Thursday, October 15, 2009

Insan Berkualiti

P
entingnya Jati Diri

1. Bila disebut jati diri, saya suka menyebut kisah Sultan Mehmed II/Muhammad Al-Fatih Sultan Mehmed II/Muhammad Al-Fatih

(bahasa Turki Ottoman: محمد ثانى Meḥmed-i sānī, bahasa Turki: II. Mehmet, juga dikenal sebagai el-Fatih (الفاتح), "sang Penakluk", dalam bahasa Turki Usmani, atau, Fatih Sultan Mehmet dalam bahasa Turki; 30 Maret 1432 – 3 Mei 1481). Tokoh yang disebut di dalam Nubu`at Rasul s.a.w yang lebih kurang bermaksud: “Demi sesungguhnya Kota Konstantinopel akan dibuka, maka sebaik-baik pemimpin, pemimpin itulah dan sebaik-baik tentera, tentera itulah”.

2. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketentaraan, sains, matematika & menguasai 6 bahasa saat berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, pilih tanding, dan tawadhu' setelah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (pahlawan Islam dalam perang Salib) dan Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di 'Ain Al-Jalut melawan tentara Mongol).

3. Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, barulah nubu`at yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinopel pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

4. Hari ini 15 Oktober 2009 genap 546 tahun 4 bulan 17 hari yang silam, baginda menawan kota yang sangat kuat pertahanannya – Konstantinapel (Khamis 29 Mei 1453/20 Jamadil Awwal 857H).

5. Pada hari pembukaan Kota Kontantinapel yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud ke bumi sambil mengambil segenggam tanah di depan gereja Aya-Sophia dan dihamburkan atas kepala sebagai lambang tawadhu`nya kepada Allah (Lihat selanjutnya dalam Sejarah Umat Islam: Dr. HAMKA, hal: 365).

6. Besoknya hari Jumaat dan Imam untuk solat Jumaat pertama: Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapel yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

• Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk (150,000) dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
• Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.
• Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
• Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Islambul, yang kemudiannya ditukar kepada Istanbul oleh Mustafa Kamal Atatturk.

7. Inilah jati diri yang perlu dicontohi dan sudah semacam perit untuk diwujudkan lagi tokoh-tokoh semacam ini. Mungkin rahim para ibu kini sudah kekeringan untuk melahirkan bayi-bayi sebegini. Namun bukanlah suatu kemustahilan.

8. Adalah menjadi kewajipan bagi ummat kini untuk mempastikan kelahiran semula tokoh-tokoh sebegini agar program penerusan risalah Islam tetap dapat dilaksanakan sampai-bila-bila.

9. Saya suka juga menyebut kenyataan, Majlis Perbandaran Pariaman Padang, Sumatera menganggarkan kerugian akibat gempa bumi di Padang, Sumatera sebanyak RM 3.6 bersamaan denga 1 Trilion rupiah. (UM. 13 Oktober 2009). Di Malaysia, Datuk Paul Low, President Transparancy International – Malaysia (TI-M): menyatakan “Malaysia kerugian RM 10 bilion setahun akibat rasuah”.(Siasah 4 – 10 Oktober 2009/15 – 21 Syawwal 1430 ms: 6). Lebih tiga kali ganda kerugian akibat gempa bumi di Padang Sumatera.

10. Soalannya ialah siapa yang bertanggungjawab menghabiskan 10 bilion, apa kata kalau duit sebanyak itu digunakan untuk membina institusi pendidikan atau ........ Jati diri jenis apakah ini?.

11. Tahun 2010 bakal menjelang dan disebut sebagai tahun yang paling perit untuk kewangan negara. Kini 2009 bakal berakhir, namun keperitan dari sudut kewangan telah dirasai oleh semua. Satu soalan, sayang tak kita kepada bumi Malaysia ini?. Sementara Allah masih mentaqdirkan kita sebagai pemakmur bumi ini, agar mudah jawapannya di akhirat besok.
Sekian.

Catatan: Diubahsuai dari ucapan Penulis bersempena Majlis Perasmian Penutup Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah Pelajar KPLI 2009 di Dewan al Farabi IPG KDRI


No comments:

Post a Comment