Friday, October 16, 2009

Aqidah Islamiyyah - Peranannya Dalam Kehidupan

P


ENDAHULUAN

Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA" yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan.

Apakah pula kaitannya dengan masyarakat. Secara umumnya masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang mempunyai tatacara, prinsip, kecenderungan, keistemewaan dan adat yang tersendiri. Sebuah masyarakat yang lahir hasil dari pegangan mereka yang mantap terhadap aqidah keimanan itulah sebenarnya masyarakat yang diredahi oleh Allah. Masyarakat itulah dinamakan "Masyarakat Islam".

CIRI-CIRI MASYARAKAT ISLAM

Sebuah masyarakat Islam ialah masyarakat yang merncerminkan cara-cara dan amalan hidup mereka selari dengan pengertian aqidah yang sebenar. Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh) lagi terperinci untuk membina masyarakt tersebut. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Sistem hidup yang ditegakkan di atas dasar-dasa lain daripada dasar ini bukanlah merupakan masyarakat Islam yang sebenar. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia...." (Surah Yusuf : 40)

Masyarakat Islam mempunyai satu sifat yang tersendiri. Penyelarasan segala urusannya akan tetap berlandaskan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. sahaja. Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:

Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah Al-An'Am:162-163)

Masyarakat Islam adalah masyarakat yang tidak bernaung di bawah sistem buatan manusia seperti Kapiatalisme, Librelisme, Pragmatisme dan sebagainya. Mereka yang mengamalkan sistem ini bererti mereka sudah tidak membulatkan pengabdian diri mereka kepada Allah S.W.T. di dalam sistem hidup mereka.

Dalam Al-Quran juga Allah S.W.T. telah mengecam orang-orang Yahudi dan Kristian kerana perbuatan syirik. Ini adalah kerana mereka telah mematuhi padri-padri dan rahib-rahib mereka di samping Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W. apabila ditanya oleh seorang sahabat tentang taktik dan cara mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian) menyembah rahib-rahib mereka menjelaskan bahawa rahib-rahib dan padri-oadri mereka telah mengubah isi kandungan kitab yang diturunkan kepada mereka melalui utusan Allah S.W.T. Mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, maka penyelewengan ini telah dipatuhi oleh penganut-penganut agama mereka. Oleh sebab itulah mereka dianggap telah menyembah padri-padri mereka dengan kerelaan dan kesetiaan mereka menerima penyelewengan tersebut.

PERANAN AQIDAH

Aqidah yang salimah dan shahihah memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Islam hari ini. Tanpa aqidah yang suci, masyarakat Islam tidak akan wujud. Aqidah juga menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh mencermarkan kesucian aqidah dalam masyarakat hari ini.Akibatnya berlakulah berbagai-bagai pencerobohan terhadap hak asasi manusia jenayah, pembunuhan, kafir mengkafir dan sebagainya yang hanya akan meruntuhkan masyarakat Islam. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat Islam, yang harmoni dan bebas dan bebas daripada unsur-unsur jahiliah maka kita perlu memahami dan mengkaji aqidah tauhid yang sebenarnya. Aqidah tauhid yang dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang Maha Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara, pentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh diingkari, Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia patut ditaati. Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

"Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya dan (ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya." (Surah al-An-Am:102)

Kalimah syahadah mempunayi perngertian yang luas dan mendalam dan sekaligus menolak segala macam bentuk kepercayaan yang tidak Islam. Memahami akan pengertian kalimah syahadah boleh membimbing umat Islam ke arah mengenali ciri-ciri dan tabiat masyarakat Islam, memberi pedoman untuk menghadapi masyarakat jahiliah, menentukan cara untuk merubah keadaan hidup umat manusia seluruhnya serta cara membina satu masyarakat Islam yang sebenar.

Menurut seorang ulama terkenal iaitu Istaz Said Hawa bahawa pengakuan dan persaksian insaniah cuma berertisekiranya ianya dilafaskan dengan kegahaman dan pentasyhidah isi hati. Al-Quran telah merakamkan hakikat ini yang bermaksud:"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengatahui bahawa engkau sebenar-benarnya ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta." (Surah al-Munafiqun:1)

Persaksian yang diakui di dalam rangkaian kalimah syahadah menjadi pembeza di antara Muslim dan kafir. Sebab itulah betapa pentingnya setiap orang Islam memahami benar-benar pengertian dan implikasi dari kalimah syahadah ini.

AQIDAH ASAS KEMANTAPAN UMMAH

Dalam usaha memantapkan kualiti ummah, terlebih dahulu diusahakan ke atas pemantapan keimanan yang berlandaskankepada aqidah yang benar, supaya akan hadir dalam hati perasaan ghairah untuk mempelajari agama dan membina asasnya yang sempurna. Ini adalah kerana tegaknya agama itu adalah berasaskan kepada aqidah. Apabila mantapnya aqidah maka mantap pulalah keimanan seseorang. Ilmu tentang aqidah akan memperbetulkan kedudukan iman dan iman itu pula perlu ditingkatkan prestasinya dengan usah ayang semaksima mungkin, agar mencapai hakikat keimanan yang sempurna dan mempraktikkannya dalam setiap inci kehidupan.

Untuk itu, agar aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang muslim, mestilah:-
bullet

Mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat ini tanpa bantuan dari luar.
bullet

Menimani dan menyakini bahawa Allah mengutuskan para Rasul untuk mengajaw dan memberi pedoman kepada manusia mengenal Allah dan tentang matlamat kewujudan mereka di dunia.
bullet

Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia di dunia ini adalah untuk mengenal Allah serta sifat-sifatnya.
bullet

Yakin bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi mereka yang mukmin dan taat kepada Allah sebaliknya neraka bagi mereka yang kafir.
bullet

Mengimano dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang adalah hak mutlak Allah, ianya tidak boleh diingkar dan di langgar.
bullet

Mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, iaitu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
bullet

Bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurnianya yang tiada terhingga.
bullet

Sentiasa beristighfar kepada Allah dengan menyesal segala perbuatan yang lampau.

Oleh sebab itu, manusia tidak mungkin mencapai darjat kesempurnaan dan kemantapan menjadi insan selagi mereka sendiri yang menentukan peraturan, ideologi dan halan hidup sendiri.

Sebaliknya pembangunan, kemajuan dan ilmu yang berlandaskan kepada aqidah sebenarlah yang menjadi tuntutan Islam, kerana ianya akan membawa manusia lebih dekat kepada Allah s.w.t.

Tabiat mengkesampingkanlah aqidah menyebabkan manusia gagal mengenal pasti semua perkara yang bermanfaat atau perkara yang memudaratkan kepada mereka. Kecuali mereka di selamatkan dengan panduan dan suluhan aqidah.

Hasil daripada aqidah yang mantap inilah, betapa kemantapan iman Nabi Ibrahim a.s. sehingga menolak bulat-bulat tawaran yang dikemukakan oleh Raja Namrud, kerana Raja Namrud menolak aqidah Islamnya.

Begitu juga halnya dengan tindakan tegas Nabi Yunus a.s. ketika mana ditawarkan untuk menjadi ketua perbendaharaan negara, Mesir dengan katanya yang bermaksud:-

"(Aku bukan sahaja dapat menerangkan tadbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggikan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat. Dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mantauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (Surah Yusuf : 37-38)

Seterusnya Rasulullah s.a.w. dengan tegas menolak jawatan, kedudukan dan harta benda daripada kaum Quraisy, kerana apa yang ditawarkan itu tidak dibina daripada asas aqidah.

Marilah sama-sama kita jadikan aqidah yang benar sebagai landasan perjalanan hidup kita. Kerana sesungguhnya kemantapan aqidah serta keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya akan membentuk ummah dari segi lain dengan mantap juga.
(Catatan: Artikel ini bukan karya sendiri, tetapi petikan daripada Internet, semoga pengarangnya diberi ganjaran oleh Allah)


No comments:

Post a Comment