tenang dan Abu Bakar tampil mencalonkan Umar dan Abu Ubaidah, namun kedua-duanya serentak membantah: “Tidak, tidak kami tidak akan menerima pekerjaan besar ini selagi engkau masih ada, engkaulah muhajirin yang lebih utama, orang yang bersama dalam gua, orang yang menggantikan baginda menjadi imam ketika solat, ingatlah sembahyang itu seutama-utama agama orang Islam. Siapa yang berani melangkahimu dan memegang pekerjaan ini? Tadahlah tanganmu, kamu hendak membai`ah engkau... dan berlakulah perlantikan Abu Bakar.
11. Lalu `Umar membai`at diikuti oleh Abu `Ubaidah dan Bashir bin Sa`ad. (Dr. HAMKA - Sejarah Umat Islam)


Artikel Penuh...

Friday, October 16, 2009

Peristiwa Saqifah

P
erlantikan khalifah merupakan sesuatu urusan yang penting dalam menjaga agama kestabilan dalam mentadbir urusan dunia. Oleh itu kita dapat lihat bagaimana para sahabat sanggup meninggalkan jenazah Rasulullah s.a.w untuk diuruskan oleh kaum keluarga baginda manakala ramai para sahabat berhambatan menuju ke Saqifah Bani Saadah bagi menyelesaikan beberapa pertikaian berhubung masalah perlantikan khalifah Rasulullah s.a.w dalam memimpin umat Islam dan negara. Perjumpaan tergempar ini telah diadakan di rumah seorang pemimpin kaum khazraj iaitu Saad bin Ubadah.


Kaum Ansar begitu pantas dalam menangani masalah perlantikan khalifah yang baru di mana mereka mencadangkan agar Saad bin Ubadah dilantik menjadi khalifah. Mereka mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang layak bagi memikul amanah yang berat ini memandangkan beliau merupakan seorang yang banyak berbakti kepada Rasulullah s.a.w, bijak dalam pengurusan, seorang yang terkenal serta pernah ditugaskan menjaga kota Madinah sewaktu ekspedisi ke Abwa’. Malah beliau diriwayatkan orang yang layak dan terpilih dalam memimpin Madinah jika Rasulullah s.a.w tidak berhijrah ke Madinah sebelum ini.
Pertemuan ini diadakan di Saqifah Bani Saadah iaitu dewan mesyuarat yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi. Pada mulanya perhimpunan ini tidak diketahui oleh kaum keluarga nabi dan tokoh Quraisy sehinggalah ada 2 orang sahabat datang memberitahu bahawa adanya suatu perhimpunan penting di situ. Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar bergegas ke sana dan mendapati keputusan perlantikan belum dibuat disebabkan timbulnya pertikaian di kalangan kaum Aus seramai 70 orang yang tidak bersetuju dengan perlantikan Saad bin Ubadah daripada kaum Khazraj sebagai khalifah.
Kriteria terbaik dalam melantik khalifah
Pelbagai pandangan dilontarkan bersama dengan hujah masing-masing di mana antara cadangan ialah agar perlantikan khalifah di pilih daripada kalangan Ansar memandangkan merekalah anak tempatan yag memberi perlindungan dan bantuan kepada Rasulullah s.a.w dan para muhajirin yang datang dari Mekah.
Manakala Sayyidina Abu Bakar pula mengesyorkan agar jawatan khalifah ini diberikan kepada orang Quraisy berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Khalifah hendaklah dipilih daripada kaum Quraisy yakni muhajirin. Di samping itu alasan Sayyidina Abu Bakar lagi bahawa kaum Muhajirin merupakan golongan pertama memeluk Islam tanpa menafikan bakti dan segala jasa yang telah dihulurkan oleh golongan Ansar dari kaum Aus dan Khazraj. Beliau menambah lagi bahawa jika jawatan itu diserahkan kepada golongan Ansar maka ia akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat Islam kerana golongan Ansar terdiri daripada dua suku kaum yang terbesar dan terpengaruh di mana sudah pastinya akan timbul peristiwa perpecahan antara keduanya sebagaimana sebelum kedatangan Islam disebabkan tidak puas hati dengan perlantikan salah satu daripada kedua kaum tersebut sebagai khalifah.
Mendengar penjelasan Sayyidina Abu Bakar lalu Hubab bin al-Munzir dari kaum Khazraj bangun mencadangkan agar dua orang khalifah dilantik iaitu seorang daripada golongan Muhajirin dan seorang lagi daripada golongan Ansar. Sayyidina Umar menolak cadangan ini kerana dua orang ketua tidak boleh memimpin dan mentadbir sebuah negara di mana perselisihan faham antara keduanya sering berlaku yang membawa kepada keruntuhan negara.
Baiah di atas perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah
Pertikaian menjadi bertambah hangat sehinggalah Sayyidina Abu Bakar tampil menenangkan suasana dan menyejukkan perasaan golongan Ansar dengan kata-katanya : Kami adalah Umara’ (ketua) dan kalian adalah Wuzara’(menteri pembantu). Kata-katanya ini disokong oleh Saad bin Ubadah dan kemudiannya Sayyidina Abu Bakar memberikan nama cadangannya iaitu Sayyidina Umar dan abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai calon untuk dilantik sebagai khalifah. Walau bagaimanapun Sayyidina Umar dengan pantas mengangkat tangan Sayyidina Abu Bakar dan membaiahnya atau janji setia terhadap perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah.
Beliau telah berkata : ” Demi Allah! aku lebih suka dibawa ke hadapan lalu ditebas leherku tanpa dosa daripada diangkat sebagai pemimpin suatu kaum di mana terdapat Abu Bakar”. Setelah mendengar kata-kata Sayyidina Umar lalu semua yang hadir terus membaiah Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah tanpa pertikaian lagi termasuk Saad bin Ubadah.
Kontroversi yang ditimbul di atas perlantikan Sayyidina Abu Bakar
Antara kontroversi yang ditimbulkan dalam perlantikan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah ialah ketidakhadiran Sayyidina Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w yang lain. Ada fakta yang menyatakan bahawa Sayyidina Ali memberi baiah kepada Sayyidina Abu Bakar selepas enam bulan beliau menjawat jawatan Khalifah. Kegagalan Sayyidina Ali untuk turut hadir dalam pertemuan di Bani Saqifah kerana kesibukan dalam menguruskan jenazah Rasulullah s.a.w dan setelah itu beliau terpaksa pula menjaga isterinya Sayidatina Fatimah yang merupakan puteri Rasulullah s.a.w yang sakit tenat. Selepas kematian Siti Fatimah barulah Sayyidina Ali memberi baiah kepada Sayyidina Abu Bakar.
Jika diteliti tentang proses perlantikan Sayyidina Abu Bakar maka kita dapat mengesan mengenai adanya 3 aliran berkaitan dengan perlantikan ini. Aliran Syiah yang dikatakan penyokong Sayyidina Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w, golongan kedua daripada kaum Quraisy yang bukan daripada bani Hashim dan ketiganya kaum Ansar yang merupakan anak tempatan Madinah
.2 riwayat daripada al-Tabarani menukilkan tentang kontroversi ini yang bersumberkan daripada Ibnu Ishak dan al-Zuhri. Golongan Syiah berpegang kepada riwayat Ibnu Ishak yang menyatakan bahawa nabi s.a.w pernah memberitahu sahabatnya : ” Bahawa dia (Ali) adalam Imam, saudaraku, penggantiku dan khalifahku. Maka hendaklah kalian dengar dan patuh kepadanya”. Ini ada kaitannya dengan ucapan Rasulullah s.a.w di Ghadir Khum sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan Juhfah antara Mekah dan Madinah.
Peristiwa ini berlaku sewaktu dalam perjalanan pulang daripada mengerjakan haji di mana baginda telah mengangkat tangan Sayyidina Ali dan menyatakan bahawa beliau merupakan pemimpin. Sumber kedua daripada al-Zuhri pula menyebut bahawa sewaktu baginda berada dii dalam keadaan gering maka Abbas bin Abdul Muttalib meminta agar Sayyidina Ali bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w tentang siapakah yang akan dilantik menjadi penggantinya. Bagaimanapun Sayyidina Ali tidak memenuhi permintaan tersebut kerana beliau merasakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak akan memberikan jawapannya.
Kembali kita kepada sumber Ibnu Ishak di mana menurut golongan Syiah maka ia dikatakan sebagai hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam al-Ansari. Sumber inilah yang meyakinkan mereka bahawa sepatutnya Sayyidina Ali dilantik sebagai khalifah bukannya Sayyidina Abu Bakar. Peristiwa ini turut dinukilkan dalam kitab sirah termasuk Sirah Ibnu Hisyam yang mana kebanyakan sumbernya daripada Ibnu Ishak. Sekiranya benar Rasulullah s.a.w pernah bersabda tentang kelayakan Sayyidina Ali sudah pasti para sahabat terutama Sayyidina Abu Bakar sendiri tidak akan berdiam diri dalam melantik Sayyidina Ali sebagai khalifah.
Kesahihan hadis ini boleh dipertikaikan kerana Ibnu Ishak dikatakan condong kepada pemikiran Syiah di mana beliau sendiri pernah berdebat dengan Imam Malik dalam mempertahankan ideologinya. Hadis ini juga tidak ditemui dalam kitab sahih dan sumber ini bercanggah dengan sumber daripada al-Zuhri. Ini juga menunjukkan seolah-olah Sayyidina Ali sendiri tidak mengetahui tentang wasiat yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai perlantikan beliau.
Kelayakan Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah
Sayyidina Abu Bakar memiliki kriteria yang selayaknya untuk menjadi khalifah. Rasulullah s.a.w sendiri sering memberikan kepercayaan kepada beliau antaranya tentang persetujuan baginda terhadap pandangan beliau sewaktu menyelesaikan kes tawanan perang Badar, keduanya Sayyidina Abu Bakar telah diberikan kepercayaan dalam mengedalikan urusan haji ke Mekah pada tahun 10 Hijrah dan beliau juga berperanan sebagai imam solat menggantikan baginda pada 11 Hijrah sewaktu baginda uzur.
Walau bagaimanapun ia tetap menimbulkan pertanyaan samada kesemua kriteria yang disebut tadi merupakan isyarat daripada Rasulullah s.a.w yang menginginkan Sayyidina Abu Bakar menjadi pengganti atau pun tidak. Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan walau sehelai wasiat tentang penjawatan khalifah sebaliknya baginda meninggalkan urusan pemilihan ini kepada umatnya sendiri. Mereka perlu berdikari setelah pemergian baginda. Cara ini merupakan salah suatu petunjuk bagaimana politik Islam adalah berbentuk anjal iaitu memberikan peluang dan ruan kepada umat Islam dalam mengatur masa depan mereka mengikut keperluan dan keadaan yang berubah-rubah.
(Artikel sumbangan Pusat kefahaman Islam, Pasir Tumbuh, Kelantan)

Rujukan
1. Muhd Nur Iman MA, Saidina Abu Bakar as-Siddiq, 1998, KL Darul Nukman
2. Ibnu Hisyam, Sirah al-Nabawiyyah, Dar al-Makrifah, Beirut

Artikel Penuh...

Sejarah Perlantikan Khalifah

A

l-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Sahih Bukhari daripada Umar al-Khattab (r.a.) satu hadis yang panjang antaranya:


“.. Sesungguhnya di antara pengalaman kami ialah ketika Allah mewafatkan Nabi-Nya (s.a.w.), kaum al-Ansor tidak bersama kami sebaliknya mereka berhimpun di Saqifah Bani Saadah. Ali dan az-Zubir dan beberapa orang lain juga tidak bersama-sama dengan kami. Kaum Muhajirin berkumpul di sisi Abu Bakar (r.a.). Aku berkata kepada Abu Bakar: “Marilah bersama kami, kita pergi menemui saudara kita daripada golongan al-Ansor.” Kami pun pergi menemui mereka. Apabila kami hampir kepada mereka, kami bertemu dengan dua orang lelaki soleh. Mereka berdua menceritakan apa yang berlaku dan bertanya: “Ke manakah tujuan kamu wahai sekelian Muhajirin?” Kami menjawab: “Kami ingin bertemu saudara-saudara kami, golongan al-Ansor.” Mereka berdua berkata: “Tak perlulah kamu pergi kepada mereka sebaliknya selesaikanlah tugas kamu.” Aku berkata: “Demi Allah kami akan menemui mereka.”
Lalu kami pergi ke sana. Setibanya kami di Saqifah Bani Sa’edah kami dapati seorang lelaki yang berselimut berada di tengah-tengah orang rama. Aku bertanya: “Siapakah ini?” Mereka menjawab: “Saad bin Ubadah.” Aku bertanya: “Kenapa dengannya?” Mereka menjawab: “Beliau (r.a.) sakit.”
Sejurus selepas kami duduk seketika, khatib mereka bangun lalu bertasyahhud dan memuji Allah. Dia berkata: “Kami adalah katibah Islam dan kamu (Muhajirin) adalah kelompok kecil yang menyusup meninggalkan kaum kamu. Tiba-tiba kamu ingin mengalahkan kami dan menguasai kami.” Apabila dia diam, aku ingin bercakap. Aku lebih mengetahui daripadanya beberapa batasan. Apabila aku ingin bercakap Abu bakar berkata: “Biarkan aku yang bercakap. Aku tidak ingin menimbulkan kemarahannya.” Lalu beliau berucap. Sesungguhnya dia lebih lembut dan lebih tenang daripadaku. Demi Allah, tidak ada satu pun perkataan yang ingin aku katakan melainkan dia mengucapkannya dengan tenang. Ia mengucapkan sama seperti apa yang aku ingin ucapkan atau lebih baik daripada yang inginku katakan. Kemudian dia diam. Kata beliau: “Apa yang kamu ucapkan mengenai kebaikan, maka kamulah ahlinya. Sesungguhnya tidak diketahui seseorang yang lebih berhak untuk jawatan ini (khalifah) melainkan kaum Quraisy. Mereka adalah kabilah Arab yang pertengahan dari segi keturunan dan tempat. Sesungguhnya aku redha untuk kamu salah seorang daripada mereka berdua maka berbai`ahlah kamu kepada mereka sekiranya kamu suka.” Lalu beliau memegang tanganku dan tangan Abu Ubaidah Amir bin al-Jarrah yang duduk bersama kami. Aku tidak membenci apa yang dikatakannya, cuma padaku sekiranya aku dibunuh supaya tidak memikul bebanan ini, ianya lebih aku sukai daripada aku menjadi Amir sedangkan bersamaku Abu Bakar as-Siddiq.
Bangun seorang Ansor dan berkata: “Akulah kayu tangga untuk menunggang unta dan kayu sangga kepada tamar yang merindang. Daripada kami seorang Amir dan daripada kamu seorang Amir wahai sekelian Quraisy.” Lalu berlakulah kekalutan dan kebisingan sehingga membawa perselisihan. Lalu aku berkata bentangkanlah tanganmu wahai Abu Bakar. Lalu beliau menghulurkan tangannya. Aku membai`ahnya dan diikuti oleh sekelian Muhajirin. Kemudian beliau dibai`ah oleh kaum al-Ansor….”[1]
Inilah bai’ah pertama kepada Abu Bakar (r.a.), iaitulah bai’ah golongan pembesar sahabat dari kalangan Quraisy dan golongan al-Ansor. Bai’ah ini kemudiannya diikuti oleh bai’ah umat Islam di masjid.
Bukhari meriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Anas bin Malik (r.a.) bahawa beliau telah mendengar khutbah Umar (r.a.) apabila beliau naik ke mimbar iaitu selepas sehari kewafatan rasulullah (s.a.w.) lalu beliau mengucap syahadah, ketika itu Abu Bakar (r.a.) diam. Beliau berkata:
“Aku berharap Rasulullah (s.a.w.) masih hidup dan dapat menyusun urusan kita – dia mengharapkan dialah yang terakhir – Walau pun Muhammad (s.a.w.) sudah wafat tetapi bersama kamu ada cahaya yang boleh kamu jadikan pedoman sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah (s.a.w.). Sesungguhnya Abu Bakar (r.a.) merupakan sahabat Rasulullah (s.a.w.) yang disebut di dalam al-Quran sebagai `tsani itsnain iz huma fil ghar’. Sesungguhnya dia lebih utama untuk urusan kamu. Maka bangunlah kamu sekelian berbai’ah kepadanya.” Anas bin Malik (r.a.) berkata: “Sesungguhnya sebahagian mereka telah berbai’ah dengannya dan bai’ah umum di atas mimbar.”
Ibnu Kasir berkata: Ibnu Ishak berkata: “Kemudian Abu Bakar berucap. Beliau memuji Allah lalu berkata:
“Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah di lantik memimpin kamu dan bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik, maka taatilah aku. Sekiranya aku berbuat keburukan, betulkanlah aku. Kebenaran itu amanah dan dusta itu khianat. Orang yang lemah di sisi kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku kembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya jika Allah mengkehendaki. Tidak ada sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah akan menjatuhkan mereka dengan kehinaan. Tidak akan berlaku kemungkaran yang berleluasa di dalam sesuatu kaum melainkan Allah akan menurunkan bala’ kepada mereka seluruhnya. Taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Maka sekiranya aku memaksiati Allah dan Rasul-Nya, maka tidaklah perlu kamu mentaatiku. Bangunlah untuk menunaikan solat., semoga Allah mengasihi kamu.”[2]
Kesimpulan:
Daripada himpunan peristiwa ini dapatlah diambil beberapa pengajaran antaranya:
Menunjukkan bahwa Nabi (s.a.w.) tidak menaskan dengan nyata siapakah khalifah selepas baginda.
1- Bai’ah kepada Abu Bakar (r.a.) berlaku selepas selesai mesyuarat di antara sahabat-sahabat besar di kalangan Muhajirin dan al-Ansor. Ini menunjukkan bahawa yang membuat pemilihan ialah mereka yang dimuliakan di kalangan para ulama’ dan para pemimpin. Inilah yang dinamakan sebgai ‘ahli halli wal aqdi’.
2. Tidak disyaratkan ijma’ keseluruhan umat. Malah tidak mudharat sekiranya berlaku penentangan daripada sebahagian kecil sebagaimana yang berlaku terhadap Saad bin Ubadah (r.a.) yang tidak menyetujuinya.
3. Adalah suatu yang syar’ie berlakunya bai’ah di kalangan ahli halli wal aqdi dahulu sebelum bai’ah umat keduanya, sebagaimana yang berlaku kepada khalifah Abu Bakar (r.a.)
4. Tidak disyaratkan dalam pemilihan kehadiran semua ahli halli wal aqdi sebagaimana Ali bin Abi Thalib (r.a.) dan az-Zubair bin al-Awwam (r.a.) tidak hadir kerana menguruskan jenazah Nabi (s.a.w.) walaupun mereka berdua berbai’ah selepas itu.

1. Sejarah perlantikan Umar al-Khattab (r.a.)
Manakala perlantikan khalifah Umar al-Khattab thabit dengan cara yang berbeza iaitu melalui perlantikan oleh khalifah sebelumnya. Ibnu al-Jauzi berkata:
“Daripada al-Hasan bin Abi al-Hasan (r.a.) katanya: “Apabila Abu Bakar mulai sakit tenat, beliau menghimpunkan sahabatnya dan berkata: “Sesungguhnya telah sampai kepada aku apa yang kamu lihat dan aku menyangka ianya akan sampai (ajal). Allah telah melepaskan sumpah kamu daripada bai’ahku, dan telah terongkai simpulannya. Telah dikembalikan kepada kamu urusan kamu, maka kamu lantiklah sesiapa yang kamu suka. Sekiranya kamu melantiknya pada masa aku hidup, ini lebih baik supaya kamu tidak berselisih selepasku. Lalu mereka pun bangun meninggalkannya tetapi tiada keputusan bagi mereka. Mereka berkata: “Khabarkanlah kepada kami wahai khalifah Rasulullah (s.a.w.).” Katanya: “Kamu akan berselisih?” Mereka menjawab: “Tidak.” Beliau bertanya: “Maka kamu redha dengan pilihan Allah ke atas kamu ?” Mereka menjawab: “Ya.” Beliau berkata: “Berikan kepadaku waktu seketika untuk aku melihat siapa yang terbaik untuk Allah, untuk agama-Nya dan untuk hamba-Nya.” Lalu Abu Bakar (r.a.) bertanya Uthman bin Affan (r.a.): “Berikanlah pendapat kamu mengenai seorang lelaki. Demi Allah kamu pada sisiku adalah berkeahlian dan berkedudukan.” Lalu beliau (Uthman) berkata: “Umar.” Katanya: “Tulislah.” Lalu ditulis sehingga sampai kepada nama beliau, beliau pun pitam. Kemudian dia sedar dan berkata: “Tulislah Umar.”
Disebut juga bahawa: Abu Bakar as-Siddiq apabila hampir ajalnya telah memanggil Abdul Rahman bin Auf (r.a.) dan berkata: “Khabarkan kepadaku mengenai Umar bin Al-Khattab.” Lalu Abdul Rahman berkata: “Apa yang kamu tanyakan kepadaku ini, kamu lebih mengetahuinya daripadaku.” Maka Abu Bakar (r.a.) berkata: “..dan sekiranya…” Kata Abdul Rahman: “Dia demi Allah lebih baik daripada pendapat kamu padanya.” Kemudian Abu Bakar (r.a.) memanggil Uthman bin Affan (r.a.) dan berkata: “Ceritakan kepadaku mengenai Umar”, maka Uthman (r.a.) menjawab: “Kamu lebih berpengalaman daripadaku mengenainya.”
Abu Bakar telah bermesyuarat dengan Said bin Zaid, (r.a.) Abu al-A’war (r.a.), Usaid bin al-Hudhair (r.a.) dan lain-lain lagi daripada al-Muhajirin dan al-Ansor.
Sebahagian sahabat Nabi yang mendengar bahawa Abdul Rahman (r.a.)dan Uthman (r.a.) menemui Abu Bakar (r.a.) di tempatnya dan berkata salah seorang daripada mereka: “Apa yang akan engkau kata kepada Tuhanmu apabila engkau ditanya mengenai perlantikan Umar (r.a) selepas engkau, sedangkan engkau tahu sifat kasarnya?” Lalu Abu Bakar berkata: “Dudukkanlah aku. Apakah kamu takutkan aku dengan Allah? Celakalah sesiapa yang menambah dalam urusan kamu dengan kezaliman. Aku akan berkata kepada-Nya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah tinggalkan urusan mereka kepada sebaik-baik makhluk-Mu.” Kemudian dia baring dan memanggil Uthman bin Affan (r.a.) dan berkata: “Tulislah: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Ini ialah perlantikan yang dilakukan oleh Abu Bakar bin Abi Qahafah pada akhir hayatnya di dunia dan di awal kehidupannya di akhirat; yang diambang memasukinya dimana hari ini dipercayai oleh yang kafir, di yakini oleh yang berdosa, dan dipercayai orang yang dahulunya tidak mempercayainya. Bahawa aku telah melantik ke atas kamu selepasku Umar al-Khattab. Maka dengarkanlah kata-katanya dan taatilah dia. Sesungguhnya aku tidak tinggalkan kepada Allah, Rasul-Nya, agama-Nya, diriku dan kepada kamu melainkan kebaikan, sekiranya diubah maka bagi setiap orang balasan dosa apa yang dilakukannya, aku tidak mengetahui perkara ghaib, dan orang-orang yang zalim akan mengetahui di manakah tempat kembali mereka, dan salam sejahteralah ke atas kamu.
Kemudian diperintahkan agar surat itu dicop.
Kemudian beliau memerintahkan Uthman (r.a.) keluar membawa kertas yang telah dicopkan tersebut bersama Umar bin Al-Khattab dan Usaid bin Said al-Khurdhi. Uthman (r.a.) berkata kepada orang ramai: “Apakah kamu akan berbai’ah kepada sesiapa yang tertera namanya di dalam kertas ini?” Mereka menjawab: “Ya.” Sebahagian daripada mereka berkata: “Kami telah tahu.” Ibnu Saad berkata kepada yang berkata tadi: “Dia ialah Umar.” Mereka mengiktirafnya, meredhainya dan berbai’ah kepadanya.
Kemudian Abu Bakar (r.a.) memanggil Umar (r.a.) secara sendirian lalu mewasiatkan sesuatu kepadanya. Abu Bakar (r.a.) kemudian keluar dan mengangkat tangannya seraya berkata: “Ya Allah, aku tidak kehendaki dengan apa yang aku lakukan ini melainkan kebaikan kepada mereka dan mengurangkan fitnah daripada mereka. Dengan itu aku lakukan terhadap mereka sebagaimana yang Engkau ketahuinya. Aku telah berusaha berfikir untuk mereka. Maka aku lantik ke atas mereka seorang yang terbaik dan yang terkuat di kalangan mereka serta seorang yang lebih memelihara terhadap apa yang aku tunjukkan kepada mereka. Sesungguhnya telah tiba kepadaku urusan engkau (ajalku) lalu aku gantikan kepada mereka (khalifah selepasku) . Mereka adalah hamba-Mu. Nyawa mereka di tangan-Mu. Berikanlah untuk mereka dan kepada mereka kebaikan. Jadikanlah dia di antara khulafa’ Engkau yang mendapat petunjuk yang mengikut petunjuk nabi ar-Rahmah dan petunjuk orang-orang soleh selepasnya dan perelokkanlah baginya rakyatnya.”[3]
Kesimpulan:
Daripada kisah ini bolehlah dibuat kesimpulan bahwa:
1. Harus melantik peribadi tertentu sebagai pengganti khalifah.
2. Bermesyuarat dengan ahli al-halli wal aqd sebelum berazam menentukan khalifah.
3. Menulis surat perlantikan kepada khalifah yang akan mengganti.
4. Perlantikan secara ‘al ahd’ tidak cukup sebagai perlantikan imam tetapi hendaklah mendapat bai’ah umat.

3. Pemilihan Uthman Al-Affan (r.a.)

Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Sahih Bukhari daripada Amru bin Maimun yang menceritakan kisah Umar al-Khattab (r.a.) ditikam dan diusung ke rumahnya kemudian para sahabat masuk menemuinya. Mereka berkata: “Wasiatkanlah wahai Amirul Mukminin. Lantiklah pengganti.” Umar (r.a.) berkata: “Aku tidak dapati untuk urusan ini melainkan kumpulan ini yang Rasulullah (s.a.w.) wafat dengan meredai mereka;[4] lalu beliau telah menamakan mereka itu, iaitu; Ali, Uthman, az-Zubair, Talhah, Saad dan Abdul Rahman. Beliau berkata: “.Pemilihan akan disaksikan oleh Abdullah bin Umar dan perkara ini bukanlah haknya sedikit pun. Sekiranya kepimpinan ini diberikan kepada Saad, maka kepadanyalah. Jka tidak, maka sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Amir mintalah bantuannya. Sesungguhnya aku tidak akan membuangnya kerana lemah atau khianat…” sehingga berkata rawi:
Apabila selesai pengkebumiannya, kumpulan tersebut mengadakan pertemuan. Lalu Abdul Rahman (r.a.) berkata kepada mereka : “ Serahkan urusan ini( Amir )kepada tiga orang daripada kamu.” Lalu Al-Zubair berkata aku serahkan urusanku kepada Ali[5]. Talhah berkata: “Aku serahkan urusanku kepada Uthman”, dan Saad berkata: “Aku serahkan urusanku kepada Abdul Rahman bin ‘Auf.”

Abdul Rahman berkata: “Siapakah di kalangan kamu yang ingin berlepas diri daripada urusan ini, supaya kami dapat jadikan urusan ini kepadanya, demi Allah ke atasnya dan Islam yang dilihatnya dirinya lebih utama daripada mereka, Lalu kedua-dua mereka diam.

Abdul Rahman berkata: “Apakah kamu berdua serahkannya kepadaku demi Allah supaya aku tidak meninggalkan yang lebih baik antara kamu? Mereka berdua berkata: ya. Lalu beliau telah memegang tangan salah seorang daripada mereka dan berkata: Kamu mempunyai hubungan kerabat dengan rasulullah (s.a.w.) dan terlebih dahulu memeluk Islam, sekiranya aku melantikmu adakah engkau akan berlaku adil, dan sekiranya aku melantik Uthman adakah kamu akan dengar dan taat.

Kemudian dia bersama seorang lagi dan berkata seumpamanya, maka apabila tiba masa perlantikan, beliau berkata: “Hulurkan tanganmu wahai Uthman. Aku berbai’ah kepadamu.” Lalu beliau berbai’ah kepada Uthman dan Ali berbai’ah kepadanya. Seterusnya semua ahli rumah itu masuk dan berbai’ah kepadanya.[6]
Kesimpulan:
Perkara yang mungkin disimpulkan mengenai perlantikan Uthman bin Affan (r.a.) ialah bahawa:
1. Harus melantik beberapa orang yang tidak ditentukan siapakah peribadi yang dilantik secara khusus. Imam Ibnu Taimiah mengatakan bahawa:
“Sebab tidak ditentukan seseorang secara khusus daripada enam orang itu ialah supaya tidak berlaku perselisihan kerana beliau memandang keenam-enam mereka mempunyai kelebihan yang sama. Begitu juga sekiranya beliau memilih seseorang dan seseorang yang ditentukan itu tidak dapat menunaikan tugas dengan baik, maka Umar akan merasai dia bertanggungjawab maka sebab itu beliau tidak menentukan secara khusus siapakah yang hendak dilantik”
Kata Ibnu Battal sebagaimana yang ditulis oleh Ibnu Jarir di dalam kitabnya: “Cara ini[7] merupakan himpunan cara Rasulullah (s.a.w.) pada meninggalkan memilih peribadi tertentu dan menyerahkannya kepada muslimin dan cara Abu Bakar (r.a.) yang memilih peribadi tertentu lalu Umar telah mengikut amalan nabi dengan tidak mennetukan sesipa yang patut dipilih dan amalan Abu Bakar iaitulah menentukan khalifah kepada salah seorang daripada enam orang, maka ianya merupakan cara yang menghimpunkan antara pemilihan dan perlantikan.[8]

4. Perlantikan Ali (r.a.)
Selepas peristiwa syahidnya Uthman al-Affan (r.a.) berlaku perpecahan dalam saf muslimin dan berlaku perlisihan pertama di dalam masalah perlantikan khalifah. Perlantikan khalifah Ali (r.a.) menghadapi banyak kesukaran. Antaranya; peristiwa pembunuhan Uthman bin Affan, pembunuh menyertai saf Ali, umat Islam menuntut qisas daripada mereka, kengganan penduduk Syam keseluruhannya untuk berbai’ah dan beberapa sahabat besar seperti Tolhah, az-Zubair, Aisyah dan lain-lain keluar menentang Ali (r.a.)
Daripada Muhammad bin Al Hanafiah katanya: “Aku bersama Ali (r.a.) ketika Uthman (r.a.) sedang dikepung. Datang seorang lelaki dan berkata: “Sesungguhnya Amirul Mukminin telah terbunuh.” Kemudian datang seorang lagi dan berkata: “Sesungguhnya Amirul Mukminin telah terbunuh sekarang.” Katanya, lalu Ali pun bangun, lalu aku duduk dihadapannya kerana bimbangkannya, lalu katanya, ketepi, katanya lagi: Lalu Ali tiba dirumah Uthman sedangkan Uthman telah terbunuh lalu dia memasuki rumah dan menutup pintu, Lalu beberapa orang datng dan membuka pintu dan masuk kepadanya dan berkata: Dia telah terbunuh, rakyat memerlukan khalifah dan kami tidak dapati seseorangpun yang lebih layak selain kamu, lalu Ali berkata: Janganlah kamu menghendaki aku, aku sebegai menteri untuk kamu lebih baik daripada aku menjadi amir. Mereka berkata: Tidak demi Allah kami tidak mendapati seorangpun yang lebih berhak daripada kamu, katanya: Sekiranya kamu enggan menolakku juga maka bai’ahku tidak secara sulit tetapi aku akan keluar kemasjid maka siapa suka dia bai’ahkan aku, lalu beliau keluar ke masjid lalu rakyat berbai’ah kepadanya.[9]
(Sumbangan dari seseorang yang tidak mahu disebut namanya, semoga Allah memberkatinya)
________________________________________
[1] Ibn Hajar; Fath al-Bari.
[2] Ibn. Katsir, Al-Bidayah wa al-Nihayah.
[3] Ibn Saad; Tabaqat al-Kubra.
[4] Mereka ialah 6 orang daripada 10 orang yang telah diberikan berrita gembira kepada mereka sebagai ahli syurga selain Abu bakar, Abu Ubadah, Umar al-Khattab, dan Said bin Zaid. Said tidak disebut oleh Umar kerana beliau adalah sepupu Umar … Lihat: Ibn Hajar, Fathu al-Bari.
[5] Yakni aku melantik Ali.
[6] Al-Bukhari: Kitab Fadail al-Sahabah.
[7] Cara Umar melantik khalifah.
[8] Al-Tabari; Tarikh al-Tabari.
[9] Al-Khallal memetik dari Imam Ahmad; Al-Musnad.

Artikel Penuh...