S
emasa di Maktab Perguruan Batu Lintang, Sarawak. Awal tahun seribu sembilan ratus lapan puluhan, aku sering mengadakan kuliah pada malam-malam tertentu lepas solat maghrib. Ilmu bukannya banyak, tapi bila teringat arahan Nabi s.a.w. ballighu `anni walau ayat. Kenalah belajar-belajar beri kuliah maghrib.
Surau maktab tidaklah besar sangat. Kalau semua pelajar hadir, memang tak muat pun, akan melimpah keluar. Tapi bukan semua hadir. Seperti biasalah, mana ada nak hadir semua. Pelbagai alasan yang diberikan bila ditanya. Antaranya kata sembahyang kat bilik. Ada yang kata kalau hadir kat surau nanti orang bukan Islam pandang serong pulak. Nak solat pun bimbang kat bukan Islam. Kira hebatlah dia orang ni, masa tu belum ada KBKK lagi, tapi punya kreatiflah. Ciptalah pelbagai alasan, Aku sudah taulah. Kalau jenis pemalas tu!, lebih baik cakap tak nampak surau aje, senang cerita. Itulah nasibnya Islam. Dagang di negeri yang disebut Islam.
Sebagai pensyarah baru, tak banyak pengalaman, aku kira inilah masanya untuk mengasah bakat. Mulakan dengan sedikit insya` Allah akan bertambah dengan izin Allah. Yang penting tingkatkan kualitinya. Bukankah Rasul s.a.w. memulakan dengan bilangan yang sedikit sehingga akhirnya bertebaran di seluruh pelusuk bumi seperti yang ada sekarang. Aku pun seperti biasa, bila tak ada ustaz lain akulah ustaznya. Alhamdulillah. Nampaklah sedikit sebanyak kejayaannya.
Satu malam aku seperti biasa memulakan kuliah maghrib dengan tajuk aqidah. Konsep dan kepentingan menjaga aqidah. Pelbagai andaian digunakan tentang pentingnya menjaga aqidah.
“Dalam kes aqidah, kadangkala formula matematik tidak dapat digunakan. Kenapa? Kerana matematik 6 – 1 = 5. Tapi dalam kes aqidah kadangkala 6 – 1 boleh jadi kosong. Kenapa? Contohnya rukun Iman. Tolak satu akan jadi kosong, tidak jadi lima. Begitulah halnya dengan Islam, kena terima semua, jangan terima separuh-separuh”
Demikian aku memberi penerangan tentang kepentingan aqidah kepada para pelajar yang hadir. Ada yang mengangguk, ada yang layu dan ada yang bersahaja.
“Ustaz!, saya nak tanya satu soalan”.
Tiba-tiba seorang pelajar mengangkat tangan untuk bertanya. Aku memang kenal sangat pelajar ni, suka timbulkan soalan-soalan yang pelik dan kontroversi. Tergamam jugak aku, alma`lumlah. Namun tetap memberi ruang.
“okey, silakan!”.
“Ggini ustaz, ada seorang kawan saya, dia dicabar oleh kawannya untuk minum arak. Sebagai menyahut cabaran dia minum, tetapi masa minum dia niatkan air sejuk!, bukan arak. Apa hukumnya?”.
Tepat seperti sangkaanku, memang pelajar ini sudah memulakan kerenahnya. Kalau biasa aku terus jawab. Tapi kali ini aku rasa perlu berbuat sesuatu. Naluri kelakarku tiba-tiba muncul. Pelajar-pelajar lain menunjukkan reaksi yang pelbagai.
“Okeylah, sebelum saya jawab soalan ni, saya nak tanya satu soalan. Katakan di depan saya sekarang ada seketul najis manusia (tahi). Ini dia. Warnanya kuning keperangan. Bagai kuih baulu. Sekarang saya cabar anda makan tahi ini, tetapi masa anda makan, anda niat dan qasadkan kuih baulu. Bertukar atau tidak tahi tadi menjadi baulu”.
Tingkahku kepada pelajar berkenaan, tanpa sebarang selindung lagi. Sengaja aku kerutkan muka tanpa sebarang reaksi senyum dan ketawa. Bagai nak pecah surau dengan gelak ketawa pelajar malam itu. Sebahagian besar menutup mulut, menggeleng-geleng kepala sambil menunjukkan imej yang menjijikkan. Maklumlah bahasa yang sengaja aku gunakan bukan najis manusia, tapi sengaja aku sebut tahi.
Pelajar yang bertanya tadi tunduk. Tapi yang nyata aku lihat badannya bergegar menahan gelak. Rakan lain ada yang menunjukkan isyarat mengutuk kerana soalan yang memang disengajakan.
Aku tidaklah bermaksud nak pekenakan pelajar tersebut, namun kalau selalu ditujukan soalan yang kadangkala dah tahu hukumnya, rasanya elok juga beri sesuatu supaya dapat berfikir. Teringat juga baginda s.a.w. suatu ketika pernah datang seseorang yang meminta izin untuk berzina. Baginda s.a.w. menggunakan kaedah usuliyyah. Iaitu dengan bertanya adakah penanya itu mempunyai saudara perempuan, kakak, adik, ibu dan sebagainya. Setiap kali ditanya sahabat itu menjawab ya. Maka Rasul s.a.w. bertanya pendapat anda kalau mereka ini berzina dengan orang? Suka atau tidak?. Semuanya dijawab tidak suka. Akhirnya Rasulullah mengajak sahabat itu berfikir adakah orang yang dizinahinya itu tidak mempunyai sanak saudara, kalau dia ada saudara, mungkinkah saudaranya marah macam dia juga marah. Akhirnya sahabat itu keluar dengan menyebut, tidaklah ada sesuatu yang paling aku benci hari ini kecuali berzina. Itu kisah sahabat dengan Nabi s.a.w.
Aku dan muridku bagaimana?. Taklah sampai tahap itu. Pelajar tersebut pun taklah meneruskan dailog untuk soalan tadi. Tapi lepas tu dia tak lagi tanya soalan-soalan yang dah nampak jawapannya. Dia semakin bertambah baik dengan aku. Namun setiap kali aku jumpa dia aku pasti akan teringat soalannya yang lucu tu. Aku pun taklah nak pekenakan dia, tapi rezeki juga nak kena tanya begitu. Nak buat macam mana.
Wednesday, October 14, 2009
Maafkanlah Ustaz kamu yang sorang ni!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Persoalan yang dijawab dengan persoalan~ Segar untuk mereka yang kadang kala buat-buat tidak faham~ Mabruk ustaz~ Comey blog nih =)
ReplyDeleteSalam ustaz
ReplyDeletemabruk!!
ustaz tak boleh jd follower ke blog ustaz ni??
ha3..
ReplyDeleteklaka btl ank mrd ust ni,bjk bertanya soalan..tp lagi bjk gurunya menjawb soaln..he3.
semoga terus dberi kekuatan utk mnulis..amin.. (^_^)
Silakan! Tak ada masalah, semua boleh jadi follower, semoga kita sama-sama dapat berkongsi untuk kebaikan.
ReplyDelete