M
uqaddimah
فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم. ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار.
Generasi muda   adalah aset ummah  dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan  ummah. Kekuatan tenaga,  kecerdasan minda dan ketinggian  semangat meletakkan generasi muda  di saf hadapan.
 Sabda Rasulullah saw.
أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ.
Maksudnya:
Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi  tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang-orang  tua menyanggahiku.
Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة.
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.
( Riwayat  Ahmad dan Abu Yu’la )
 Generasi Muda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah. Generasi Muda adalah tiang dan harapan ummah. ( Fakta ini adalah jelas kerana:  antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)
 Generasi Muda tak selayaknya alpa  dibuai mimpi  dan impian palsu, sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan  daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku. 
Sabda  Rasulullah  saw.
و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“…  dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”
Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata:
 
إنما تنقض عرى  الإسلام عروة  عروة  إذا   نشأ في الإسلام من لم يعرف  الجاهلية
 
“ sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”
  CABARAN UTAMA YANG PASTI DIHADAPI.
 Paling minima, cabaran utama yang akan ditempohi oleh generasi muda dalam membentuk dan membina  kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah:
Ø       Sukar untuk mencipta Isu
Ø       Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul
Ø       Isu membalikkan arca negatif ( back fired )
Ø       Sifat Isu yang mudah luput
Ø       Tidak menafsirkan isu dengan tepat
Lantaran itu, Generasi Muda  sewajarnya  memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini, suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi  tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan  Isu  yang tajam dan berpengalaman.
 Tanpa persiapan sedemikian, Generasi Muda akan  terperangkap dalam manipulasi  musuh yang amat  licik. Realiti  hari ini mempamerkan  suatu  hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim  tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh. 
 Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan  supaya  berwaspada dari tipu helah itu
kerana  menyedari  “jiwa kepemudaan” Generasi Muda  mudah dipengaruhi.
 
إِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ.                                                                                             ( رواه الحاكم )
 Maksudnya:
Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain: Hidupmu sebelum datang matimu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu, mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum  datang faqirmu.
Sabda Rasulullah saw:
 
لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ: عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ     و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ   و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ   و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه.
Maksudnya:
   Tidak berganjak kaki  seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal     berkenaan dengan empat perkara:Ke manakah dihabiskan umurnya,  bagaimana ia manafaatkan usia mudanya, dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan  apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya.
( Riwayat At- Tarmizi )
Antara  isu yang menguji keperihatinan Generasi Muda hari ini, sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran, keruntuhan moral, dan tentangan pemerintahan sekular.
 ISU DALAM WAJAH: SERANGAN PEMIKIRAN
Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam, jua kepada semua pemuda/i secara  khusus untuk menghancurkan Islam  dan ianya  datang dari segenap arah.
 1.    Barat
Sebahagian besar serangan   pemikiran ini berpusat di Barat.  Sebagaimana  diketahui umum , barat bertanggungjawab   mengibar panji sekularisme  yang memenjara   agama dengan  dinding  rumah-rumah ibadat.
 
Ø                   Dalam hal  pentadbiran, Barat  mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan ugama dari urusan  hidup  sehari .  فصل الدين عن الحياة
Ø                   Begitu juga  dijauhkan  agama   dari pemerintahan 
فصل الدين عن الحكومة و الدولة
 
Ø                   Sementara  dari urusan ekonomi,  Barat mendokong prinsip kapitalis dengan  orentasi ekonomi Ribawi. Urusan politik pula,Barat menaja  prinsip  demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.
 
Ø                   Urusan kemasyarakatan jua demikian ,  Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan   cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan  yang bercanggah dengan fitrah  kejadian manusia.
 2.    Timur  Blok Komunis
Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau  Komunisme  yang mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan)  dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Ilahi  dan hak hukum hakam Islam.
Kenapa   Barat dan Timur   Menyerang    Islam.     ( Sifat Isu ini berpanjangan )
 Justeru  Islam mempengaruhi aqal  dan pemikiran manusia  dan ia tersebar  ke seluruh dunia dengan begitu cepat  sementara ummat  manusia  berduyun-duyun menganut agama Islam  dengan penuh  ketaatan  tanpa sebarang paksaan.
 Firman Allah swt:
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ.   وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا .  فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُكَانَ تَوَّابًا  
Maksudnya:
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
                                                                                    ( An Nasr  1- 3 )
Rancangan   Jahat  Mereka
 Setelah menyedari  bahawa mereka tidak akan  berupaya  untuk  menjatuhkan Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka  melancarkan propaganda-propaganda sulit dalam pelbagai wajah isu untuk tujuan tersebut.
 Ianya bermula dengan rancangan  menghapuskan   Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan  ummat Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan politiknya. Gerakan penjajahan ke atas  negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah.Mereka melebarkan   empayar dengan falsafah politik keji mereka  (  فرِّق و تَسُد  ) atau "divide and rule"  ( pecah  dan  perintah )
Kejatuhan sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi   Daunama dengan syarat-syarat berikut:
 ·      Hapuskan Sistem Khilafah sama  sekali
·      Isytihar Negara Sekular
·      Mengekang gerakan  Islam
·      Mengganti perlembagaan Othmani  Al-Islami kepada perlembagaan  atau undang-undang sivil ciptaan manusia.
Generasi Muda yang dihormati sekelian,
 Tindakan jahat mereka tidak terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan  memastikan aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi.
 Musuh-musuh Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi dan  sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat  mereka yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam  dari agama mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami.
Rancangan  jahat terhadap Islam dengan tipu daya mereka  yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu:
a)  Gerakan Komunis                                         مخططات الشيوعية
b)  Gerakan Solibiyah                                         مخططات الصليبية
c)  Gerakan Yahudi dan Freemason                     مخططات اليهودية و الماسونية
d)  Gerakan Munafiqin                            مخططات العملاء في الداخل
 
i)   Gerakan Komunis [1]
 Serangan Komunis terhadap  Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai  ke peringkat pertumpahan darah dengan  maksud menghapuskan   Islam dan ummatnya.
Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan  di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di Turkistan. Namun  malangnya, secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan  membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan  kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah dirampas.
Satu  sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam   yang menjadi mangsa pemerintahan mereka dalam tempoh setahun   (1917-19118)  ialah seramai satu juta.
Pada tahun 1928, Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand.
Pada tahun 1930,  kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan  dan  mereka juga telah meragut banyak nyawa di bumi Afghanistan. Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat Islam  melalui serangannya yang bertubi-tubi tanpa henti   sepanjang 50 tahun.
Semangat  Penentangan  Komunis  Terhadap   Islam
 Pada tahun 1913, LENIN telah  menegaskan: “Tidak benar bahawa Allah yang       mentadbir alam,akan tetapi Allah adalah pemikiran  khurafat yang dicipta oleh  manusia    untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran  tersebut adalah seorang yang jahat dan lemah.
2.              MARK  telah menjelaskan bahawa  “Tidak ada tuhan  dan  kehidupan adalah berbeza”
3.              Akhbar Supteshia Bravda  dalam tahun 1954   menyatakan: Kepercayaan kepada Allah adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.
 
4.              Mu’tamar ke 22,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet  telah membuat ketetapan bahawa: Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan  dalam masyarakat  Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.
 Kesan  Pembawaan  Komunis  di Dunia  Islam
Berselindung di sebalik slogan  sama  rata  dan keadilan masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islaam sehingga Lahore  sebahagian ummat.yang keliru  tentang Wujudiah Rabbaniah..
 Menimbulkan isu untuk menanggapi agama  sebagai  “Candu” masyarakat dan mendorong manusia membebaskan  diri  dari ikatan  agama  dan akhirnya  syiar Islam tidak lagi berdiri  megah. Sebaliknya, menjadi  asing di tengah ummat Islam sendiri.
 Sabda Rasulullah saw:
بَدأَ   اْلإسْلامُ غَرِيباً فَسَيَعُوْدُ غَرِيباً كما بدأ  فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاء
Maksudnya ;
Islam  telah bermula  dalam keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang-orang yang dagang ( asing )
 b)    Gerakan Solibiyyah
Suatu  gerakan  Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang mendalam untuk  membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah Orientalis, Missionerry dan penjajahan dengan membawa  tekad dan hadaf yang satu.
 Noktah   Utama  Dalam  GERAKAN SOLIBIYYAH.
1. Bertindak keatas  kerajaan  Islam   dan menghapuskan Sistem  Khilafah.
2. bertindak keatas sumber utama  syariat Islam   al-Quran dan al-Hadis.
3. Merosakkan  fikrah Islamiyyah   di kalangan ummat Islam.
4. Memecahkan  kesatuan  ummat Islam.
5.Merosakkan wanita-wanita muslimah   melalui  gerakaan  “Women  Liberation “ dan  sebagainya.
 
Wasilah-wasilah Mereka
1. Mendidik  anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah mereka .
2. Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan buku-buku mereka.
3. Khidmat kebajikan masyarakat.
4. Melalaikan masyarakat dengan hiburan,arak,perrempuan dan sebagainya.
5. Menghantar lebih ramai  pendakwah-pendakwah Kristian  ke negara-negara ummat Islam.
 c)     Gerakan Yahudi dan Freemason
 Firman Allah swt:
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
Maksudnya:
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
                                                                                    ( Al Maidah  82 )
Yahudi merupakan musuh tradisi  ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.
Catatan: Artikel ini bukan karya penulis, tetapi ambilan dari blog lain, terima kasih kepada penulis asal, semoga dimanfaatkan bersama
Wednesday, October 21, 2009
Sensitiviti Generasi Muda Terhadap Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam... syukran atas info yg memberi pencerahan. jika ustaz kelapangan, boleh tak ustaz ulas sdkit pandangan ustaz tentang jalan keluar bg generasi muda dari belenggu minda tertawan bgini, khususnya jalan keluar yg ustaz nampak pada anak2 didik di kampus ni..
ReplyDeleteHanisah, terima kasih.
ReplyDeletePertama: Usrah dan Tazkirah mesti ada, supaya ujudnya ribath (ikatan ukhuwwah).
Kedua: Kena kenal apa itu ajaran Islam yang benar dan tidak benar.
Ketiga: Prinsip yang dipegang mesti ada, bukan sekadar ikutan.
Keempat: Perlu ada guru untuk mentahqiq segala yang dipelajari. Ok. Syukran.